"secara tradisinya, lelongan hartanah adalah suatu proses membeli dan mejual hartanah dengan menawarkan @ mengambil bidaan dan menjual hartanah tersebut kepada penawar yang tertinggi yang mana ianya selalu diadakan di pejabat pelelong yang dilantik oleh pihak terbabit seperti bank dan ia dilakukan di tempat yang terbuka. Jenis2 hartanah yang dijual di lelongan adalah lebih menjurus kepada mengambil semula milikan dan jualan secara persendirian oleh agensi2 yang terlibat termasuk hartanah komersial. Mereka yang menghadiri lelongan awam selalunya ingin @ berminat untuk membina portfolio hartanah,membeli untuk disewakan, membeli untuk menjual semula atau membeli untuk rumah pertama... Kebanyakan urusan berkaitan dengan hartanah adalah terikat dengan kukuh melalui lelongan hartanah yang mana ia adalah satu cara yang efekif untuk menjual hartanah. Ini kerana, secara amnya di dalam lelongan hartanah akan berlaku keadaan 'win-win propositon' di mana kedua2 pihak iaitu penjual dan pembeli akan berpuashati dengan lelongan tersebut. Semasa lelongan, pihak penjual mempunyai hak untuk menetapkan harga minimum bagi jualan hartanah tersebut. Harga jualan yang muktamad akan ditentukan oleh
penawar yang tertinggi, maka dengan itu tiada rahsia ke atas harga jualan. Sebagai tambahan, suatu lelongan akan menjana keseronokan dan kegembiraan kerana proses membida yang kompetitif yang mana ia akan melancarkan keseluruhan proses pemasaran........."
Kenyataan di atas aku ambik dari harian metro ahad... tapi bukan yang semalam punya.. aku pun tak ingt sbb aku terselak paper lama... kepada yang baru nak berjinak2 dengan lelong ni, cuba fahamkan apa yang di tulis di atas tu... aku rasa ini amat menarik dan mempunyai maksud yang jelas... sbb mmg ramai yang nak ceburi bidang ni tapi tak tahu di mana jalan yang betul... tak tahu, mcm mana ia di kendalikan... mmg ramai yang bertanya... sebagai salah satu soklan yang selalu org tanya..."kalau masuk lelong ni kena sedia bank draft 5%-10% kan, kalau tak menang hangus tak duit tu".......jawapan nyer duit tu tak hangus malah pelelong akan memulangkan kembali bank draft tersebut kepada org yang tak berjaya... org tak berjaya boleh tunaikan balik duit tu... hanya, pembida yang berjaya sahaja pihak pelelong akan ambik bank draft as deposit... kena faham tu k... acara lelongan ini diadakan di tempat yang terbuka... sebagai contoh, Mega Auction selalu nyer akan di adakan di hotel2... so ramai org boleh tengok dan keputusan adalah on the spot... kalau nak nak masuk tengok saje pun boleh.. just nk survey2 kan mcm mana urusan lelongan ini di buat.. sbb ramai jugak yang nak biasakan diri dengan auction ni..
jika sesiapa yang ingin masuk auction, boleh la register dengan aku... kalau under RHB 3 hari sebelum hari lelongan... sebagai contoh, kalau lelongan hari Jumaat, paling lambat utk register ialah hari Selasa.. RHB mmg strict... untuk bank2 lain, sehari sebelum... at least kalau register ni, pihak bank akan aware yang ada orang berminat dengan hartanah tersebut..sebarang call-off akan di maklumkan kepada yang register tu... so, mmg ada yang pegi sana, tetiba2 call-off... so, kalau dapat tahu dari awal, kita boleh la manage time... tapi kadang2 kalau call-off last minutes, bank tak sempat inform... ni mmg ada kes mcm ni... sbb aku penah kena... tapi so far, kalau sehari sebelum tu call-off, bank akan call... kalau tak call pembida, bank call agensi... so kalau nak register dengan aku, boleh la email kat jom2lelong[@]yahoo.com.my... ingt lelong, jom2lelong...okeh...
FARHAN
019.362 3578
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment