Wednesday, August 17, 2011

Plumber ohhh plumber..+ SENYUM....

salam sejahtera buat pembaca yang budiman dan selamat berpuasa,

alhamdulillah, bulan ramadhan dan masuk pertengahan bulan... syukur kepada Allah kerana di beri kesempatan untuk kita bersama2 menghayati bulan yang mulia... alhamdulillah.... al kisah 2 3 minggu ni, byk benda yang buat kepada aku ni pening... banyak benda yang kena fikir dan kena buat... kisah smlm yang panas2 lagi ni nak cerita.... sebuah rumah sewa aku kat Bandar Baru Bangi(BBB) telah dapat notis dari Syabas sbb paip luar bocor.. aku tak sangka betul ia bocor... sbb sblm ni ok je... tenant aku maklumkan benda ni... aku mmg jaga betul tenant ni sbb dia tenant yg baik dan juga dia sorang pembayar sewa yang cemerlang... tak penah miss malah siap bayar 2 bulan terus... huhuhu.. terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan org begini... alhamdulillah... so, smlm aku call la plumber yang berdaftar sbb dalam surat tu suruh pakai plumber berdaftar... so ptg smlm dia datang la... aku pun ada la sekali... so, mmg paip tu dah teruk dan aku rasa minggu depan atau sebulan lagi pecah la paip tu sbb berkarat sangat... ye la, rumah ni aku beli lelong dan ia dah lebih 20 tahun.. no wonder la...

bila check2, aku pun suggest nak buat by pass terus sbb dah teruk... kalau ganti pun, yg dalam tanah tu akan berkarat gak nanti.. so better buat by pass.. aku penah jugak buat by pass kat rumah yg aku jaga di Bukit Kerinchi... by pass dari bawah ke tingkat 5, dia charge RM600 di Bukit Kerinchi... kat BBB ni, rumah aku tu tingkat 1 je... nak tau berapa dia charge aku untuk buat by pass??? RM800..!!!!.... geram giler aku rasa... bulan2 puasa ni nak cekik darah ke? bukan tinggi mana pun, kalau beli barang tak sampai pun RM100 beb... so aku cakap, tak pe la bang, saya call balik la nanti yea... saya fikir dulu... nasib la aku penah ada pengalaman pasal buat menda ni... kalau tak, terbang la RM800... memandangkan aku dah tanya mamat ni, perlu ke plumber berdaftar ni... dia cakap dulu mmg la sbb boleh tolak kredit, skrang tak der dah... byk la jugak aku korek info pasal tu... then ruper nyer, tak yah pun tak per.... then aku pegi ke surau dekat rumah aku tu... aku tanya pakcik tu ada tak org yg boleh buat plumber.. dia cakap ada... tapi dia tak balik keje lagi.. then aku tinggal business card aku... on da way balik rumah, plumber ni call aku... aku patah balik ke BBB... then jumpa dia, dia tengok semua aku punya
la berapa dia charge... RM250.... aku terus suruh dia buat... bang, buat... ni duit deposit... terus, imagine 3x ganda dia kurang tu... lagipun dia buat paip yg biru... tahan kata nyer.. so, aku tawakal je la... so, settle masalah aku... alhamdulillah...

smlm pagi2 lagi, aku dah ke klinik... teman org rumah pegi jumpa doktor... balik tu, aku terus ke INSPENS... hantar borang CEA... dah sebulan dah aku rasa terperap borang CEA ni.. certificate estate agency... so, smlm aku jumpa terus dengan person in charge - En Yusri di INSPENS baru di Putrajaya... then, dia cakap ok... alhamdulillah... settle hal CEA... insyaAllah kalau tak der aral, bulan Oktober nanti kelas akan bermula every saturday... so, nanti masa akan sedikit terbatas... hujung minggu masuk kelas... bulan posa ni, aku tgh tunggu pembelian dan penjualan rumah untuk settle... boleh dikatakan aku follow up every week pasal rumah ni... bila kita tahu prosedure, dan kita tahu stage mana, so kita boleh push lawyer untuk buat... so, diorg tak leh kata apa la.. nk kelentong itu ini, silap laaaa.... so far, lawyer skrang ni, dengar cakap aku sbb file dah lama kan... so nak tak nak, aku push habis la... diorg nak marah ke, lantak ler... aku dah bayar habis, so what beb???

Satu cerita berkenaan dengan SENYUM...cerita ni aku petik dari buku how to win friends & influence people... " Ini adalah sepucuk surat daripada William B. Stendhart, broker saham di New York. " Saya sudah berumah tangga lebih 18 tahun. selama waktu itu, saya jarang menghadiahkan senyuman kepada isteri saya ataupun bercakap sepatah dua kata denganya. Perwatakan saya sebagai perengus adalah yang teruk pernah dilakonkan di atas pentas teater Broadway." Ketika kamu meminta saya berkongsi pengalaman saya sendiri dengan senyuman, saya memikirkan bagi mencubanya selama seminggu. Oleh itu, pada keesokkan harinya, ketika saya sedang menyikat rambut, saya memandang wajah saya yang muram di cermin dan berkata pada diri saya, " Bill, hapuskan kesedihan yang terpamer pada wajah kamu hari ini. Kamu mesti tersenyum, Kamu memulakannya saat ini." Ketika saya duduk bersarapan, saya menyapa isteri saya dengan ucapan "Selamat pagi sayang." dan tersenyum ketika mengucapkannya.Kamu pasti terfikir yang isteri saya mungkin tercenggang. Tentu sahaja kamu salah anggap mengenai reaksinya. dia kebingungan dan terkejut. Saya mengatakan kepadanya, sekiranya dia mengharapkan kelakuan saya ini berterusan, saya bersedia melakukannya setiap pagi. Perubahan sikap saya dalam masa 2 bulan ini membawa lebih banyak kebahagiaan dalam rumah tangga kami berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Ketika saya berangkat ke pejabat, saya menyapa penjaga lif di apartment kami dengan ucapan selamat pagi dan memberikan secebis senyuman. saya juga menghulurkan senyuman kepada juruwang di kiosk tepi jalan ketika saya meminta wang baki. semasa saya berdiri di runag legar bursa saham, saya tersenyum kepada orang2 yang sehingga kini belum pernah melihat saya tersenyum. saya kemudian mendapati setiap orang membalas senyuman saya. saya melayan setiap orang yang datang kepada sya dengan keluhan dan masalah dengan perasaan riang. saya senyum sahaja apabila mendengar masalah mereka dan saya cuba menyesuaikan diri dengan mengambil jalan yang lebih mudah. saya tahu, senyuman yang saya berikan kepada orang ramai memberikan saya lebih banyak wang setiap hari...

saya berkongsi ruang pejabat dengan broker yang lain. antara pegawainya adalah anak muda yang mempunyai personaliti yang menyenangkan. saya menceritakan kepadanya, saya sungguh gembira dengan hasil yang saya peroleh daripada falsafah terbaru yang saya pelajari mengenai hubungan dengan manusia. kemudian, dia mengakui, ketika kali pertama dia bertemu dengan saya, dia menganggap saya seorng pemarah. hanya baru2 ini sahaja dia mengubah persepsinya mengenai saya. dia memuji saya kerana saya kelihatan lebih berperkemanusiaan ketika saya tersenyum. saya juga sudah menghapuskan tabiat kritikan daripada sistem saya. saya sekarang lebih banyak memberikan penghargaan dan pujian, bukannya cacian. saya sudah berhenti berceloteh mengenai keinginan saya. sekarang saya berusaha melihat daripada perspektif orang lain. semua ini mengubah kehidupan saya secara drastik. saya kini adalah lelaki yang jauh berbeza, lebih bahagia, lebih kaya dan lebih mewah dalam persahabatan dan kebahagiaan, dua perkara yang sebenarnya adalah inti pati terpentinf dalam kehidupan manusia......

terima kasih kepada pembaca2 blog ni, atas sokongan dalam bentuk recommendation kepada kawan2, sokongan moral mahupun doa bagi aku menjalankan tugas as real estate agent ni... so far, alhamdulillah... ada silent reader yg call, ada yang bagi email minta pendapat... kat FB pun byk msg masuk... terima kasih dan terima kasih... selamat menjalani ibadah puasa...okeh...







p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

4 comments:

sesibu said...

(^_^)

Jom2Lelong said...

:)

Mr Ombak said...

Assalam tuan Farhan,

Kisah kita lebih kurang sama laa..lokasi pun sama..cuma rumah aku kat S15, Bangi..

Pembaca meter Syabas pun org yang sama Muhd Akhmar Sahali..aku dpt surat Syabas tu 19 Ogos..then call plumber melayu dlm senarai Syabas tu..dia kata, takde overflow..piping lama bocor,kena tukar terus piping dari meter ke tangki..anggaran dlm 700..nasib baik kau panggil lagi sorang plumber Cina pulak..rupanya, piping tak rosak pun..cuma penutup tank jer dah melengkung&tindih pelampung..air melimbah kat tingkat atas, tak masuk ikut injap overflow yg masuk dlm tandas tu sebab paip injap nyer dh kena potong..so, aku cuma kena bayar RM50 jer upah dia check..kalau tak melayang RM700..

Nanti aku citer kat blog aku

Jom2Lelong said...

re Khairi Lubis : pi mai pi mai, org tu jugak.. :)