Friday, April 30, 2010

Carian Persendirian , Kaveat

Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dapat post lagi... seperti aku janji smlm, nak post utk hari ni pasal carian ni... untuk nak buat carian ni, korang mesti tahu no hakmilik dan no lot.. kalau tengok POS, ada kat butir2 hakmilik induk benda ni... untuk itu, di sini aku terpaksa hiddenkan beberapa perkara... maklumat yang di hidden ini berkaitan dengan rumah tersebut... ada org tanya, kenapa nak buat carian ni? kita buat carian ni, kalau untuk persendirian adalah utk kita tahu status rumah tersebut seperti rumah ni freehold ke, kalau leasehold bila tamat... salah satu yang penting kalau kita buat carian ni ialah nak tengok kaveat... ada tak kaveat ke atas hartanah ni... kaveat ni penting untuk kita tahu... kalau kita beli rumah lelong yang ada kaveat, ia agak merumitkan malah boleh tergadai balik rumah tersebut... utk withdraw kaveat ni mengambil masa 2 bulan... kalau beli rumah lelong, tempoh masa diberikan 90 atau 120 hari... so kalau dah apply withdraw kaveat dah 2 bulan, so tinggal berapa hari je lagi lepas tu... then kalau dapat extension ok la, tapi kalau tak dapat kena lelong balik... tapi apa itu kaveat?


Kaveat adalah satu pendaftaran halangan untuk sebarang urusniaga ke atas sebidang tanah. Ini bermaksud pendaftaran kaveat akan menyebabkan pemilik berdaftar tidak boleh membuat sebarang urusniaga terhadap tanah berkenaan semasa tempoh kaveat masih berkuatkuasa. Sebagai contoh, aku beli tanah... aku bina rumah atas tanah tu dan di berikan kepada kawan aku... so rumah tu atas nama kawan aku... tapi tanah tu aku buat kaveat. so kawan aku tu tak leh jual rumah tu selagi aku tak lepaskan kaveat ke atas tanah tu atau kaveat expired... kaveat expired dalam masa 6 tahun... Seksyen 322 Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan pendaftaran kaveat yang menyatakan "sesiapa yang mempunyai kepentingan yang boleh didaftarkan, bolehlah memasuki suatu kaveat persendirian untuk melindungi kepentingan mereka." Tujuan pendaftaran kaveat persendirian :
- Menghalang pemilik berdaftar hartanah daripada membuat sebarang bentuk jual beli atau mencagar hartanah berkenaan kepada sesiapa.
- Membolehkan pemilik tanah atau pihak pendaftar menyampaikan notis (pemberitahuan secara rasmi) kepada anda (pengkaveat) untuk memberitahu mengenai sebarang tindakan ke atas tanah tersebut jika ada.

- Melindungi hak anda ke atas tanah tersebut.
- Membuat pendaftaran rasmi terhadap hak anda ke atas tanah berkenaan (ia akan tertera dalam Geran Tanah Carian Tanah).


sbb klu ada kaveat, ramai yg takut nak masuk rumah lelong... sbb tu kena buat carian... sbb kalau tengok kat POS pun auctioner nasihatkan untuk buat carian di pejabat tanah... so kat picture page 2 di bawah tu ada tarikh masukkan kaveat dan withdraw kaveat.. kalau tak der kaveat, ia mesti pair.. iaitu ada yang daftar dan ada yang tarik balik... so kena la perhati betul2 ok... cukai tanah juga di sebutkan dalam carian ini... so, ia lengkap la utk mengetahui tentang status tanah atau bangunan yang kita buat carian tersebut... actually aku dah upload kat facebook ttg carian ni... kat sini gak aku teringat satu berita pasal kaveat.... kat sini aku letak link... berita ni di UTUSAN MALAYSIA....aku harap korang akan lebih faham setelah baca artikel tu k.... kelmarin client aku masuk auction di Puchong... kalah dengan 58k... tapi aku anggap ia masih murah kerana MV 85k.. lagi pun, aku agak risau sbb dia tak survey rumah tu... tak per, banyak lagi rumah lain... insyaAllah moga Allah permudahkan EnH..Amin...


Renungan di hari jumaat.... ketabahan adalah cabaran hidupp.. Ketabahan dapat ditemukan pada beberapa kesempatan dalam hidup...jika anda sedar pada keadaan diri sendiri, dan sedia bertanggungjawab pada segala urusan yang diberi, anda akan menjadi seorang yang istimewa kepada orang lain.. seorang peguam muda yang baru saja keluar dari kolej berjumpa dengan seorang penguam terkenal, Daniel Webster dan bertanya, "Bolehkan saya berjaya sebagai seorang peguam, tidakkah lapangan ini sudah ramai orang yang dahulu dari saya?." Daniel Webster merunung wajah peguam muda itu dan menjawab, "Mengapa anda khuatir walaupun ada ramai orang peguam, ada banyak lapangan undang2 yang belum dikaji..Anda boleh cuba dalam salah satu hal undang-undang dan gunakan ini secara mahir."... peguam muda itu pun tersenyum dan berlalu dengan penuh harapan...


kejayaan setiap orang terletak pada menyelidiki diri sendiri dan meninjau sejauh mana kemampuan kita dalam satu2 hal... dalam hal ini, anda mesti berfikir dengan tenang dan dedikasi dengan menggunakan pendekatan fikiran positif dan optimis... jangan biarkan otak menjadi malas kerana ini akan mendekatkan kita dengan bengkel berangan-angan... otak yang sihat dapat merenung dan berfikir sesuatu dengan tenang dan mendapat rumusan yang positif tetapi otak yang malas penuh dengan impian dan unsur negatif... sebenarnya hidup ini bermula apabila anda berdamping dengan diri anda dan Tuhan... setiap orang yang mengkaji diri sendiri akan mendapat satu rumusan dan keputusan arah hidup yang tetap.... ingt lelong, jom2lelong...okeh..




- page 1



- page 2




- page 3


p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578



FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

7 comments:

tunbegia said...

thanx bro, sungguh berinformasi entri kalini, haku pun baru tau apa itu kaveat, ;-)

salamm,

Jom2Lelong said...

re tunbegia : tQ.. insyaAllah sama2 kita kongsi... sharing is caring...hehehe

azuan udara said...

assalam bro...terima kasih atas maklumat yang berguna..saya nk beli Tanah lot dan timbul pula isu kaveat. tercari cari jugak info ttg perkara ni.good job bro...

Unknown said...

Assalam tuan...jika rumah lelong tersebut belum ada geran individu ape impak die kepada bakal pembida

Unknown said...

Saya nak tanya kalau saya nak.kaveat tanah yg saya beli kat kelantan....boleh ke saya buat kaveat kat selangor / pj @shah alam??

Unknown said...

Saya nak tanya kalau saya nak.kaveat tanah yg saya beli kat kelantan....boleh ke saya buat kaveat kat selangor / pj @shah alam??

Unknown said...

Saya nak tau permohonan kaveat borang dia tak dengkap tapi sudah di daftar. Sekarang i nk tau dia msk keveat ape tak boleh tegok.habis berapa lama nk tunggu ini. Org pejabat sudah antar notis suruh datang dia blom dtg lg. Ok i tanya kalau tak datang juga boleh di batal ke kaveat ini. Tolong terang saya