Friday, December 31, 2010

Good Bye 2010...Welcome 2011.......

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, negara kita menang piala AFF dan hari ni di umumkan cuti umum.... kemenangan yang mana hasil usaha yang istiqamah.... membentuk satu pasukan yang mantap memang memerlukan pengorbanan, kesungguhan dan juga ketabahan dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang... berbaloi usaha mereka selama ini walaupun pernah di kecam, pernah di hina dan herdik dan sebagainya... mungkin tahun depan ramai akan memenuhi stadium.... seperti di bukit jalil baru ni, aku dapat pass VIP.. network punya pasal dapat la... oleh kerana parent aku datang, so terpaksa bg kat member... tak pe la, kalau ada rezeki, nanti dapat lagi.... apa2 pun tahniah kat pemain2 negara atas kejayaan ini...

ini adalah entry terakhir penutup bagi tahun 2010.... dalam diam tak diam dah 2 minggu blog ni tak der update... dan dalam tempoh tersebut aku jadi silent reader kepada beberapa blog sejak 2 menjak ni.... mood untuk menulis amatlah paling minima... aku pun tak tahu kenapa aku amat tak der semangat nak menulis... mungkin salah satu sebabnyer tak der benda baru aku yg berlaku... aku lihat di hujung2 tahun ni kbanyakan blog menulis berkisar tentang azam tahun 2010 yg sudah hampir tamat dan azam tahun 2011... alhamdulillah, ada yg tercapai dan ada yg tak tercapai.. so ia di carry forward ke tahun 2011... tahun 2011 menjanjikan sesuatu yg lebih... expectation mesti tinggi menggunung untuk mendapat hasil seperti bukit... kalau expectation setinggi bukit, takut dapat hanya setinggi busu....

tahun 2011 jom2lelong akan berpindah rumah yg dalam pembikinan.... jom2lelong juga akan melencong sedikit portfolio perniagaan tetapi ia masih ber rootkan kepada property... cuma side tu mungkin beberapa peluang yg akan di cari tahun 2011.... tahun 2011 juga mungkin menjadi tahun berjalan untuk mencari peluang perniagaan... aku harap dan berdoa agar tahun 2011 ini membuahkan beberapa hasil tuaian yg masih belum disburst di tahun 2010... azam yg paling utama untuk tahun 2011 ialah menghabiskan pengajian aku... alhamdulillah, 1st sem aku lulus dengan tidak sangka... aku berharap tahun ini aku akan ulangi kejayaan ini....insyaAllah... 3hb ni dah start kelas balik... so aku kembali menyibukkan diri untuk pengajian ini... tetapi untuk penjualan/pmbelian rumah still berjalan...

pengalaman tahun 2010 banyak menda yg tak dapat aku lupakan... berperang dengan owner menjadi asam garam... melayan kerenah client menjadi nasi dan ulam.... persoalan biasa yg berlaku dalam lelong mahupun kepada sub-sales adalah perkara yg lebih kurang sama... cuma kadang2 ia terlalu rumit dan kadang2 ia terlalu cerewet...

di minggu terakhir ini, 3 kes rumah sub sales berjalan.... dan alhamdulillah, masalah dapat di atasi dengan sebaik mungkin.... terima kasih kepada agensi, rakan2, banker, lawyer dan juga beberapa kenalan yg sudi berkongsi maklumat dan juga pandangan... kes di hujung2 tahun ini yg paling menjadi tak berapa keruan adalah kisah seorg owner yg kunun nyer dah beberapa buah rumah sudah di jual tetapi masih lagi tidak memahami prosedur penjualan rumah... walaupun secara official nyer aku tak lagi berurusan, tetapi aku cuba la bantu mana yg patut..

insyaAllah selepas aku masuk kelas balik ni, akan ada la update kat blog ni dengan kerap.... mungkin idea aku kurang untuk seberapa ketika ni.... tahun 2010 ini telah banyak memberi pengajaran mahupun pengalaman sebagainya tidak ada dalam tahun2 yg sebelum nya... ketabahan dalam mengharungi detik2 sukar telah mematangkan aku dan jom2lelong khasnya dalam menangani dengan penuh dedikasi... pada awal muharram hari tu aku dah menulis pasal hijrah dan bila masuk tahun baru masihi ni, azam aku sama dengan hijrah yg aku tulis...

kepada yang ingin memulakan pelaburan dalam bidang hartanah, aku just nak nasihatkan supaya cuba dulu main kecik2.... beli yg harga less 50k atau flat.... proses pembelian rumah atau secara lelong ini adalah lebih kurang sama sahaja... so dari situ, baru la kita belajar prosedur dan ia sama even kita beli rumah yg beratus ribu sekali pun... proses tetap sama... aku menjangkakan tahun 2011 industri hartanah akan memberi banyak peluang kepada mereka2 yg belum memiliki rumah untuk membeli rumah...malah SPNB juga memberi pinjaman 100% kepada mereka yg layak mengikut syarat2 tertentu untuk rumah SPNB... so, rebut la peluang yg ada ini... kepada mereka yg ada banyak rumah, ada strategi lain untuk dapatkan margin 90%.... mmg ada cara, cuma ada rugi sikit..hehehe.... tapi still u can get 90% margin of loan...

di akhir kesempatan tahun 2010 ini, aku dan pihak jom2lelong memohon maaf sekiranya aku dan pihak jom2lelong terkasar bahasa pertuturan, terasa di hati kalian, mahupun menggangu emosi kalian dengan perkataan2 yg tidak sepatutnya... sehingga berjumpa lagi di tahun depannnnnn.........ingt lelong, jom2lelong...okeh....


- nak jual rumah - isi borang @ SELL YOUR PROPERTY di atas page ini.....


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Friday, December 17, 2010

Undang-undang pemilikan hartanah kita terlonggar di dunia

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia dan keadaan ini menarik kehadiran pelabur asing sehingga menjejaskan peluang rakyat negara ini.

Persaingan itu menyebabkan nilai sektor berkenaan melambung mencecah paras terlalu tinggi dan berada di luar kemampuan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Y. H. Ooi.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Knight Frank, berkata, nisbah permintaan hartanah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan berdasarkan perkiraan semasa, jumlah penguasaan rakyat asing akan meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, walaupun peningkatan nilai hartanah membantu meningkatkan ekonomi negara tetapi ia juga memberikan impak negatif kepada rakyat sekiranya tiada kawalan.

Ooi mendakwa, tiada sebarang had dikenakan kepada para pelabur asing dari segi pemilikan jumlah aset dan lokasi sekiranya ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Beliau menjelaskan beberapa negara seperti Australia dan Singapura mempunyai undang-undang ketat terhadap pemilikan hartanah di kalangan pelabur asing.

“Antaranya had bilangan aset, hanya boleh membeli aset yang sedang atau belum dibina dan pelbagai lagi bagi melindungi kepentingan rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.

Turut hadir bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Datuk Mani Usilappan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif PEPS dan Presiden PEPS, Choy Yue Kwong.

Ooi berkata, faktor persaingan ini menyebabkan nilai hartanah di kawasan bandar melonjak tinggi dan langsung tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana serta ke bawah.

“Kita tidak mampu menandingi kuasa beli pelabur asing dan akhirnya hanya mampu melihat aset strategik dimiliki orang luar. Sesuatu perlu diambil untuk menilai semula masalah ini,” kata beliau.

Ooi menambah, pelabur asing yang banyak memiliki aset di Malaysia adalah dari Singapura, Hong Kong, Indonesia, Eropah dan rantau Asia Tengah.

Lokasi yang menarik perhatian mereka adalah Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang atas faktor infrastruktur dan kemudahan yang serba lengkap.

Mani pula menjelaskan, sekiranya keadaan itu berterusan, mungkin akan timbul persoalan sama ada industri hartanah tempatan dibina untuk rakyat atau pelabur asing.

Sementara itu, Yue Kwong berkata, nilai hartanah di Asia termasuk Malaysia dijangka terus meningkat pada tahun depan berikutan pertumbuhan ekonominya yang positif meskipun berlaku kemerosotan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Katanya, keadaan ekonomi luar yang tidak menggalakkan akan menyaksikan dana pelaburan khususnya sektor hartanah bakal beralih ke Asia dan Malaysia turut mendapat faedahnya berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Beliau berkata, permintaan tinggi dalam sektor hartanah tempatan akan meningkatkan kadar kecairan pasaran dan nilai hartanah khususnya di Kuala Lumpur.

“Peningkatan nilai hartanah pada tahun depan mungkin tidak setinggi tahun ini yang mencatat peningkatan 30 peratus kerana pertumbuhan ekonomi negara dijangka perlahan,” jelasnya.


Di petik dari Utusan 17.12.2010

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, December 15, 2010

Pembelian Rumah

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword : kitaran hidup, pembelian rumah, baru kerja

alhamdulillah, blog ini kembali ber'new' post... hehehe... keadaan skrang ni aku slow sikit... kepeningan dengan kesihatan yang kurang baik - demam+selsema... balik je dari Penang terus demam... skrang ni masih lagi bersisa demam.. insyaAllah la sehari dua lagi baik la tu... so ada rumah yang belum aku siapkan lagi.. hanya tinggal sikit je lagi... 2 minggu lagi, sekolah nak start dah... aku pun masuk kelas kembali... ohh tak sabar nak masuk kelas... oleh kerana result sem ni yg tak di sangka2, so aku rasa exited giler nak masuk kelas sem depan... hahahaha... tahun 2011 menjanjikan satu kelainan dan pengambilan risiko yg tinggi mungkin akan berlaku... ini mungkin berlaku....

hidup ini umpama kitaran.. sekejap kita di atas, dan sekejap kita di bawah.... ada yang baru nak tahu, dan ada yg dah lama kita tahu... mcm jugak benda kat blog... benda ni kita dah tahu, tapi ada yg baru nak mencari dan ingin mengetahui nyer... mcm kitaran..... berpusing2 sehingga tiada noktah yang bertitik.... dulu aku penah jugak menceritakan bagaimana kita ingin memulakan perjalanan dalam dunia hartanah ni dari zero... aku jugak pernah merasa bagaimana nak mulakan satu perjalanan dalam dunia hartanah ni.... aku juga bermula dengan zero dan aku mengorak langkah dengan amat perlahan.... aku ingin ceritakan bagaimana ingin bermula kali ni...

seorg pemuda baru bekerja, baru mendapat gaji dan terfikir untuk membeli rumah ke atau membeli kereta??? persoalan biasa je bukan... rumah ke kereta ekk.... ada kereta boleh la jalan sana sini.. panjang la nk melangkah... perasaan itu sentiasa melonjak2 untuk membeli kereta... tapi kalau beli rumah ermm... aku rasa berpuluh kali berfikir nak beli rumah tu kan... tp kalau beli keta, 2 3 kali pk sudah la... dah la kereta skarang ni beli deposit RM100 je utk booking... murah giler... even dapat Saga FL yg baru lancar tadi pun kira smart gak... so kita berfikir baik buruk antara ke dua benda yg sama penting... kereta itu keperluan dan rumah jugak lambat laun jadi keperluan... tapi untuk yg bujang, aku suggestkan beli la rumah.... aku dulu mmg terpaksa pinjam duit dgn FAMA untuk beli rumah 1st aku... time tu baru keje kan... muda lagi, tak tahu apa langsung pasal hartanah ni... so kepada pembeli rumah yg pertama, nasihat aku....
1 - survey rumah tu sepuas2.... lokasi, maintenance, surrounding dan sebagainya....
2- pilih bank yg terbaik dalam memberi interest yg paling menarik... tak salah pegi tanya bank A then pegi bank B then ke bank C... tak salah langsunggg... so kena cari bank yg bagi interest yg terbaik....
3- lawyer.. kena cari lawyer yg boleh buat kerja dgn baik dan rajin update kita... so, kalau ada kawan2 yg rekomen pasal lawyer just ambik la kalau yg ok... kalau yg tak ok, tak yah ambik...
4 - valuer jugak penting.. selalunyer banker yg berikan valuer ni.. yg ni jgn risau sangat....

so mcm mana proses nak beli rumah???

aku terangkan dulu procedur kalau beli rumah dengan agent.... kalau kita dah berkenan sangat dengan rumah tu, dan tak tahan lagi dah nak memiliki rumah tu dan amat2 tak sabar nak masuk rumah tu kan, kita bayar la booking.... kalau dgn agent, kita kena bayar kat akaun company agent tersebut... ELAKKAN bayar cash kat agent. SEBAIK-BAIK NYER bank in terus kat company agent tersebut... itu sebaiknya... then lepas bayar booking, agent akan berikan kita satu Letter of Purchase(LOF).. dengan LOF ni kita boleh apply loan dan juga boleh untuk bukak fail di pejabat lawyer untuk tindakan seterusnya... dalam masa 14 hari bekerja, S&P hendaklah di tandatangani... kalau tak, pembeli boleh ambik tindakan ke atas penjual mengikut terma2 dalam LOF tersebut... pada masa yg sama juga, loan bank juga mungkin dah tahu sama ada lulus atau pun tidak... jika agent tanya sama ada dah ada bank nk buat loan atau tidak, cakap je ada.. sbb kita dah buat survey kan... kalau tanya lawyer pun, cakap kita dah ada lawyer... kita jugak dah survey... selepas sign s&p, akan ada valuer akan call untuk menilai rumah kita tadi tu... so, kita kena la arrange dgn penjual bg valuer tengok rumah tersebut... selalu nyer valuer akan ambik gambar rumah tersebut dalam dan juga luar.... selepas itu, kita hendaklah update dgn lawyer untuk status rumah kita tu... kat mana dah proses, sama ada kat developer lagi ke, dah adjudicate ke, dah stamping ke... update la dalam 2 minggu sekali... tak pun, suh lawyer yg update melalui email... sampai sign s&p, kita akan hanya berurusan dengan lawyer sahaja... sbb lawyer yg tahu status rumah tu... agent dah tak der apa2 lagi...

kalau beli rumah atas tangan org, sama juga proses nyer.. cuma bayaran booking bergantung la kepada tuan rumah..nak suruh bank-in ke, nk bg kat lawyer ke atau sebagainya... aku lebih suka kalau bg lawyer, sbb apa2 lawyer akan pegang dulu duit tu sehingga la sign s&p... kalau bg terus pun boleh, tapi kena ada la sedikit surat yg menyatakan kita dah bayar.... bukan apa, ada kes penipuan pasal ni... bayar by hand, then lepas tu lepassss.... kalau bank-in boleh la lagi trace bila kita buat report polis... so pandai2 la buat keputusan k... then proses pun sama juga 14 hari bekerja utk sign s&p dan seterusnya... proses untuk complete tukar nama rumah tersebut selalu nyer akan mengambil masa 90hari lebih kurang 3 bulan... selalu nyer la... tp kalau ada masalah, mungkin ia akan ambik lebih masa lagi... begitu juga jika menggunakan loan gomen, lagi la lama masa akan di ambil... jgn expect sangat 3 bulan akan settle, sbb kita tak tahu apa masalah di kemudian hari...mcm aku, ada rumah yg dah setahun tak settle lagi sbb kena double transfer... ada client aku punya rumah burn deposit sbb loan tak lepas... so kena la check loan dulu yea... before nak beli, kita check loan dulu dgn bank sama ada kita lepas ke tak jika harga rumah RMxxx,xxx.00... kalau lepas, then proceed... kalau tak lepas, jgn gatal2 nk bayar deposit... kang habis deposit tu terbakar... sama jugak dgn bayar lawyer, so kena tahu nilai rumah yg kita beli tu berapa fee lawyer... jangan kita boleh bayar 10% depsoit, tp bayar lawyer tak boleh plak... be prepared... itu di antara proses nak beli rumah secara sub-sale... so kena buat survey dulu, buat la homework skit... sbb sesetengah org, beli rumah ni ialah satu benda yg paling besar dalam hidup... hutang yg paling banyak... so kena hati2... biar kita puas hati beli dan puas hati membayar setiap bulan... ingt lelong, jom2lelong...okeh...




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah




Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword : Hijrah, MAHA, CIMB, Cyberjaya, Bukit Merah, Vista Pinggiran, Sewa, Jual

alhamdulillah, aku rasa tak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat datang Muharram dan selamat menyambut tahun baru hijrah 1432... aku tak berkesempatan nk menulis blog pada hari2 sebelum ni... terima kasih aku nak ucapkan kepada mereka yg berkunjung ke blog ini even tiada post yg baru... Tahun baru hijrah ni sedikit sebanyak tidak seperti tahun2 sebelum ni... tahun ini aku menyambut di tempat baru, suasana yg baru dan pengalaman yg baru... terkesan betul di hati aku bila aku berpindah di tempat ini sejak julai tahun ni... banyak benda sebenarnya yg aku hijrah kan... salah satu nyer, kesenangan untuk ke sana ke mari... kalau di tempat lama, kalau dah balik rumah mmg payah la nk keluar balik sbb tingkat 18 nak pi parking then baru la keluar... tempat baru ni, terus je.. banyak lagi yg aku rasa ia memberi kesenangan kepada aku dan juga family... nak beli barang2 mudah nak bawak masuk dalam rumah... kalau dulu, kena naik lift... letih jugak la nak sampai rumah... mmg aku dah lama memasang impian utk hijrah ni... dan tahun ni ia menjadi kenyataan bg aku dan family...

aku nak bercerita skit pasal MAHA... aku berkesempatan berada di sana 2 kali... hari last pun sempat lagi redah hujan yg renyai2 ke sana jam 6 ptg... mmg byk menda yg aku dapat kat MAHA ni.. it give me inspire something... lagi pun ptg tu aku pegi untuk beli barang yg sebelum ni aku dah survey.. balik pk masak2 then baru la aku beli... bukan apa, kang tersalah beli susah plak... aku cam biasa la, pakai jeans, round neck dgn selipar... cam org ramai2... so aku tanya la sales girl tu pasal produk ni.. cam nak tak nak jawab je... siut kan... then CEO dia datang.. so aku cakap la aku nak beli yg ni.. then aku cakap la last day takkan tak der free gift.... baik cakap dengan CEO sendiri lagi senang... then CEO dia cakap, dah awak tanya, saya terpaksa kasi la... terbaekkk lah... so yg free gift tu, worth up to RM160... mmg best... hehehe... sales girl tu tanya aku nak bayar cash ke? aku cakap la cash... dah nak bayar, tanya lagi cash ke credit card... aku cakap cash! baru la paham... geram betul... then baru la senyum2 kat aku.. hampeh betul... ye la, ingt org pakai tak smart ni mcm tak perlu di layan la kot... aduhai... persepsi org kita susah nak berubah... huhu.. tapi aku rasa best sbb dapat harga diskaun 50% dan free gift lagi... actually aku dah survey kat blog dan internet pasal ni.. mmg kalau org beli product tu tak der diskaun dan cash akan dapat gift... tapi aku dapat time diskaun 50% lagi... mmg terbaekkk lah... sales girl ni mcm tak percaya CEO tu cakap bg aku free gift ni... mmg tak puas hati betul sales girl tu.. tapi dah CEO kasi, dia nak cakap lagi kan... aku terima je la... hehehehe... terima kasih HIJRAH TOYYIBAH NETWORK... i will support ur product... yg penting HALAL...

di MAHA juga aku jumpa dengan banker aku... nak kata lama tak jumpa tak la lama sangat... selalu main email dgn fon je... kalau urgent baru la aku gi jumpa dia... dah jumpa ni, sempat la ku borak2 pasal margin 70% tu... aku nak dapatkan crack utk buat loan... ada cara tak? dan kebiasaannya dia mmg ada idea utk buat pusing2... hehehe... ruper nyer ada cara nak jadikan 90%... pergghh... tapi ni applicable utk CIMB dan konvensional sahaja... utk islamic loan tak boleh buat... tapi cara ni +- lebih kurang je la dengan 90% margin... cara nyer? ko tanya la kat CIMB tu pasal 2nd charge... diorg paham la tu... tp ada pro and cons... so, kena study la sikit pasal 2nd charge ni k... aku pun tengah pk2 lagi pasal ni... utk margin 70% ni, ia hanya untuk pembelian rumah sahaja.. tidak termasuk dengan refinance ok... itu aku confirmkan dengan aku nyer banker... dan ada juga beberapa blog yg memaparkan pasal ni...

weekend lepas mmg besttttt... i lov it.. dah lama aku tak buat mcm ni.... berkejar ke sana ke mari... baiki rumah client dan sebagainya... ohh besttt... dari puchong ke putrajaya 10 minit... mmg terbaik sbb kejar masa.. hahahaha.. ada polis mampus aku... tapi mmg best... siap ke TBR lagi smlm... dan sampai rumah magrib... ohhh mmg penat tp enjoyyyy... itulah weekend aku.... sabtu duk mengecat rumah utk bg sewa dan tak siap2 lagi mengecat... bahana memberi sewa kepada budak2 lelaki bujang... rumah habis berpaku pakis, pintu toilet pecah dan rumah bau mcm hape aku pun tak tahu ler... huhuu.. so kena siapkan rumah ni sebelum sabtu... tp khamis jumaat aku ke penang ada hal... mcm tak berapa nk sempat je.. tapi still aku cuba... lepas ni, mmg tak der la aku nak kasi sewa kat lelaki bujang... huhuhu... aku mmg cut diorg punya deposit... itu kena responsible la atas apa yg diorg buat... huhuhu....

update untuk rumah sewa dan juga jualsetakat ni...

i - satu rumah di Cyberjaya nak jual pada asking price RM425k (nego).. Town Villa 2 @ SmartHomes... Basic Rental RM1800... so kalau fully furnish dalam RM2200 - RM2500... Luas dalam 1600++ sqft.... berminat boleh call aku segera... 1st come 1st serve basis...

ii - rumah di Bukit Merah Lake Town resort untuk di jual... asking price RM 147k (nego)... Fully Furnish... urgent sale... sesuai utk buat Home Stay... luas 895 sqft... tingkat 2...

iii - rumah sewa di Vista Pinggiran Putra... available pada pertengahan bulan Disember ini... Partly Furnish... Harga sewa rm 700 (FIX)...

iv - rumah sewa di Vista Pinggiran Putra jugak... tp basic... harga sewa RM 650 (FIX)....

v - rumah untuk di jual di Iris Apartment, Saujana Putra... siap kitchen cabinet... asking price 70k... serius buyer boleh nego dengan owner... rental 300 - 350... tingkat 5... owner nak let go cepat sbb nak pindah masuk rumah baru....

setakat ini dulu utk update... anything untuk jual rumah, hubungi saya... untuk senarai di atas, boleh la hubungi aku segera... insyaAllah, aku cuba bg servis yg sebaik mungkin... ingt lelong, jom2lelong...okeh..

p/s : aku belum iklan kat mudah lagi.... open to my readers sebelum bukak kat public...

Cyberjaya - TownVilla 2 -------------------------------------------












Tropicana Apartment,
Bukit Merah Lake Town -------------------------------------------






















p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, December 1, 2010

Tempoh pajakan tanah boleh dilanjut sehingga 99 tahun

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kerajaan-kerajaan negeri kini boleh memperbaharui tempoh pegangan baru tidak melebihi 99 tahun kepada mana-mana pemilik tanah berstatus pajakan yang bercadang memohon ”pembaharuan” atau ”pelanjutan” tempoh pegangan pajakan sedia ada sebelum tempoh pegangan tersebut luput.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu terkandung dalam kertas panduan yang menjamin “pembaharuan” atau “pelanjutan” tempoh pegangan pajakan itu yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar itu akan dapat memenuhi kehendak rakyat yang sebelum ini bimbang akan kehilangan tanah mereka.

Bagaimanapun, pegangan baru itu hanya akan dibenarkan sekiranya tanah tersebut tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam, katanya.

Muhyiddin berkata, pelaksanaan dasar itu merupakan panduan kepada kerajaan negeri dengan termaktub kepada enam syarat utama termasuk hanya terbuka kepada tanah pajakan berkategori “bangunan” atau “perusahaan” atau “pertanian”.

"Pemilik tanah boleh memohon pada bila-bila masa untuk menyambung pajakan dan tidak terikat dengan baki pajakan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, pemohon dikehendaki membuat permohonan serentak bagi menyerahbalik tanah mengikut seksyen 197 Kanun Tanah Negara (KTN) dan Borang Jadual 1 Kaedah Tanah Negeri untuk pemberimilikan tanah mengikut tatacara perundangan sedia ada di bawah KTN dan kaedah-kaedah Tanah Negeri.

Pelanjutan tempoh pegangan baru juga tidak boleh melebihi 99 tahun sekiranya tanah tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam selain tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang bertulis berkuatkuasa, katanya. - Bernama


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, November 29, 2010

Common Word - Sibuk... hahaha..

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keywords : Sibuk, MAHA, TT, Jual, Sewa

alhamdulillah, dah nak naik lalang dah blog ni... di tambah plak hujan memanjang je 2 minggu ni, so bertambah la cepat tumbuh lalang... hehehe... lama aku tak update blog ni... bukan apa, ayat yg common - sibuk... 2 minggu lepas selepas cuti raya aku sempat bercuti di kampung buat seketika dan balik je ke kL terus sibuk dengan pelbagai kerja2 perihal rumah, loan, sewa dan juga lelong...

lelong skrang ni mcm dulu lagi... susah nak dapat... dan bergantung kepada rezeki... aku harap tahun depan akan bermula episod baru di lelong kerana margin yg di kurangkan oleh BNM akan memberi kesan kepada mereka yg ada byk rumah... aku berharap benda ni akan menjadi kenyataan...insyaAllah...

skrang ni MAHA tengah berlangsung dan aku berkesempatan smlm ke MAHA... aku mmg nak cari something di sana smlm... mmg target utk cari maklumat serba sedikit tentang pengembangan perniagaan... di MAHA juga ada gerai SSM.. senang betul kalau nak tambah kod ke, nak tukar alamat ke.. terus dapat... terbaikkk lah... nak register company lagi la boleh... so smlm mmg ramai giler org.. kalau naik keta mmg jem tak hengat... aku merempit saje.. sbb rumah aku dengan MAHA tak sampai 15 minit... hehehe.. visi smlm berjaya dan alhamdulillah aku akan berusaha untuk pelbagaikan bisness rumah ke pelaburan yg lain plak...

minggu lepas, aku dapat sms dari partner utk projek aku yg dia tarik diri dari jadi partner kat bisnes aku... so mmg la aku kecewa mcm aku tulis di facebook, tapi nak buat mcm mana.. itu adalah peluang yg terbaik untuk dia.. so pegi la.. no hard feeling beb... mmg aku tak sangka langsung benda ni nak jadi... almost 70% dah siap... so, kena pk plan B la plak... aku ni jenis simple dan pk pun simple je.. itu semua cabaran dan dugaan dari Allah untuk menguji kita.. so, kena la bijak bertindak untuk mencari penyelesaian lepas ni... Allah yg berikan rezeki, so jangan takut..kena berusaha dan terus berusaha jangan putus asa...

2 minggu ni jugak aku mati kutu sbb fax aka printer aka scanner aka tepon rosak... aduhaii... semua kerja tak leh nak buat... stress aku... nasib la benda ni dalam warranty lagi... so hp buat penggantian yg baru... yahuuuuuuuuuu...... insyaAllah ptg ni diorg hantar kat rumah... bagus jugak hp ni... ada online service... just call then diorg datang... aku dah call hari tu, tapi sbb tak der stock so kena la tunggu... jumaat lepas dah ada stock, so dia hantar hari ni... seronok betul aku rasa...

minggu lepas jugak aku berkesempatan berTT dengan client aku dan juga rakan2 dalam dunia hartanah... just sembang2 dan tanya khabar... client aku ni mmg aku tak penah aku jumpa... al maklum la duk oberC.. dan kali ni baru aku berkesempatan berjumpa... nice to meet u guys...

dalam sibuk2 pegi MAHA, smlm gak dapat sign 2 LOA untuk jual rumah... satu di Saujana Utama, Sungai Buloh dan satu lagi di Cyberjaya... di saujana tu rumah tingkat 5, ada kicthen cabinet dan harga 70k-buka... rental 300-350 boleh dapat... sbb dekat je dengan UiTM puncak alam.... manakala di cyberjaya bukak 420k..rumah townhouse.. skrang ada penyewa dengan rental rm1800 - basic... 2 biji rumah di Vista Pingiran untuk di sewa... satu fully furnish dan satu partial furnish... fully sewa rm750 dan partial 700... fully furnish kat high rise mengadap MEX and KLCC view manakala yg partial tu mengadapa Jusco directly... berminat hubungi aku segera...

by da way, itu dulu apa yg dapat aku coretkan kali ni... nanti aku update info kat blog ni lepas printer baru sampai...hehehe... ingt lelong, jom2lelong...okeh..

p/s : "ingt lelong, jom2lelong" mungkin akan di tukar lepas ni...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, November 16, 2010

Waran Tahanan

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

Keywords : Agent hartanah berdaftar, house bubble, waran tahanan, Selamat Hari Raya Aidil Adha

alhamdulillah, dah nak raya aidil adha... syukur kita masih lagi di beri kesempatan untuk merayakannyer... seminggu 2 ni, byk isu yg timbul dalam dunia hartanah ni... aku pun, mungkin tambah lagi 'rumah' di alam maya ni... tu yg sibuk sikit... dalam sibuk2, byk jugak call masuk bertanya dan berkongsi pendapat... terima kasih... kepada rakan2 yg berada di perantauan, aku ucapakan selamat beraya di sana.... tapi sodapp lomang kat mesia lagi la... hehhehehe... jangan marahhh... saje je, bg rindu kg halaman...

soklan yg tak leh aku nak terima seminggu dua ni... ada yg call, tanya sama ada aku ni buat lagi tak jual rumah & lelong??? just nak bgtau, aku - Farhan ialah seorang agen hartanah yg berdaftar dan masih buat untuk sesiapa nak jual rumah atau lelong... malah, jadual aku semakin padat dari minggu ke minggu... mungkin sbb aku tidak update blog ni selalu kottt.... but, im still here... malah, ada kawan2 pembaca yg call minta pendapat dan juga pandangan... aku kalau tak der apa2, aku akan jawab call..tapi kalau aku tengah ada kerja, mungkin aku akan call balik... so far, alhamdulillah... "Blog ini aku coretkan khas untuk berkongsi idea, pengetahuan dan aplikasi ilmu pelaburan dalam hartanah. Aku ingin berkongsi pengalaman aku bersama mereka yang sedang dan masih mencari peluang dalam pelaburan hartanah, insyaAllah..."

berkenaan dengan margin di kurangkan kepada 70% untuk rumah ke 3 dan ke atas.... setiap bank akan cek kat ccris... so, kalau dah ada lebih 2 rumah yg masih dalam loan, automatik rumah ke 3 kena 70%... malah ada pendapat yg cakap pegi kepada bank asing, mungkin margin boleh di runding... aku tak berapa sure sbb aku tak dapat info dan tak berurusan lagi dengan bank asing...
mmg patut kerajaan buat benda gini... even time aku study pun, mmg telah di perkatakan ttg house bubble ni... siapa player house bubble? bank, valuer, penjual dan pembeli.... bank akan bergantung kepada valuer.... valuer akan value rumah mengikut evidence, tu pun kalau ada, kalau tak der dalam evidence, dia akan create harga mengikut perkiraan tertentu... penjual pula ada yg menjual over price dan ada pembeli yg sanggup... sebagai contoh, kawasan A ni penjual jual 150k utk 780 sqft, wahal MV dalam 120k je... pembeli ni plak pembeli cash... so di sini dah create satu evidence yg kawasan tu market 150k... so, sesetengah valuer akan ikut harga tu... ada yg kira per-sqft harga... tapi dah penjual nak jual dengan harga tu, so ikut la harga tu... kalau la, rumah yg 850 sqft harga mungkin tinggi lagi betul tak? then, kalau ada reno plak..tinggi lagi... sama jugak kalau pakai loan bank... ada sesetengah valuer yg bg tinggi sbb beberapa aspek terutama economi dah ok, location dah naik dah sebagainya... so harga semakin meningkat dan meningkat... sampai satu tahap, harga akan tepu... then, kalau ekonomi down, org akan jual rumah2 tu...bila jual, harga plak tak leh nak lebih dari beli... harga mesti jatuh, tak sustain... so, sini ada beberapa pihak yg rugi... bank - kalau peminjam tak dpat nak bayar, rumah lelong dan akan ikut valuation terkini... rugi kat situ... penjual - kalau jual, akan jual pada bawah harga... rugi gak... yg untung? pembeli la... tu pun kena tengok lokasi....

baru je panas2 lagi aku dapat waran tahanan untuk rumah sorg kawan.... ini jugak 1st time aku dapat benda ni... apa itu waran tahanan? waran tahanan di keluarkan oleh pihak PBT kerana keingkaran membayar cukai taksiran... so, rumah ni mengikut rekod tak bayar dari tahun 2002... dekat 8 tahun tu... perghh... lama jugak yea... apabila waran ini tidak di lunaskan atau di adakan perbincangan dengan pihak PBT, maka barangan dalam rumah tersebut akan di sita... bukan rumah di sita, tapi barang dalam rumah... kalau sita rumah, mcm mana nak masuk kan... so, barangan dalam rumah tu kena sita... setelah dah habis bayar, barulah barangan tersebut di pulangkan... aku pun terkejut sebenarnya pasal rumah ni...aku tak sangka sampai dapat waran... then aku call lawyer utk dapat advise... dia pun terkejut... hahahaha... tapi sesudahnyer, owner bayar untuk waran tu... dan yg best nyer, dapat 50% diskaun... wowwww... aku pun tak sangka... 50% diskaun on interest... mmg byk gak la.... figure tu di rahsiakan... hehehe... bila pegi sana, aku buat rayuan on behalf dan dia tanya bila nak bayar... aku cakap, skrang saya bayar... org tu mcm tak caya... dia tanya lagi, bila encik nak bayar... aku jelaskan lagi sekarang jugak saya bayar puan dengan sedikit muka serius... dia pun, baru la buat kiraan then aku bayar... baru la lega skit... bukan apa, penyewa baru je nak masuk rumah tu.... kang, tak pasal2 PBT datang sita barang2 penyewa... aduhai... masalah besar la plak tuu... alhamdulillah semua dah settle... peringatan kepada semua, bayar cukai taksiran yea... hehehehe...

hari raya aidil adha dah esok... rasa hiba je raya haji ni bg aku la..org lain aku tak tahu la.. bukan apa,ia adalah berkisar ttg pengorbanan.... dalam hidup ni kita mmg perlukan pengorbanan untuk dapatkan sesuatu.... pengorbanan ini tidak kira dari segi wang ringgit, masa, tenaga, emosi, kasih sayang, hati dan juga maruah... bila bertanya kepada org2 yg berjaya, mereka byk berkorban dalam mengejar kejayaan.... mungkin pengorbanan itu tidak sama setiap orang.... ada org, perlu berkorban masa bersama keluarga untuk berjaya.. banyak tumpukan kepada kerjaya... ada yang berkorban wang ringgit utk jadikan modal perniagaan yg berisiko... ye la, perniagaan mana yg tak ada risiko... pengorbanan itu mengajar kita erti sejauh mana kesabaran, ketabahan dan kecekalan kita menghadapi sesuatu... kena la sabar dalam berkorban... tak kira la pengorbanan itu akan memberi hasil yang kita inginkan atau tidak... jika mendapat hasil yang terbaik, alhamdulillah, tapi kalau hasil tak baik... kita kena check balik apa yg tak kena dan sabar menghadapi nyer...

pagi2 ni jugak aku hepi bila bukak email... hepi bila dapat bantu org lain... mungkin kepuasan bg aku bila lihat org gembira hati aku pun gembira... bila kes2 melibatkan 2 3 party... so benda mcm ni akan kompleks tetapi jika ada tolak ansur dan give and take dengan baik, ia akan memudahkan urusan semua pihak... lain kali aku berkongsi kisah email ini... hehehe... byk kena ulas plak nanti... ni pun rasa dah panjang aku mengarang hari ni.... apa2 pun, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua umat islam di seluruh dunia dan selamat bercuti kepada yg bukan Islam... jika aku ada terkasar bahasa, tersalah kata, mohon ampun sepuluh jari yea... ingt lelong, jom2lelong...okeh....








p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Thursday, November 4, 2010

Kadar Pembiayaan Rumah ke 3 ke atas hanya 70%

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

BNM Laksana 70 Peratus Nisbah Pinjaman Kepada Nilai Bagi Pembiayaan Rumah Ketiga

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia Rabu mengumumkan pelaksanaan nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) maksimum sebanyak 70 peratus, berkuat kuasa serta merta yang akan terpakai bagi kemudahan pembiayaan rumah ketiga oleh peminjam.

Menurut bank pusat, kemudahan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama dan kedua tidak terjejas dan peminjam akan terus memperoleh pembiayaan bagi pembelian ini pada paras LTV sekarang ini yang dikenakan bank individu berdasarkan kepada dasar kredit dalaman mereka.

"Langkah ini bertujuan untuk menyokong pasaran hartanah yang stabil dan mampan serta menggalakkan rumah mampu milik untuk orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut bank pusat itu, dengan harga hartanah kediaman meningkat dengan kukuh seiring dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan paras pendapatan, trend pertumbuhan agregat kekal boleh diurus.

Bagaimanapun, lokasi khusus terutamanya dalam dan sekitar pusat bandar mengalami pertumbuhan pantas dalam jumlah urusniaga dan dalam harga rumah.

Bank Negara berkata ini terus disokong oleh kenaikan dalam pembiayaan yang disediakan untuk pelbagai pembelian unit oleh peminjam tunggal, yang menunjukkan kenaikan aktiviti pelaburan yang merupakan spekulatif, kata Bank Negara.

Ia berkata pelaksanaan nisbah LTV yang disasarkan itu dijangka menyederhanakan pelaburan yang banyak dan aktiviti spekulatif dalam pasaran hartanah kediaman yang menyebabkan kenaikan harga yang lebih tinggi daripada purata di lokasi sedemikian.

"Ini juga telah membawa kepada kenaikan dalam harga rumah di sekitar lokasi, dengan itu menyumbang kepada penurunan keseluruhan rumah mampu milik bagi pembeli rumah sebenar.

"Oleh itu langkah ini kekal menyokong objektif menggalakkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia yang terus menjadi agenda penting negara," kata bank pusat.

Dalam perkembangan lain, Bank Negara mengumumkan pengenalan program kemampuan kewangan, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan paras literasi kewangan, menggalakkan kewangan yang baik dan pengurusan hutang oleh rakyat Malaysia.

Program itu akan ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit melalui cawangannya di seluruh negara dan akan bermula Januari 2011.

"Program ini bertujuan melengkapkan individu dengan pengetahuan untuk keputusan kewangan yang bertanggungjawab dengan mendapat pemahaman praktikal dan kemahiran dalam pengurusan wang dan hutang," katanya.

Bank Negara berkata program menyumbang ke arah mengekalkan kedudukan kewangan isirumah yang baik dan memastikan pengumpulan hutang sepadan dengan kemampuan isirumah, termasuk kemampuan mereka menyerap pelarasan kadar faedah dan potensi turun naik paras perbelanjaan dan pendapatan.

"Individu, terutamanya peminjam prospektif yang baru dan dewasa muda, digalakkan mengambil bahagian dalam program yang direka bentuk khas.

"Maklumat pelaksanaan program ini akan diumum pada Disember," katanya.

-- BERNAMA


terkejut gak aku smlm bila dengar benda ni... harap dapat sebarkan kepada kawan2 yang lain yea... pada aku, benda ni adalah sign kepada property bubble yang melanda di sesetengah tempat di Malaysia terutamanya di Lembah Klang... dalam mengekang property bubble ni, kerajaan terpaksa membuat kekangan terhadap pembiayaan rumah... nanti aku akan ulas benda ni, so far, aku tak dapat nak concentrate kerana ada beberapa kerja urgent nak buat... insyaAllah nanti aku update... ingt lelong, jom2lelong..okeh..


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, October 27, 2010

Original Strata Title & Individual Title

Keyword : Strata Title, Individual Title

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari ni dapat lagi di berikan kesempatan untuk update blog... sebelum ni aku ceritakan pasal strata title kan... so kat sini aku berikan contoh strata title dan invidual title... yg ni original aku scan... tapi segala maklumat berkaitan aku terpaksa hidden kan... bukan apa, paham2 la, benda ni mmg sekeping kertas, tapi harga untuk dapatkan sekeping kertas ni teramat la tinggi...

Hakmilik sementara pada geran yg berwarna ni kerana ini adalah leasehold... kalau yg strata title tu, ia ada 3 keping kertas dan di sertakan dengan plan lot rumah... yg original strata title mmg size A3, so aku fotostat jadi kecik utk senang scan... korang boleh perhatikan gambar di bawah, beza yg original dan yg aku fotostat...

by da way, buku di bawah ni buku yg baru aku baca.... seronok gak baca buku ni... ia bagi aku motivasi... mungkin tak semua orang sama kan... tak pe, asal kita membaca ia boleh tambahkan knowledge.. tak kira buku apa pun, insyaAllah ia akan memberi manfaat kepada kita...

pendek je kali ni... sbb minggu ni aku ada beberapa benda yg penting... presentation, appointment, beli barang, pindah barang dan sebagainya... harap masa dan kesihatan aku terbaik untuk minggu ni... insyaAllah... ingt lelong, jom lelong..okeh...



Individual Title


Strata Title




Original Strata Title at the back...


My new reading...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, October 25, 2010

Simpan Strata Title

Keyword : Strata Title, Financing, Ejen Hartanah, Not Just Selling But Educate
Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, minggu lepas dah berlalu dengan penuh jayanya bagi aku... hehehe... minggu ini pula akan di lalui dengan penuh iltizam, semangat dan kecekalan yang tinggi dalam meneroka alam perniagaan yang sengit dan semakin kompetatif ini... mcm keyword yg aku tulis tu, kali ni itulah isu yang aku ingin coretkan... jom kita bercerita pasal strata title dulu....

rumah atas - condo, apartment, flat akan di issued strata title... even, ada strata parcel untuk rumah bawah... aku advise kalau nak beli rumah 2nd, beli la rumah yg dah ada strata title.. kenapa? sbb, kalau belum issued kena la stand by duit lebih skit.. sbb kalau issued nanti kita yg beli kena bayar untuk strata title tersebut... mcm kes terjadi kepada aku tahun ni... aku dapat rumah tu belum lagi issued, then aku jual... tengah2 proses jual tu, pemaju jugak tgh proses dapatkan strata title utk apartment tu... last sekali, penjualan rumah stuck kat situ... kena tunggu utk strata title issued - aku kena bayar, tukar nama then baru la settle proses... satu rumah di kawasan sama aku sempat lepas, cuma yg kedua ni tak lepas... so, estimated tahun depan bulan 6 baru settle... jenuh nak tunggu kan... inilah di antara kes2 yg kita dalam tak sedar... mcm aku expect bulan ni settle, tp dah jadi mcm ni, tahun depan la settle.. huhuh.. berbalik kepada strata title td, bila dah dapat strata title, korang simpan la elok2.. jgn kasi hilang... kalau boleh, ambik la masa dalam 1 jam, buat filing kepada semua rumah yg korang ada tu... sistematik... biar susah skrang, senang kemudian nak cari... kebanyakan rumah skrang leasehold.. tenure 99 years.. kita mungkin tak sampai hingga 99 tahun hidup... so, file2 tu jatuh kepada anak2... bila tinggal 5 6 tahun lagi nk habis tenure, JMB apartment yg kita beli tu WAJIB kumpulkan semua strata title untuk buat permohonan renew tenure balik... ini mmg kena aware... even, kita beli rumah bawah sekalipun, 5 6 tahun nak habis tolong apply terus untuk sambung tenure.. semestinya kalau sambung tenure kita kena bayar premium... itu sudah semestinyer... premium tanah tu bergantung kepada PBT di kawasan tersebut... premium tanah kl tak sama dengan hulu langat, petaling dan sebagainya.. ia berbeza... so kena berpesan kepada anak2 kita... insyaAllah, kita ingtkan sekali diorg ingt la nanti...

dulu kala time aku kecik2, aku ingt lagi pakcik2 aku bercerita pasal org gomen potong gaji bulan2 then tinggal rm20 je gaji bersih... boleh jadi mcm tu... nak makan apa ekk.. aku baru je teringt pasal ni... aku tak sure bila kerajaan perkenalkan ccris ni.. yang mana, had max untuk kita buat financing ialah 70% dari gross salary... maksudnya kalau gaji kita 1000, then kita dah potong 600, so kita boleh pinjam hanya 100 je lagi untuk menjadikan bulan2 kita pinjam 70% je dari gaji kita... even, kalau nak pinjam pun, bank akan tengok berapa % kita dah potong sebulan... kalau dah potong 70%,maka tak dapat la kita nak pinjam lagi... soalnye kenapa 70%? kalau perasan, gaji ada hidden deduction.. tiap2 tahun kita kena bayar tax, kena potong epf dan sebagainya... so, bank negara menghadkan sampai 70% sahaja... cuba la kita kira berapa bulan2 kita tolak epf dan cuba darab untuk setahun... sama jugak untuk tax.. cuba darabkan untuk setahun... aku rasa figure yg korang dapat tu tambah kurang dalam 1 -2 bulan gaji... aku rasa la... selamat mencuba untuk mengira...hehehehe....

minggu lepas aku sempat ke MPH, membeli financial calculator.. dan dapat hadiah buku dari seorg wanita...hehehe... bagus buku ni.. bagi aku, mmg buku ni utk ejen hartanah, tapi tak salah kalau pelabur hartanah jugak baca... buku ni advice yg donald trump terima dari kawan2 dia... 100 advise tak silap.. tapi apa yg advise tu mmg boleh pakai.. best jugak aku baca buku ni.. salah satu advise ialah, not just selling, but educate.. betul, betul dan betul... ramai org masih lagi salah anggap kepada ejen hartanah.. ejen hartanah berdaftar tak akan mark-up harga rumah... kalu harga tu yg di berikan, itulah harga yg di persetujui oleh owner... bila kita jual rumah, kita bukan sekadar menjual, kita bagi kefahaman how to sell the house.. the process... the procedures and etc... mcm aku, mmg aku advise dulu owner berapa boleh jual rumah ni... then aku bila jumpa buyer, aku bgtau harga semasa, financing, procedured dan sebagainya... owner dan buyer wajib tahu procedures... melainkan kalau diorg dah pernah jual beli rumah.. untuk 1st timer, ini wajib mereka faham.. kalau yg penah deal dengan aku, aku selalunyer akan sketch kat kertas kosong, then diorg ambik kertas tu.. buat rujukan... itu selalu aku buat... aku tak nak salah faham nanti... bila salah faham, tak sedap untuk deal.. huhuhu... ye la, bila kita deal untuk rumah yg bernilai puluhan ribu malah ratus ribu, itu dah melibatkan hutang sepanjang hidup... so, kena la berhati2...

sedikit pasal projek aku... ada bergerak skit hujung minggu lepas.. nasib la ada masa skit.. hopefully dapat la aku siapkan ikut dateline.. insyaAllah.. kena bg dateline kat diri sendiri.. baru la tercabar skit.. motivasi diri... hehehe... ingt lelong, jom2lelong..okeh..




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..