Wednesday, July 8, 2009

Pengiraan OD

Salam sejahtera buat pembaca yang setia dan budiman...

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana memberi rezeki kepada kita semua. Rezeki kesihatan, rezeki ilmu yang berguna dan pelbagai rezeki yang kita tak pernah terduga akan ada rezeki tersebut. Alhamdulillah minggu ni aku banyak masa habiskan untuk survey rumah dan juga menguruskan beberapa rumah untuk di sewa dan juga untuk di jual. Dari minggu lepas, ada beberapa email dan juga pertanyaan dari kawan aku di 2G tentang PENGIRAAN OD. So, di sini aku letak mcm formula untuk korang buat pengiraan tentang OD korang semua. Tapi, kalau salah tolong laa bgtau aku okeh... kan aku masih belajarrr...hehehe...

(a) x [BLR% - 0] x (b)
______________
365


a : jumlah yang diguna
b : tempoh hari yang kita gunakan wang tersebut

CONTOH :

10,000 x BLR%-0 x 12
_______________
365

BLR = 5.5

- 10,000 ni adalah duit yang aku gunakan. contohnya aku buat OD 30k, tapi aku gunakan 10k sahaja. formula ni digunakan berdasarkan duit yang kita guna. so, kalau kita guna 10k, kita letak 10k..depends la berapa yang korang guna.

- BLR-0 ni berdasarkan kepada bank...RHB = BLR-0@BLR-1, CIMB=BLR+0@BLR-1.25... ini bergantung kepada yang korang buat... mcm aku dulu sempat dapat BLR-1.25 kat CIMB... hehehe....

- 12 ni maksudnya, aku kuarkan duit 10k pada 1hb dan 12hb aku dah bayar balik 10k. tempoh masa yang kita gunakan wang OD dalam tempoh bulan tersebut.

- 365 adalah tempoh hari dalam setahun....

so, 10,000 x 5.5 x 12
______________
100
_____________
365

= 18.08

so interest kita ambik 10k dalam masa 12 hari ialah RM18.08.. senang je kan kira2 ni kan... bg aku, interest kat OD mmg murah berbanding dengan Pinjaman Peribadi atau kad kredit..

oklah, ni dulu untuk kali ni. aku ngantuk laaaa..huhuhu.kalau nk beli rumah lelong, ingt jom2lelong okeh...

enjoyyyyyyy...................


FARHAN

019.362 3578
jom2lelong@yahoo.com.my
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

2 comments:

Amri said...

OD ni kena bayar dengan cepat ker. kalo guna setahun baru bayar macam mana

Jom2Lelong said...

OD ni kene maintain bayar interest setiap bulan. kita tak boleh utk guna setahun baru bayar sbb bank akan freeze utk penggunaan bulan seterusnya kalau kita tak byar interest utk bulan tersebut.