Wednesday, January 2, 2013

AsSalam 2013...

alhamdulillah, Ya ALLAH, syukur kepada-Mu... selawat dan salam buat junjugan besar Nabi Muhammad SAW... syukran ya ALLAH, aku diberi kekuatan untuk mencoretkan beberapa benda dalam blog ini... terima kasih sangat2... tiada yang lagi berkuasa didunia ini, ALLAH amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. walaupun kita sehebat mana sekali pun, sekaya mana sekali pun, setinggi mana sekalipun, se se se sekali pun, kita tetap bergantung harap dengan simpati dari ALLAH Yang Maha Agung.. walau didunia ini kita yang punya, tetapi adakah ia pemberian yang diberkati atau hanya sebagai sandaran sementara bagi memenuhi kehendak nafsu yang tidak pernah mencukupi dari hari ke hari harta dunia yang tidak penah kekal abadi ini??

alhamdulillah, cukup lama aku ingin mendapatkan kekuatan yang menaip semula.. ia memberikan aku suatu kekuatan yang luar biasa hebat tidak terperinya... melawan arus yang tidak diketahui dari mana hujung pangkal nyer... tetapi ini adalah semuanya rencana ALLAH untuk hamba-Nya... bersyukur kepada-Mu atas kurniaan ini ya ALLAH... ia memberi banyak kesedaran dalam mengharungi hari yang mendatang... alhamdulillah... 

sabtu sudah kembali kepadaku... hehehe... bukan nama orang tapi hari sabtu... sudah lebih setahun aku tidak mempunyai sabtu... setiap sabtu ada kelas... skrang tidak lagi... boleh spent time dengan family.. thanks a lot to my family... support tak putus2 demi aku, demi mencari sesuap nasi... lepas ini, insyaALLAH jika tidak gagal dapat terus menjadi ejen hartanah percubaan di bawah LPPEH... ini adalah jalan untuk mendapat lesen penuh bagi menjalankan urusan berkenaan dengan hartanah... semoga ia menjadi kenyataan nanti... amin...

habis je study kat inspen, aku sambung balik pengajian aku di UiTM shah alam dalam sarjana pelaburan hartanah... aku kena habiskan dalam setengah tahun ini.. aku terpaksa dan memaksa diri untuk habiskan... mmg la dalam 2 3 kerja aku lakukan, ia membataskan dan memerlukan pengorbanan yang tidak boleh cakap betapa seksanya... but, gain something, sacrified something... 

skrang, mmg aku tengah buat satu projek besar... projek yang berkaitan dengan hartanah... projek yang memerlukan pemerhatian yang sepenuhnya kerana ia melibatkan banyak pihak, banyak kerja dan banyak melibatkan pengaliran aliran kewangan... fuhh.. but is the best experiance.. start from zeroo... insya-ALLAH, aku hanya menjadi orang dibelakang projek ini... aku seboleh2 nye tidak mahu berapa didepan.. biar la staff aku sahaja yang berapa di depan... ohhh, lupa untuk projek ini aku dah ada staff... my manager... so far prestasi ok... not bad... projek ini adalah yang pertama seumpananya dibuat di kawasan ini... tidak ada dan tidak pernah ada orang yang memohon untuk buat projek ini dan hanya lokasi ini sahaja dibenarkan untuk buat projek ini... kira aku as pioneer la... insyaALLAH, ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat... bomba dah luluskan pelan dan sekrang hanya menunggu PBT meeting on next week untuk kelulusan pelan dan kerja2 awal... semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan projek ini demi kegunaan ramai orang, kemudahan ramai orang dan demi memartabatkan dan menaikkan serta menjadikan ISLAM suatu aras yang terbaik... insya-ALLAH... semoga doa para pembaca mengiringi kejayaan projek ini... aminn....

sebagai permulaan di tahun baru, aku mendoakan semua hajat dan impian pembaca semua di tahun 2013 dipermudahkan dan dimakbulkan oleh ALLAH Yang Maha Esa.. ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami, murahkan rezeki kami dan permudahkan rezeki kami... Ya Allah jika rezeki kami masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Ya ALLAH,  limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh... semoga kita semua diberkati dan dirahmati... amin... 


For Sale : 
Bangsar : 14 Mil
Bukit Damar : 1.9
Dengkil : 700k
Mentari Court : 163k
LaCottage, Puchong : 225k
Country Height : 420k

Hubungi saya jika berminat!


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong