Friday, August 19, 2011

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 29 dan insyaAllah esok dah raye... kebanyakan semua org skrang ni dah berada di kampung halaman... bersama bonda dan ayahanda serta sanak saudara tercinta... ohh seronok nyer berada di kampung... pagi2 bangun dengar ayam berkokok, embun pagi membasahi pokok2 bunga... jalan lengang dengan suasana desa... anak2 masih berselimut, sejuk katanyer... itulah kenikmatan aura kampung... anak2 bangun bermain di bawah rumah... bermain pasir, petik bunga2 nenek tanam... kata nenek, petik la cu...nanti bunga tumbuh lagi... itulah kasih sayang atuk dan nenek pada cucu... seronok bila anak2 dan cucu2 balik berkumpul... penat mcm mana sekali pun, tak terasa bila semua ada... betapa seronoknye... mcm novel la plak... hahahaha... aku masih lagi di KL... tahun ni, aku beraya di KUALA LUMPUR kota metropolitan... malam raya nak pi jalan TAR... tak tahu la murah ke tak.. dengar citer, mlm raye peniaga2 lelong barang2 diorg... so, nak pi tengok la kot2 ada yg murah kan... ingatan kat pembaca, berhati2 di jalan raye yea... semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju... baca la doa apa2 pun sebelum memulakan perjalanan...

di kesempatan ni, aku dan pihak jom2lelong serta FARHAN EJEN HARTANAH memohon ampun dan maaf atas kesilapan serta ketelanjuran dalam kata2 dalam blog ini... mungkin itu adalah kelemahan diri aku sendiri... tidak pernah terniat di hati, tidak terlintas di fikiran mahupun perasaan ini untuk menyakiti hati serta mencuit emosi pembaca... blog ini hanyalah medium penyampaain ilmiah yang bertujuan memberi manfaat kepada semua yang suka mencari dan bertanya... justeru, jika ada salah atau silap aku menyusun 10 jari memohon ampun zahir dan batin ok.... 0 - 0...

berkenaan dengan post sblm ni, pembaikan paip rumah bangi pun dah siap jugak.. syukur... minggu lepas, aku pegi la rumah bangi untuk bayar kat plumber... kira cantik la jugak dia buat... aku pun suka jugak sbb dia pun pakai paip yg kuat... hehehe... moga lepas ni aku dapat la bekerjasama dengan dia lagi... dia ni tak berkira sangat, so senang la nk deal... kadang2 org ni berkira sangat... tu yg aku tak berapa berkenan tu... kita tahu berapa kos, then dia suka2 nak mark-up lebih2 plak.. tak padan dengan kos apa yg dibuat... so, kawan2 nak pakai plumber, boleh la contact aku.... hehehehe...smlm aku pun masih lagi bawak org tengok rumah... kali ni rumah di FD... alhamdulillah, diorg dah masuk rumah dan bayar deposit smlm.. alhamdulillah... even rumah FD tak der air, so lepas ni kena la aku masukkan air... ni rumah client aku... so far, alhamdulillah.. aku tak expect langsung dia nak masuk smlm... ingt dtg saje je... sekali bayar terus deposit... harap, tenant ni ok la, insyaAllah...

ramadan akan berlalu pergi dalam masa tak sampai 12 jam... tak tahu lagi tahun depan kita akan bersama lagi dengan ramadan atau tak.. sama2 la kita berdoa agar tahun depan kita bersama2 lagi berjumpa dengan ramadan.. kehidupan dan tujuan hidup kita hanyalah di negeri akhirat.. kehidupan dunia ini untuk persinggahan sementara bagi menguji keimanan dan ketakwaan kita kepada Yang Maha Esa... semoga, kehadiran Syawal ini memberi kemenangan kepada kita..kemenangan dapat menghalang nafsu, kemenangan dari melakukan perkara tidak baik dan kemenangan dari perkara yang negatif terutamanya dalam agama dan mahupun adat... i am MUSLIM FIRST, i am MALAY SECOND and i am MALAYSIAN.... salam Syawal buat semua pembaca... Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin... okeh..






- karat tak ingt.. patut la air kecik je...










p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, August 17, 2011

Plumber ohhh plumber..+ SENYUM....

salam sejahtera buat pembaca yang budiman dan selamat berpuasa,

alhamdulillah, bulan ramadhan dan masuk pertengahan bulan... syukur kepada Allah kerana di beri kesempatan untuk kita bersama2 menghayati bulan yang mulia... alhamdulillah.... al kisah 2 3 minggu ni, byk benda yang buat kepada aku ni pening... banyak benda yang kena fikir dan kena buat... kisah smlm yang panas2 lagi ni nak cerita.... sebuah rumah sewa aku kat Bandar Baru Bangi(BBB) telah dapat notis dari Syabas sbb paip luar bocor.. aku tak sangka betul ia bocor... sbb sblm ni ok je... tenant aku maklumkan benda ni... aku mmg jaga betul tenant ni sbb dia tenant yg baik dan juga dia sorang pembayar sewa yang cemerlang... tak penah miss malah siap bayar 2 bulan terus... huhuhu.. terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan org begini... alhamdulillah... so, smlm aku call la plumber yang berdaftar sbb dalam surat tu suruh pakai plumber berdaftar... so ptg smlm dia datang la... aku pun ada la sekali... so, mmg paip tu dah teruk dan aku rasa minggu depan atau sebulan lagi pecah la paip tu sbb berkarat sangat... ye la, rumah ni aku beli lelong dan ia dah lebih 20 tahun.. no wonder la...

bila check2, aku pun suggest nak buat by pass terus sbb dah teruk... kalau ganti pun, yg dalam tanah tu akan berkarat gak nanti.. so better buat by pass.. aku penah jugak buat by pass kat rumah yg aku jaga di Bukit Kerinchi... by pass dari bawah ke tingkat 5, dia charge RM600 di Bukit Kerinchi... kat BBB ni, rumah aku tu tingkat 1 je... nak tau berapa dia charge aku untuk buat by pass??? RM800..!!!!.... geram giler aku rasa... bulan2 puasa ni nak cekik darah ke? bukan tinggi mana pun, kalau beli barang tak sampai pun RM100 beb... so aku cakap, tak pe la bang, saya call balik la nanti yea... saya fikir dulu... nasib la aku penah ada pengalaman pasal buat menda ni... kalau tak, terbang la RM800... memandangkan aku dah tanya mamat ni, perlu ke plumber berdaftar ni... dia cakap dulu mmg la sbb boleh tolak kredit, skrang tak der dah... byk la jugak aku korek info pasal tu... then ruper nyer, tak yah pun tak per.... then aku pegi ke surau dekat rumah aku tu... aku tanya pakcik tu ada tak org yg boleh buat plumber.. dia cakap ada... tapi dia tak balik keje lagi.. then aku tinggal business card aku... on da way balik rumah, plumber ni call aku... aku patah balik ke BBB... then jumpa dia, dia tengok semua aku punya
la berapa dia charge... RM250.... aku terus suruh dia buat... bang, buat... ni duit deposit... terus, imagine 3x ganda dia kurang tu... lagipun dia buat paip yg biru... tahan kata nyer.. so, aku tawakal je la... so, settle masalah aku... alhamdulillah...

smlm pagi2 lagi, aku dah ke klinik... teman org rumah pegi jumpa doktor... balik tu, aku terus ke INSPENS... hantar borang CEA... dah sebulan dah aku rasa terperap borang CEA ni.. certificate estate agency... so, smlm aku jumpa terus dengan person in charge - En Yusri di INSPENS baru di Putrajaya... then, dia cakap ok... alhamdulillah... settle hal CEA... insyaAllah kalau tak der aral, bulan Oktober nanti kelas akan bermula every saturday... so, nanti masa akan sedikit terbatas... hujung minggu masuk kelas... bulan posa ni, aku tgh tunggu pembelian dan penjualan rumah untuk settle... boleh dikatakan aku follow up every week pasal rumah ni... bila kita tahu prosedure, dan kita tahu stage mana, so kita boleh push lawyer untuk buat... so, diorg tak leh kata apa la.. nk kelentong itu ini, silap laaaa.... so far, lawyer skrang ni, dengar cakap aku sbb file dah lama kan... so nak tak nak, aku push habis la... diorg nak marah ke, lantak ler... aku dah bayar habis, so what beb???

Satu cerita berkenaan dengan SENYUM...cerita ni aku petik dari buku how to win friends & influence people... " Ini adalah sepucuk surat daripada William B. Stendhart, broker saham di New York. " Saya sudah berumah tangga lebih 18 tahun. selama waktu itu, saya jarang menghadiahkan senyuman kepada isteri saya ataupun bercakap sepatah dua kata denganya. Perwatakan saya sebagai perengus adalah yang teruk pernah dilakonkan di atas pentas teater Broadway." Ketika kamu meminta saya berkongsi pengalaman saya sendiri dengan senyuman, saya memikirkan bagi mencubanya selama seminggu. Oleh itu, pada keesokkan harinya, ketika saya sedang menyikat rambut, saya memandang wajah saya yang muram di cermin dan berkata pada diri saya, " Bill, hapuskan kesedihan yang terpamer pada wajah kamu hari ini. Kamu mesti tersenyum, Kamu memulakannya saat ini." Ketika saya duduk bersarapan, saya menyapa isteri saya dengan ucapan "Selamat pagi sayang." dan tersenyum ketika mengucapkannya.Kamu pasti terfikir yang isteri saya mungkin tercenggang. Tentu sahaja kamu salah anggap mengenai reaksinya. dia kebingungan dan terkejut. Saya mengatakan kepadanya, sekiranya dia mengharapkan kelakuan saya ini berterusan, saya bersedia melakukannya setiap pagi. Perubahan sikap saya dalam masa 2 bulan ini membawa lebih banyak kebahagiaan dalam rumah tangga kami berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Ketika saya berangkat ke pejabat, saya menyapa penjaga lif di apartment kami dengan ucapan selamat pagi dan memberikan secebis senyuman. saya juga menghulurkan senyuman kepada juruwang di kiosk tepi jalan ketika saya meminta wang baki. semasa saya berdiri di runag legar bursa saham, saya tersenyum kepada orang2 yang sehingga kini belum pernah melihat saya tersenyum. saya kemudian mendapati setiap orang membalas senyuman saya. saya melayan setiap orang yang datang kepada sya dengan keluhan dan masalah dengan perasaan riang. saya senyum sahaja apabila mendengar masalah mereka dan saya cuba menyesuaikan diri dengan mengambil jalan yang lebih mudah. saya tahu, senyuman yang saya berikan kepada orang ramai memberikan saya lebih banyak wang setiap hari...

saya berkongsi ruang pejabat dengan broker yang lain. antara pegawainya adalah anak muda yang mempunyai personaliti yang menyenangkan. saya menceritakan kepadanya, saya sungguh gembira dengan hasil yang saya peroleh daripada falsafah terbaru yang saya pelajari mengenai hubungan dengan manusia. kemudian, dia mengakui, ketika kali pertama dia bertemu dengan saya, dia menganggap saya seorng pemarah. hanya baru2 ini sahaja dia mengubah persepsinya mengenai saya. dia memuji saya kerana saya kelihatan lebih berperkemanusiaan ketika saya tersenyum. saya juga sudah menghapuskan tabiat kritikan daripada sistem saya. saya sekarang lebih banyak memberikan penghargaan dan pujian, bukannya cacian. saya sudah berhenti berceloteh mengenai keinginan saya. sekarang saya berusaha melihat daripada perspektif orang lain. semua ini mengubah kehidupan saya secara drastik. saya kini adalah lelaki yang jauh berbeza, lebih bahagia, lebih kaya dan lebih mewah dalam persahabatan dan kebahagiaan, dua perkara yang sebenarnya adalah inti pati terpentinf dalam kehidupan manusia......

terima kasih kepada pembaca2 blog ni, atas sokongan dalam bentuk recommendation kepada kawan2, sokongan moral mahupun doa bagi aku menjalankan tugas as real estate agent ni... so far, alhamdulillah... ada silent reader yg call, ada yang bagi email minta pendapat... kat FB pun byk msg masuk... terima kasih dan terima kasih... selamat menjalani ibadah puasa...okeh...







p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, August 10, 2011

Agent = Fee + Tax - Jual Tanah


Salam sejahtera dan selamat berpuasa buat pembaca budiman,




alhamdulillah, hari ni aku nak bercerita skit tentang message yang aku dapat dari FB.... mmg aku dapat pertanyaan dari FB... aku jawab je terus kat FB... tapi hari ni aku nak jugak berkongsi dengan pembaca blog suam2 kuku ni... hehehe... dalam kes ini, si A nak jual tanah dan melantik seorang agent hartanah, so apakah fee yang si A kena bayar kepada agent...ok dalam kes ni ialah tanah.... dalam kes tanah, ia sedikit berlainan dengan rumah..selalu nya, tanah ni bergantung kepada tuan tanah untuk memberi komisyen kepada agent... sama ada memberi harga keuntungan ataupun peratusan dalam penjualan tersebut... sebagai contoh memberi keuntungan...tuan tanah nak harga RM5 sahaja dan pandai2 la ejen nak markup harga.... so, kalau agent jual RM6, tuan tanah akan berikan RM1 kepada agent... settle... contoh peratusan pula ialah agent akan ambil komisyen 3% daripada harga jualan beserta tax... sebagai contoh, harga jual RM100k...agent ambik 3% = rm3k + tax.. tax kat sini berdasarkan kepada 3% tu... so tax ialah 5% daripada RM3k... so total RM3150 tuan tanah kena bayar kat agent... ini ialah cara yang biasa dalam urus niaga berhubung dengan tanah.... hopefully yang bertanya faham..insyaAllah... RPGT pula mcm ni... sebagai contoh, tanah ni dibeli pada tahun 2008 so nak jual pada tahun 2011...so usia pembelian tak sampai pun 5 tahun kan... so, si A akan di kenakan RPGT oleh LHDN kerana penjualan di buat pada tahun kurang dari 5 tahun...untuk bayaran agent, HANYA KOMISYEN + TAX SAHAJA.... lain2 tax seperti RPGT dibayar oleh penjual... RPGT hanya di kenakan kepada hartanah yang dijual dalam tempoh kurang dari 5 tahun dari tarikh pembelian atau pemilikan...

pengalaman saya berkenaan dengan tanah ni pulak... selalunya kita akan berhubung dengan lawyer... sbb, ada 2 3 orang dalam satu group... so, lawyer akan buat undertaking letter bagi membuat pembahagian kepada orang2 yang terlibat... mungkin jual satu tanah, tapi dalam tu ada lebih kurang 10 orang... so keuntungan tu akan dibahagi kepada 10 orang... lawyer la yang akan buat keje ni... hati2 bermain dengan tanah, sbb banyak pusing2 orang yang bersama kita... pengalaman aku hari tu, salah sorg group aku ni mark up harga.. tikam semua org dari belakang... biasa la, nak kaya cepat.. then sudahnya deal tak jadi... tu yg buat semua orang yang bekerja nak marah...tapi sabar la, belum rezeki lagi... think positive....

hari ni dah masuk hari 10 berpuasa... tahun ni berpuasa mcm lain sedikit mcm tahun sebelum2 ni... tahun ni rasa mcm sayu, sedih skit... tak tahu la kenapa... banyak yang belajar, banyak benda yang aku masih lagi tak tahu... betapa kerdilnyer rasa diri ini... terasa malu kepada Allah Maha Pencipta kerana banyak nikmat yang diberikan aku tidak menggunakan dengan sepenuh kudratku... sudah berpuluh tahun hidup, tapi banyak benda yang masih tak tahu... kita sedar dan tahu, kita hidup di dunia ini umpama persinggahan ke negeri akhirat... kita semua sedar tapi kadang2 kita terlupa tentang ini... kita tak kisah tentang ini... ohh betapa takut nyer rasa bila kadang2 kesihatan terganggu.. teringat bila menguruskan jenazah orang lain yang pergi menemuiNya...ohh bila pula giliranku... renungan di 10 Ramadhan buat kita bersama... okeh...

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, August 1, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, hari ni berkesempatan lagi kita menyambut bulan ramadan yang mulia... alhamdulillah.. syukur kepada Allah... hari ni hari pertama kita berpuasa... aku amat bersyukur di kesempatan tahun ini, aku dapat menjenguk bulan ramadan... sedih giler aku rasa tahun ni... seminggu sebelum ramadan menjelma, aku menguruskan pengebumian satu2 makcik belah ayah aku... ohh amat sedih... peristiwa ini juga membuat diri aku kesan yg amat mendalam.. aku tak tahu la kenapa... aku masih lagi terfikir dan berfikir... tak sempat dia menjengok ramadan... ohh syahdu la aku...

aku jugak terfikir selepas tu, adakah aku sempat merasai bulan ramadan tahun ini??? alhamdulillah... aku berada di bulan ini... amat2 bersyukur.. bila DIA nak ambik kita, kita tak tahu... aku harap bulan ramadan ni memberi keinsafan kepada diri aku untuk menjadi lebih baik... bulan ini aku harap dapat memberi sedikit kelapangan kepada aku dan juga keluarga untuk bersama2 menghayati bulan ini dengan penuh pengisian... sedar tak sedar, 4 tahun dah aku belajar dalam kelas time bulan puasa... dan tahun ni, bulan puasa aku free.. aku boleh bersama keluarga... alhamdulillah.. syukur sangat2... 4 tahun time bulan puasa buka puasa dalam kelas... 4 tahun time bulan puasa solat tarawih sendiri... so tahun boleh la bersama keluarga solat terawih kat masjid tak pun berjemaah kat umah... ohh wonderful giler tahun ni... bulan ni jugak, aku cuba mengurangkan aktiviti aku... bukan kurang, perlahankan.... setahun sekali je bulan ramadan ni.. so kena ambil peluang ni..

bersempena dengan bulan mulia ini, aku memohon ampun dan maaf jika setiap patah kata tulisan ini menguris hati mahupun emosi serta perasaan pembaca sekelian.. semoga ramadan kali ni membawa seribu erti dalam kehidupan kita..insyaAllah...

“Marhaban Ya Ramadhan”

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Tulus dari jom2lelong @ FARHAN




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..