Wednesday, February 13, 2013

Dah balik + Halau Tenant Tak Sah

alhamdulillah... yeahhh... dah balikkk... dah balik masuk tulis blog... wahh... lama nyer tak menulis dengan penuh rasa nak menulis.. sampai la hari jumaat lepas 8-02-2013... terjumpa dengan seorang insan yang banyak mendorong... banyak persoalan aku ajukan kepada nya perihal diriku... apa yg aku fikir, apa yang aku rasa dan apa yang patut aku buat... dia dengan selamba memberi kata2 yang membuatkan aku rasa - ini bukan aku la... aku tak nak jadi semua ni... thanks a lot... sorg insan yang humble, tapi banyak berubah dengan membuat pelbagai kajian demi kajian dalam kehidupan... hidup ini amat unik... semoga kita semua dirahmati...

sejak masuk tahun 2013... persoalan lelong banyak ditanya kepada aku... 

soalan 1 : rumah dah menang lelong... tapi tetiba owner masuk rumah tu dan tak nak keluar... nego dah, tapi owner cakap, ini rumah dia dan dia tak nak keluar... apa nak buat?? penah jadi jugak 1 kes dulu2.. mmg owner tak nak keluar... apa nk buat ek... kalau nego mmg dah jalan buntu... kalau dah offer untuk dia keluar dengan bagi duit pindah seperti bayaran lori or tolong carikan rumah lain pun tak leh, dah buntu habis jugak.. cuba cara ni...

1 - kalau rumah apartment, pegi ke maintenance ofis then minta diorg potongkan air... bgtau dia yg kita as a owner.. jangan bagi sapa2 connect air selagi belum  dapat permission dari kita... kena stress benda ni kat management ofis.. jangan bg sapa2 bukak air tanpa permission kita... sbb ada setengah kes, bila kita potong air, si tenant tak sah plak pegi management ofis bukak air... so, tegaskan kat management ofis yg kita sahaja berhak untuk bukak air... 
- kalau rumah teres plak, pegi ke syarikat pembekal air... contoh kalau KL, selangor ni SYABAS la... suruh syabas potong air... sama jugak... jgn bagi SYABAS bukak air tanpa arahan atau permission dari kita... 

2 - kalau dah seminggu tu tak keluar jugak lepas potong air, pegi plak TNB.. potong plak letrik... kalau rumah apartment, senang sbb pintu berkunci...ada jugak yg tak berkunci (byk yg tak berkunci)... hehehe... kalau berkunci, org dalam rumah tu tak leh buat apa la... kalau rumah teres, suruh tnb jangan cabut fius je, cabut terus meter... sbb kalau cabut fius, boleh je buat sambungan haram... so, cabut semua... 

3 - so far kalau dah tak der air dan letrik, dah tak lama la tu... tapi kalau la tak jalan jugak kan.... terpaksa la ambik tindakan mahkamah... ambik injuksi... ambik lawyer dan bayaran dalam 3 - 4 ribu... biasanya dalam 3 4 bulan, mahkamah keluarkan arahan dan mengarahkan org dalam rumah tu keluar.. org mahkamah yg datang halau... kalau sapa masih ingat, ada kes kat penang yang org mahkamah datang rumah halau keluar... so, mmg kena keluar jugak.. so tu penyelesaian yang terakhir la... 

tapi cuba elakkan untuk guna kekerasan... because is make it worst... ada kes, sbb kena halau keluar habis dia pecahkan tiles... so tiles kena buat balik... so better cakap elok2 la yea... so far, cuba berikan dia solution untuk selesaikan masalah dia supaya dia boleh keluar... kita bagi solution bukan kita menyelesaikan... at least kita bantu dia mana yang boleh... oraitt... 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

No comments: