Thursday, January 22, 2015

Cara Bayar Booking Fee Rumah dengan SELAMAT.

alhamdulillah, ramai dikalangan kita telah merancang untuk membeli rumah sama ada rumah baru mahupun rumah sekunder atau 2nd hand. Perlu di ingatkan bahawa, bayaran booking rumah hendaklah diberikan kepada pihak yang betul. tersilap langkah, melayang duit simpanan yang kita simpan bertahun-tahun dengan begitu sahaja. Untuk pembeli rumah yang pertama, anda WAJIB membuat kajian atau research berkenaan dengan prosedur membeli rumah. Paling tidak, anda WAJIB bertanya kepada kawan-kawan mahukan saudara mara yang pernah membeli rumah sebelum ini. 

Untuk pembelian rumah sekunder, anda dikehendaki membayar 3% daripada harga rumah sebagai wang booking. Kepada siapa nak bayar 3% ini? soalan ini selalu berlegar didalam fikiran pembeli rumah yang pertama dan jika ada orang yang pertama ingin membeli rumah, saya amat gembira untuk memberitahu anda bahawa terdapat beberapa cara untuk wang booking anda SELAMAT daripada mangsa penipuan. 

Terdapat 2 cara yang menjadi amalan dalam pembayaran wang booking atau wang deposit ini :

i - pembayaran menggunakan cek kepada agensi ejen hartanah yang berdaftar dengan LPPEH (Lembaga Penilaian, Pentaksiran dan Ejen Hartanah - www.lppeh.gov.my). PASTIKAN agensi tersebut berdaftar dengan LPPEH dengan melayari website tersebut. 

ii - pembayaran menggunakan cash terus ke dalam account agensi hartanah tersebut. Pastikan ia merupakan 'Client Account' agensi hartanah tersebut. Setelah anda melakukan cash deposit, slip deposit tersebut hendaklah diberikan kepada ejen hartanah sebagai bukti pembayaran telah dibuat. 

Kebanyakan kes duit deposit hilang atau kes penipuan wang deposit, pembeli membuat bayaran kepada account individu. JANGAN JANGAN dan JANGAN membuat sebarang pembayaran kepada account individu kerana risiko amat TINGGI. 

Justeru, semak dahulu agensi tersebut dan lakukan sedikit kajian bagi mengelakkan perkara yang tidak ingini terjadi.

So this is check list :

1 - Adakah ejen tersebut berdaftar dengan LPPEH ? - boleh semak di web lppeh.
2 - Adakah ejen tersebut berikan name card yang tertera nama agensi?
3 - Adakah agensi tersebut berdaftar dengan lppeh ? - boleh semak di web lppeh.
3 - Adakah ejen tersebut memberikan no account agensi hartanah tersebut ?

Jika semua di atas -YA-, teruskan untuk lakukan booking untuk mendapatkan rumah yang anda impikan... bayar booking cepat2, kang takut terlepas plak rumah tu. Jangan lupa, SLIP BAYARAN bagi kat ejen hartanah tu sebagai bukti bayaran, okeyyy.... 

Nota :

# 1
Perlukan Ejen Hartanah?
Hubungi saya untuk khidmat nasihat PERCUMA atau layari www.hartanahkita.com

FARHAN MOHAMAD 
(Cert. in Estate Agency, Dip. Comp Science, Bac. in Comp Science, Master in Property Investment)
Penulis adalah Ejen Hartanah Rescom Realty dan telah mendaftar sebagai Ejen Hartanah Percubaan (PEA) dengan Lembaga Penilai Penaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Tuesday, January 20, 2015

372 hari tak update blog... owh....

alhamdulillah.... teringat kepada blog ini yang banyak memberi pendedahan kepada ilmu, rakan, sahabat dan juga perhubungan dengan ramai orang... alhamdulillah.... setahun tidak menulis... hibernate... berbahagialah orang yang menyukainya... moga Allah rahmati anda... ;)

sejak setahun lalu, aku banyak membuat satu projek mega yang tidak dapat ku uraikan... projek yang bermula daripada scratch... daripada kosong kepada satu benda yang kini makin mekar berjenama di Malaysia... syukran kepada Allah... daripada orang biasa hinggalah personaliti tv, ia sudah di jajah... dalam google, ia telah monopoli no 1 di carta carian... 

dugaan, cabaran dan juga tangisan air mata tidak dapat diuraikan dengan kata2... pernah projek ini dikatakan tidak boleh dilakukan... im frustrated... but its ok... ada yg penah reject untuk tidak membantu proposal projek ini ke bank... ia cakap, akan kena reject... so dia reject awal2... Allahuakbar... terlalu banyak kos, terlalu banyak masa dan juga tenaga untuk projek ini.. dari sekecil2 hal, sehinggalah hal yang besar... adakala bermalam di site untuk tengok kerja.... ada kala tido di site kerana terpaksa cover pekerja yang cuti.... tahun lepas, 1st time dalam hidup ini tak balik raya.... sedih tak yah cakap.... tak ada kata2 yg boleh cakap.... speechless beb... tapi itu lah pengorbanan... walaupun projek belum siap sepenuhnya, ia sudah berjalan dengan baik.... alhamdulillah....

bila buat dari scratch, banyak benda yang kita belajar... banyak sgt2.... dari sekecil2 batu bata, pintu, pasir, jenis tiles, tempat nak beli, murah ke mahal, proses negotation, how to get cheap price... semua itu amat berharga sgt2... setahun jugak agak suffer... semua tenaga ke arah projek itu sahaja... sekrang baru boleh bernafas dengan baik....

setahun berlalu.... skarang projek tu boleh perlahan2 release kat orang lain... skrang, aku kembali ke hartanah sepenuhnya... bila kembali, rasa mcm buat dari mula... but its ok, ia mengajarku bagaimana untuk start dari bawah... belajar perlahan2... in syaa Allah, akan berlari nanti... 

apabila kita bekerja sendiri, percayalah kepada Allah sahaja kita berharap... percayalah kepada Allah kita sentiasa mengadu dan percayalah kita akan menjaga perwatakan kita agar tidak dimurkai oleh Allah kerana kita tahu Allah sahaja yang akan memberi rezeki kepada kita... aku respect org yg buat bisnez full time.... aku tabik... korang memang hebat... hebat kerana kebergantungan kepada Allah tidak berbelah bahagi... hebat kepada korang sentiasa ingt Allah... bukan aku nak cakap makan gaji itu tidak ingat Allah, tapi ia tidak sehebat kita bekerja sendiri... ada ke org makan gaji berdoa, ya Allah, bulan ni nak gaji 5000, wahal gaji 2000 je... unless org keje sendiri, dia berdoa agar Allah berikannya rezeki.. tidak tahu berapa rezeki dia... mungkin dapat byk, mungkin dapat sikit... so, dia byk2 berdoa... cuba perhatikan org bisnes berdoa, lain beb.... cuba tengok org makan gaji berdoa... lain jugak beb.... Allah ya Allah... walau kita makan gaji atau bisnes, tujuan kita sama... sama untuk masuk Jannah di akhirat nanti... moga Allah lindungi kita daripada api neraka, in syaa Allah.... 

moga bermanfaat.... ;) 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Monday, January 13, 2014

Apa itu Notary Public?

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Esa.. Allahurabbi... sejak minggu lepas lagi nak share benda ni... rasa membuak2 nak bagi semua orang. sekarang masa agak free setelah berhempas pulas menyiapkan thesis.. syukran syukran syukran ya Allah.. in syaa Allah kalau tak ada aral melintang 16 Januari ini akan berlangsung viva untuk ini... ok jom ke topik hari ni...

Apa itu Notary Public?

Notary public ialah orang yang diberi kuasa untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai berkenaan dengan hal-hal yang bukan menjadi pertikaian. Sebagai contoh kalau dalam hartanah ialah ; mereka yang boleh attend / menjadi saksi untuk signing SNP atau loan agreement jika lawyer tidak dapat hadir. 

Jika kita berada di luar negara sebagai contoh, kemudian kita menjual hartanah kita di sini dan kita tak dapat balik untuk signing depan lawyer, kita boleh mengarahkan lawyer untuk hantar document tersebut kepada kita disana. Apabila dokumen tersebut sampai, kita boleh sign dokument tersebut dihadapan Notary Public. 

Selalunya di luar negara, notary public ialah Duta, konsulat dan juga lawyer negara tersebut yang dilantik oleh kerajaan mereka. kita boleh semak notary public dinegara tersebut dengan hubungi jabatan peguam negara disana. selalunya, notary public ada tempoh yang diberikan.. 

actually, ini adalah salah satu pengalaman yang saya tempuhi. Buyer di Malaysia dan vendor berada di Middle East. Penjualan rumah kena diteruskan jugak. Laju la penceritaan ni.. get it start from beginning la yea... 

Sebuah rumah ni berada di tempat yang agak elit... tempat orang kaya-kaya... kalau masuk kawasan perumahan tu, rumah tersergam indah, bertengkek-tengkek la rumah nyer... kereta? jangan nak cerita... BMW, Merc, Lambo, Ferrari semua tu common je... rumah ada swimming pool pun banyakk... nak jadikan cerita, owner ni nak jual la rumah ini... actually, kenapa dia beli rumah ni? dulu dia beli sbb anak dia belajar di international school yang berhampiran.. so, sbb dia bekerja di oversea, dia beli rumah ini untuk menyenangkan wife dia ambik anak.. rumah sebenar dia dengan sekolah anak dia jauhh... (tempat dirahsiakan..hehehe)...

so, lama jugak untuk dapat pembeli rumah ni... habis cara jugak la buat... advertise kat paper, kat internet, letak banner, facebook dan mcm2 lagi... then, alhamdulillah ada buyer ni nak beli.. satu lagi rumah ni Bumi Lot... ini ada lagi satu story... Vendor ni beli rumah ini dengan chinese... setahun lepas tu, developer submit untuk dapatkan title rumah ni... tup tup status open lot bertukar jadi bumi lot... sbb apa? alasan developer tak cukup kuota bumi, so rumah yang ada nama bumi terus diorang submit jadikan bumi... hati2 yea... sbb sebelum ni chinese nak beli rumah ni, once check dengan developer, ini bumi lot... hampa!

once dapat pembeli, vendor dari australia singgah Malaysia untuk berbincang.. dalam facebook saya ada ceritakan ke KLIA semata-mata nak ambik kunci rumah... then, dia balik ke Middle East balik... seronok jugak kerja merantau ni kan... fly sana sini... i wish i will get it soon. in syaa Allah... then, sekarang once SNP dah ready setelah vendor dah review dan saya pun dah advise vendor beberapa clause dalam SNP agar ia bersesuaian dengan term penjualan dan tidak bias kepada buyer... sbb ini lawyer buyer yang pilih. 

oleh kerana Vendor berada di Middle East, kita pos SNP ni kesana... di sana, pengganti lawyer ialah notary public... so, saya dah confirm dengan Vendor, dia boleh jumpa duta untuk signing benda ni... senang la... kabel besar ni wehhhh... 

hopefully, file ni cepat berlaku... kata buyer, lawyer ni agak cekap... nak tengok jugak cekap macam mana...kalau ok, nak pakai service lawyer ni plak... lawyer Malay in Bandar Baru Bangi... 

jumpa next post plakkk... hopefully dapat update ASAP! 
thanks for reading... share with your friends if this topic useful.. ;)  


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578


p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Saturday, December 28, 2013

Artikel : Pilih rumah lelong

Bisnes | Harian Metro

Pilih rumah lelong

Kuala Lumpur: Rumah lelong boleh dianggap sebagai pilihan terbaik dalam memiliki kediaman sendiri memandangkan ia ditawarkan pada harga 20 hingga 40 peratus lebih murah berbanding harga semasa. Walaupun mungkin dianggap sebagai alternatif, namun ia amat berbaloi memandangkan harga rumah baru yang kian mencatatkan peningkatan daripada tahun ke tahun.
Perunding Hartanah dan Penasihat Lelong IMG Global Property Consultant Sdn Bhd Muhd Firdaus Zahari berkata, pasaran hartanah tempatan kini menyaksikan begitu banyak rumah lelong ditawarkan kerana ketidakupayaan pemilik rumah asal untuk membayarkan ansuran pembiayaan rumah bulanan. 
“Jika diperhatikan melalui iklan di akhbar saja, purata 50 hingga 100 rumah lelong baru dipaparkan dalam tempoh tertentu sekali gus membuktikan memang terdapat banyak pilihan rumah pada harga lebih murah berbanding rumah baru,” katanya pada Bisnes Metro, di sini, semalam. 

Rumah lelong didefinisikan sebagai hartanah bermasalah dengan bank apabila peminjam (tuan rumah) gagal membayar bayaran bulanan untuk suatu tempoh dipersetujui semasa menandatangani perjanjian pinjaman perumahan dengan pihak bank.
Foto
RUMAH lelong jadi pilihan dalam kalangan individu kurang berkemampuan. - Gambar hiasan

Terdapat dua jenis lelongan iaitu Loan Agreement cum Assignment (Laca) iaitu unit hartanah belum mempunyai hak milik/strata dan dilelong bank melalui pelelong seperti pejabat lelong, dewan dan hotel serta Non Laca iaitu unit hartanah yang mempunyai hak milik/strata dan dilelong melalui mahkamah serta pejabat tanah.

Rumah lelong menawarkan kelebihan kepada bakal pemiliknya kerana ia tidak memerlukan tempoh urusan jual beli yang lama berbanding rumah baru atau rumah subsale (rumah dibeli daripada pemilik lain) dan risiko kerosakan rendah disebabkan ia dikawal selia serta dikendalikan pihak bank. 

Beliau berkata, trend terkini pemilikan rumah kediaman menyaksikan rumah lelong dijadikan pilihan dalam kalangan individu kurang berkemampuan terutama di Lembah Klang untuk dijadikan kediaman utama. Kebanyakan warga Lembah Klang memilih rumah lelong sebagai hartanah masing-masing dan hanya segelintir menjadikan rumah lelong sebagai aset hartanah bagi disewakan kepada orang ramai.

Menurutnya, individu yang ingin membeli rumah lelong perlu membuat kajian terlebih dulu mengenai hartanah terbabit dengan meninjau sendiri keadaan rumah terbabit dan melakukan pemeriksaan terhadap tunggakan atau kos belum dibiayai pemilik asal seperti cukai pintu, utiliti, air dan elektrik. 

Individu juga perlu memiliki jumlah tunai mencukupi bagi memiliki rumah lelong memandangkan ia ditawarkan secara bidaan dengan kemungkinan lonjakan harga mengikut tawaran pembida lain di samping perlu mengambil kira faktor lain seperti potensi dan lokasi hartanah serta kos pembaikan yang terpaksa di tanggung jika mengalami banyak kerosakan. 


INFO

Persediaan awal

  • Salin maklumat mengenai hartanah lelong ingin dibeli.

  • Pastikan alamat serta tarikh lelongan hartanah diingini betul dan tepat.

  • Tinjau hartanah sebelum buat keputusan membeli.

  • Buat pertanyaan kepada pemaju, pemilik, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan carian hak milik.

Langkah seterusnya

  • Sediakan bank draf lima hingga 10 peratus daripada harga ditetapkan atas nama bank melelong sebagai deposit.

  • Lantik ejen hartanah atau hadir sendiri ke tempat lelongan seawal mungkin sebelum lelongan untuk pendaftaran.

  • Pastikan nombor lelongan hartanah sama dengan hartanah ingin dibida.

  • Rahsiakan semua maklumat mengenai harga dan hartanah yang dibida.

Di lokasi lelongan

  • Anda diberikan kad bidaan dan pelelong membaca maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan.

  • Anda hanya perlu menunjukkan nombor bidaan dan lelongan berhenti apabila tiada lagi tawaran daripada pembida lain.

  • Pelelong akan mengira sehingga tiga kali dan mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida berjaya.

  • Jika tidak berjaya, bank draft akan dipulangkan.

  • Anda perlu mencukupkan deposit dan menjelaskan bakinya daripada harga yang berjaya dibida selepas lelongan.

  • Pembeli yang berjaya perlu selesaikan baki harga melalui pinjaman atau tunai dalam tempoh 90 hingga 120 hari.

  • Anda perlu melantik peguam untuk membuat urusan pinda milik.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/2


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia... Maha Suci Allah yang memberikan kita kehidupan dibulan yang mulia ini... syukur ya Allah... syukur sangat2... syukur bukan hanya di alam ini, tapi di alam akhirat, di dalam syurga juga syukur tidak akan padam... sentiasalah kita syukur atas nikmat Allah berikan kepada kita... 

alhamdulillah... bulan ramadan kali ini amat berbeza... berbeza dari tahun lepas, tahun lepas lepas dan sebelumnya... Allah menganugerahkan kekuatan, rasa, fikiran dan ilham yang teramat tidak ternilai untuk dihitung... Ramadan tahun ini rasa seronok sangat2... syukran ya Allah...

alhamdulillah... Allah kurniakan rezeki kepada kita... melimpah ruah jika dihitung... perbandingan yang tidak boleh dibandingkan dengan apa pun... tahun ini, banyak saya mendefinasikan kehidupan ini dalam perspektif yang berbeza... rezeki dalam bidang hartanah ini amatlah banyak... tak tahu nak cakap... peluang dalam bidang ini juga amat banyak dan terbentang luas lagi.... alhamdulillah... 

nk bercerita satu cerita... minggu lepas hari sabtu... pukul 5 petang... guru saya call... ingin benar dia berjumpa dengan saya.... saya terkasima, terkejut... seorang yang amat hebat bagi saya... menjaga dana 4.3 bilion di international company.. bersungguh2 dia nak jumpa... so hari ahad lepas, saya jumpa dia... dari jam 3 petang, berlanjutan sampai 8.20 malam.... lebih 5 jam bercakap... kurniaan Allah kepada saya yang tidak saya sangka... saya tidak begitu special atau istimewa... saya hanyalah orang biasa2 mengikut arus kehidupan dan peraturan... tetapi berprinsip... saya masih ingat lagi sewaktu saya nak memulakan bisnes construction saya... saya mencari seorg yang boleh berpegang kepada prinsip saya... interview org pertama - fail... knp? apa yg dijanji tidak dikota... apa yg diucap tidak boleh dipercaya... amanah Allah di abai... suruhan Allah entah kemana... Allah ya Allah... Allah uji saya... masa berjalan dengan pantas... ia menguji kesabaran saya... interview org kedua - fail.... seorg bukan muslim... very talented... tapi, ada juga yg tidak berkenan dihati... knp? prinsip saya tidak boleh dibuat... ohh tidak... suruhan Allah mesti bersebab.... terpaksa merantau jauh ke pantai timur pegi interview org ketiga... alhamdulillah... ia boleh dibentuk...  ia masih lagi mentah... prinsip saya tidak dibantah... syukur ya Allah... 

guru saya ingin JV dengan saya projek lain... knp saya??? saya hanyalah org biasa.... baru saya tahu, dia mendapat cerita apa bisnes saya melalui kawan saya...dia terkejut apa yg saya lakukan... dan bermulalah perbincangan yg serius tersebut... 5 jam bertanya if itu, if ini...kalau itu dan kalau ini... saya tidak terkejut pun... sbb saya bersedia dgn jawapan tersebut... dia agak kagum... dan saya terus terang, saya akan fikirkan tentang itu.... pengalaman dia mengendalikan beberapa international company amat impress saya... betul, dia boleh bawa syarikat ini ke international level, but dengan izin- Allah... mungkin matlamat kita berbeza.... niat kita juga berbeza... tapi knp saya???? masih lagi tertanya2 dalam hati.... 

dalam kita buat bisnes, time inilah kita dapat tahu dan faham siapa itu kawan dan siapa itu lawan....selalu kita dengar org cakap... time susah nanti, baru tahu sapa kawan kita... baru tahu sapa lawan kita... baru tahu siapa yg datang dan siapa yang lari... alhamdulillah, Allah dah anugerahkan pengalaman berharga ini kepada saya dan team... alhamdulillah... saat itu amat rasa terhina... merayu, meminta dan menagih simpati dari kawan2.... Allahuakbar... tetapi, itu lah kawan waktu kita senang... bila dalam keadaan demikian, perkataan yang standard akan muncul - 'maaf bro, aku tak der', 'sorry, dah tak der, semua masuk investment', 'dah hantar balik kg - lewat skit je', 'ok, nanti nak pk dulu'... ada juga yang cakap 'aku harap ko berjaya'.. semua itu pengalaman yg kita tak boleh beli walau dimana pun... bila kita terdesak, itulah akan terjadi kepada kita... semua benda kita akan buat.... tapi, kalau kita berada dalam 'comfort zone', segalanya adalah comfort untuk kita... dan tidak perlu untuk heavy think apa2 pun... alhamdulillah, banyak pengalaman yang dapat yang diberikan oleh Allah untuk saya dan team... syukran ya Allah... 

salam Ramadhan dari saya dan team... moga Ramadhan kali ini memberi satu major changes kepada kehidupan kita, keluarga kita, sanak saudara kita dan juga umat Islam seluruhnya... Mohon ampun dan maaf dari saya sepanjang penulisan di jom2lelong.blogspot.com ini menangkis rasa marah, rasa terhina atau rasa yang tidak bersependapat dengan saya. Mohon kemaafan dari kalian dan memohon keampunan dari Allah atas kekhilafan ini... 

Salam Ramadhan

Farhan Mohamad
Senior Property Consultant
+6019.362.3578 





















Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong