Tuesday, May 18, 2010

Menunggu @ Mahkamah, Pejabat Tanah

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, pagi2 ni dapat menulis sikit... sebelum keluar utk appointment, aku nk coretkan sikit di blog yang tak seberapa ni... minggu lepas, kalau tengok kat facebook, aku ada gi auction kat Mahkamah... sapa penah pegi lelong kat mahkamah angkat tangann...hehehhee... hari tu aku pegi kat jalan duta... aku bid rumah kat kajang... ada 6 pembida termasuk aku...kat mahkamah ni prosedur nyer senang saja... mcm jugak kat auctioner lain, tapi kat sini tak der la nak register... semua dokumen spt bank draft, surat on-behalf semua tu klip dan masukkan dalam peti yg di sediakan... kena masukkan dalam peti tu sblm jam 9.30pagi... kalau lewat, mmg diorg tak layan... then tunggu la diorg panggil masuk dalam bilik auction... masuk dalam bilik auction ni bukan semua org... hanya pembida sahaja... kalau lot 1, hanya pembida lot 1 sahaja yang masuk... org lain tunggu luar... mcm tu la sehingga habis auction hari tu.. sbb tu kalau lelong kat mahkamah agak lama... aku hari tu dari pagi sampai la kul 11 kat sana... kalau la kat ng chan mau, aku rasa kul 10 dah siap... korang kena prepare kalau gi mahkamah, prepare apa tau, prepare nak menunggu... bawak la buku ke, paper ke...hehehehe...

minggu lepas gak, hari jumaat aku buat carian di pejabat tanah shah alam... ini tak der jalan belakang... halal punya... hehehe... dari pagi aku pegi kira sampai awal dah kat sana... no belum jalan lagi aku dah dapat no 81... terbaikk... so menunggu la aku... duk kejap, jumpa dengan valuer yang penah buat valuation kat umah aku dulu... dia dtg nak buat carian tapi dah habis nombor.. aku tumpangkan dia.. sbb satu nombor boleh buat 5 carian serentak... so, pegi makan sembang2 dengan dia pasal hartanah ni... sbb lama gak tak jumpa sejak company dia kena suspended oleh CIMB last year.. tapi tahun ni dah ok katanya...

mmg jenuh la nak menunggu kat pejabat tanah ni... tengok tv, tengok org lalu lalang dan sebagainya... tapi kalau tengok org yg dah selalu hari2 kat ni mcm dari lawyer firm, diorg ni dah kenal org dalam... tak yah ambik nombor... terus ke kaunter yg berkenaan then bg je... kita yg tak kenal ni terpaksa la duk menunggu... cuba la korang perhatikan kalau ada buat carian kat sana... aku just tengok je la gelagat diorg ni... just boleh say hai, tanya2 mcm tu je la.. kerja diorg atas arahan... nak tak nak, diorg kena buat gak... kalau tak buat boss diorg marah... aku sembang dengan sorg ni dari lawyer firm, dia kul 8 hari2 terpacak kat pejabat tanah utk buat carian... aku tengok dia ni bukan 10 carian dia buat, lebih 20 carian... nombor kat pejabat tanah ni di hadkan... so sbb tu la diorg datang awal... tapi ambik no sebagai syarat je la... no simpan dalam poket... sbb sorg ni kantoi dengan aku.... hahahaha... aku paham la keje diorg, so kita tak leh nak cakap apa... diorg pun cari makan gak... ada gak dari lawyer firm ni buat utk lelong... sorg mamat ni, aku tengok dan tanya dia pasal carian yang dia buat tu.. dia cakap utk auction di mahkamah... tapi dia just buat utk org lain yg nk masuk auction... ada la agent auction pegang dia ni utk buat carian kalau status rumah ada kaveat ke apa... sbb senang la kalau dah ada org mcm tu... nk buat carian just call je, then nanti datang collect.. mudah kan... ingt lelong, jom2lelong..okeh


- peti masukkan bank draf

- bilik lelongan

- kawasan pelelong

================== carian @ pejabat tanah ===============


- time 8.20

- time 10.16

- time 10.25

- time 10.30





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

2 comments:

tunbegia said...

haku pernah gi lelong dlm ruang perbicaraan pejabat tanah gombak, macam dalam mahkamah juga, tapi open gituh,

salamm,

Jom2Lelong said...

re tunbegia : ni tertutup... mmg privacy betul...