Sunday, July 12, 2009

Aktiviti Minggu Lepas................

Salam sejahtera buat pembaca budiman yang setia,

Bersyukur aku ke hadrat ALLAH kerana masih lagi berkesempatan untuk menulis secoret kata untuk berkongsi dengan pembaca sekelian. Minggu lepas ada beberapa aktiviti yang aku lakukan dalam hartanah ni. Pertama pasal rumah aku di vista pinggiran. Tenant bg notis setengah bulan nak keluar..kalau nak kira dalam tenancy aggrement deposit burn dan tunggakan dia kene bayar sbb langgar perjanjian... tp melihat kepada keadaan rumah yang budak2 ni duduk, aku rasa biarlah... lgpun dia jaga rumah tu dgn baik tp diorg ni mempunyai tunggakan bil telefon 900++... ....padahal dia hanya deposit sebulan sahaja tahun lepas... so mcm mana nie... penin kepala aku... sah sah la deposit dia aku buat bayar tepon dan ada lagi dia kene top up... tp ni pun salah aku... aku nk ingtkan diri aku dan korang, kalau tenant nak masukkan tepon, JANGAN sesekali pakai nama kita... kalau dia nak pasang, suh je daftar atas nama dia... aku hari tu ada foreigner sewa..sbb aku kesiankan diorg, aku pasang la tepon atas nama aku... kalau atas nama diorg, diorg kene deposit 1500... tp aku silap...mmg aku silap... so korang kalau tenant merayu sekalipun, JANGAN pakai nama korang... huh... tp alhamdulillah aku dah dapat tenant untuk rumah tersebut. Tenant baru ni plak kerja di Cyberjaya dan nak sewa untuk 5 tahun...wawww...tp aku berhati2 jugak.. takut jugak... nak masuk 1 Ogos ni dan dah bayar deposit untuk itu 2 hari lepas..mmg nak sungguh umah tu... aku mmg letak rumah tu fully furnish... dalam bulan ni aku masukkan cabinet untuk dapur... sewa pun boleh la tahan... lepas la bayar untuk bank dan maintenance fee....

alhamdulillah juga minggu ni settle 3 loan application untuk client mr shahril, mr ibrahim dan juga mr benny... malah mr benny dah sign snp..ini adalah pembelian secara sub sale... mr shahril kalau tak der apa2 halangan, dalam bulan ni dah boleh masuk rumah sbb tunggu grill pasang je... dan kata bengkel tu dalam bulan ni dia janji akan masukkan..sbb aku dah masukkan api dan air... kalau tak der grill,aku takut la nk pasang lampu kipas kang nanti di curi payah la... mr ibrahim pula tunggu untuk sign letter offer loan... dalam minggu depan ok la kot... aku akan follow up dgn bankers...

sebelum aku lupa, RRM lawyer Mrs Junny akan cuti bersalin dan akan di ambil alih oleh Cik Suliana. so apa2 kes lepas ni dia akan handle.. hopefully she can do the best for us...insyaALLAH.. minggu ni aku ada la usha2 2 3 property yang client aku nak..tp auction je call off... mmg frust giler.. pagi belum lagi call off, sampai nak auction baru call off... so boleh makan angin je la... aku tengok kebelakangan ni banyak property di sekitar lembah klang menjadi rebutan dengan harga yang begitu maksimum... mcm aku yg budget anak2 bilis ni, tak dapat nk bersaing dengan ikan jerung.. tp tak per, kalau rezeki kita tak ke mana..tul tak....so teruskan je survey nanti ada je terus kita masuk untuk bid..

beberapa hari ni, aku ada beberapa investor yang poket tebal...byk wang tuu.... aku cuba untuk bg investor ni rumah yang berlainan dan lokasi yang berbeza... bak kata org putih dont put all the egg in the one basket... betul ke ayat aku tuh... lantak laaa....hahahaha... betul jugak tuh.. kalau la basket tu jatuh, pecah habis semua telur2 tu... sebagai contoh jugak, jangan kita beli rumah yang berada dalam satu apartment atau dalam satu kawasan taman... harga kawasan tersebut boleh jatuh dgn beberapa keadaan yang menjejaskan semua hartanah yang kita ada di kawasan tersebut.. aku ada pengalaman dalam bab nie.. so korang jangan buat silap mcm aku...tapiiiii kalau korang rasa tempat tu mmg akan meletup lepas ni, korang boleh beli byk2... ini juga bergantung kepada keadaan... tp seboleh2nya elakkan...

post di masa depan ni mungkin akan memberi beberapa tips yang menarik untuk mencari modal.. mana nak dapat modal ekk.... aku tak der duit...aku keje baru 1 tahun....2 tahun. mcm mana nak buat... so next post aku cuba untuk memberi beberapa tips yang sebolehnya... so sapa nk beli rumah lelong, aku ada sediakan pakej utk korang..so boleh la hubungi aku atau email aku okeh...



mr benny sign snp dgn ms suliana...


FARHAN
019.362 3578
jom2lelong@yahoo.com.my
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

No comments: