Wednesday, February 27, 2013

tQ kawan2 blog aka blogger....

alhamdulillah... syukur kepada ALLAH yang Maha berkuasa... selawat dan salam ku tujukan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW... Nabi akhir zaman....

hari ni nak bercerita pasal kawan2 blog... minggu lepas time aku buat seminar, ada sorg topp blogger datang seminar tersebut... orang nyer kecik molek... tapi follower blog dia dekat 21k... blog nyer... kupukupukecik.blogspot.com.... alhamdulillah, dapat la bersembang dengan dia dan bertukar2 biz card... ingt nak buat kerjasama dengan dia nanti... blogger mcm dia ni, silent income dia... fuhhh... terbaik punyer... 

aku bersyukur dan amat berterima kasih kepada para blogger yang letak link di blog aku ni kat blog korang... tq so much... hari ni aku sempat housekeeping blog ni... aku masukkan beberapa blog yg aku detect belum lagi aku masukkan link blog mereka kat blog aku ni... kira change link la ni... so, kalau ada rakan2 nak change link, insyaALLAH aku tak der masalah... meramaikan dan memandaikan lebih ramai orang terutama dalam bidang hartanah ini adalah satu benda yang hanya ALLAH dapat membalasnya... aku berasa puas dapat membantu ramai orang... ilmu aku hanyalah sedikit berbanding dengan ramai lagi orang.. tapi dengan ilmu ini, aku harap dapat la serba sedikit membantu orang lain yea....

terima kasih rakan blogger... kerjasama ini akan menjadikan ilmu ini bermanfaat dan akan spead kepada ramai orang..  sama2 kita memandaikan bangsa dan Islam tercinta... peace.... okeh... 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Tuesday, February 26, 2013

Hari Mendebarkan! ohhh PBT..

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, syukur kepada ALLAH sebanyak2nya... selawat dan salam buat junjungan besar Nabiku, Nabi Muhammad SAW... alhamdulillah, lega, terkilan, terasa, hampa, kecewa, gembira... semua benda dalam diriku ini... ohh, betapa indahnya kehidupanku.... 

sejak dari sabtu lepas, agak bz.. sabtu dengan seminar, appointment dan beberapa kerja... ahad aku giler kentang exausted... tak leh nk cakap apa... petang aku gagahi pegi appointment dengan engineer.... isnin semalam aku bz dari pagi... bayar insuran, buat roadtax kat pejabat pos, pegi bayar rumah, buat diserrtation, jumpa supervisor... ohhh sampai la petang... mlm plak aku prepare presentation pagi ni... kul 1pagi tu pun tak siap... sambung pagi ni....

pagi tadi aku present kat satu PBT projek aku... (hensem tak gambar aku kat FB sebelum masuk meeting?).hehehehe... aku giliran ke 19... ya ALLAH, betapa berdebar nyer tak leh cakap...dari kul 10.15pg sampai la kul 11.50 pagi baru panggil.. 1st time aku masuk meeting yg dihadiri oleh semua Pengarah... dekat 20 orang semuanya... dari bomba, iwk, jabatan dalam PBT tu sendiri... chaiman is Dato' dot dot... aku present la apa yg aku nak buat... then masuk ke plan bangunan... masuk je plan, bagaikan peluru berpandu menyentuh tubuh aku dan team... my team is aku, my staff, arkitek n engineer... diserang pelbagai sudut mcm benda ni tak leh buat... ya ALLAH... then, satu persatu my team counter... alhamdulillah, tinggal 2 3 isu je tak settle tadi... isu 'island', facade.... semua dalam meeting tu, semua bumiputra.. this is 100% bumi company... bumi muslim ok... kenapa tak beri sokongan langsung... seolah2 benda ni tak boleh nak buat? aku tahu, projek ini adalah projek pertama yang seumpamanya di PBT tersebut... alhamdulillah... ALLAH memberi hidayah untuk aku dan team work-out benda ni... pelbagai masalah ditimbulkan... kenapa tak boleh berikan suggestion untuk buat itu dan ini... ini nak condem je.... sabar sangat2...  

aku perlukan kerja-kerja awal untuk lakukan projek ni... masa berjalan... dari disember 2012 lagi masuk meeting... ding dong sana sini... tadi kerja-kerja awal tak dapat diberikan kerana perlukan pertimbangan IWK.. hohohoho... tapi tak pe...sabar lagiiii.... 

alhamdulillah, ptg tadi my team dah settle dengan bahagian rekabentuk bangunan... my staff call untuk update pengarah tersebut setuju dengan cadangan kami... syukur sangat2 ya ALLAH.. ada 2 lagi isu... esok my staff akan jumpa IWK untuk settlekan berkenaan dengan main hole... hopefully, IWK support projek ni... ia dapat membantu, memudahkan dan menjimatkan ramaiiii orang... semoga ia bermanfaat bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah ekonomi kawasan tersebut... kalau la company dari bangsa lain masuk, aku rasa dah lepas projek ni... tak pe, aku nak buat dengan cara paling telus.. aku tak nak benda2 tak baik berlaku.... td aku ada bincang dgn org yg lama yg selalu berurusan dengan PBT tu, dia cakap hulur la skit... my decision is NO!!! itu haram! walau apa pun jadi, just follow the flow... i dont care... 

dalam meeting tadi my arkitek membuat satu kenyataan yg agak mengelirukan 2 badan.. iaitu PBT dan BOMBA... bomba cakap plan ni ok, then sampai kat PBT dia cakap tak boleh kena ubah... then, kalau mcm tu, kelulusan bomba tak der guna la... then tadi mungkin pengarah ni agak terasa, dia bacakan by law sec 41 dan 42... dia baca ok... then dia tanya... u faham tak? perghhh.... dalam meeting besar tu kot... apa lagi, my team cakap faham je la then akan ikut garis panduan tesebut... tak pe la, skit lagi nak lulus... kena sabar banyak2... ohh apa projek nyer? insyaALLAH, suatu hari nanti pembaca akan tahu.... so far, saya harap pembaca dapat mendoakan projek ini berjalan dengan lancar... honestly, this projek akan memudahkan ramaiiii orang.. percayalah... ia juga akan menyenang dan menjimatkan ramaiiii orang... 

time meeting jugak, ada jugak yg berkenan dengan projek ni... tanya benda yg mmg kita offer... that a good sign... hari2 aku pk projek ni.. dari sekecil2 benda, hingga la ke benda besar...  aku tahu, setiap yg berlaku ni ALLAH dah aturkan untuk aku dan team.. insyaALLAH, nanti kita akan nampak apa hikmahnya... so far, smlm aku dah dapat balik tender... dan ada lagi satu company yg minta extention.. tak der masalah, aku kasi... esok dia hantar... so far, aku tengok harga semua on track... cuma aku kena tengok dengan lebih details... 

ohhh, lega dapat meluahkan isi hati dalam blog tercinta ini... inilah coretan kehidupanku as agent hartanah, investor, pelabur hartanah, majikan dan juga staff.... ohh satu lagi...student... hari ni, rasa lega skit... moga esok akan menjelma sinar yang lebih terang... ceriakan hidup anda dengan senyuman, salam dan selawat kepada Nabi yea.... ;)  okeh... 

p/s : panjang skit...luahan hati.. :)


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Friday, February 22, 2013

PBT + Activiti Esok..

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, syukur ya ALLAH nikmat yang tidak terkira banyak nyer... ALLAH Maha Besar.... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. sama2 kita banyakkan selawat, semoga kita mendapat syafaat dari Baginda nanti... amin...

pagi tadi, aku follow up dengan PBT berkenaan projek aku... tetiba berita tak berapa sedap... pelan mungkin tak lulus... ya ALLAH, ujian ini aku kena tabah... then aku minta nak jumpa untuk perbincangan... then aku call my engineer dan my staff... my engineer baru balik malam tadi dari buat projek di Rompin.. alhamdulillah... then pukul 11 jumpa PBT tersebut... pergghhh... banyak benar komen nyer... then kita take note... minggu depan meeting on comment tu je dulu bukan kelulusan.. next 3 week baru meeting untuk kelulusan... ohh panjang nyer lagi... tetiba jam 3.30 ptg, PBT call.. minta aku dan team buat presentation next week... then baru dia keluarkan surat kerja-kerja awal dulu... alhamdulillah.. kalau dapat kerja awal pun dah ok.. sbb at least kita dapat masuk dulu kat site... kalau buat secara haram (xdpt kelulusan), denda nyer 5 angka.. so, biar la... insyaALLAH, next week aku akan bentangkan projek ni dalam mesyuarat di PBT tersebut.. semoga ALLAH permudahkan urusan aku dan team.. aminn.... 

esok... full activity..insyaALLAH... dari start 9 pagi - appointment kat Cheras... habis je terus shoot ke Bandar Baru Bangi ada Seminar Asas Hartanah.. kalau ada kawan2 nak join, boleh rujuk iklan kat sini.. kalau boleh ramaikan lagi, lagi bagus... sama2 kita boleh sharing.. habis je tu, masuk ofis untuk set-up kan beberapa benda.... my staff nak buat kerja senang untuk monitor projek ni nanti... dan mungkin tak lama dah company aku menyewa di ofis ni sbb company aku akan pindah ke ofis baru nanti... tungguuuuuu.... hehehe.. then kerja akhir esok nak pi Kuala Lumpurrr... ada beberapa perkara nak settle.. hopefully esok perjalananku dipermudahkan oleh ALLAH... 

anda pula mcm mana??? rancang jadual anda esok... semoga anda juga dipermudahkan perjalanan esok hari... selamat berhujung minggu k... hati2 di jalan raya sapa2 yang gi jalan2... ingt org tersayang tauuuu... ;).. okeh..  



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Thursday, February 21, 2013

Redha, itu bukan rezekiku...


Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, syukur ya ALLAH atas rezekiMu Yang Maha Luas... selawat serta salam buat junjungan besar Nabiku, Nabi Muhammad SAW...

redha, itu bukan rezekiku dan teruskan berusaha... ya, itulah prinsip yang aku pegang... redha, nexttt.... tak dapat, nexttt... rezeki ALLAH itu Maha Luas dan Maha Kaya - ya Mughni... cek kat bawah tu adalah salah satu kes yang aku dapat dalam bulan ni...cek 3% from price... rumah ni terletak di tempat elit di Kajang... owner berada di Oman dan aku baru je dapat SNP selepas 1 minggu buyer confirm untuk beli rumah ni... ia berkebetulan kerana owner balik Malaysia kerana renew passport... so, baru aku berkesempatan untuk check dengan developer dan juga land office berkenaan dengan title rumah ni dan juga status bumi or open lot rumah ni...

sebelum tu, dalam snp - owner ni beli dari chinese... then bila dia Bumi beli dan time tu plak developer baru submit kepada land office untuk keluarkan title so time tu la dia allocate rumah yang owner bumi automatik jadi bumi lot.... perggghhhhh.... bila kita pegang snp, for sure la kita akan ingat ia adalah open lot... tapi bila check dengan developer dan juga land ofis, confirm ia bumi lot... tak leh nak buat apa la... actually, boleh je nak teruskan pembelian ini dan tukar kepada non-bumi tapi buyer tak nak ambik risiko.. tempoh masa agak panjang jugak sebab kena dapatkan kelulusan exco...

dah tertulis, ia bukan rezeki aku... buyer ni 3x tengok rumah.. berkenan sangat2.. tapi dah tertulis bukan rezeki dia jugak rumah ini... insyaALLAH, ada la rezeki yang lebih baik ALLAH nak kasi untuk aku... sabar dan teruskan berusaha... rezeki ALLAH dalam dunia ni banyak dan terbentang luas... sesiapa yang berusaha+takwa, insyaALLAH akan ada rezeki untuk dia... so, kita fokus kepada next property plak... sabar dan sabar yea.... sabar kan separuh daripada iman dan ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar... so, kita kena sabar k... by da way, hari ni my lovely partner exam di bukit kiara... moga ia tenang dan lulus dengan cemerlang... ;).. okeh..


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Wednesday, February 20, 2013

Your Potential is HUGE!!!

Salam sejahtera buat pembaca budiman,
 |

FOR SALE :
--------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Tuesday, February 19, 2013

Seminar Hartanah di Bandar Baru Bangi


Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, jom sama2 kita panjatkan kesyukurann kepada ALLAH... kerana dengan limpahh kurnia dan belas ehsanNya kita masih lagi berada dibumi ini... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW... Nabi yang bersusah payah membawa ISLAM kepada kita... alhamdulillah, kita masih lagi berada didunia ini... semoga, apa yg kita lakukan diberkati dan dirahmati ALLAH Yang Maha Perkasa...

alhamdulillah, CEA aku dah settle kat INSPEN... syukur... so, kitaorg skrang ni tunggu nak grad dalam bulan 5 nanti...lepas habis INSPEN, aku skrang sedang concentrate dalam fasa terakhir untuk menyiapkan tesis aku berkenaan dengan hartanah... Master in Property Investment kat UiTM... semoga aku dapat siapkan dengan jayanya... insyaALLAH, akhir bulan ni, 28 Februari aku akan hantar 1st draf untuk my supervisor aku semak... moga tak der la banyak komen... insyaALLAH... aminn...

 ilmu yang aku dapat kat INSPEN ni banyak berguna untuk aku dan orang lain untuk educate ramai orang berkenaan dengan ilmu hartanah... sikit sebanyak ia membantu ramai orang mengenali dengan lebih dekat berkenaann dengan ilmu hartanah tidak kira jual beli ke, sewa ke, proses ke, loan ke, law, akta dan sebagainya...  apa yang aku dan kawan2 aku belajar kat INSPEN ni, aku rasa ia cukup sebagai basic bagi memberi penjelasan kepada orang ramai tentang apa itu hartanah di Malaysia... apa jenis hartanah yang ada, apa beza FREEHOLD, LEASEHOLD, Malay Reserved, Lease, Charge, Caveat dan banyak lagiiii.... apa beza sewa dan pajak... mcm mana proses jual beli rumah ni berlaku... lepas bayar booking pegi mana... lepas sign SNP apa yang lawyer buat... kalau FREEHOLD mcm mana, kalau LEASEHOLD macam mana... so, itu la yang basic...

berdasarkan ilmu yang ada ini, kawan2 INSPEN aku ingin berkongsi dengan mereka yang ingin belajar dan ingin menambahkan pengetahuan yang lebih mendalam dalam ILMU hartanah ini dalam satu Seminar yang akan dibuat pada 23hb ini... apa topik yang mereka ingin sampaikan adalah seperti aku coretkan di atas... kalau kita tahu basic, datang la mcm mana situasi, insyaALLAH kita dapat tackle... sbb apa yang aku belajar, ia back to basic kalau datang situasi mcm mana sekali pun.. sebab tu kita nak basic kita kuat... 

ohh sebelum tu, smlm aku ada la sembang dgn diorg ni... seminar ni actually more to sharing knowledge... akan dibuat secara santai... tak nak terlalu formal - nak gelak2, ajar sambil share kalau ada pengalaman dari org lain,... dannn yang best, nk ajar sapa datang tu faham betul2 ttg apa yang diajar... Kalu En Erman ajar, aku paling suka... aku mudah faham dan pendekatan yang diajar sungguh praktikal... mana tak nyer, lecturer kannn.... 

so senarai penceramah Seminar ni?
En Erman - Pensyarah, Pengarah Urusan, Ejen hartanah, pelabur, bekas pelajar CEA - INSPEN.
En Muaz - Ejen hartanah lebih 4 tahun, seorang pelabur, bekas pelajar CEA - INSPEN.
En Aziz - Ejen hartanah, Penceramah Seminar Pelan Pengurangan Pinjaman (3P)

insyaALLAH, aku juga akan hadir nanti untuk sama2 kita refresh ilmu hartanah ini...
sesiapa yang berminat untuk attend seminar ini, ia seperti di bawah... semoga ilmu yang kita dapat ini dapat memberi manfaat untuk kita, keluarga kita dan rakan taulan kita...insyaALLAH... okeh..


Assalamualaikum,

Kami akan mengadakan Seminar "Pengetahuan Asas: Proses Jual Beli Rumah" yang akan disampaikan oleh tim yang berpengalaman dalam bidang urusniaga hartanah.

Seminar dijalankan selama separuh hari, dan pada belah petangnya akan diadakan sesi coaching jika ada sesiapa yang bertanya dan inginkan penjelasan lebih lanjut.
Pengisian seminar adalah sangat detail, harga pengenalan juga adalah sangat menarik.
Maklumat seminar adalah sepeti berikut:

Tarikh : 23 Feb 2013
Hari : Sabtu
Masa : 10:00 Pagi sehingga 2 Petang
Tempat : Learning Curve Training & Consultancy
(Bersebelahan WARTA Shopping Complex & Tabung Haji)
Lot 411A, 1st Floor Diamond Complex
Jalan Medan Bangi,
43650, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
(kemudahan surau disediakan)

Harga : RM 50 untuk seorang
(Tambah RM 10 sahaja jika datang dengan partner*)= RM 60
(*isteri atau tunang)

Cara bayaran :
1. Bank in / transfer / M2U / ke akaun syarikat:
LEARNING CURVE TRAINING & CONSULTANCY
MAYBANK: 562-834-612-721
EMAIL : lctc.contact@gmail.com

2. Faks kan bukti bayaran dan maklumat peserta (dan partner) jika ada ke 03-8210 1012
ATAU emailkan bukti bayaran ke lctc.contact@gmail.com bersama maklumat peserta
ATAU hubungi kami di 03-89122407 untuk pengesahan pembayaran dan kehadiran.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya
012-2172004 (En Erman)


















FOR SALE :
Cengal Condo, Bdr Sri Permaisuri, Cheras 
 
p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Monday, February 18, 2013

For Sale : Cengal Condo, Bdr Tasik Permaisuri (Pic Inside)


Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH hari ini dapat lagi kita melihat dunia... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad SAW... 

hari ni aku post satu rumah untuk dijual di Bdr Sri Permaisuri... rumah berstatus condomoium... dalam tu ada gym, kolam, acces masuk, parking lot... very privacy.. berhadapan dengan kolam renang... so kalau ada anak2 nak mandi kolam, boleh tengok dari rumah... rumah ni dah ada title... so jimat duit sapa beli tak payah bayar title dah... nk jual balik lepas ni pun senang... boleh call aku untuk viewing... sapa2 yg rekomen kepada kawan, sedara mara dan rakan taulan ada dapat komisyen juga dari aku, janji close deal tauuu... layan dulu gambar kat bawah...okeh...

FOR SALE : Cengal Condo Bdr Sri Permaisuri, Cheras.

- Cengal Condo Bdr Sri Permaisuri cheras
- 3r2b
- 832 sqft
- infront the Mosque
- good for invesment : Current Rental (RM1200 - RM1500)
- Privacy
- 1 covered parking
- near amenities may bank, public bank,hong leong bank,paparich, old town cafe.
- Security Status (Guarded / Patrolling / 24 hours security)
- Kitchen Cabinet & Air-cond included.

- TITLE ALREADY ISSUED!

Easy access to highway:
* KL-SRM highway
* BERSRAYA highway
* the east-west link highway
* MRR 2
* Cheras Kajang highway

Convenient access to public amenities:
* integrated feeder bus to RapidKL LRT bandar tun razak, salak south and cheras stations.
* 10-15 mins walk to LRT
* 10-15 mins drive to Taman Maluri Jaya Jusco
* 10-15 mins mins drive to HUKM, KL Football Stadium, KL swimming complex, BTR sports complex & Tmn Tasik Permaisuri
* near Hero supermarket, banks, eateries, shops just opposite the road. or, paparich..
* 5 mins walk to SK Sri Tasik & SMK Sri Tasik

Price:
RM 298,000.00 (nego)

UNTUK DIJUAL DENGAN SEGERA

SERIOUS BUYER ONLY!

First Come First Serve Basis.

Asking Sale Price : RM 298k (nego)
Deposit: 10% => 3% booking + 7% upon signing s&p

Lawyer can be arrage..

No agent/broker.

Hubungi : 019-3623578 -Farhan-
email : jom2jual@gmail.com
Please call for viewing.


 

 
 
 
 
 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Sunday, February 17, 2013

Buyer @ Desaminium


Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, syukur ya ALLAH... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. hari ahad, sepagi bersama buyer... hari ini melawat rumah di Taman Equine...

potential buyer nak beli cash... bawak buyer tengok rumah duplex di desaminium ... ada beberapa rumah untuk dibuat pilihan... Rimba, cengal dan puteri condo... saya biarkan buyer buat keputusan di samping menunggu jawapan dari owner tentang harga yang ditawarkan oleh buyer... harga buyer mintak below market... tapi sbb nak cash, mungkin owner consider... just waiting...

desaminium  ni strategik.... easy acces ke Bukit Jalil, Sunway, Putrajaya, Puchong dan Sri Petaling... sekolah dekat, boleh jalan kaki.... dengar2 ada propose jalan ke Putrajaya tanpa tol... bila la agak nyer diorg nk tolak tanah jalan ni.... kalau pagi tu, paham2 la jem dia.. tahap jem strawberi dah... sapa duk sana tahu la kot mcm mana nak lepaskan Giant tu pepagi satu penyiksaan, dikala petang nak masuk plak satu penantian yang agak perit... bawak banyak2 bersabar... ALLAH bersama orang yang sabar.... ;)

satu rumah condo di tasik sri permasuri untuk dijual... below market dan masih boleh positive cash flow kalau disewakan... nanti esok akan ku upload gambar nyer... okeh... selamat bersantai dipetang hari ahad...okeh...



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Saturday, February 16, 2013

Kerjaya Ejen Hartanah + Weekend Activity

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, bersyukur kita kepada Yang Maha Esa kerana masih lagi diberi kesempatan dipagi ini untuk melihat dunia... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita yang mulia, Nabi Muhammad SAW... selamat hari sabtu... hari cuti untuk orang yg bekerja dan hari bekerja untuk org yg kerja sendiri dan org yg kene keje hari ni... hehehe... aku? hari2 kena keje... terpaksa dan dipaksa keje... but, seronok kalau keje tu seperti apa yg kita suka... lagi seronok kalau keje tu mmg kita minat giler... bestt...

as ejen hartanah, hari sabtu dan ahad boleh dikatakan hari yg padat dengan appointment... sama ada appointment bawak buyer tengok rumah atau jumpa owner rumah untuk dapatkan sign LOA atau tengok rumah kalau ada rosak untuk yg buat tenancy management atau urusan lawyer atau urusan valuer ataupun urusan networking ataupun urusan belajar mahupun hadiri seminar... banyak benor ataupun...hehhee... itu adalah antara urusan ejen hartanah mcm aku di kala hari sabtu dan ahad... sempat skit nk menulis di pagi ni sebelum appointment dgn owner di Cheras pagi ni... nanti aku post condo di tempat very strategik, harga terbaik dan ROI yang tinggi... 

dalam beberapa bulan ni, aku dapat email,sms dan juga msg di FB terutama untuk apply jadi ejen hartanah... itu cukup cukup bagussss... ada yg keje bank sblm ni, then nak jadi ejen.. ada yg masih lagi student then nk jadi ejen lepas habis belaja... bagus2... aku ada perasan seminar yang dibuat berkenaan dengan ejen hartanah... langkah tu bagus untuk meramaikan lagi bumiputra dalam bidang ni... cuma, sampaikanlah dengan penuh informasi agar maklumat tersebut boleh membantu bakal2 ejen ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dalam bidang ini... 

ejen hartanah bg aku satu bidang yang amat bagus... berpotensi besar... jangan kita melihat ia hanya satu proses jual dan beli hartanah sahaja... ia banyak cabang... jual satu rumah, komisyen akan dapat bukan dari satu pihak, malah mungkin sampai 4 pihak... so, boleh imagine tak? contoh, jual 1 rumah 400k - harga rumah teres skrang... then u akan dapat komisyen 3% dari owner, 0.1% dari 90% dari pihak dot dot dot, rm100-rm200 dari ehem ehem ehem, dan 30% dari 2% oleh pihak bla bla bla... so dah berapa tu ekk... nk kira ke? jomm... 3% - 12k, 0.1%-360, rm200 dan 30% - 2400... 14960... wow.. dekat 15k untuk rumah 400k... tapi tapi.. tu tak tolak lagi dengan komisyen untuk real estate company k.. 3% tu ada pembahagian nyer k... tapi lebih la 10k untuk rumah 400k... best tak tengok figure ni??? keje susah tak? tak susahhh... serius tak susah... ala, ko boleh la sbb ko dah lama... betul, tapi yg lama bermula dari yang baru jugak kan... so, yg lama ni boleh ajar... tu pun kalau rasa nak belaja... apsl la cakap mcm ni, mmg la nk belaja kan... bukan apa, ada yg dah jadi ejen then pepandai sendiri dia buat... last sekali bila dah sesat jalan, baru nk bertanya... sedih kan... so better tanya dan dapatkan guide dari org lama... insyaALLAH diorg akan bantu... aku? insyaALLAH akan aku bagi khidmat nasihat... nk FREE? tak dapat la... paling kurang pun bg la teh o ais ke, lime jus ke... hehehhee... 

bukan aku nak tunjuk figure ni nk cakap ejen ni kaya raya semua... honestly mmg TAKKK!!! ada turun naik nyer dalam bisness ni... betul... ada yg ejen tak close selama 6 bulan.. just imagine.. tapi sekali close deal, boleh la tampung anak beranak makan... so selama 6 bulan duk nganga ke? tak, diorg bekerja jugak... mencari listing dan sebagainya... rezeki tu ALLAH yang tentukan... so kena la kita bersabar... ada la hikmah tu... ada yang dah jadi ejen, terus rasa dah pandai... ada kes, baru je bulan lepas jadi.... selamba ejen ni potong line ejen lama.... ejen lama ni biasa la, owner nak rumah tu dijual as ad-hoc... sekali dia datang mintak exclusive... ejen lama ni dah nak close deal dah sbb dah bawak 2 3 buyer dan ada buyer dah interested nk bg booking.. tetiba kena plak lalu ejen baru ni... cuba anda rasa mcm mana rasa... sakit hati, menyirap giler la kan... tapi ejen lama bersabar dan yakin rezeki ALLAH tu akan datang dalam bermcm cabang... tup tup sehari lepas tu close deal about rumah lain yg harga million... tu la hikmah bersabar... jadi, kalau kita jadi ejen, ikut la etika ejen yg betul yea... rezeki ada dimana2... yg penting kita usaha...

nak tahu dengan lebih lanjut pasal ejen ni... dengar2 la, member saya ada nak buat seminar next week dalam 23hb ni... nanti saya confirmkan balik dengan otai2 ejen hartanah ni apa benda yg dia nak ajar, fees dan sebagainya... moga2 ia memberi manfaat kepada kita, keluarga kita dan juga rakan sahabat kita yea... panjang plak hari ni... hehhee... semoga hari ini kita ceria bersama orang yang kita sayangi, rancang jadual hari ini untuk bahagiakan orang lain... kalau si ibu tu, boleh la plan nk masak sedap2 ke... kalau si bapa tu boleh la plan nk ronda2 ke... hehehe... senyum dan ceria selalu yea... okeh... 



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Friday, February 15, 2013

Cukai Tahunan + Bulanan

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, sama2 kita bersyukur kepada ALLAH atas kehidupan kita yang masih lagi diberikan nafas untuk bernyawa... selawat dan salam kita untuk Nabi Muhammad SAW, nabi akhir zaman.. Nabi yang bersusah payah mengharungi perit jerit membawa ISLAM kepada kita hari ini... salam hari jumaat buat pembaca semua.. 

dah masuk tengah februari... ohhh... kita as pembeli rumah, or bakal pembeli rumah atau pemilik rumah, mesti tahu berkenaan dengan bayaran2 yang perlu dibayar dalam setahun... bayaran tahunan or bulanan pembelian sebiji rumah... jom sama2 kita senaraikan apa yg patut kita bayar....

- cukai tanah
cukai tanah kena bayar setiap tahun... setahun berapa tu kena tengok la keluasan tanah... kalau rumah apartment tu dalam bill selalu nyer akan ditulis 'quit rent'... so rumah apartment, pemilik akan berkongsi bayar cukai tanah ni... so tak banyak la bayar cukai ni.... tapi kalau rumah teres, boleh tahan gak la bayaran nyer.... TAK BAYAR - implikasi boleh di rampas hartanah

- cukai taksiran
cukai ni pun sama tiap2 tahun kena bayar... bill datang 2x sekali setahun... tak bayar kena penalti... tak kira rumah apartment or teres... tak der kongsi2... cukai ni depends pada jenis rumah... TAK BAYAR - implikasi boleh di sita hartanah.. pengalaman aku la tu rumah kena sita... hahahaha.... 

- IWK
yg ni ramaiiiiiiiiii yg terlepas pandang... yg duk KL + Selangor tu jangan buat2 tak tahu... aku dulu buat tak tahu je... tetiba sampai jugak bill IWK ni... so, better pegi check dah berapa lama tak bayar... lawyer pun selalu terlepas pandang untuk IWK.. contoh kalau beli rumah, so make sure kita check sama ada owner lama tu dah settle ke belum IWK ni.. kalau tak settle, pembeli baru kena settle... dannnn lawyer banyak terlepas pandanggg... kalau dah settle jual, susah la nak suruh owner tu bayar.... monthly RM8 kan... betulkan kalau aku salah yea... 

- Maintenance Fee 
ini untuk rumah strata.... maksud strata bukan sahaja rumah bertingkat... tapi rumah yg gated & guarded pun dipanggil strata sbb ada common area... so, bill ni kena settle jugak... dah settle ke belum??? TAK BAYAR - implikasi boleh kene tutup air... hehehe...

4 ni je kot yg besar... ada lagi tak??? bayaran installment tu mmg wajib la tiap2 bulan, air , elektrik, gas.. tu depends pada kehendak masing2 la k... so, dah settle ke 4 bayaran ni??? moga kita sama2 mengingati semasa kita... mana la tahu, ada yg terlepas pandang kan....

hari ni aku settle beberapa perkara... KPI aku settle - diri sendiri meng'KPI' diri sendiri... kang tak ikut susah plak... arkitek, engineer - nk ucap terima kasih kerana bersusah payah selama beberapa bulan ni.. insyaALLAH, ini pelan terakhir then kita move into the real project!!! semoga kita jadikan hari ni menjadi hari terbaik untuk menjadikan hari berikutnya lebih cemerlang... untuk anda juga pembaca blog jom2lelong... okeh... 



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Thursday, February 14, 2013

Mohon Doa baru buat...

alhamdulillah... syukur ya ALLAH, rutin harian kembali semakin normal... syukur.. selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Nabi akhir zaman... segala puji dan puja hanyalah untuk ALLAH Yang Maha Esa... Tuhan yang memelihara sekelian alam.. tanpa belas ehsan dariNya, tidak dapat kita bernafas didunia pinjaman ini... syukur ya ALLAH...

apa aktiviti anda hari ni??? ada yang masih bercuti kan... ada jugak yang lepak2 kat rumah dengan anak2, kaum keluarga, teman2... ada jugak yang duk usha2 rumah nak beli atau nak masuk bid... apa2 pun kita buat, pastikan kita buat dengan sungguh2... bercuti la dengan sungguh2 bercuti... rehat dan ceriakan org sekeliling betul2.... nak usha2 rumah... usha betul2... check sampai kita 2 3 kali puas hati... kalau ada isu itu ini kita tahu mcm mana nak counter... jadikan apa yg kita buat, kita tak akan menyesal dikemudian hari... yess, kita yakin lepas ni aku puas hati dah... aku dah puas hati bercuti then this time to work... aku dah puas hati usha rumah tu, mmg aku nak beli... aku tak menyesal langsung... tanamkan dalam diri kita, apa kita buat insyaALLAH mesti betul... cuba la try buat benda ni... 

sebelum kita nak buat apa2 kita berdoa dulu... Ya ALLAH, aku nak buat benda ni... (cakap la nak buat apa) contoh... Ya ALLAH, aku nak balik kg bercuti hari Jumaat nanti... aku ingin bercuti untuk tenangkan fikiran dan ingin mengembirakan kedua ibu bapaku.. semoga Engkau rahmati dan berkati percutian dan perjalananku... amin... ni contoh doa la kan... sebelum kita buat, kita doa dulu... bukan kita dah buat baru doa... ok apa signifikannya... ALLAH yang mengatur segala kejadian langit dan bumi... oleh itu, sebelum kita buat apa2, kita mohon dulu dari ALLAH...  biar ALLAH aturkan kepada kita yang terbaik untuk kita... tapi, bila kita dah buat dulu then baru memohon seolah2 kita nak suruh ALLAH ikut apa yang kita nak... betul tak? make it sense tak...mana lagi senang, biar ALLAH aturkan untuk kita atau kita buat sendiri? adakah kita buat sendiri betul... sedangkan ALLAH yang mengetahui masa depan kita... emmm...  aku dulu tak terfikir pasal ni.. tapi bila kaji2... siapa la aku ni buat dulu then baru nak mohon ALLAH kabulkan permintaan aku.. aku hanya insan kerdil hidup dengan ehsan dari ALLAH Yang Maha Perkasa... kalau kita mohon dulu apa yang kita nak, insyaALLAH ALLAH akan dorongkan kita kearah yang terbaik untuk kita... cuba la.... semoga kita sama2 mendapat petunjuk yang terbaik dari Yang Maha Menguasai langit dan bumi ini... 

hari ni insyaALLAH aku dan team akan buat submission untuk projek aku... projek ni actually adalah diversified dari portfolio yang ada sekarang... semoga dipermudahkan dan meeting minggu depan akan keluar surat kelulusan... amin... aku doakan jugak anda - pembaca blog ini hari ini semoga dipermudahkan segala urusan anda... tidak kita urusan anda kecil atau besar... senang atau susah... semoga ALLAH dorongkan anda menjalankan urusan anda dengan mudah... amin... okehh... 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Wednesday, February 13, 2013

Dah balik + Halau Tenant Tak Sah

alhamdulillah... yeahhh... dah balikkk... dah balik masuk tulis blog... wahh... lama nyer tak menulis dengan penuh rasa nak menulis.. sampai la hari jumaat lepas 8-02-2013... terjumpa dengan seorang insan yang banyak mendorong... banyak persoalan aku ajukan kepada nya perihal diriku... apa yg aku fikir, apa yang aku rasa dan apa yang patut aku buat... dia dengan selamba memberi kata2 yang membuatkan aku rasa - ini bukan aku la... aku tak nak jadi semua ni... thanks a lot... sorg insan yang humble, tapi banyak berubah dengan membuat pelbagai kajian demi kajian dalam kehidupan... hidup ini amat unik... semoga kita semua dirahmati...

sejak masuk tahun 2013... persoalan lelong banyak ditanya kepada aku... 

soalan 1 : rumah dah menang lelong... tapi tetiba owner masuk rumah tu dan tak nak keluar... nego dah, tapi owner cakap, ini rumah dia dan dia tak nak keluar... apa nak buat?? penah jadi jugak 1 kes dulu2.. mmg owner tak nak keluar... apa nk buat ek... kalau nego mmg dah jalan buntu... kalau dah offer untuk dia keluar dengan bagi duit pindah seperti bayaran lori or tolong carikan rumah lain pun tak leh, dah buntu habis jugak.. cuba cara ni...

1 - kalau rumah apartment, pegi ke maintenance ofis then minta diorg potongkan air... bgtau dia yg kita as a owner.. jangan bagi sapa2 connect air selagi belum  dapat permission dari kita... kena stress benda ni kat management ofis.. jangan bg sapa2 bukak air tanpa permission kita... sbb ada setengah kes, bila kita potong air, si tenant tak sah plak pegi management ofis bukak air... so, tegaskan kat management ofis yg kita sahaja berhak untuk bukak air... 
- kalau rumah teres plak, pegi ke syarikat pembekal air... contoh kalau KL, selangor ni SYABAS la... suruh syabas potong air... sama jugak... jgn bagi SYABAS bukak air tanpa arahan atau permission dari kita... 

2 - kalau dah seminggu tu tak keluar jugak lepas potong air, pegi plak TNB.. potong plak letrik... kalau rumah apartment, senang sbb pintu berkunci...ada jugak yg tak berkunci (byk yg tak berkunci)... hehehe... kalau berkunci, org dalam rumah tu tak leh buat apa la... kalau rumah teres, suruh tnb jangan cabut fius je, cabut terus meter... sbb kalau cabut fius, boleh je buat sambungan haram... so, cabut semua... 

3 - so far kalau dah tak der air dan letrik, dah tak lama la tu... tapi kalau la tak jalan jugak kan.... terpaksa la ambik tindakan mahkamah... ambik injuksi... ambik lawyer dan bayaran dalam 3 - 4 ribu... biasanya dalam 3 4 bulan, mahkamah keluarkan arahan dan mengarahkan org dalam rumah tu keluar.. org mahkamah yg datang halau... kalau sapa masih ingat, ada kes kat penang yang org mahkamah datang rumah halau keluar... so, mmg kena keluar jugak.. so tu penyelesaian yang terakhir la... 

tapi cuba elakkan untuk guna kekerasan... because is make it worst... ada kes, sbb kena halau keluar habis dia pecahkan tiles... so tiles kena buat balik... so better cakap elok2 la yea... so far, cuba berikan dia solution untuk selesaikan masalah dia supaya dia boleh keluar... kita bagi solution bukan kita menyelesaikan... at least kita bantu dia mana yang boleh... oraitt... 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong