Tuesday, February 26, 2013

Hari Mendebarkan! ohhh PBT..

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, syukur kepada ALLAH sebanyak2nya... selawat dan salam buat junjungan besar Nabiku, Nabi Muhammad SAW... alhamdulillah, lega, terkilan, terasa, hampa, kecewa, gembira... semua benda dalam diriku ini... ohh, betapa indahnya kehidupanku.... 

sejak dari sabtu lepas, agak bz.. sabtu dengan seminar, appointment dan beberapa kerja... ahad aku giler kentang exausted... tak leh nk cakap apa... petang aku gagahi pegi appointment dengan engineer.... isnin semalam aku bz dari pagi... bayar insuran, buat roadtax kat pejabat pos, pegi bayar rumah, buat diserrtation, jumpa supervisor... ohhh sampai la petang... mlm plak aku prepare presentation pagi ni... kul 1pagi tu pun tak siap... sambung pagi ni....

pagi tadi aku present kat satu PBT projek aku... (hensem tak gambar aku kat FB sebelum masuk meeting?).hehehehe... aku giliran ke 19... ya ALLAH, betapa berdebar nyer tak leh cakap...dari kul 10.15pg sampai la kul 11.50 pagi baru panggil.. 1st time aku masuk meeting yg dihadiri oleh semua Pengarah... dekat 20 orang semuanya... dari bomba, iwk, jabatan dalam PBT tu sendiri... chaiman is Dato' dot dot... aku present la apa yg aku nak buat... then masuk ke plan bangunan... masuk je plan, bagaikan peluru berpandu menyentuh tubuh aku dan team... my team is aku, my staff, arkitek n engineer... diserang pelbagai sudut mcm benda ni tak leh buat... ya ALLAH... then, satu persatu my team counter... alhamdulillah, tinggal 2 3 isu je tak settle tadi... isu 'island', facade.... semua dalam meeting tu, semua bumiputra.. this is 100% bumi company... bumi muslim ok... kenapa tak beri sokongan langsung... seolah2 benda ni tak boleh nak buat? aku tahu, projek ini adalah projek pertama yang seumpamanya di PBT tersebut... alhamdulillah... ALLAH memberi hidayah untuk aku dan team work-out benda ni... pelbagai masalah ditimbulkan... kenapa tak boleh berikan suggestion untuk buat itu dan ini... ini nak condem je.... sabar sangat2...  

aku perlukan kerja-kerja awal untuk lakukan projek ni... masa berjalan... dari disember 2012 lagi masuk meeting... ding dong sana sini... tadi kerja-kerja awal tak dapat diberikan kerana perlukan pertimbangan IWK.. hohohoho... tapi tak pe...sabar lagiiii.... 

alhamdulillah, ptg tadi my team dah settle dengan bahagian rekabentuk bangunan... my staff call untuk update pengarah tersebut setuju dengan cadangan kami... syukur sangat2 ya ALLAH.. ada 2 lagi isu... esok my staff akan jumpa IWK untuk settlekan berkenaan dengan main hole... hopefully, IWK support projek ni... ia dapat membantu, memudahkan dan menjimatkan ramaiiii orang... semoga ia bermanfaat bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah ekonomi kawasan tersebut... kalau la company dari bangsa lain masuk, aku rasa dah lepas projek ni... tak pe, aku nak buat dengan cara paling telus.. aku tak nak benda2 tak baik berlaku.... td aku ada bincang dgn org yg lama yg selalu berurusan dengan PBT tu, dia cakap hulur la skit... my decision is NO!!! itu haram! walau apa pun jadi, just follow the flow... i dont care... 

dalam meeting tadi my arkitek membuat satu kenyataan yg agak mengelirukan 2 badan.. iaitu PBT dan BOMBA... bomba cakap plan ni ok, then sampai kat PBT dia cakap tak boleh kena ubah... then, kalau mcm tu, kelulusan bomba tak der guna la... then tadi mungkin pengarah ni agak terasa, dia bacakan by law sec 41 dan 42... dia baca ok... then dia tanya... u faham tak? perghhh.... dalam meeting besar tu kot... apa lagi, my team cakap faham je la then akan ikut garis panduan tesebut... tak pe la, skit lagi nak lulus... kena sabar banyak2... ohh apa projek nyer? insyaALLAH, suatu hari nanti pembaca akan tahu.... so far, saya harap pembaca dapat mendoakan projek ini berjalan dengan lancar... honestly, this projek akan memudahkan ramaiiii orang.. percayalah... ia juga akan menyenang dan menjimatkan ramaiiii orang... 

time meeting jugak, ada jugak yg berkenan dengan projek ni... tanya benda yg mmg kita offer... that a good sign... hari2 aku pk projek ni.. dari sekecil2 benda, hingga la ke benda besar...  aku tahu, setiap yg berlaku ni ALLAH dah aturkan untuk aku dan team.. insyaALLAH, nanti kita akan nampak apa hikmahnya... so far, smlm aku dah dapat balik tender... dan ada lagi satu company yg minta extention.. tak der masalah, aku kasi... esok dia hantar... so far, aku tengok harga semua on track... cuma aku kena tengok dengan lebih details... 

ohhh, lega dapat meluahkan isi hati dalam blog tercinta ini... inilah coretan kehidupanku as agent hartanah, investor, pelabur hartanah, majikan dan juga staff.... ohh satu lagi...student... hari ni, rasa lega skit... moga esok akan menjelma sinar yang lebih terang... ceriakan hidup anda dengan senyuman, salam dan selawat kepada Nabi yea.... ;)  okeh... 

p/s : panjang skit...luahan hati.. :)


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong