Wednesday, January 20, 2010

Real Estate Agent

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

sejak dua menjak ni agak kelam kabut sikit... tapi perlahan2 dapat manage dengan lebih sistematik.. alhamdulillah... minggu lepas my auntie masuk ICU then semua family dari kg datang.. so aku berulang alik ke hospital... dalam pada masa yang sama, ada auction di kL, so aku lari jap ke kL... tapi bila sampai call-off la plak... 2 x plak tu kena.. aduhaiii.... dalam masa yang sama jugak aku dapat selesaikan beberapa kes sub-sales... hehehe... settle... yang penting vendor happy sbb dapat jual rumah mereka... cuma ada beberapa lagi listing aku yang belum terjual... insyaALLAH dalam masa yang terdekat ini akan close... so, owner are welcome to my list if wanna sell or rent the house/apartment/bungalow/terrace or land... ada satu tanah akan aku jual di area Putrajaya... tapi selagi belum dapat salinan geran, aku tak berani cakap la k.. kalau dah ada, baru aku akan adverstise.. so far, walaupun RPGT telah di kenakan, ramai yang ingin jual rumah.. banyak sbb dan faktor.. salah satu nya, bank dah ketatkan sistem pinjaman diorg... so kalau komitmen terlalu tinggi, so payah nak approve.. minggu lepas aku ada satu kes pasal tak approve.. aku dah cuba buat sehabis mungkin... commitment dia ni 95%, bila buat itu ini, dah reduce kepada 85%... still lagi tak lepas sbb nak 75% cuma tak cukup dalam 600 je... dah habis adjust dah, tapi tak lepas jugak... last sekali, terpaksa beli rumah tu cash...

dah lama aku nak menulis pasal agent hartanah ni... sbb apa, kebanyakan org yang aku jumpa, banyak yang prefer untuk beli rumah terus dengan owner... katanya lebih selamat... aku tanya la plak, kalau dengan agent tak selamat ke ? katanya kalau dengan agent diorg ni suka main harga... malah diorg ni mark-up harga lagi... owner suruh jual 100, dia jual 105.. so baik beli dengan owner, lagi murah... ohh begitu... then aku counter la balik dengan org ni.. aku agent hartanah berdaftar... aku kasi kad aku... aku cakap la, kalau encik tak caya, encik boleh la rujuk LPPEH (The Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia) bagi no company then diorg akan semak... dalam practice untuk jual rumah, agent hartanah akan dapatkan LOA - letter of appointment daripada owner... LOA ni mcm kuasa melantik agent sebagai org yang akan menjual hartanah tersebut... dalam LOA ini akan ada berapa harga yang akan di jual... so kat sini, agent tidak boleh jual lebih dari harga tersebut tanpa persetujuan dari owner... sbb syarat dalam LOA tu terkandung 'nearest offer agreed by me/us as Vendors'... so sebenarnya tak timbul sama ada agent ini akan mark-up harga...selepas ada buyer bayar deposit, ada lagi satu LOF- letter of offer to purchase.. dalam ni pun di terangkan lagi ttg harga yang di persetujui.. selalunya, LOF ini akan di kepilkan kepada pihak bank untuk buat loan... so, loan berdasarkan kepada LOF ini.. tapi ini bergantung... kenapa bergantung ? kalau pembeli nak mark-up loan dan vendor benarkan, so ia tak perlu kepilkan LOF ini... ambik S&P vendor dan kepilkan... baru boleh apply loan... ada juga yang vendor tak benarkan pembeli mark-up loan... sbb aku ada kes mcm ni... tapi bagi aku, bagi je la.. sbb yang bayar pun nanti pembeli... lagipun harga rumah yang di jual tak der lah kurang... tul tak...hehehhe

bila owner melantik agent, ia telah mempersetujui beberapa syarat seperti komisyen yang dibayar kepada agent berapa %, hak penjualan rumah tersebut sama ada exclusive ke, ad-hoc ke atau sebagainya... bila rumah tersebut di jual, bayaran komisyen akan di ambil daripada booking rumah tersebut... ini yang kebiasaanya.. tapi, komisyen ini akan berikan setelah S&P di tandatangani oleh kedua2 belah pihak pembeli dan penjual... actually, agent ni sebagai pemudah cara antara pembeli dan penjual.. selalunya, agent akan memperkenalkan lawyer, tetapi mcm aku, aku terbuka... kalau pembeli ada lawyer sendiri, dia boleh gunakan lawyer dia... kalau penjual pun ada lawyer sendiri, boleh guna lawyer dia... ini kerana, kalau ada lawyer yang dah kenal, senang nak berurusan... untuk nk update tentang status pembelian/penjualan rumah tu senang nanti... lagipun, aku prefer untuk pakai satu lawyer je kalau buat penjualan/pembelian rumah... cepat proses berbanding dengan 2 lawyer... aku sebenarnya akan terangkan proses penjualan ni dari 1st step sampai settle... insyaALLAH kalau ada owner nak jual rumah, welcome to list... aku akan usahakan untuk membuat penjualan rumah tersebut secepat mungkin... paling cepat setakat ni aku jual rumah ialah 6 hari... dan paling lama 5 bulan.. bergantung kepada lokasi tempat tersebut.. aku tak leh nak janji berapa lama, tapi aku akan usahakan membuat marketing dengan terbaik dan menyeluruh serta menggunakan segala source yang aku dapat lakukan seperti banner, internet, flyers dan sebagainya... so, owner are welcome to my list if wanna sell or rent the house/apartment/bungalow/terrace or land k....

jom2lelong dah update listing untuk rumah lelong.. kalau sesiapa berminat, boleh la email jom2lelong@yahoo.com.my atau hubungi aku terus.... untuk lelongan under RHB kena register 3 hari bekerja sebelum hari lelongan...manakala untuk bank2 lain, sehari sebelum.. ingt lelong, jom2lelong...okeh..


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

7 comments:

Unknown said...

salam farhan,

byk dapat maklumat kat blog ko ni...:) keep it up!

Jom2Lelong said...

re wakif : thanks wakif...

KAR said...

salam farhan... kalo saya nak cari rumah utk disewa boleh ke tolong carikan? nak cari rumah corner lot/ semi-d area shah alam... contact adha 012-2830891

Hisham said...

Salam tuan,
sy mcm berminat la nak jd ejen hartanah ni.. bleh tak citer skit camana nak jd ejen hartanah ni? apakah prosedur2 nya? kena amik exam ke? kena attend kelas ke? bleh tak kongsi2kn pengalaman tuan..

pen-dakwat-basah said...

salam tuan hisyam,

kalau berminat nak jadi ejen hartanah cuba dalatkan CD bertajuk "Bahagia sesudah derita" oleh Dr. Shah Razali. Harga RM29.90 je. Banyak tips berguna kalau nak jadi ejen hartanah yang berjaya. Just g ke link ni kalau nak beli :

http://ciptaduit.com/index.php?ref=madeq79

mushazar said...

Tuan, adakah vendor akan dikenakan cukai oleh kerajaan. Kalau ya berapa peratus. Kepada siapa cukai itu perlu dibayar. Ada kah kerana cukai tersebut kebanyakan vendor tak mahu mark up harga rumah kerana nanti vendor akan dikenakan cukai yg tinggi juga...

the anonymous walker said...

salam encik farhan,
good info i can received here. thanks farhan!