Friday, April 30, 2010

Carian Persendirian , Kaveat

Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dapat post lagi... seperti aku janji smlm, nak post utk hari ni pasal carian ni... untuk nak buat carian ni, korang mesti tahu no hakmilik dan no lot.. kalau tengok POS, ada kat butir2 hakmilik induk benda ni... untuk itu, di sini aku terpaksa hiddenkan beberapa perkara... maklumat yang di hidden ini berkaitan dengan rumah tersebut... ada org tanya, kenapa nak buat carian ni? kita buat carian ni, kalau untuk persendirian adalah utk kita tahu status rumah tersebut seperti rumah ni freehold ke, kalau leasehold bila tamat... salah satu yang penting kalau kita buat carian ni ialah nak tengok kaveat... ada tak kaveat ke atas hartanah ni... kaveat ni penting untuk kita tahu... kalau kita beli rumah lelong yang ada kaveat, ia agak merumitkan malah boleh tergadai balik rumah tersebut... utk withdraw kaveat ni mengambil masa 2 bulan... kalau beli rumah lelong, tempoh masa diberikan 90 atau 120 hari... so kalau dah apply withdraw kaveat dah 2 bulan, so tinggal berapa hari je lagi lepas tu... then kalau dapat extension ok la, tapi kalau tak dapat kena lelong balik... tapi apa itu kaveat?


Kaveat adalah satu pendaftaran halangan untuk sebarang urusniaga ke atas sebidang tanah. Ini bermaksud pendaftaran kaveat akan menyebabkan pemilik berdaftar tidak boleh membuat sebarang urusniaga terhadap tanah berkenaan semasa tempoh kaveat masih berkuatkuasa. Sebagai contoh, aku beli tanah... aku bina rumah atas tanah tu dan di berikan kepada kawan aku... so rumah tu atas nama kawan aku... tapi tanah tu aku buat kaveat. so kawan aku tu tak leh jual rumah tu selagi aku tak lepaskan kaveat ke atas tanah tu atau kaveat expired... kaveat expired dalam masa 6 tahun... Seksyen 322 Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan pendaftaran kaveat yang menyatakan "sesiapa yang mempunyai kepentingan yang boleh didaftarkan, bolehlah memasuki suatu kaveat persendirian untuk melindungi kepentingan mereka." Tujuan pendaftaran kaveat persendirian :
- Menghalang pemilik berdaftar hartanah daripada membuat sebarang bentuk jual beli atau mencagar hartanah berkenaan kepada sesiapa.
- Membolehkan pemilik tanah atau pihak pendaftar menyampaikan notis (pemberitahuan secara rasmi) kepada anda (pengkaveat) untuk memberitahu mengenai sebarang tindakan ke atas tanah tersebut jika ada.

- Melindungi hak anda ke atas tanah tersebut.
- Membuat pendaftaran rasmi terhadap hak anda ke atas tanah berkenaan (ia akan tertera dalam Geran Tanah Carian Tanah).


sbb klu ada kaveat, ramai yg takut nak masuk rumah lelong... sbb tu kena buat carian... sbb kalau tengok kat POS pun auctioner nasihatkan untuk buat carian di pejabat tanah... so kat picture page 2 di bawah tu ada tarikh masukkan kaveat dan withdraw kaveat.. kalau tak der kaveat, ia mesti pair.. iaitu ada yang daftar dan ada yang tarik balik... so kena la perhati betul2 ok... cukai tanah juga di sebutkan dalam carian ini... so, ia lengkap la utk mengetahui tentang status tanah atau bangunan yang kita buat carian tersebut... actually aku dah upload kat facebook ttg carian ni... kat sini gak aku teringat satu berita pasal kaveat.... kat sini aku letak link... berita ni di UTUSAN MALAYSIA....aku harap korang akan lebih faham setelah baca artikel tu k.... kelmarin client aku masuk auction di Puchong... kalah dengan 58k... tapi aku anggap ia masih murah kerana MV 85k.. lagi pun, aku agak risau sbb dia tak survey rumah tu... tak per, banyak lagi rumah lain... insyaAllah moga Allah permudahkan EnH..Amin...


Renungan di hari jumaat.... ketabahan adalah cabaran hidupp.. Ketabahan dapat ditemukan pada beberapa kesempatan dalam hidup...jika anda sedar pada keadaan diri sendiri, dan sedia bertanggungjawab pada segala urusan yang diberi, anda akan menjadi seorang yang istimewa kepada orang lain.. seorang peguam muda yang baru saja keluar dari kolej berjumpa dengan seorang penguam terkenal, Daniel Webster dan bertanya, "Bolehkan saya berjaya sebagai seorang peguam, tidakkah lapangan ini sudah ramai orang yang dahulu dari saya?." Daniel Webster merunung wajah peguam muda itu dan menjawab, "Mengapa anda khuatir walaupun ada ramai orang peguam, ada banyak lapangan undang2 yang belum dikaji..Anda boleh cuba dalam salah satu hal undang-undang dan gunakan ini secara mahir."... peguam muda itu pun tersenyum dan berlalu dengan penuh harapan...


kejayaan setiap orang terletak pada menyelidiki diri sendiri dan meninjau sejauh mana kemampuan kita dalam satu2 hal... dalam hal ini, anda mesti berfikir dengan tenang dan dedikasi dengan menggunakan pendekatan fikiran positif dan optimis... jangan biarkan otak menjadi malas kerana ini akan mendekatkan kita dengan bengkel berangan-angan... otak yang sihat dapat merenung dan berfikir sesuatu dengan tenang dan mendapat rumusan yang positif tetapi otak yang malas penuh dengan impian dan unsur negatif... sebenarnya hidup ini bermula apabila anda berdamping dengan diri anda dan Tuhan... setiap orang yang mengkaji diri sendiri akan mendapat satu rumusan dan keputusan arah hidup yang tetap.... ingt lelong, jom2lelong...okeh..




- page 1



- page 2




- page 3


p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578



FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Thursday, April 29, 2010

Mana Pejabat Tanah Shah Alam...

Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, kali ni aku ceritakan sambungan aku buat carian di pejabat tanah di shah alam... kalau korang nak buat carian, pejabat tanah di shah alam ni terletak di LG di bangunan sultan salahuddin abdul aziz shah.. kat sini jugak terletak pejabat SUK... senang je nk pi sana... lalu je persiaran kayangan, then ada la sign board nanti... hahahhaa... kalau yg pelawat tu, masuk je tak yah nak ambik pas pelawat... sbb guard tido je... aku pegi hari tu, siap guard tu pandang pelik je sbb aku minta pas pelawat.. hampeh je... time tu la dia duk sibuk sms... huhuuhu... kali pertama aku pegi aku ambik pas, kali ke dua mmg aku masuk je la.. then bila masuk pegi la ke LG... nanti ada kaunter... seperti gambar aku di bawah tu... tepi kaunter tu ada borang utk di isi utk carian warna putih tu... bila masuk ke dalam pejabat tu, tengok kaunter kanan sekali 17-18-19.. ni kaunter untuk carian sahaja... satu nombor hanya boleh buat max 5 carian... kalau korang pegi dah habis nombor, salah satu nyer korang boleh tumpang... maksudnya, org yg ada nombor tapi dia buat 2 3 carian je, tumpang la dia buatkan carian kita sekali... aku nak tumpang hari tu tapi diorg dah max so diorg tak kasi... huuhuhu... ni salah satu la... then bila sampai kaunter, dia akan print resit,ambik resit tu pegi bayar kat kaunter belah kiri sekali... kalau carian belah kanan, nak bayar belah kiri sekali... lepas bayar pegi balik ke kaunter carian tu then collect la carian yang di buat.. kejap je buat menda ni... tapi ada la yg membuatkan lambat... kalau nak tahu, korang try la duk sana dalam 15 - 30 minit... hehehe... smlm aku tanya2 member aku, peon - penghantar surat, susah ke nak buat carian kat kL... dia cakap, tak yah cakap la... tapi ko kenal org kat sana baru senang sikit.. kalau tak, mmg susah la... tambah2 plak yg keje dgn lawyer firm... ye ke.. aku pun terkejut la jugak... tapi nak buat mcm mana, ni la keadaan nyer.. huhuhu... so kalau korang nak buat carian, pegi la awal2 pagi ke pejabat tanah ok... mana2 pun sama... next post - pasal carian persendirian, kenapa nk buat carian, kaveat dan picture carian tersebut.... ingt lelong, jom2lelong...okeh...


- borang carian


- tempat ambik nombor


- pintu masuk utk ke kaunter carian


- kaunter carian

p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli
-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, April 26, 2010

Carian di Pejabat Tanah Shah Alam

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, smlm penat dan letih... dari pagi sampai petang... keje sendiri mmg masa itu amat berharga... kalau la pejabat kerajaan bukak sampai kul 10 mlm, aku rasa ramai org berurusan sampai malam... smlm dari pagi update dengan auctioner, minta faks dan update blog... then aku terus keluar ke shah alam... honestly aku mmg tak biasa pegi sana(pejabat tanah)... buat carian pun aku tak biasa.. ini kira 1st time aku buat menda ni kat shah alam... sebelum ni aku biasa buat kat kL... mmg jarang aku buat carian ni... tapi jom2lelong mmg ada servis utk buat carian ni... oleh kerana ada permintaan dari client, so aku pun pegi la shah alam tadi... dah benda yang tak biasa kan, pegi la tanya sana sini... sampai2 je kat sana, pegi kaunter, nombor plak habis... nombor giliran tu habis... sbb dah ramai... aku pun cakap la, mcm mana ni, saya nak buat 1 je... aduhai... kena tunggu la adik... sampai bila? sampai kul 2... time tu baru je kul 11.45... aku cakap masak la mcm ni... lepas tu dia ada la bg suggestion mcm mana nk buat... so aku cuba la buat, tapi semua org tak nak kasi.... huhuhu... aku masih lagi tak puas hati... jauh ni aku datang... takkan esok nak datang lagi... aku pun berlegar2 la depan kaunter tu.. ada mamat ni aku namakan En A, nombor skrang dan nombor dia dekat 100 tu pun dia ambik no tu pukul 9.30... kalau la aku tunggu nombor kul 2, ada la kul 5 baru dapat... nak tak nak, aku pegi kat kaunter carian 17-18-19 tu... aku tanya mcm ni bang, no dah habis... saya nk buat 1 carian je ni... dia pun suggest plak satu cara ni... then 2 3 org kat situ pun suh aku buat menda yg di suggest tu... sorg mamat ni siap bagi kata2 yang bernas lagi... aku pun buat la... yess berjaya.... hahahaha... seronok giler... tapi tak dapat on de spot... dapat dalam kul 2.30... pegawai ni cakap, ok la tu dapat kul 2.30, kalau awak tunggu nombor, entah dapat ke tidak lagi... kalau dapat pun kul 5 6 baru siap... aku pun, tq byk2 la sbb tolong saya... aku pegi bayar kat kaunter bayaran dan bg resit kat pegawai tu... then aku blah... time tu kul 12.10...

then aku ke DTR.. DTR ada sedikit masalah berkenaan dengan air... letrik dah settle... then aku tak sempat nak tunggu, aku lari balik ke shah alam... singgah menunaikan tanggungjawab jap then terus ke pejabat tanah.. alhamdulillah, carian aku dah siap... dan En A baru je ke kaunter carian... huhuhu... kalau la aku tunggu, tak tahu la apa jadi... tima kasih betul kepada org kaunter tu... hehehe... tak pe la lambat pun, asalkan tak sampai petangg... masa itu amat berharga bagi aku... sebelum balik siap aku ambik beberapa pic then interbiu akak yang jaga nombor tu.. dia cakap, no ni kul 8.30 bukak, kul 9 kadang2 dah habis dah... bukan apa, kadang2 kul 5.30pagi dah ada org datang sini letak beg kira tanda la tu... kalau adik nak datang lain kali, kul 8 tu kena beratur dah... pergghh, begini cara kat sini rupernyer... mana la aku tahu... sbb aku buat kat kL, mcm tak der org sangat... tapi tak tahu la time aku buat tu org tak der kan... hehehehe... then aku ke Putrajaya plak... mmg ada benda urgent yg perlu aku ambik kat sana... ada beberapa dokumen yang kena ambik... settle je semua tu, aku ingt nak ke Bangsar plak, tapi mmg tak sempat dah... kalau aku sampai pun pejabat mayB dah tutup... so balik umahh je la.. pasal carian tu aku nak kongsi dengan pembaca blog aku.. sbb dalam carian tu ada kaveat, cukai tanah, taraf pegangan dan sebagainya... nanti aku upload esok2... tapi aku ada upload borang carian, tempat ambik nombor, kaunter mana yg buat carian kat facebook jom lelong smlm...

smlm, time aku ke Putrajaya tengah tunggu urusan aku tu, ada satu majalah nama nyer Solusi... lama dah aku nak beli, tapi tak terbeli2... huhuhu.. tapi sbb menarik tajuk dia, aku pun snap pakai hp aku ni... dan aku nak kongsi dengan pembaca blog aku... bak kata org tua2, ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa... 'Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”... soal kerohanian jugak penting dalam kehidupan... motivasi diri bermula dalam diri kita... dari hati kecil kita selalu berkata2.. dalam kesunyian, kita selalu bercakap dengan hati... nak marah org, dalam hati dulu yg berkata... kalau sakit hati, hati dulu yg rasa... kalau bab makanan plak, hati dulu la tapis bahan2 beracun dalam darah sebelum di salurkan ke seluruh badan... hati mmg penting... untuk itu, ikhlas kan hati kita dalam melakukan pekerjaan... tidak kiralah walaupun pekerjaan itu kecil ke, besar ke... insyaAllah kalau kita ikhlas, keberkatan ada di situ... ingt lelong, jom2lelong...okeh...





p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Sunday, April 25, 2010

Sikit tentang Lelongan Hartanah....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,




"secara tradisinya, lelongan hartanah adalah suatu proses membeli dan mejual hartanah dengan menawarkan @ mengambil bidaan dan menjual hartanah tersebut kepada penawar yang tertinggi yang mana ianya selalu diadakan di pejabat pelelong yang dilantik oleh pihak terbabit seperti bank dan ia dilakukan di tempat yang terbuka. Jenis2 hartanah yang dijual di lelongan adalah lebih menjurus kepada mengambil semula milikan dan jualan secara persendirian oleh agensi2 yang terlibat termasuk hartanah komersial. Mereka yang menghadiri lelongan awam selalunya ingin @ berminat untuk membina portfolio hartanah,membeli untuk disewakan, membeli untuk menjual semula atau membeli untuk rumah pertama... Kebanyakan urusan berkaitan dengan hartanah adalah terikat dengan kukuh melalui lelongan hartanah yang mana ia adalah satu cara yang efekif untuk menjual hartanah. Ini kerana, secara amnya di dalam lelongan hartanah akan berlaku keadaan 'win-win propositon' di mana kedua2 pihak iaitu penjual dan pembeli akan berpuashati dengan lelongan tersebut. Semasa lelongan, pihak penjual mempunyai hak untuk menetapkan harga minimum bagi jualan hartanah tersebut. Harga jualan yang muktamad akan ditentukan oleh
penawar yang tertinggi, maka dengan itu tiada rahsia ke atas harga jualan. Sebagai tambahan, suatu lelongan akan menjana keseronokan dan kegembiraan kerana proses membida yang kompetitif yang mana ia akan melancarkan keseluruhan proses pemasaran........."

Kenyataan di atas aku ambik dari harian metro ahad... tapi bukan yang semalam punya.. aku pun tak ingt sbb aku terselak paper lama... kepada yang baru nak berjinak2 dengan lelong ni, cuba fahamkan apa yang di tulis di atas tu... aku rasa ini amat menarik dan mempunyai maksud yang jelas... sbb mmg ramai yang nak ceburi bidang ni tapi tak tahu di mana jalan yang betul... tak tahu, mcm mana ia di kendalikan... mmg ramai yang bertanya... sebagai salah satu soklan yang selalu org tanya..."kalau masuk lelong ni kena sedia bank draft 5%-10% kan, kalau tak menang hangus tak duit tu".......jawapan nyer duit tu tak hangus malah pelelong akan memulangkan kembali bank draft tersebut kepada org yang tak berjaya... org tak berjaya boleh tunaikan balik duit tu... hanya, pembida yang berjaya sahaja pihak pelelong akan ambik bank draft as deposit... kena faham tu k... acara lelongan ini diadakan di tempat yang terbuka... sebagai contoh, Mega Auction selalu nyer akan di adakan di hotel2... so ramai org boleh tengok dan keputusan adalah on the spot... kalau nak nak masuk tengok saje pun boleh.. just nk survey2 kan mcm mana urusan lelongan ini di buat.. sbb ramai jugak yang nak biasakan diri dengan auction ni..

jika sesiapa yang ingin masuk auction, boleh la register dengan aku... kalau under RHB 3 hari sebelum hari lelongan... sebagai contoh, kalau lelongan hari Jumaat, paling lambat utk register ialah hari Selasa.. RHB mmg strict... untuk bank2 lain, sehari sebelum... at least kalau register ni, pihak bank akan aware yang ada orang berminat dengan hartanah tersebut..sebarang call-off akan di maklumkan kepada yang register tu... so, mmg ada yang pegi sana, tetiba2 call-off... so, kalau dapat tahu dari awal, kita boleh la manage time... tapi kadang2 kalau call-off last minutes, bank tak sempat inform... ni mmg ada kes mcm ni... sbb aku penah kena... tapi so far, kalau sehari sebelum tu call-off, bank akan call... kalau tak call pembida, bank call agensi... so kalau nak register dengan aku, boleh la email kat jom2lelong[@]yahoo.com.my... ingt lelong, jom2lelong...okeh...


p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Saturday, April 24, 2010

Pecah Rumah @ Kajang

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, smlm aku dapat buat keja yang best gak... Pecah Rumah... mmg best... salah satu nyer sbb buat aku suspen... mana tak nyer, tengah buang tombol, jiran sebelah bukak pintu dan tengok apa aku buat... nasib baik la client aku terangkan yang dia beli rumah ni dan dah dapat kebenaran dari pejabat maintenance untuk pecah masuk rumah ni... aku takut gak nak masuk umah, mana tak nyer rumah 'smart home'... setiap floor ada CCTV dan dalam umah ada mcm intercom tu... aduhai, masak aku kalau jadi apa2... tapi client aku ada... tak gitu EnH... hehehe... dia baru je balik dari S'wak then terus survey rumah then terus pecah rumah kat kajang ni... mmg terbaik la rumah ni.. mmg besar pun leh tahan... security mmg ketat... tambahan plak ramai yg duk sini... sub-sale around 100-120k..tapi auction dapat 56k je.. tu pun lawan dgn org lain... mmg sedap la... demand utk sewa mmg best... tapi utk 1st step ni, EnH akan siapkan rumah ni dgn lampu serta kipas dan grill dulu... insyaAllah aku akan pasang semua tu minggu depan... apapun layan gambar rumah 'dara' di bawah..anyway aku ada upload gak kat facebook smlm...ingt lelong, jom2lelong...okeh...


- ruang tamu yg luasss

- dapur







p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, April 20, 2010

Pasang Grill di Puchong

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu lepas sempat jom2lelong pasang grill kat rumah di puchong... minta maaf kepada beberapa org yg nak tempah grill, so far mmg kami agak banyak tempahan. so masa untuk siap dalam sebulan... harap dapat memahami situasi ini... aku pun rasa kurang senang kalau tak dapat deliver tak ikut masa... tapi so far alhamdulillah... berbalik kepada cerita pasang grill kat puchong minggu lepas... mmg suspend habis... 1st time aku sampai, lift rosak... aduhai, aku tak tahu rasa apa dah... nak bawak naik grill sampai tingkat 9 dan 6... masak la beb... tunggu jap, then lift ok balik... cepat aku dan pekerja grill masukkan dalam lift.. alhamdulillah semua selamat... lega hati aku... aku mmg tak dapat lama duk sana, lepas je tengok semua ok, aku terus ke Putrajaya sbb ada kerja lain... aku tinggalkan org buat grill sbb aku percayakan sharepartner ni... sbb kerja dia aku tengok kemas... so aku tinggal la dia buat...

sehari kemudian aku pegi la tengok balik rumah tu... so far semua mcm ikut apa yg aku nak... sbb rumah ni rumah aku sendiri... nak bagi sewa lepas ni... tapi aku tak sempat lagi nak pasang lampu.. insyaAllah lepas ni sempat la buat semua benda... nak sikit je masa lagi... banyak menda nak settle dulu.. sabar sikit je... permintaan utk sewa kat sini mmg dapat +ve cash flow... dulu tak der la harga mahal, sejak 2 menjak JMB ambik alih ni, mmg banyak perubahan... so far dengar akan ada simpang highway masuk terus ke sini plak... so, rumah ni hold la dulu kalau nak jual... tengok apa yg nak jadi... tak pun, bagi je sewa..cukup je tahun refinance... dapat cash... hehehe...

untuk lelong 1 2 minggu ni agak best... tapi sub-sale dan sewa pun agak best jugak cuma ada la beberapa masalah yang aku hadapi.. tapi ni la asam garam dalam real estate... tak semudah yang dijangka... hari ni plak aku tersepit... bakal penyewa dan owner.. both parties aku kena defend.... si owner nak cepat, tapi tenant nak bagi lambat... so aku tersepit di tengah2... owner marah2 dengan aku, aku plak terpaksa la jadi pendengar yang setia... dengar je la.. si tenant plak mengadu itu ini... aku pun dengar je la... aku tak nak nanti kata aku ni aniaya pihak owner mahupun tenant... aku takut bab2 ni... so, kalau ada rezki aku ada la.. esok owner buat keputusan sama ada nak bg sewa ke tidak... so tunggu je la.. anyway gudLuck kepada bakal2 pembida utk esok 21-04-2010... aku harap ada kemenangan untuk korang..insyaAllah.... apa2 pun, ingt lelong, jom2lelong...okeh...

- new listing upload HERE

BEFORE . . . . .











AFTER. . . . .






















p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Tuesday, April 13, 2010

Apa Nak Buat, minta pendapat....plzzz



Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari ni sempat lagi aku mencoret serba sedikit... smlm aku dapat comment dari tunbegia... tunbegia ni selalu comment kat blog jom2lelong... actually aku dah minta kebenaran dia utk buat menda ni... bukan apa, smlm dia ada comment kat blog aku ni mcm mana nk buat kalau tuan rumah ada dalam rumah... ye la, kita tak tahu mana tahu di masa depan ia terkena kat kita.. so kalau dapat beri sedikit pendapat, insyaAllah ia dapat membantu pembaca2 lain yang baca blog nie.... mcm mana yea nk buat? aku nak minta pendapat pembaca2 blog aku, kalaulah korang berada di tempat tunbegia, apa yang korang akan lakukan... harap korang dapat comment pendapat korang.... terima kasih kawan2.... more citer tunbegia @ webtunbegia.


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Sunday, April 11, 2010

Pecah Rumah @ DTR Last Week

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sempat lagi nak menulis... minggu lepas aku sempat ke auction dan juga ada pecah rumah... aku sempat pecah rumah di DTR.... meh nak bercerita sikit.... mmg citer best... hahahaha... sebelum nak pecah rumah tu, aku confirmkan dengan EnH yang aku akan pecah rumah tu tengahari.. EnH cakap rumah tu tak der org... so, bila aku gi pun rumah tu kosong... so aku dengan selamba bawak la cutter dan juga beberapa peralatan lain... tapi hari tu instinct aku cakap rumah ni mcm ada something... mmg tak berapa sedap la nk pecah rumah tu... tapi sbb EnH dah suruh pecah rumah tu sbb dia nak tengok dan minggu depan ni dia nak gi offshore plak... so aku set kul 1.45 aku buat keje... EnH on da way time tu... so aku pecah la dulu... lepas je aku bukak pintu rumah tu... argghh... aku terkejut giler.. aku pandang dari pintu... rumah ni ada org la... ada tv, ada tilam... aku takut nak masuk... aku tunggu EnH... bila EnH sampai, aku cakap la aku tak masuk lagi... jom la masuk sama2... so aku dengan EnH pun masuk la... ya Rabbi, mmg aku dah terkejut dari tadi lagi.. ni rumah ke apa nie.. bila masuk bilik master tengok ada pampers budak.. baru lagi pampers ni... lepas tu ada tv kat ruang tamu, ada cd, dan bekas makanan... EnH cakap tak der org... then aku duk luar sembang2... tetiba, ada mamat ni lalu.. then kitaorg tanya dia, ada org tak rumah nie... dia cakap ada... perempuan melayu... aduhai... aku pun tanya la EnH ni... sebelum beli ada tanya jiran2 tak? dia cakap tak der tanya pun... aku dah cutter solex n tukar tombol dah... ada org plak... so, aku cakap kat EnH, tinggalkan notis nanti k... Then aku dapat tahu ada perempuan melayu dgn 2 org anak dia tinggal sini... aku tak dapat nk imagine mcm mana dia tinggal sini dgn keadaan yang tak dapat aku gambarkan... korang tengok la gambar bawah tu... aku dah upload gambar ni minggu lepas kat facebook... mmg aku tak dapat nk cakap apa la... kesian plak kat perempuan tu... tapi nak buat mcm mana... aku dengar2 dia akan berpindah ke blok c kat DTR gak... suami dia ni army... so aku tak tahu la mcm mana kehidupan dia.. aku doakan dia agar sentiasa sejahtera dan sihat... huhuhuhu.. ni kali pertama aku masuk rumah mcm ni... 1st actully aku takut rumah ni ada org tgh tido ke apa... ke dua aku takut ni tempat penjenayah ke apa ke..ke tiga aku takut ada something bad yang happen dalam rumah ni dan di tinggalkan... tu yang aku takut... sbb bau rumah ni pun boleh la tahan... huhuhuhu.....

blog jom2lelong ni alhamdulillah ada ramai jugak pengunjung... terima kasih banyak2 aku nak ucapkan kepada semua... by da way, aku ingin menyatakan kepada sesiapa yang nak rumah lelong, boleh la email kat aku kat jom2lelong{at}yahoo.com.my....insyaAllah kalau ada rumah yang bersesuaian dengan budget tersebut, aku akan reply email... ada gak yg bagi comment utk nak rumah.. tu la, kalau boleh email aku, senang sikit aku nak reply... yang sms pun ada gak.... kalau sms, kadang2 aku terlupa nak tengok... so, kalau email aku lagi senang ok... anyway aku nk ucap terima kasih kat silent2 reader blog aku nie... bukan apa, ada yang tepon, ada email menyatakan sokongan kat aku... tq banyak2... aku harap ia akan menjadi motivasi utk aku terus berkecimpung dalam bidang ni, insyaAllah... ingt lelong, jom2lelong...okeh...






- ruang tamu dari pintu depan


- dapur


- master bed





- 2nd bed


- ruang tamu


p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..