Thursday, July 16, 2009

Mana nk dapat MODAL ??

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

kali ni aku nak tulis panjang2 skit... hahahaha... bukan apa mmg kene tulis panjang untuk kita semua faham. aku pun tak tahu panjang mana nak tulis nie...hehehhe... mcm post sebelum ni, aku dah cakap nak tulis mcm mana nk dapatkan modal... ye la, aku dapat email,org bertanya aku, mana nak dapat duit.. ye la, skrang kan musim 'kemarau'..hehehe... ekonomi yang tak seberapa la kan.... so, semua kene bayar dan barang plak naik... minyak dah turun pun, barang2 tetap naik.. aku pun tak faham la bab nie... ye la, semua org nak untung, tul kan... oklah, kang aku merapu plak nanti... huhuhu... so mcm mana nak cari modal nie.. aku nak nasihatkan kepada yang baru nak menceburi hartanah ni supaya ada cash dalam 10k-13k. duit ni adalah permulaan untuk membeli pangsapuri berkos rendah dan meliputi bayaran deposit, yuaran guaman, duty stamp, dan insurans. kalau rumah lagi mahal, kene sediakan lebih sikit la k.so mcm mana nak cari duit nie..

first sekali kita kene bermula dengan diri kita sendiri atau pun pasangan kita.. maksud aku simpanan kita. mmg la sumber kewangan yang terbaik adalah dari sumber kita sendiri sbb kita tak perlu berhutang atau pun kene bayar interest. tp bg aku, aku tak der la saving banyak tu. ye la, sbb baru nak hidup kan waktu mula2 nak buat dulu so cara ni aku tak leh buat. tapi aku tahu, ramai kat luar sana yang ada simpanan banyak tu dan lebih lagi. ramai yang pandai berjimat dan pandai menyimpan. so, kalau ada golongan ni yang baca, boleh la mulakan untuk membuat pelaburan dalam hartanah nie..

yang kedua plak kene cari pembiaya. hehehe... kita kene berhutang la maksud aku.. jangan segan dan jangan la malu nak pinjam. kita kene confident yang hartanah kita beli tu dapat memberi pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat. sebagai contoh, aku nk bercerita.. sebuah rumah ni di buka jualan dengan harga kurang 100k...tetapi oleh kerana pembangunan yang pesat dan juga membangun harga hartanah di kawasan tersebut melonjak...rumah ni plak nk jual dengan harga 110k...tp si A tak der la duit nk bayar deposit.. bukan setakat deposit, 2k pun tak der... tapi MV rumah tu 150k.. wowww...kalau tak ambik rugi nie... dengan tak semena2, dia pun terus jumpa dengan makcik dia dan meminjam 15k dengan janji akan membayar balik dalam masa setahun. so, makcik nyer sesetuju utk memberi pinjam duit sebanyak tu. di pendekkan cerita, dia membeli rumah tersebut dan menjualnya kembali dalam masa setahun dengan harga pasaran. so, boleh fikir kan berapa dia untung? so kalau kita lepas ni berada dalam kedudukan yang baik oleh kerana peminjaman ini, boleh la kita bantu sapa2 yang nak kan bantuan.. tapi kene tapis jugak org tu... kang tak bayar, susah la plakkk...huhuhu....

ketiga plak...menjual pelaburan2 yang tidak menguntungkan... contohnya, kalau kita ada dana amanah yang tidak menguntungkan, boleh la jual separuh...jgn jual semua sbb dana amanah akan naik utk jangka masa panjang... kalau ada pelaburan2 lain yang boleh di cairkan untuk mendapatkan modal..so ini salah satu cara..tp jangan la plak jual harta korang ada sekarang ni yg basic... kita cuba untuk berfikir kreatif untuk mendapatkan modal yang terbaik untuk kita dari segi bayaran dan juga tidak menggangu kehidupan kewangan kita seharian... banyak lagi menda boleh berlaku kalau kewangan kita terjejas... so cuba elakkan okeh...

ke empat..untuk sesiapa yang dah beli rumah sebelum ni dan dah lepas untuk lock in period, boleh refinance rumah tersebut kepada harga pasaran sekarang. aku akan terangkan detail lagi pasal refinance ni dalam post masa depan. aku dah pk, post next ni aku nak tulis pasal pendapatan pasif... tgh dapat idea nie...heheheh.... bila kita refinance, kita boleh dapat cash...kalau kita mark up, lagi la dapat bykkk... so yang ni kene tgk la nanti mcm mana ok....

ke lima... membuat pinjaman peribadi.. pinjaman peribadi ni pun kene tgk jugak dengan rumah yang kita nak beli tu... adakah rumah tersebut berbaloi dengan pinjaman yang kita buat? adakah dengan buat pinjaman tersebut boleh di cover dgn sewa rumah yg kita akan dibeli nanti? boleh ke sewa tu cover loan rumah dan personal loan? tu kene jadi persoalan dan kene fikir secara mendalam okeh. jangan nanti kita kerugian plak.. adakah semua ni boleh bayar untuk lawyer, duty stamp dan sebagainya yang terlibat... kene fikir sekali lagi okeh...

ke enam.... ni yang banyak org lakukan sekarang.. mengeluarkan wang daripada EPF @ KWSP... kita boleh keluarkan wang daripada akaun 2 untuk bayar deposit... so, kene check balance di kiosk epf baki duit kita... mencukupi ke tidak... tetapi, untuk dapatkan nih, kita kene beli rumah dulu... then baru boleh keluarkan... ala mcm claim balik kat epf la... sbb epf nak SNP @ contract pembelian tu sebagai bukti... so, kene la ada duit skit untuk membayar deposit tu.. malah epf juga boleh dikeluarkan untuk membayar installment..

ke tujuh... yang ni untuk sesiapa dah nak maximum dia punya commitment... ye la, ada org tu rumah dah banyak dengan kredit card, personal loan dan sebagainya... so commitment pun jadi makin sikit... dan ada juga yang dah tak leh nak buat loan...so yang ni ialah Joint-venture[JV].. dengan JV ni, yang ada duit banyk boleh menggunakan sesiapa untuk membuat loan... sebelum JV ni, aku nak nasihatkan korang pk dulu kalau apa2 berlaku lepas tu... ye la, JV ni banyak cara... JV separuh2..JV aku semua...banyak cara korang boleh create... so korang pk la mcm mana kalau berlaku perpisahan... ha mcm mana... kalau bergaduh mcm mana... kene fikir tu....sediakan backup plan jika berlaku mcm tu k...buat perjanjian dgn lawyer ker atau perjanjian bertulis antara korang....

ke lapan... kita boleh membuat pinjaman tanpa faedah di majikan kita... ini kepada sesiapa yang ada majikan yang menawarkan pinjaman jenis ni. ini kerana, pinjaman jenis ini menguntungkan sbb tanpa faedah. pinjaman jenis ini juga diberi mengikut pangkat..kalau pangkat tinggi boleh la dapat byk dan kalau rendah sikit dapat rendah sikit... biasa la tu kan... so, kalau kat majikan korang ada pinjaman jenis ni boleh kalau nak try buat pinjaman.

terakhirnya ialah mengeluarkan wang daripada polisi insurans kita... tapi tak semua polisi insurans yang memberi wang ini...ini kerana, hanya polisi insuran yang ada konsep pelaburan sahaja yang mengandungi wang simpanan kita sahaja yang boleh dikeluarkan.. itu pun setelah kita sekian lama membayar insurans... kalau nak ambil wang ini, kita di kenakan interest tertentu... mcm tak adilkan... huhuh..wang kita simpan, nak ambik mcm kene pinjam plak..huhuhu... tapi biasa la, selagi tak matang, tak leh kuarkan .. kalau kuarkan mmg kene interest la kan.... semua benda ni aku tulis atas pembacaan dan juga pengalaman yang aku dapat. mungkin korang ada lagi cara yang lebih kreatif untuk mendapatkan modal boleh share dengan aku dengan comment di bawah ni atau pun email aku.. mungkin apa yang aku cadangkan ini sudah biasa bg sesetengah org dan mungkin juga suatu benda baru untuk orang lain. bagi aku, modal adalah satu sumber yang amat penting bagi memulakan pelaburan dalam hartanah. tidak kita semua nafikan, pelaburan hartanah perlukan modal yang sedikit besar tetapi, kita untung pun besar nanti... so, itu dikira sama sama menang la kan...so kita sama2 fikir kreatif untuk mendapatkan modal k. ni je kot dulu, oklah ingat lelong, ingt jom2lelong .. okeh.


FARHAN

019.362 3578
jom2lelong@yahoo.com.my
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

4 comments:

bidadarindu said...

Good info..
TQ Farhan

Rohaniah Noor said...

hm.. saya rasa bab keluarkan duit dr insurans kena interest tu terpakai kalau insunrans konvensional je kan..
kalua tak salah saya, kalau takaful, takde interest ni.
kira macam kita keluarkan saving kita je..
sbb dulu masa saya ada takaful malaysia dulu macamtu.
tp kalau saya silap, betulkan saya.

Jom2Lelong said...

re bidadarindu : terima kasih. saya cuma berkongsi apa yang saya tahu..anyway tq view my blog..

Jom2Lelong said...

re rohaniah noor: saya tak sure ttg bab ni..sbb dulu saya kuarkan dari insurans konvensional kene charge..huhuh... kalau takaful ni saya tak sure ada charge ke tidak.. tq rohaniah for the idea...