Thursday, May 14, 2009

PL + OD + HL + Property Investment = KOS MINIMA

salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog jom2lelong... alhamdulillah, hari ke hari kami di jom2lelong banyak terima email dan panggilan telefon bertanyakan tentang lelong dan menjana pendapatan melalui property investment... kali ni, aku nk kongsi satu teori yang aku fikirkan amat berguna dan boleh dipraktikkan... siapa yg hantar email kat aku tu, kat sini aku terangkan segalanya... sbb aku nk share benda ni agar semua org dapat fikir dan beri komen kepada aku... tp teori ni ada matematik la skit.... skit jer... matematik yang very simple dan mudah di fahami... aku cuba terangkan teori ni dengan sebaik yang mungkin.... oraitttt....

step 1 : buat personal loan di bank : RM 15,000
- bila buat personal loan kat bank sebnyk 15k, kita tak akan dapat 15k... ditolak charge stamping, dan perkara lain, kita akan dapat lebih kurang 13k.. ini anggaran aku je k... rasa mcm dapat lebih sikit....

step 2 : duit 13k tersebut, di masukkan ke dalam ASB..... dan ditukar kan kepada sijil... charge tukar kepada sijil RM10 sahaja.... so kita dalam ASB ada duit sebanyak 13k...

step 3 : sijil 13k tersebut, di buat OverDraft=OD di RHB@CIMB.... terpulang kepada pengguna la nie... kalau RHB ada kelebihan, CIMB juga ada kelebihan... so bg teori ni, aku guna RHB... so bila cagar ASB ke OD RHB, kita tak akan dapat 13K, kerana RHB akan bagi hanya 95% sahaja dari sijil tersebut... so dari 13k kita akan dapat RM12,350.....

step 4 : cari rumah lelong utk di beli pada harga 50k dan kawasan tersebut dapat disewakan pada harga rm400.... kalau dapat beli rumah tersebut pada harga lebih murah pun tak per... asalkan dapat disewakan pada harga rm400 atau lebih... kalau lebih, mmg lebih baikkkk...hehehhe

step 5 : masuk lelong rumah tersebut... kalau kene byar 10%=5k.... tp kalau kene 5%=2.5k je kan...
ini aku ambik 10%... sbb aku ambik 10% nanti aku citer kat bawah+senang kira..hahahha
12,350 - 5,000 = 7350

step 6 : lawyer 10% - aku anggarkan lawyer akan aku bayar 10%.. tp actually lagi murah... just estimate je... biar estime tinggi, tak merugikan bahkan ia safe kita dari kuarkan duit lebih... satu lg jangan lupa untuk apply loan rumah lepas menang bid ...

7350 - 5000 = 2350

step 7 : duit 2350 ni, just standby 2k utk misc.... nk cat balik ke, nk repair ke atau nk tambah apa2 kat rumah tu.. ibarat guna 2000 untuk misc...

2350-2000 = 350....
so baki duit ada 350......

step 8 : kita sewakan rumah tersebut dengan harga RM400......

berbalik kepada personal loan td. kalo loan RM15,000, monthly installment dlm RM149 (berdasarakan jadual PL BSN rate 5.20 utk 15 thn). monthly installment loan rumah lelong yang beli dalam RM200. so, baki daripada sewa rumah RM400-RM149-RM200= RM51. RM51 tu blh la top up dalam OD untuk kurangkan interest. kalo ikutkan pengiraan interest pd OD hanya RM45.50 sebulan. kalo 12 bln = RM546. kalo asb bagi divenden 7% setahun pun dapat dlm RM910. bkn ke nampak untung RM910-RM546=RM364. Nampak macam guna duit banyak tp kene caj rendah.

Kalo nmpk secara kasarnya, kita x guna duit gaji satu sen pun untuk buat property investment. Ini adalah salah satu cara yang aku nmpk untuk modify duit bank untuk keuntungan bersama. Kita jangan bekerja untuk duit tp biar duit yang bekerja untuk kita. Bagi yang mempunyai modal besar, blh la buat Personal Loan yang tinggi dan mencari rumah yang mahal tetapi pastikan sewa rumah boleh menampung bayaran Personal loan & Housing Loan & Interest OD. So, aku x nmpk alasan lg untuk kita semua tak ceburi bidang hartanah. aku dah penah rasa rugi, dah rasa gagal dah penah rasa pening kepala nak cari duit... tp aku cuba org lain untuk tidak jd mcm aku.... Biar kita bermula dengan sekecil2 rumah asalkan kita mahu dan ikhlas untuk melakukannya. Good luck untuk korang semua....


RINGKASAN :-

Mohon Personal Loan (PL) ............................15,000
Jumlah Dapat PL & Buat OD .........................13,000

Jumlah Dapat OD ............................................12,350
Deposit 10% (Flat -50,000) .......................... (5,000)
Legal Fee 10% (Flat -50,000) ...................... (5,000)
Misc ...................................................................(2,000)
Baki .......................................................................350

Sewa Rumah..................................................... 400
Monthly Installment PL ................................ (149)
Monthly Installment Housing Loan.............. (200)
Baki......................................................................... 51

Dividen ASB 7% (genap setahun) .................. 910
Interest OD (45.50/bln) x 12 .......................(546)
Baki.................................................................... 364


FARHAN
019.362 3578
jom2lelong@yahoo.com.my
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

8 comments:

Anonymous said...

Info yang cukup mantap lagi berguna... teruskan usaha untuk memajukan diri.

bidadarindu said...

Terima Kasih kerana sudi berkongsi info yang sangat berguna nie..harap kita boleh berjumpa suatu hari nanti..Terima Kasih..Terima Kasih..

Jom2Lelong said...

rep Anonymous - terima kasih kerana support us.... tq tq tq

rep bidadarindu - alhamdulillah... saya cuba untuk membantu setakat yang saya tahu.. insyaALLAH, kalau ada masa, kita akan jumpa nanti... tq for support us....

Norchee said...

Property investment memang topic yang menarik.. jenguklah ke blog saya rumah-bangloidaman-kami.blogspot.com. Moga dapat gunakan khidmat Saudara satu hari nanti..

Anonymous said...

kenape kena tukar OD ye?? kenape xdirect je beli rumah tuh??

Anonymous said...

@ anonymous ..sbb sijil ASB yg kita gadaikan kat bank tu....dividen setiap tahun kita tetap akan dpt...dlm kes ni sijil 13K...katakan dividen ASB 7%...so setiap tahun kita akan dpt $910...

kita tukarkan kat OD sbb duit kita tu x hbs begitu sahaja berbanding klu kita direct gunakan duit dr PL tu...

lg pun interest OD kecil...bole cover dgn dividen ASB

harap dpt membantu

Jom2Lelong said...

re fendyx : TQ for the explanation.. betul tu fendy.. kira kita buat serampang 2 mata... kita dapat dividen setiap tahun dan pada masa sama kita dapat guna OD dengan interest yang kecil... fendy, hang punya penerangan mmg membantu...thanks again...

Unknown said...

Salamm..nk tnyer ..ade x rumah utk dijual di kwsan kota damansara bwh 300k...tlg maklumkn kt email sya....syauqiyyah84@gmail.com