Tuesday, January 4, 2011

Jangan Beli Terburu-buru

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword: jangan terburu-buru, kita adalah diri kita

alhamdulillah, smlm aku dah mulakan pengajian aku kembali... mcm budak darjah satu masuk sekolah... tapi kali ni lain skit rasa nyer sbb rasa mcm dah senior skit... hahaha... tapi still mcm budak2 lagi... smlm gak jumpa member2 yg sudah ada kerjaya sendiri... best bersembang dgn budak2 ni... luas pemandangan aku dalam bidang hartanah ni... one of my click tu cakap, skrang ni dah masuk 2nd stage property sector alami down.... yg byk effect ialah high end property and property yg berharga 'tinggi'.... margin 70% mmg memberi kesan yg agak ketara kepada pembeli rumah yg berharga tinggi ni... rumah teres tak banyak effect sangat... dan di awal 3rd quater mungkin akan menampakkan kepada kesan yg lebih ketara...kata member aku ni yg salah sorg org kuat kat GLC.... yg lawak lagi lucu, lecturer aku di lantik sebagai wakil perunding kepada PKNS... nak jadikan cerita, lecturer aku ni present projek kepada member aku nih.... hahaha... terbalik plak... nasib baik markah ok, kalau tak reject projek tu...hehehehe...

dont too confident.... yes, jangan terlalu confident dalam proses membeli rumah.... kes terbaru aku jugak pasal rumah yg org buat keputusan terburu2... aku mmg seorg ejen hartanah tapi aku juga seboleh2 nyer nk elakkan dari pembeli kerugian... sebagai mana biasa, aku akan advise pembeli supaya check loan dulu sebelum buat pembayaran deposit rumah... kerana apa? kerana kalau bayar deposit dan loan tak lepas, secara tak langsung akan burn deposit.... kalau tak pun, 50% akan burn... so, pembeli rugi... so, aku syorkan jangan la terburu2 nak bayar deposit... mmg la, as ejen aku nak je jual rumah cepat2... ko lepas ke, tak lepas loan ko punya pasal la kan... tapi, tak best la jual rumah mcm tu... nanti pun, kita jugak akan di refer... so, cakap awal2... berjaga2 sebelum kena... sbb dalam kes2 yg aku kendalikan, ada yg dah kena sampai 15k depsoit should be burn... but, lawyer dan juga owner bermurah hati untuk pulangkan deposit...tp ada gak yg burn dalam 4k... tu mmg kos2 yg tak dpat di elakkan... spt fee lawyer, liquidator dan sebagainya... so, minta tolong jangan terburu2 ok....

tahun ni perlu cargas dalam industri hartanah... bg aku, peluang kena rebut..tp ada jugak sekatan dan juga batasan... jangan melampau batas.. tahun 2011 sudah menjelma.... cepat sungguh masa berlalu...masa itu begitu cepat berlari, andainya kita hanya berpusing di atas paksi yang sama, berkitar dalam orbit yang serupa. Jika dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan kita lakukan perkara yang sama secara berulang-ulang, maka kita sudah jadi umpama robot. Begitulah kita, bila kehidupan sudah di canang oleh suasana di sekeliling.

Rutin kita seharian bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja, makan tengahari, sambung kerja, pulang ke rumah, makan malam, menonton TV dan kemudian tidur akan dilakukan setiap hari. Kita lalui ia tanpa jemu-jemu. Tanpa sedar kita lakonkan skrip perulangan ini dengan rela hati kerana kita berasa selamat di dalam acuan yang kita cipta sendiri. Zon selesa sudah menjadi kepompong kehidupan diri...

Berubahlah. Berubah dengan menambah. Apakah bahasa baharu, buku baharu, hobi baharu atau surah baru yang akan dihafal pada tahun ini? Apakah kita boleh menerima teknologi baru, jika bukan sebagai penciptanya, sekurang-kurangnya sebagai penggunanya?

Kalau kita menutup buku sebaik sahaja kita menyimpan skrol ijazah, kalau kita menutup hati sebaik sahaja kita melipat sejadah, maka kita akan jadi sama seperti orang lain di luar sana. Mereka di luar akan bercakap ~ bukan bertutur, mengagak ~ bukan mentafsir, mengira ~ bukan mencongak, kasihan ~ bukan prihatin dan pandai bertanya tetapi tidak reti menyoal. Kita jadi orang biasa di kalangan orang yang biasa.

Kreatifnya Allah Al-Mussawir, membentuk wajah-wajah manusia yang berbeza. Meskipun kita semua mempunyai dua mata, dua telinga, satu hidung dan satu mulut. Tidak ada satu pun wajah kita di antara berbilion manusia yang lain mempunyai yang serupa. Sehinggakan pasangan kembar pun ada perbezaan raut wajahnya. (Yang punyai wajah yang serupa hanyalah pelanduk!)

Oleh kerana tidak ada satu pun manusia yang sama seperti kita, sewajarnyalah kita menjadi insan unik. Punyai identiti, hasrat, impian, iltizam mahupun istiqamah yang lain daripada orang lain. Kita patut begitu kerana bukan orang lain. Kita adalah diri kita....ingt lelong, jom2lelong...okeh...

- nak jual rumah? - borang @ SELL YOUR PROPERTY di atas page ini.....

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

1 comment:

Unknown said...

Offshore Properties Investment in Ukraine & Europe (LEGAL) by

http://tinyURL.com/UinvestUA

Please registered, you could buy shares via your credit card funding.

For Malaysian, without credit card. You can opt for Prepaid Credit Card at :

http://tinyurl.com/TuneCard