Monday, November 16, 2009

North Tour Begin.......part A

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

pertamanya aku nak berterima kasih kpd pembaca yang telefon aku berkehendakkan rumah lelong. tapiii, aku nak minta maaf sbb aku sekarang tengah ber'tour'... tapi everyday aku mmg access kepada internet... so kalau ada email atau anything news, so aku update...tour pun tour la jugak kan... kerja tetap kerja walau mcm mana pun... lagi pun kerja sendiri mcm la.. tp aku suka untuk bekerja begini... rasa puas...hehehe.. actually aku sekarang tengah berada di Kedah dan juga Perlis untuk tour jumpa kawan lama dan sesambil merehatkan minda.. actually benda ni aku dah rancang 2 bulan lepas.. hotel semua dah book 2 bulan lepas.. so lepas je aku berehat 18hari tu, terus aku cabut buat tour ni.. aku bertolak pada hari sabtu pagi... destinasi pertama rumah mertua aku dulu... lepas sarapan kat sana, baru la bebetul aku bertolak ke utara.. sbb tak rushing, so aku masuk jalan biasa.. ikut rawang, ke tanjung malim, naik ke slim, sampai ke Bidor baru la aku masuk highway.. ada jugak la 2 3 sekatan jalan raya.. tp sbb tak der salah apa, aku lepas... lagipun, bawak keta tak der la laju mana... destinasi berikutnya ialah Kuala Nerang... ni sbb mmg aku merancang untuk ke rumah roomate aku time aku belaja dulu..

adventure giler pegi rumah mamat nie... mana tak nyer, aku tanya alamat je, then aku pasang GPS... hahaha.. letak plak shortest path, mmg shortest betul la... masuk kebun, keluar bendang.. sampai aku pun takut dengan keadaan... huhuhu... tp alhamdulillah aku berjaya sampai depan rumah dia... terkejut beruk tengok aku boleh sampai...hahaha... siap tanya aku, berapa kali tanya org, aku cakap tak der tanya langsung... tak percaya plak... last sekali, baru aku ckap aku pakai GPS... padan la....mamat ni actually baru je behenti keje 14hari yang lepas... tu pun, selepas 3 tahun bekerja sebagai pengurus di salah sebuah agensi... dari agensi tu berhutang beratus ribu, dia dapat pulihkan dengan keuntungan berlipat kali ganda... dulu mamat ni ambik bisness dan aku ambik computer.. so ilmu bisness tu la kot dia curahkan kat agensi tu.. sampaikan nak behenti pun, GM di agensi ni nak naikkan gaji lagi... tp sbb nk run jugak bisness, so dia bertekad behenti jugak... puas mengadap GM utk terangkan sbb dia nk behenti... tp sbb keuntungan yang telah dia buat, so sayang la org mcm ni behenti... skrang ni, dia puas dengan bisness sekerap getah tu... aku mmg cukup berbangga dengan dia ni.. aku pegi jumpa dia pun sbb nak dapat pandangan 2 3 benda yang aku tengah pk... so ada la 2 3 idea yang dia telah bagi kat aku... alhamdulillah...

tghari ahad, aku pun bertolak ke Perlis plak.. alang2 datang ke Kedah ni, singgah la kat Padang Besar... tips mengelakkan berbelanja banyak : makan kenyang2 sebelum pegi membeli belah... oleh sbb aku takder plan nak beli apa, just nk pegi berjalan, so kitaorg just tengok2 je la mana yang sesuai dan berkeperluan untuk beli... ada la makanan skit untuk sedara... tp untuk aku, mmg aku tak der nak membeli, wife aku je beli baju... berkenan katanya... tak pe, sekali sekala apa salah nyer... then kitaorg lalu la di ladang tebu tersebar di malaysia tu... ladang chuping... aduhai, dulu seingt aku, penuh ladang tebu kiri kanan jalan... tp sekarang ladang getah plak tengah di usahakan... tapi ladang tebu ada lagi di sebelah jalan dah nak dekat ke padang besar... seronok plak aku mengambik gambar ladang tebu yang saujana mata memandang nii... kalau sehari jalan, tak tahu la sampai ke hujung ke tidak... dengar kata Tradewind milik syed mokhtar dah ambik alih datang tebu ni... dan dengar2 lepas tu Felda nk beli... so King of Sugar sekarang ni Syed Mokhtar la bukan Robert Kuok lagi... kata Robert Kuok, pernigaan gula tak leh nak berkembang lagi sbb harga di kawal oleh kerajaan... dan ada beberapa peraturan... sumber ni aku baca dalam akhbar....then kitaorg ke kuala perlis... check in hotel.. aku duk t-hotel... hotel budget.. rm79 pernite... ok la tu... kalau putra berhamas rm155 manakala seaview rm85 yg standart tp time aku pegi ni dah fully book... so duk je di t-hotel... tak kisah, asal dapat bermalam je... skrang ni musin hujan kat kedah dan perlis.. so mmg skrang ni petang je hujan... lebat yg amat... maghrib tu tgk sunset kat kuala perlis.. cantik jugak la..cuma air belum pasang lagi... so keadaan pantai tak berapa cun..huuhuhhu... sesambil tu org kata kalau di kuala perlis try la makan seafood... so, aku makan la seafood biasa2 je... sbb penat drive, so makan tak berapa lalu sangat...tp habis jugak makan... oklah cukup untuk hari ni.... esok part B plak....layan gambar hari ni... okeh...




- terus ke Hadyai, ke kanan Bazaar Pdg Besar tempat shoping...






- aku panjat menara peninjau...hahaha...







FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

No comments: