Tuesday, May 19, 2009

Hari Lelong + Bzzz dayyy....

Salam. 1st aku nk minta maaf byk2 sbb smlm aku tak reply langsung email. Aku mmg tak bukak email dari pagi sampai mlm. Sori byk2 k. So pagi ni aku reply email yg smlm. Byk jugak, tp aku cuba reply yang aku mampu. Smlm berlangsung auction di Ehsan untuk RHB Bank dan RHB Islamic Bank. Aku ambik bahagian untuk lelongan ni. Rumah yang aku bid tu di Desa Pinggiran Putra, RP 115k. ada 2 org bidder, aku dan ada husband n wife.aku budget dalam 125k je, then bila dah lebih 126k aku let go. Aku tak kisah la pasal tu. insyaALLAH ada rezki di masa depan.

Pagi2 smlm aku dah kuar rumah, pegi bank buat bank draf ambik buku check sbb dekat sebulan duduk bersarang kat bank sbb tak collect... uhuhu... kene tegur dgn pegawai bank-padan muke...hahaha.. then aku sembang2 dgn pegawai yg biasa dgn aku tu... berborak2 ttg property... kemudian aku terus ke ssm.. bukak company... hehehehe... aku mcm tak caya aku dah bukak company... bukan utk apa pun, company ni utk masa depan.. so esok aku kene bukak akaun utk company aku nih... so aku guna CIMB. dah contact member aku utk company ni then dia cakap bawak je,nanti manager dia akan jadi introducer... mcm mana nk bukak company?? senang giler... pegi je ssm kat the mall tu... mintak borang, isi je borang tu.. siap isi pegi ambik nombor... then tunggu dia panggil utk semakan nama syarikat... then dia akan ceraikan satu nombor utk kita... so tunggu dia panggil kali ke 2 utk buat bayaran.... lepas buat bayaran pegi duduk dulu then tunggu nombor di panggil kali ke 3 utk ambik perakuan pendaftaran... ini makan masa dalam 1jam ke 1jam setengah... then boleh la balik... senang giler beb... aku daftar enterprise je... kene ingat, hanya abjad sahaja boleh buat nama syarikat... aku ni sbb tak tahu, buat la jom2lelong enterprise..ambik ko kene reject..hahaha..lepas tu penin nk pk nama lain... so better korang prepare 3 4 nama takut2 kene reject... so dah buat sekali, lepas ni dah tahu mcm mana nk buat...hehhee... so korang jgn buat salah mcm aku buat..aku ni mmg blurrr smlm... lepas tu, aku terus ke Ehsan utk auction...

Smlm waktu auction, dengan ulat2 lelong ni biasa la.. aku dah malas nak cakap pasal nie.. tp kali ni aku nk cakap lagi....hahahaha... thanks to wan n farid sbb sudi berbual2 dgn aku...aku ni ibarat mcm buah kelapa muda yang baru nk berjinak2 dengan dunia lelong...hehehe... smlm ada satu kisah yang aku suka nak kongsi dengan semua org. malah, kisah mcm aku nk citer ni byk berlaku dengan kawan2 yang lain tp ni lebih agresif.al kisahnya begini, ada sekor ulat lelong ni, datang menempek kat aku. tanya aku ambik lot mana. then aku biasa la, cakap kat kajang, padahal ulat ni dah tahu lot aku...siut betul... then dia cakap kat aku, ada 2 org yang lot sama dengan aku. aku cakap ok la.. dia tanya lagi, tak nak runding ke? aku cakap la aku nk lawan. then dia blah. aku jumpe dgn agen cina yg biasa aku borak2..mmg aku kenal dari tahun lepas lagi agen cina ni.. aku cakap la, ulat tu mana datang? geram betul aku.. agen tu cakap, dia tu mmg suka push, dia pun tak suka dgn ulat nie.. duduk dalam 10minit ulat tu datang lagi cakap dah ada 3 org masuk lot aku.. dia suruh runding, aku cakap aku nak lawan.[dgn nada yg kuat]..terus blah... then aku nampak dia cakap dgn wan n farid..aku dah agak dah ni, mesti nak kelentong.. aku tgk wan n farid keluar, then aku keluar tnya ambik lot apa... then aku borak2 dgn wan.. aku cite la pasal blog nie..[pomot skit..hehehe] cakap la serba sedikit pasal lelong ni... wan cakap, ulat tu nk bg 2k kalau dia tarik diri...kalau tak tarik diri dia offer wan byar. dgn berani ni si ulat ni masuk dalam ambik peddle sapa2 ntah then tunjuk bahawa dia ni konun mmg serius nk beli.. aku pun tinggalkan wan dgn member dia... then bila nk start, aku borak2 la dgn wan... wan tak terima ulat nyer offer... bagus wan... tiba masa lot wan, mmg si ulat mangkuk ni tak masuk pun bid!!! mmg jahat nk mampus... dah la time bid tu tak der kat situ..dah tak dapat mangsa, terus blah...saje nk makan duit atas angin... giler mangkuk betul... kalau la wan terima offer dia, mmg masak la wan kene tipu... tp alhamdulillah tak kene... aku mmg tgk si ulat sekor ni aggresif giler.. sanggup pi ambik paddle sapa2 utk prove yg dia masuk bid jugak... aku tgk muka aku mmg tak caya...kecuali yg aku dah biasa... so, sapa2 yg first timer nk masuk bid, be careful ok..tak dapat rumah yg pertama tak per, at least dapat pengalaman.pengalaman yang kita dapat, next time kita boleh tahu mcm mana nk handle... dia pun tipu aku cakap ada 3 org masuk lot yg aku bid, padahal 2 je... mmg penipu giler... jaga2 ok kalau masuk auction..

jari jemari dah penat dah taip... ohh lupa satu lagi... jgn segan2 nk email aku kalau ada masalah... kalau aku boleh jawab aku jawab, tp kalau aku tak dapat jawab..aku cuba utk cari mcm mana solution k...

-gambar akan menyusul kemudian sbb ada masalah....huhuhu


FARHAN

019.362 3578
jom2lelong@yahoo.com.my
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

No comments: