Wednesday, June 3, 2009

Agent vs Owner

Salam buat para pembaca yang di hormati...

korang pernah tak beli rumah dengan agen? kalau yg pernah tu mmg tahu la dan kalau yang tak pernah, aku nk ceritakan beza beli rumah dgn agent dan owner. sehari dua ni, aku ada kerja sikit dengan pembelian secara sub sales. aku jumpa dgn Mr. B seorg pekerja yang bekerja di syarikat yg mantap. nampak low profile je tp dia nk mmg hebat. aku respect dia nih. MrB ni nk beli rumah di Seri Kembangan. Mmg berkenan sangat lah dia nih dgn sebuah rumah nie. Kalau aku pun, aku suka dengan rumah ni.rumah besar, area yang menarik dgn future development yg hampir nyata ; Giant, Tesco, highway dan sebagainya. Rumah ni diiklankan di web, so ada 2 agent dari 2 agensi berlainan uruskan rumah ni.harga plak berlainan plak tu. so, MrB confius. kenapa ada 2 harga yang berbeza. aku sebelum ni pernah beli rumah dgn agent. waktu muda2 dulu la kan. hehehe... so 2 agent 2 harga yang berbeza. kenapa? jawabnyer agent2 ni mmg pandai. dia akan mark-up harga utk keuntungan diorg. so, kalau boleh beli dgn owner, go straight to owner, tak payah nk pakai agent. tu kalau mmg berkenan giler dah la dgn rumah yg nk beli. tp kalau contoh nk rumah di sesebuah kawasan, ada agent yang jaga kawasan tersebut boleh tunjukkan rumah mana yg dalam list mereka utk dijual. so agent akan bawak tour la rumah2 tersebut. Bila aku terang kat MrB mcm tu, dia paham.

Rumah tersebut ada org duduk. so tak tahu la dia tu owner ke tidak. pada suatu hari, aku dgn MrB pergi ketuk pintu rumah tu. aku perkenalkan diri elok2 dan bertanya pasal rumah ni. direct aku tanya 'akak ni owner ker?'... terus dia cakap yea.. mudah kerja aku dgn MrB. so kitaorg pun deal dgn owner pasal nk beli rumah ni. so smlm aku dgn family MrB pergi ke rumah tersebut utk tgk2 rumah tersebut. rumah mmg puas hati.. dapur dah reno habis.. ada kabinet dapur, depan porch dah letak tiles, pintu pagar auto... so dah ok la kan... cuma skrang aku nk tahu MV rumah ni je sbb aku nk suruh MrB dealkan dengan owner pasal harga. aku suggest MrB mark-up loan nanti di tambah dgn FMC..so kira untung la nanti. smlm owner ni cakap la pasal defect2 yg ada kat rumah tu. dia mmg tak nak sorok la... sbb nk jual - berhijrah ke oversea...

so bila tanya2 pasal harga, owner ni cakap dia dah potong 2% dari harga dia nk jual. kenapa 2%?? ok, kalau kita beli rumah dgn agent, agent akan ambik kat dia 2% dari harga rumah tersebut. kalau rumah tu 100k, agent akan dapat 2k.. itu 2% mmg dia dapat... kalau agent ni mark-up lagi harga.. sebagai contoh, owner jual 80k, agent ni plak jual 88k, so agent ni untung lagi kat situ...huhuuhu...kalau boleh direct terus ke owner, at least kita dah jimat 2k. lagi pun, owner yg tahu ttg rumah tu. ada rosak mana, apa yg tak kene.. agent akan cakap rumah ni semua elok je... bila duduk, rumah tu ada la tak betul sana sini... tul tak.... rumah ni bukan harga yg murah, so kalau untuk tinggal sendiri kita kene la buat kajian sikit.. survey sana sini dulu barulah buat keputusan.. tanya serba sedikit ttg rumah dgn org yg tahu, insyaALLAH mereka akan membantu. dan yg penting kita kene tahu sama ada gaji kita tu lepas ke tak nk buat loan.. sbb ada yg gaji besar, tp tak lepas sbb sblm ni ada jamin org la, buat pinjaman peribadi, nama pakai utk beli kereta adik la, sbb dalam ccris kuar semua tu... so, boleh je pergi bank suruh diorg check kan benda nie... suruh diorg calc sekali berapa rm layak utk buat loan.. mungkin 200k ke, 300k ke... tak tahu la kan, ikut kemampuan....oklah, next time update lagi... okeh...



FARHAN

019.362 3578
jom2lelong@yahoo.com.my
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

No comments: