Saturday, November 29, 2008

Melawat Sri Penaga

tak sedap rasa duk bahasakan saya, bahasakan aku lebih rapat dengan pembaca rasanya. oklah, pagi ni aku ada buyer nk tengok rumah kat sri penaga. rumah ni customer aku beli dalam 2 minggu lepas.. mmg rumah ni best giler bagi aku dan bagi sesiapa pun. resepi nyer ialah kena buat homework dulu pasal rumah tersebut. aku mmg buat homework pasal rumah nie.. dan akhirnya customer sku buat keputusan giler.. beli 2 biji rumah kat sini... hehehe... bila pegi tengok rumah ni ari tu sebelum beli, aku mmg puas hati sbb rumah ni tak pernah ada org duduk sebelum ni.. kiranya rumah ni mmg baru giler.. aku tanya la jiran, rumah ni dah lama ke tak der org duduk.. jiran tu siap cakap, rumah ni mmg tak der org duduk sejak beli... wowww... best giler kalau dapat rumah.. so customer aku pun bid la rumah ni kat ng chan mau.. my click suhadi pun ada gak... waktu nak bid rumah tu, aku pun try2 tengok la sapa lagi yg bid rumah tu... ady pun bid gak, tp rumah yang dia nak bid call off last minutes.. sian nyer... tp tak per, dia dah otai... so aku dan customer aku pun bid la, dah la lot 2 biji rumah ni berturutan...sampai je kat lot customer aku tu, mmg tak der org bid..wowww.. menang satu... then bila lot seterusnya tak der orang bid jugak... menang lagi....hahaha... so kira rezeki la ari tu.... so ari ni, ada buyer nak tengok rumah.... aku rasa rumah tu mmg puas hati kalau sesiap tengok pun... siap ada swimming pool, ada gym, ada squash court, ada bilik permainan budak2, ada dewan badminton... condo facilities la katakan... so kalau ada org nak beli rumah tu, sila la call aku sbb ada lagi rumah yg nak dijual... nanti aku tempekkan gambar aku kat rumah baru tu... okeh..

Friday, November 28, 2008

Pesta Lelongan - Auction Fair

bertempat di Hotel Renaissance kuala lumpur pada 13hb Disember 2008 Auction Fair kembali dengan lebih 500 properties akan di lelong.. jika ingin mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dilelong, bolehlah lawati

Ng Chan Mau

Tan Corp

JTR

Ketiga2 company ni adalah pelelong berlesen...
If ada apa2, boleh la hubungi saya.....
okeh..

Wednesday, November 26, 2008

1st Time Buyer

Pengalaman saya nie, saya rasa mmg patut dan rasa bertanggungjawab untuk saya sebarkan kepada para pembaca blog ni, kawan2 dan semua yang ini membeli rumah lelong. Pada 10/11/2008 saya ingat lagi hari Isnin. Saya pergi ke TanCorp untuk bid rumah kat seri kembangan. Saya dah pergi tengok rumah tu, mmg rumah tu cantik. Siap ada jubin lagi rumah tu. Tanya jiran2 pun diorang cakap rumah ni mmg cantik semua lantai rumah berjubin. tingkap rumah ni pun bersih giler, mcm ada org jaga je rumah ni.. -jgn hantu jaga sudah-...hehehhe... So, saya pun masuk la bid kat sana. TanCorp, biasa lah kalau start kul 3pm dalam pukul 3.30pm baru start. So, jumpe la agen2 lain.. Duk borak2, duk tanya2 sapa lagi bid kat seri kembangan dan ada 3 orang termasuk saya. Oklah tu, semuanya MELAYU... bagus la mcm tu.. saya kalah pun saya tak kisah sbb kalau kalah pun MELAYU lain akan dapat. Tapi, kalau dan nama agen kan, mestilah kebanyakan cha ya nun alif...dan buyer pulak MELAYU.. sedih aku sedih terkenang orang MELAYU kaum aku... rumah yang saya bid tu start bid 38k.. saya dah target untuk bid sampai 47k sebab market price kat sini around 58-60k je.. kat belakang tempat duduk saya ni pun bid rumah yang sama gak.. Tp budak ni 1ST TIME masuk bid. saya dengar la agen ni cakap bid je sampai 50k..uikss... aku rasa budak ni dah kene main ni.. bila rumah tu di sebut, aku pun bid la, 39k..40k..42k..45k..46k..47k..48..49k..50k.. aduh giler nyer rasa diorang ni.. dan cecah 50k ni.. then budak ni angkat lagi 51k..52k..pakcik depan tu angkat plak 53k... budak belakang saya ni pun angkat lagi 54k.. then pakcik tu dah stop.. saya mmg dah stop kat 47k je... then budak tu menang. Oklah, saya tak kisah la budak tu menang, tapi perkara yang saya rasa merugikan kaum saya ialah wang... meh kita kira, 5% daripada 38k = 1.9k=ini adalah bank draf yang diberikan waktu nak bid... 5% daripada 54k=2.7k, 2.7k-19k=rm800.. kenapa rm800? ini kerana jika kita menang bid pada harga lebih daripada harga reserve price(RP) lebihan 5% daripada harga tersebut kita kene bayar time tu jugak.. mcm kes budak ni, harga RP=38k dan menang harga 54k... so hari tu jugak dia kene bayar lebih kurang rm800...wowww.... banyak tu rm800.. then dia kene bayar lawyer dalam 4k... aduh... 54+4=58k... so budak ni beli rumah sama je mcm beli rumah dengan org lain je la kan sbb harga sama dengan MP. so, ada untung tak? bagi saya ini adalah MERUGIKAN.

Pengajaran kat sini, untuk yang
1ST timer nak masuk rumah lelong, saya sarankan jumpe dulu dengan sapa2 yang ariff..saya amat sayangkan orang MELAYU kita... Kalau tertipu dengan orang cha ya nun alif sayanglah... ramai orang MELAYU kita yang bleh bantu. sebab tu la saya buat blog nie, saya nak bantu orang kita. So sapa yang nak beli rumah lelong, saya boleh bantu. Korang boleh email atau call saya untuk tanya ke, nak minta pendapat ke, insyaALLAH saya akan bantu. Jangan la risau, consultancy saya FREE.. saya nk bantu kaum saya.. kalau mmg 1st time nak gi lelong nk minta saya bantu, just call saya kalau saya tak der kerja, saya boleh ikut pergi auction. seronok gi auction ni... bleh jumpa ramai orang.. banyak lagi yang perli 1st timer tahu perihal rumah lelong ni... mcm mana proces.. lawyer mcm mana... loan bank mcm mana.. apa yg bank pelelong tanggung, apa yg perlu kita bayar dulu then claim... tak per, nanti kalau sapa2 nak pegi nbid rumah lelong, just hubungi saya... okeh..

Monday, November 24, 2008

Pembuka Bicara Pelaburan Hartanah

alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga membuat blog ini. Errrmm nk cite apa ek 1st entry ni. Ok lah, saya adalah agen merangkap perunding kepada pembeli2 hartanah lelong. Hartanah lelong termasuk bungalow, apartment, flat, condo atau shop lot atau seumpamanya dengannya. hartanah lelong adalah hartanah yang dilelong oleh pihak bank dan dijalankan oleh pelelong berdaftar. Hartanah ini mungkin dilelong kerana sebab2 tertentu. Kebanyakan rumah lelong ni adalah berkeadaan baik dan di lelong di bawah harga semasa(market price). Banyak kelebihan kita beli rumah di bawah market price. Salah satunya adalah kita untung kerana rumah tersebut murah berbanding dengan harga jualan rumah ketika jualan pembukaan. Bila harga rumah, bayaran pinjaman bank pun jadi rendah. So, kita akan jadi 2x untung. Beli rumah murah, bayar kat bank pun rendah. Banyak lagi kelebihan membeli rumah di bawah market price ni. Nanti saya explain satu persatu di lain masa ok. Tetapi ramai juga yang beranggapan negatif berkenaan rumah lelong. Saya tidak nafikan, ada yang cakap rumah lelong adalah rumah yang teruk. Tetapi, sebagai pembeli saya syorkan kepada pembeli supaya pegi lihat dulu rumah yang nak di lelong sebelum beli rumah tersebut. Kemudian bandingkan harga dilelong dengan harga semasa, cuba check dengan management ofis berapa tunggakan, check dengan pejabat tanah, indah water dan sebagainya. Apa yang saya katakan ini adalah bersebab. Kita jangan terus beli rumah walaupun rumah itu harganya murah. Lokasi rumah juga amat berperanan dalam menilai harga rumah tersebut. Cuba bayangkan, rumah flat dulu hanya 30k sekarang dah jadi 70k.. sebabnya lokasi yang baik.

Ramai orang tanya, elok ke beli rumah lelong ni? Bagi saya, beli rumah lelong ni adalah berbaloi. Cuba bayang bayangkan, satu apartment di Puchong, harga jualan sebenar ialah RM 100k, oleh kerana lelong, aparment ini di lelong pada harga 56k sahaja. Beza harga sebenar dengan harga lelong 46k. Duit sebanyak 46k tu kita sudah jimat. Duit ni kita boleh renovate umah, baiki mana yang rosak. Bagi saya 46k itu banyak dan jika kita renovate rumah 46k lebih mencukupi. Bayar lowyer pun kalau 54k adalah lebih kurang 4k. tak per lagi sbb harga rumah di bawah market price. Kalau 56k guna HSBC housing loan 7 years lock in, sebulan dalam rm245 sahaja. woww... murah je kan... tapi dan tapi, HSBC hanya dapat membiayai pinjaman paling kurang 50k daripada harga rumah. Kurang dari itu, kena guna bank lain. Maksudnya, 90% daripada harga rumah bersamaan dengan 50k atau lebih.

banyak lagi yang saya ingin kongsi dengan semua, tapi next post la yea... saya harap dapat membantu para kaum dalam membeli hartanah mereka dengan bijak... beli rumah ni bagi kebanyakan orang lain sekali je seumur hidup kerana rumah ni mahal.. tapi segelintir dari orang lain beli rumah ni mcm beli baju... so, kita mesti terfikir knp dia beli rumah mcm beli baju? banyak duit kor org tu... diorg tak per la gaji besar... ala anak datuk.. bapak dia kaya... semua ni mesti bermain dalam kepala kita kan.. tetapi dan tetapi, orang2 ini hanyalah insan biasa mcm kita... diorg bukan gaji besar, bukan anak orang kaya, tetapi mengambil peluang yang ada dengan bijak... kita orang MELAYU banyak sangat kelebihan... tak per, nanti saya cerita kelebihan orang MELAYU di post masa depan... okeh...