Friday, February 17, 2012

Listing For Sale + Besar dan Berani....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dpat gak meluangkan masa sedikit di pagi jumaat ini untuk menaip beberapa patah... syukran ya Allah kerana memberi lagi aku peluang hidup di muka bumi ini... sebagai seorang hamba, aku bersyukur ya Allah atas kurniaan ini... hari2 sebelum ini memberi aku keterbatasan dalam mencoret di blog ini... even ada dalam draft byk menda yg aku tulis separuh je.. tergantung mcm tu je.... tak sempat aku nak menaip... huhu...

aku nak berterima kasih byk2 kepada mereka yang menyokong secara langsung dan juga tidak langsung... ada yg sms aku cakap terima kasih pasal info dalam blog ni... owh..mmg terharu giler... aku cuma ingin berkongsi dan juga ini sebahagian daripada contributed aku kepada masyarakat.... even tak dapat keseluruhan, tetapi setidaknya dapat jugaklah sebilangan yang dapat tahu tentang info dalam blog ni... alhamdulillah....

2 3 minggu lepas aku dapat call dari sorang kawan... ada orang nak jual rumah... terus la aku pun pegi... bila jumpa orang ni, terus aku terkejut... byk nyer rumah dia nak jual.... 4 penthouse mentari court... 2 penthouse permai court.... 2 low cost kat puchong permai.... 1 shop lot dekat desa mentari.... office nak di sewakan di mentari business park... lepas beberapa hari, aku dapat call jumpa lagi... kali ni 1 mentari court apartment nak jual bersama parking lot dan 2 unit di desa mentari flat... alhamdulillah... harga ??

Penthouse Mentari Court - 310K - nego sampai jadi....
Apartment Mentari Court - 154k - nego sampai jadi....
Penthouse Permai Court - 210 k - nego sampai jadi....
Low Cost Puchong Permai - 50k dan 72k... ada 2 jenis rumah yg berbeza
Shop Lot Desa Mentari - 175k - nego sampai jadi....(rental 1500/month)
Office For Rent - RM4700 - Fully Furnish - nego......

Gambar @ www.mudah.my/farhan

Berhikayat soal semangat dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran atau rintangan dalam kehidupan, pasti ramai antara kita pernah merasai jerih perih, pahit maung dalam perjalanan kehidupan ini.

Malah, apa yang dipaparkan dalam "drama dan filem Melayu" di negara kita, adalah menjadi cerminan kepada situasi yang sedang berlaku pada komuniti bangsa kita secara khususnya dan amnya pada masyarakat Malaysia.

Kita sering berasa kerdil apabila berhadapan dengan perkara yang memperlihatkan kekurangan kita sama ada dari segi kewangan mahupun peristiwa di sepanjang jalanan kehidupan.

Rasa rendah diri dan adakalanya rasa terhina oleh cercaan manusia-manusia yang semakin pentingkan hal duniawi dan kebendaan boleh mengakibatkan kemurungan berpanjangan. Namun kita sebenarnya boleh mengambil sumber inspirasi dari kejadian lain disekitar kita dalam usaha untuk mengekalkan semangat bagi meneruskan kehidupan ini selagi diizinkan oleh Allah S.W.T untuk bernafas

Kita tidak perlu jadi BESAR untuk berani menghadapi cabaran... hanya dengan keyakinan diri,usaha berterusan dan istiqamah dalam tiap pekerjaan, ia mampu mengubah segalanya. Itulah kuasa berfikiran POSITIF.

Gambar ini menceritakan seribu satu erti....


selamat hari jumaat... okeh..

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

4 comments:

sourplum said...

subsale pon ko ade buat ye

Jom2Lelong said...

yup... pasaran subsale skrang ni alhamdulillah... ada nak jual rumah? boleh la hubungi aku yea... :)

sourplum said...

kwsn seremban pon buat ke?

Jom2Lelong said...

kawasam seremban tak cover.. cover area lembah klang...