Wednesday, January 12, 2011

Barangan Tinggal, Barangan Dapat......

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword : inovasi, rumah tragis, teori

alhamdulillah, cabaran demi cabaran di tempuhi aku kali ni... seronok menghadapi cabaran2 yang sukar yg peluang hanya tipis... tapi selagi berdaya, tak salah kalau mencuba... menjadikan ia pengalaman amat berharga buat diri kita dan kepuasan usaha tanpa putus asa... FB @ facebook @ mukabuku... satu fenomena yang amat luar biasa terjadi... aku menyelidik benda ni... fb merupakan satu inovasi dari sistem yang sedia ada kepada sistem yang lebih baik.. walaupun ia mencuri idea org lain... peluang yang ada terus di manfaatkan... begitu juga Windows @ Bill Gates.... membuat inovasi dengan sistem yg juga sedia ada... ia bermula dengan kecil kecilan hinggalah ia berjaya hingga sekarang... kalau fb tu dulu bermula dengan puluhan server, sekarang sudah ada berpuluh ribu server.... betul pepatah, berjalan seribu batu itu bermula dengan langkah yang pertama... begitu juga dengan perniagaan dalam hartanah... tak mustahil ada org beli terus 2 3 property sekali gus - yg berduit ok... tapi yg sedang2 mcm aku, bermula dengan 1 dan 1 dan 1.... sedikit dan sedikit...

kisah tragis rumah lelong.. tragis ke? bg aku mmg teruk giler.... apa jenis manusia pun aku tak tahu la... kisah nyer begini, 2 3 bulan lepas client aku menang auction di FD.. so aku pegi la tengok rumah tu... mmg rumah tu cun habis... dan ada tenant yg duduk dalam rumah tu... so tenant nak keluar hujung bulan 12.. then sewa bulan 12 dia dah bayar kat client aku... so on 3rd jan, aku call la dia untuk dapatkan kunci rumah... katanyer, dia dah kasi kunci rumah kat owner lama sbb owner lama nak ambik pintu rumah tu... terkejut beruk aku... aku pun dah rasa lain... apa lagi, aku dah agak mesti grill dia cabut... so tak kisah la kalau grill di cabut... tapi bila aku pegi sana, bukan setakat grill je cabut, habis lampu, kipas, tombol semua di pecahkan... tak cukup dgn itu, tingkap kat toilet pun dia ambik.... aku geram giler rasa... aku plak yg naik angin... huhuhu.... kat box kat dapur tu siap grader lagi tu.... aku kategorikan org ni sebagai pencuri, perompak dan juga psyko... dia dah tahu rumah dah di lelong... dan dia sepatutnya tahu, segala hak dalam rumah tu ialah hak org lain.... dan apa yg dia ambik tu adalah hak orang... ini di namakan mencuri dan merompak barang orang.... aku cuba dapatkan advice lawyer untuk try buat legal action ke atas orang ini... aku try je la... tp client aku ni seorg yg cool beb... siap cakap dgn aku, tak yah panjangkan cerita Farhan... proceed je baiki... geram sungguh aku rasa...ni kisah barang2 kena rompak...

ini pulak kisah barang2 yg di tinggalkan oleh penyewa... baru2 ni, salah sorg client aku beli rumah sub sales... tenant rumah ni mmg liat betul nak bayar sewa... sampai aku berbulan2 duk kutip duit sewa... tapi tak penah bayar... dah akhirnya, client aku ugut dia untuk report polis sbb menceroboh rumah tu... client aku bagi tempoh 3 hari untuk clear rumah tu... dengan serta merta, hujung minggu tersebut kunci rumah tu sampai di tangan aku... dan aku masuklah check rumah tu... terkejut jugak la aku tengok rumah tu... banyak barang di tinggalkan... dengan katil queen, dengan wardrobe, dengan meja study dan pelbagai barangan.... aku mcm tak sampai hati plak.. then aku call la tenant tu, suruh dia ambik barang2 tu... then dia cakap, dia sedekah je la barang2 tu... sbb dia pun tak tahu dapat balik ke tidak di kL memandangkan dia berada di JB.... untung la si pemilik rumah tu... so, owner dah datang dari kedah untuk bersihkan rumah tu serta cat rumah tu... ok la mcm tu... so lepas ni ada beberapa benda yg kena baiki then masuk la
penyewa...

universiti dah bukak dan kelas pun dah berjalan.... kali ni, subject2 lebih tuff dan juga memberi tekanan yang amat kepada aku....honestly... banyak menda yg kena pk.... just nk sharing dengan semua pembaca, semester berikut nyer akan start pada bulan september nanti... so bila habis je sem ni bulan 4, student akan bercuti sakan.... mmg dalam sejarah malaysia ni cuti ipta selama 5 bulan.... dekat 1 sem daaa.... ni mmg confirm...... penyelarasan ini di buat bg mengikuti jadual di overseas.. so, as a student kena ikut je la... huhuhuhu...

apa itu strategic decision making??? membuat keputusan yang bijak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada orang lain dan diri sendiri... mmg sesiapa yg menjadi decision maker ini org yg berjawatan tinggi... kalau sesebuah syarikat tu, mesti at least MD or CEO yg buat keputusan.... contoh strategic decision making - kalau duk overseas, nak beli kereta ke atau nak sewa kereta??? kalau beli kereta baru, nak bayar installment bulan2 mahal.... kalau sewa kereta mcm mana? mungkin penyelesaiannya dengan sewa kereta... kerana boleh pakai baru selalu dengan bayaran sewa tak lah semahal bayar installment kereta baru... tapi kereta yang kita pakai tu adalah kereta baru.... mungkin benda ni ada di sesetengah negara sahaja bukan semua... mungkin di australia lain, di uk lain, europe lain.... tapi, pilihan ini adalah untuk menjimatkan kos dan juga mendapat keselesaan dengan max....

Teori

Sebut pasal teori ni, banyak benda yang boleh di persoalkan... kat sini aku nak cakap pasal satu teori yang mana mungkin satu kebetulan atau mmg betul.... cuba kita lihat, kat Mesia skrang ni kita ada ECER, NCER, Iskandar - ni untuk semenanjung.. ada jugak la Central Region... tapi dah establish so tak der la banyak di beri tumpuan... dalam 4 tempat ini mana yang lebih membangun???? Iskandar yang lebih membangun berbanding dengan yang lain... pelaburan yang masuk ke Iskandar adalah banyak dan kian bertambah.... teori ini mengatakan bahawa, seseuatu pembangunan akan berlaku dari utara dan turun ke selatan... sbb itu kita tengok di utara kurang memberangsangkan berbanding dengan selatan... kita boleh juga tengok conurbations di klang valley... cuba kita tengok di bukit beruntung berbanding dengan selatan seperti sepang or nilai... bukit beruntung mmg menampakkan kemajuan tetapi amat perlahan berbanding dengan sepang yang kian pesat membangun... kenapa aku cakap teori ni??? ini adalah salah satu teknik utk predict atau menjangkakan sesuatu yang berlaku pada 5 - 10 tahun akan datang... sapa boleh jangkan cyberjaya 10 tahun dulu dengan pokok2 kelapa sawit, kini kian berkembang pesat??? hartanah amat mahal dan kian mahal... bukankah ia berada di selatan conurbation klang valley??? ini just teori yang mungkin boleh di gunakan untuk membuat investment.... aku just sekadar berkongsi apa yang aku tengah belajar... insyaAllah kita berkongsi bersama...ingt lelong, jom2lelong..okeh...

Barangan Yang Di Tinggalkan






Rumah Di Kosongkan oleh 'Bekas Owner'

- time survey rumah dulu....

- skrang dgn besi2 di potong jual kot....

- tingkap pun di kebas.....

- semua kosong... mcm baru plak rumah ni...

- semua tombol kena tukar sbb di hancurkan....


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

4 comments:

Mohd Aslam said...

fuyoo.. dpt brg free untung.. tp umah kena hancurkn tu rugi skit.. sabar jela

Pelaburan Hartanah said...

agak2nya kalau mozek tu boleh di cabut, sy ingat di mesti ambil nyer. sabor ajerlah

Wantie Iskandar said...

eh,mcm familiar je ngn umah ni...ni apartment kat Flora Damansara ke??

Jom2Lelong said...

re Wantie Iskandar : yurp.... duk sini ke?