Sunday, April 25, 2010

Sikit tentang Lelongan Hartanah....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,




"secara tradisinya, lelongan hartanah adalah suatu proses membeli dan mejual hartanah dengan menawarkan @ mengambil bidaan dan menjual hartanah tersebut kepada penawar yang tertinggi yang mana ianya selalu diadakan di pejabat pelelong yang dilantik oleh pihak terbabit seperti bank dan ia dilakukan di tempat yang terbuka. Jenis2 hartanah yang dijual di lelongan adalah lebih menjurus kepada mengambil semula milikan dan jualan secara persendirian oleh agensi2 yang terlibat termasuk hartanah komersial. Mereka yang menghadiri lelongan awam selalunya ingin @ berminat untuk membina portfolio hartanah,membeli untuk disewakan, membeli untuk menjual semula atau membeli untuk rumah pertama... Kebanyakan urusan berkaitan dengan hartanah adalah terikat dengan kukuh melalui lelongan hartanah yang mana ia adalah satu cara yang efekif untuk menjual hartanah. Ini kerana, secara amnya di dalam lelongan hartanah akan berlaku keadaan 'win-win propositon' di mana kedua2 pihak iaitu penjual dan pembeli akan berpuashati dengan lelongan tersebut. Semasa lelongan, pihak penjual mempunyai hak untuk menetapkan harga minimum bagi jualan hartanah tersebut. Harga jualan yang muktamad akan ditentukan oleh
penawar yang tertinggi, maka dengan itu tiada rahsia ke atas harga jualan. Sebagai tambahan, suatu lelongan akan menjana keseronokan dan kegembiraan kerana proses membida yang kompetitif yang mana ia akan melancarkan keseluruhan proses pemasaran........."

Kenyataan di atas aku ambik dari harian metro ahad... tapi bukan yang semalam punya.. aku pun tak ingt sbb aku terselak paper lama... kepada yang baru nak berjinak2 dengan lelong ni, cuba fahamkan apa yang di tulis di atas tu... aku rasa ini amat menarik dan mempunyai maksud yang jelas... sbb mmg ramai yang nak ceburi bidang ni tapi tak tahu di mana jalan yang betul... tak tahu, mcm mana ia di kendalikan... mmg ramai yang bertanya... sebagai salah satu soklan yang selalu org tanya..."kalau masuk lelong ni kena sedia bank draft 5%-10% kan, kalau tak menang hangus tak duit tu".......jawapan nyer duit tu tak hangus malah pelelong akan memulangkan kembali bank draft tersebut kepada org yang tak berjaya... org tak berjaya boleh tunaikan balik duit tu... hanya, pembida yang berjaya sahaja pihak pelelong akan ambik bank draft as deposit... kena faham tu k... acara lelongan ini diadakan di tempat yang terbuka... sebagai contoh, Mega Auction selalu nyer akan di adakan di hotel2... so ramai org boleh tengok dan keputusan adalah on the spot... kalau nak nak masuk tengok saje pun boleh.. just nk survey2 kan mcm mana urusan lelongan ini di buat.. sbb ramai jugak yang nak biasakan diri dengan auction ni..

jika sesiapa yang ingin masuk auction, boleh la register dengan aku... kalau under RHB 3 hari sebelum hari lelongan... sebagai contoh, kalau lelongan hari Jumaat, paling lambat utk register ialah hari Selasa.. RHB mmg strict... untuk bank2 lain, sehari sebelum... at least kalau register ni, pihak bank akan aware yang ada orang berminat dengan hartanah tersebut..sebarang call-off akan di maklumkan kepada yang register tu... so, mmg ada yang pegi sana, tetiba2 call-off... so, kalau dapat tahu dari awal, kita boleh la manage time... tapi kadang2 kalau call-off last minutes, bank tak sempat inform... ni mmg ada kes mcm ni... sbb aku penah kena... tapi so far, kalau sehari sebelum tu call-off, bank akan call... kalau tak call pembida, bank call agensi... so kalau nak register dengan aku, boleh la email kat jom2lelong[@]yahoo.com.my... ingt lelong, jom2lelong...okeh...


p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Saturday, April 24, 2010

Pecah Rumah @ Kajang

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, smlm aku dapat buat keja yang best gak... Pecah Rumah... mmg best... salah satu nyer sbb buat aku suspen... mana tak nyer, tengah buang tombol, jiran sebelah bukak pintu dan tengok apa aku buat... nasib baik la client aku terangkan yang dia beli rumah ni dan dah dapat kebenaran dari pejabat maintenance untuk pecah masuk rumah ni... aku takut gak nak masuk umah, mana tak nyer rumah 'smart home'... setiap floor ada CCTV dan dalam umah ada mcm intercom tu... aduhai, masak aku kalau jadi apa2... tapi client aku ada... tak gitu EnH... hehehe... dia baru je balik dari S'wak then terus survey rumah then terus pecah rumah kat kajang ni... mmg terbaik la rumah ni.. mmg besar pun leh tahan... security mmg ketat... tambahan plak ramai yg duk sini... sub-sale around 100-120k..tapi auction dapat 56k je.. tu pun lawan dgn org lain... mmg sedap la... demand utk sewa mmg best... tapi utk 1st step ni, EnH akan siapkan rumah ni dgn lampu serta kipas dan grill dulu... insyaAllah aku akan pasang semua tu minggu depan... apapun layan gambar rumah 'dara' di bawah..anyway aku ada upload gak kat facebook smlm...ingt lelong, jom2lelong...okeh...


- ruang tamu yg luasss

- dapur







p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, April 20, 2010

Pasang Grill di Puchong

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu lepas sempat jom2lelong pasang grill kat rumah di puchong... minta maaf kepada beberapa org yg nak tempah grill, so far mmg kami agak banyak tempahan. so masa untuk siap dalam sebulan... harap dapat memahami situasi ini... aku pun rasa kurang senang kalau tak dapat deliver tak ikut masa... tapi so far alhamdulillah... berbalik kepada cerita pasang grill kat puchong minggu lepas... mmg suspend habis... 1st time aku sampai, lift rosak... aduhai, aku tak tahu rasa apa dah... nak bawak naik grill sampai tingkat 9 dan 6... masak la beb... tunggu jap, then lift ok balik... cepat aku dan pekerja grill masukkan dalam lift.. alhamdulillah semua selamat... lega hati aku... aku mmg tak dapat lama duk sana, lepas je tengok semua ok, aku terus ke Putrajaya sbb ada kerja lain... aku tinggalkan org buat grill sbb aku percayakan sharepartner ni... sbb kerja dia aku tengok kemas... so aku tinggal la dia buat...

sehari kemudian aku pegi la tengok balik rumah tu... so far semua mcm ikut apa yg aku nak... sbb rumah ni rumah aku sendiri... nak bagi sewa lepas ni... tapi aku tak sempat lagi nak pasang lampu.. insyaAllah lepas ni sempat la buat semua benda... nak sikit je masa lagi... banyak menda nak settle dulu.. sabar sikit je... permintaan utk sewa kat sini mmg dapat +ve cash flow... dulu tak der la harga mahal, sejak 2 menjak JMB ambik alih ni, mmg banyak perubahan... so far dengar akan ada simpang highway masuk terus ke sini plak... so, rumah ni hold la dulu kalau nak jual... tengok apa yg nak jadi... tak pun, bagi je sewa..cukup je tahun refinance... dapat cash... hehehe...

untuk lelong 1 2 minggu ni agak best... tapi sub-sale dan sewa pun agak best jugak cuma ada la beberapa masalah yang aku hadapi.. tapi ni la asam garam dalam real estate... tak semudah yang dijangka... hari ni plak aku tersepit... bakal penyewa dan owner.. both parties aku kena defend.... si owner nak cepat, tapi tenant nak bagi lambat... so aku tersepit di tengah2... owner marah2 dengan aku, aku plak terpaksa la jadi pendengar yang setia... dengar je la.. si tenant plak mengadu itu ini... aku pun dengar je la... aku tak nak nanti kata aku ni aniaya pihak owner mahupun tenant... aku takut bab2 ni... so, kalau ada rezki aku ada la.. esok owner buat keputusan sama ada nak bg sewa ke tidak... so tunggu je la.. anyway gudLuck kepada bakal2 pembida utk esok 21-04-2010... aku harap ada kemenangan untuk korang..insyaAllah.... apa2 pun, ingt lelong, jom2lelong...okeh...

- new listing upload HERE

BEFORE . . . . .











AFTER. . . . .






















p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Tuesday, April 13, 2010

Apa Nak Buat, minta pendapat....plzzz



Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari ni sempat lagi aku mencoret serba sedikit... smlm aku dapat comment dari tunbegia... tunbegia ni selalu comment kat blog jom2lelong... actually aku dah minta kebenaran dia utk buat menda ni... bukan apa, smlm dia ada comment kat blog aku ni mcm mana nk buat kalau tuan rumah ada dalam rumah... ye la, kita tak tahu mana tahu di masa depan ia terkena kat kita.. so kalau dapat beri sedikit pendapat, insyaAllah ia dapat membantu pembaca2 lain yang baca blog nie.... mcm mana yea nk buat? aku nak minta pendapat pembaca2 blog aku, kalaulah korang berada di tempat tunbegia, apa yang korang akan lakukan... harap korang dapat comment pendapat korang.... terima kasih kawan2.... more citer tunbegia @ webtunbegia.


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Sunday, April 11, 2010

Pecah Rumah @ DTR Last Week

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sempat lagi nak menulis... minggu lepas aku sempat ke auction dan juga ada pecah rumah... aku sempat pecah rumah di DTR.... meh nak bercerita sikit.... mmg citer best... hahahaha... sebelum nak pecah rumah tu, aku confirmkan dengan EnH yang aku akan pecah rumah tu tengahari.. EnH cakap rumah tu tak der org... so, bila aku gi pun rumah tu kosong... so aku dengan selamba bawak la cutter dan juga beberapa peralatan lain... tapi hari tu instinct aku cakap rumah ni mcm ada something... mmg tak berapa sedap la nk pecah rumah tu... tapi sbb EnH dah suruh pecah rumah tu sbb dia nak tengok dan minggu depan ni dia nak gi offshore plak... so aku set kul 1.45 aku buat keje... EnH on da way time tu... so aku pecah la dulu... lepas je aku bukak pintu rumah tu... argghh... aku terkejut giler.. aku pandang dari pintu... rumah ni ada org la... ada tv, ada tilam... aku takut nak masuk... aku tunggu EnH... bila EnH sampai, aku cakap la aku tak masuk lagi... jom la masuk sama2... so aku dengan EnH pun masuk la... ya Rabbi, mmg aku dah terkejut dari tadi lagi.. ni rumah ke apa nie.. bila masuk bilik master tengok ada pampers budak.. baru lagi pampers ni... lepas tu ada tv kat ruang tamu, ada cd, dan bekas makanan... EnH cakap tak der org... then aku duk luar sembang2... tetiba, ada mamat ni lalu.. then kitaorg tanya dia, ada org tak rumah nie... dia cakap ada... perempuan melayu... aduhai... aku pun tanya la EnH ni... sebelum beli ada tanya jiran2 tak? dia cakap tak der tanya pun... aku dah cutter solex n tukar tombol dah... ada org plak... so, aku cakap kat EnH, tinggalkan notis nanti k... Then aku dapat tahu ada perempuan melayu dgn 2 org anak dia tinggal sini... aku tak dapat nk imagine mcm mana dia tinggal sini dgn keadaan yang tak dapat aku gambarkan... korang tengok la gambar bawah tu... aku dah upload gambar ni minggu lepas kat facebook... mmg aku tak dapat nk cakap apa la... kesian plak kat perempuan tu... tapi nak buat mcm mana... aku dengar2 dia akan berpindah ke blok c kat DTR gak... suami dia ni army... so aku tak tahu la mcm mana kehidupan dia.. aku doakan dia agar sentiasa sejahtera dan sihat... huhuhuhu.. ni kali pertama aku masuk rumah mcm ni... 1st actully aku takut rumah ni ada org tgh tido ke apa... ke dua aku takut ni tempat penjenayah ke apa ke..ke tiga aku takut ada something bad yang happen dalam rumah ni dan di tinggalkan... tu yang aku takut... sbb bau rumah ni pun boleh la tahan... huhuhuhu.....

blog jom2lelong ni alhamdulillah ada ramai jugak pengunjung... terima kasih banyak2 aku nak ucapkan kepada semua... by da way, aku ingin menyatakan kepada sesiapa yang nak rumah lelong, boleh la email kat aku kat jom2lelong{at}yahoo.com.my....insyaAllah kalau ada rumah yang bersesuaian dengan budget tersebut, aku akan reply email... ada gak yg bagi comment utk nak rumah.. tu la, kalau boleh email aku, senang sikit aku nak reply... yang sms pun ada gak.... kalau sms, kadang2 aku terlupa nak tengok... so, kalau email aku lagi senang ok... anyway aku nk ucap terima kasih kat silent2 reader blog aku nie... bukan apa, ada yang tepon, ada email menyatakan sokongan kat aku... tq banyak2... aku harap ia akan menjadi motivasi utk aku terus berkecimpung dalam bidang ni, insyaAllah... ingt lelong, jom2lelong...okeh...






- ruang tamu dari pintu depan


- dapur


- master bed





- 2nd bed


- ruang tamu


p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..