Tuesday, January 25, 2011

Portugal, habis la Ronaldo.......

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keywords : Greece, Portugal, kesatuan EU, sakit hati

alhamdulillah, kemakmuran negara kita kecapi skrang ni hendaklah kita syukuri.... mmg kita kena bersyukur kerana negara kita begitu makmur dan juga stabil dari segi politik, ekonomi dan juga masyarakat berbilang kaum... cuba kita tengok Greece... kesian kat negara tu sbb hampir bankrap... kerana apa apa? sbb tadbir urus negara yang kurang cekap di mana, bond kerajaan tidak dapat di bayar atau recover dengan hasil yang mereka dapat... Greece negara yang mana mengharapkan kepada tourism untuk mendapatkan hasil negara... Greece adalah termasuk dalam kesatuan eropah - EU yg mana menggunakan mata wang euro... central bank EU telah menyalurkan wang untuk menyelamatkan Greece dari bankrap... tapi sampai bila??? inilah salah satu contoh kawasan yang menggunakan satu jenis matawang sahaja bg menghadapi situasi yang getir dalam menyelamatkan keadaan... banyak negara dalam EU dan bukan semua negara itu kaya... so, negara yg kaya terpaksa menyelamatkan negara yang tak kaya mcm Greece tu... dan tahun ini, Portugal plak mungkin akan mengalami krisis mcm Greece... masalah akan berulang dan berulang...

ada negara anggota EU berpendapat untuk mengeluarkan sahaja Portugal dari EU... so tak kacau la sistem ekonomi diorg... tapi kalau dah masuk, payah la plak nak keluar... so, nanti EU akan menyelamatkan plak Greece... ala, Ronaldo kena la derma skit duit tu utk menyelamatkan Portugal... hehehehe... inilah di antara akibat menggunakan satu matawang dalam sebuah negara... dari sektor hartanah plak, ia akan mendorong merancakkan industri hartanah di negara yang kurang mampu... mcm EU, Sepanyol dah mula menampakkan kerancakkan dalam industri hartanah bila join EU... sbb negara lain membantu Sepanyol...

jadi, adakah ASEAN akan menggunakan 1 matawang???? dan adakah polisi negara akan berubah??? aku pelik dan juga heran... malaysia yg ku cintai ini... memperkenalkan MM2H la, pegi overseas marketing suh beli hartanah kat sini la... cuba tengok kat thailand... polisi tanah mereka tidak sesekali tak boleh jual atau di beli org org asing walau nilai berapa juta sekali pun.... so, tanah mereka, mereka yg punya.... sama la jugak dengan singapura.... mereka hanya benarkan org asing membeli rumah yg baru nak buat dan harga yg mahal.... dan setiap permohonan kena rujuk dulu dengan Controller of Residential Property Land Dealings..... diorg akan putuskan untuk jual property... diorg ada badan yg khas untuk pantau.... mcm negara kita, kita juga boleh pantau dengan menjadikan setiap PTG menjadi controller... kalau tak, habis la tanah, rumah di jual kepada org asing... huhuhu... mmg la had utk org asing beli RM500k ke atas, tapi org malaysia dah ramai yg mampu beli dengan harga tu sekarang... tengok rumah teres alam impian kat shah alam tu, teres pun dah 400k++... tinggal hanya beberapa unit je lagi... kalau siap tu, mahu tak pegi 500k lebih... so, kerajaan kena la pertimbangkan cara lain untuk merancakkan lagi industri hartanah di negara kita... kan ramai pegawai2 yg duk di MOF tu boleh pk menda2 gini... kita ramai pakar di universiti2 yg boleh bg cadangan... berapa ramai lecturer dan juga player dalam indutri hartanah yg boleh bg cadangan??? ambik cadangan dan nilai balik utk gerakkan potensi hartanah untuk anak tempatan dalam memberi keuntungan ke atas industri hartanah ini...

smlm ada satu kes yg aku sakit hati... memendam rasa je rasa.... satu rumah ni nak jual... so aku willing la utk jual... dah setuju semua... oleh kerana rumah ni dah 5 bulan tak bayar installment dan akan di lelong nanti, aku advise utk rumah ni di jual dengan harga bawah market value.... so aku iklan la dengan harga yg sedikit rendah dari market value... dan smlm wife org ni call aku tanya ada org nak tengok tak... aku cakap la, ada sorg nk tengok sabtu ni... dan aku cakap la harga yg aku letak... terus cakap rendah nyer... geram nyer aku... bukan rendah sangat pun, dalam 5k dari market value je pun... lepas tu merayu dengan aku, nk suruh company aku bayar dulu installment rumah dia yg tertunggak tu... hello, soriii la... dah ada masalah, nak demand lg.. rumah tu dah lebih 5 tahun, so tak yah nk berkira nak dapat duit banyak sangat... lepaskan diri yg tersepit tu cukup la... dah la kawasan tu mmg banyak lelong... harga pun lebih 40% kurang dari MV... so aku just kurangkan dalam 5k pun berkira gak ke??? huhuhu... benda2 mcm ni la mematangkan aku... deal dengan pelbagai jenis ragam manusia... seronok kan... bermain dengan emosi, perasaan dan juga tindakan... jangan marah owner sekali2... sbb customer always rite... kita just bg advise sebetul2nya dan terpulang la pada owner nak decide... itu dah jadi kerja kita... so nak ke tak nak, kita cakap selebihnya terpulang la... yg penting cakap dulu....

hari ni ada beberapa kerja berkenaan rumah nk settle... lawyer nk update... huhuhu... ada gak la keje... sbb minggu depan tak der kat sini... byk kena siapkan kerja dalam minggu ni... so selamat bekerja pembaca2 blog jom2lelong.. semoga Allah mempermudahkan kerja anda... insyaAllah... ingt lelong, jom2lelong...okeh...



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578


p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

2 comments:

pak wan said...

Tensen nampak bro.. Sabar2.. Cabaran betul kerenah manusia kan :)

Jom2Lelong said...

re ojah : hahahaha.... kadang2 melebihi tahap kesabaran... hehehe..