Friday, April 22, 2011

Memahami dan Memaafkan

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, bulan ni byk jugak la kerja.. terutama assg sekolah aku.... penat tak tahu nak cakap... betul2 aku work under pressure... baru aku paham beza antara belaja peringkat yg berbeza... jenuh membaca jurnal, report dan karang ayat sendiri kali ni... di samping tu, aku curi2 jugak buat appointment.. ye la, tu kan gaji aku... huhuhu... so kena pandai adjust masa... mmg bulan ni utk submit assg, presentation dan sebagainya... insyaAllah, awal bulan 5, ada presentation utk PHB... aku dan group buat satu penilaian dan cadangan kepada PHB terhadap satu property milik PHB...

smlm mmg betul2 penat... dan jadi insomia dah... smlm aku siapkan satu assg berkaitan dengan international property market... kena submit sblm kul 2... aku sampai uitm, pukul 1.30... lecterer nak kuar dah... nasib sempat aku hantar... alhamdulillah... kemudian ada discussion dengan lecterer pasal beberapa isu... then aku ke seri kembangan... ohh baru perasan perut belum di isi... buat assg punya pasal, lupa nak makan... then aku ada appointment di seri kembangan jugak... settle semua then balik rumah... lepas magrib jugak la baru sampai... penat....

pagi hari ni aku ada appointment... kali ni kat Banting... dengar je Banting, rasa sikit gerun... hehehe... tapi so far aku pegi utk dapatkan undertaking letter bagi jual property... jumpa kat Tesco Banting... hopefully tak der apa la... then ptg ni pegi airport jemput family, malam plak ada discussion kat shah alam... atas kereta je la utk sebulan dua ni... aku suka dengan kerja aku...

hari ni hari jumaat... hari ni aku nak berkongsi dengan pembaca blog ni pasal sebuah buku yg aku baru beli... best seller in 1930.... lama kan buku ni... smlm aku beli, sesambil tunggu client sampai, aku belek2 la buku ni... tajuk : How to Win Friends & Influence People, karangan Dale Carnege... buku ni ada edisi utk bahasa melayu.... dan aku suggest untuk korang beli buku ni.... ada byk cerita dalam buku ni... aku just pick up satu cerita untuk sama2 kita belajar dan berkongsi pengalaman atau situasi ini dengan semua orang agar kita juga boleh lakukan...

Bob Hoover, juruterbang ujian terkenal yang sering terlibat dalam pertunjukan udara, pulang ke rumahnya di Los Angeles selepas pertunjukan udara di San Diego. Seperti di paparkan dalam majalah Flight Operations, pada ketinggian 300 kaki di udara, kedua-dua mesinnya terhenti secara mendadak. Dengan pemanduan yang cekap, beliau berjaya mendaratkan pesawatnya dengan selamat walaupun pesawat itu rosak teruk, tetapi tidak ada sesiapa pun yang cedera. Tindakan pertama Hoover sesudah membuat pendaratan cemas adalah memeriksa bahan bakar pesawat. Seperti yang disyaki, pesawat berkipas zaman Perang Dunia Kedua yang diterbangkan diisi dengan minyak jet dan bukanya gasolin.

Ketika kembali ke lapangan terbang, beliau berjumpa dengan mekanik yang membaiki pesawatnya. Lelaki muda itu jatuh sakit kerana ketakutan atas kesilapannya. Air mata bercucuran di pipinya ketika Hoover mendekatinya. Dia hampir menyebabkan pesawat yang mahal itu terbabas dan nyaris menyebabkan 3 nyawa melayang. Kita tentu dapat membayangkan tahap kemarahan Hoover. Setiap orang pastinya menyangka kata2 cacian yang keluar daripada mulut juruterbang itu atas kecuaian mekaniknya. Namun, Hoover tidak memarahi mekanik itu bahkan dia juga tidak mengkritiknya. Sebaliknya beliau memeluk bahu mekanik itu dan berkata "Bagi menunjukkan yang saya yakin awak tidak melakukannya lagi, saya mahu awak membaiki P-51 saya esok"....

pergghhh... kalau la aku, mmg kena la budak ni... tapi adakah dengan marah, mengkritik itu memberi perubahan yang berkekalan... adakah dengan marah org itu akan terus berubah??? tapi dengan cara psikologi begini, budak ini akan merasa kesan yang amat mendalam dan mungkin dia akan ingat sampai mati peristiwa ini... bukan senang utk kita nak memaafkan orang, tapi jika kita berada dalam situasi mekanik tersebut, kita akan berasa yang amat bersalah... dan mungkin dalam kepala mekanik tersebut "kalau la pilot tu mati mcm mana tadi", kalau la...kalau la.... semua nyer kalau... tapi bila dia di maafkan dan diberi tugas yang sama utk memperbaiki diri, dia berasa amat terharu.... inilah salah satu teknik yang berkesan dalam menegur kesalahan orang lain....

salah satu ayat dalam buku ini " Setiap orang tidak terlepas daripada mengkritik, mencerca dan merungut dan hampir semua orang melakukannya. Namun, ia memerlukan ketabahan diri dan keperibadian yang tinggi bagi memahami dan memaafkan orang lain"

mungkin cerita ini dapat menjadi pedoman kepada kita agar lebih memahami, memaafkan orang lain... insyaAllah... salam hari jumaat buat semua.... okeh...


-sekadar ingatan bersama-

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

No comments: