Thursday, January 14, 2010

Gomen Loan

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, seperti yang aku cite sebelum ni, permulaan 2010 ini mmg menarik bagi aku.. so far semua berjalan dengan lancar.. aku juga tidak terlepas dari dugaan yang Maha Esa... buat masa sekarang ini, makcik aku tgh 'dying' dalam ICU... so banyak juga masa aku duk hospital.. walaupun duk sana, appointment dengan client tetap jalan... cuma mungkin masa agak terbatas sikit..

permulaan tahun 2010 ini, aku banyak deal dengan org kerajaan untuk beli rumah... alhamdulillah, org gomen ni kaya2..hehehe.. ada yang beli auction dan ada juga yang beli subsale... cuma ada yang aku jumpa cakap, loan gomen tak leh buat utk beli rumah 2nd hand... dengan spontan aku cakap ye ke ???? then aku check balik dengan bahagian pinjaman perumahan... SALAHHHH... org goverment boleh beli rumah 2nd hand beb... jgn risau, aku ada pekeliling yang menyatakan BOLEH... dan lawyer pun cakap tak leh sebenarnya.. then bila aku bg pekeliling tu, baru la dia cakap ok... cuma gomen loan ni ada step @ prosedur yang perlu di ikuti.. ini bukan sama sekali dengan loan bank... mcm mana nak apply loan government? untuk apply kena ambik borang di Bahagian Pinjaman Perumahan dan isi... ada perkara kena sahkan dengan majikan.. so follow je apa yang di tulis... nanti borang ini akan di serahkan kepada lawyer untuk di kepilkan sekali dengan satu surat dari lawyer untuk di serahkan kepada BPP.. senang je.. cuma prosedur di BPP ni kureng sikit... korang kena push untuk cepatkan proses... kalau tak, ada kes sampai 8 bulan untuk settle..

begitu juga kalau org gomen yang pakai gov loan beli rumah dan nak jual rumah tersebut... pasal urusan mcm mana nk buat apa semua itu, lawyer yang akan uruskan... jgn la risau k.. untuk semak baki hutang, di laman web BPP pun ada jugak tapi itu bukan yang terkini... itu cuma anggaran sahaja.. untuk dapatkan yang terkini, pemohon kenalah isi satu borang dan pihak BPP akan ambik masa 2 minggu untuk berikan jumlah terkini baki hutang... lama jugak kan... sorang client aku, mmg quite sad jugak la... ye la, bukan lama pun nak kira menda tu... sampai 2 minggu plak tu... aduhaii... nak buat mcm mana dah itu SOP diorg kan... ikut je la...

actually 11.01.1010 hari tu aku nak umum satu menda... hehehe... best menda nie... tak pe la, aku simpan la dulu... ada masa sesuai aku akan umum... buat masa ini, aku pun terkejar2, so tangguh la dulu k... ingt lelong,jom2lelong...okeh

FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

4 comments:

Anonymous said...

Kakitangan kerajaan boleh beli rumah second hand. Tetapi tidak digalakkan membeli rumah secara kontra memandangkan terdapat banyak prosedur. Rumah yang dilelong tidak boleh menggunakan kemudahan pinjaman perumahan. Hal ini merupakan pengalaman yang saya kutip dalam urusan membeli rumah.

Jom2Lelong said...

re ANSONIAN RUMBLE : so far, client saya yg buat pinjaman perumahan bg pembelian rumah sekunder tiada masalah... untuk pengetahuan semua, ada auctioner yang benarkan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan..

Anonymous said...

saya nak bertanya.bolehkah saya menjual rumah yang baru sahaja dibeli.untuk makluman saya menggunakan loan kerajaan dengan membeli rumah tersebut dan loan tersebut dibuat secara join loan bersama suami?bolehkan membantu kami?

Anonymous said...

salam sejahtera. saya cikgu malathi. saya telah menjual rumah pertama saya yang dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan. sekarang saya ingin membelirumah kedua melalui aution.boleh berbuat demikian? loan kerajaan boleh dapat ke?