Wednesday, April 27, 2011

Lelong @ Mahkamah Tinggi Shah Alam

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, smlm aku dan member masuk lelong... lama kan aku tak update pasal lelong... huhuhu... mmg lama giler rasa... tak pe la... kali ni nk update plak pasal lelong.. smlm lelongan berlangsung kat Mahkamah TInggi Malaya kat Shah Alam... bilik lelongan ni berada di bangunan baru.. Annex.. tingkat 2... senang je kalau nk pegi ke bilik lelongan ni... so, smlm pagi2 lagi aku dah bersiap sedia ke tempat lelongan... kalau mahkamah, jangan la korang buat main2... kadang2 ada strict nyer... lambat je, tak leh nak masuk bid sbb borang hantar lambat... kalau sebelum 9.15, kena sebelum 9.15 la masukkan form semua tu.. nanti tak leh terima dah... huhuu... sbb ada kes yg penah kena... tp bukan aku la...aku tengok je la org tu... so kena sharp... aku pada mulanya wakilkan en az ni.. tapi sbb dia datang,so aku suruh je dia masuk utk bid... hehehe.. bila lagi nak rasa bid kan... at least pengalaman tu penah la ada... bid @ mahkamah... smlm, en az bid utk tanah freehold kat mukim beranang... oleh kerana bersaing hebat sampai naik hingga 30k,ia melampaui budget en az... tak pe la, lain kali kita cuba lagi k... at least, dapat la something k... insyaAllah...

smlm ulat2 lelong tidak menggangu... so, terasa aman sejahtera... ulat2 smlm hanya menumpukan kepada property kat rawang... mmg ramai gak org smlm... yg malayu kita boleh kira...yg ramai cha ya nun alif... huhuhu.. kita kena berazam utk jadi property investor jugak mcm diorg...insyaAllah one day... i hope so..

2 hari lepas, aku ada attand satu talk berkenaan dengan pension fund in real estate kat uitm... talk ini diberikan oleh en peter mitchell dari APREA... kesedaran negara2 di ASEAN berkenaan dengan melabur dalam real estate ni masih lagi kurang... kenapa di sasarkan kepada pension fund?? sbb pension ni bykk duit... hehehe.. JAPAN mmg byk melabur dalam real estate... manakala, Malaysia juga di antara negara yg byk melabur dalam real estate...tp malaysia byk melabur kat europe... ye la, nk melabur kat malaysia ni, berapa sen sangat la dapat... yield pun berapa je, kebanyakan main 5 -6 je... currency exchange tak der... so, high risk la kat negara sendiri... so, epf labur kat luar...

hujung minggu ni, kita bercuti panjang skit.. ye la, cuti hari pekerja 1 mei then 2 mei pun cuti jugak... best2... tapi, hari tersebut insyaAllah akan di penuhi dengan aktiviti2... on 30hb ni, aku dan group akan present kepada PHB di sebuah hotel kat shah alam berkenaan dengan cadangan kitaorg utk satu property diorg.. masa dah di tetapkan... hehhe.. time ni la nk kenal org besau2 PHB... mana tau, nanti boleh jadi partner ke.. mana la tahu kan...

aktiviti hari ni, pagi2 lagi dah pegi ke shah alam ambik dokumen pagi tadi... pegi, ambik dan terus balik... tetiba tengah2 jalan kat ELITE ada pakcik polis... adoiiii... tak tahu la kena tak tak speed track... rasa mcm kena... sbb kat situ tulis 90km/j je... ala kat galeri MIROS tu... kan jalan kat situ mcm corner skit... aku terlebih skit.. huhuu... nanti mlm ni kena check kat myeg... ada ke tak saman... bukan apa, benda nk cepat sbb dokumen tu kena scan dan hantar sblm tghari sbb ada meeting... so, terpaksa la lebihkan kelajuan... huhuhuhu... ingatan..'berhati2 di jalan raya...ingt org tersayang'...hehhee...so, selamat bekerja semua.... layan la gambar kat lelong di mahkamah smlm..okeh..



















p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Friday, April 22, 2011

Memahami dan Memaafkan

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, bulan ni byk jugak la kerja.. terutama assg sekolah aku.... penat tak tahu nak cakap... betul2 aku work under pressure... baru aku paham beza antara belaja peringkat yg berbeza... jenuh membaca jurnal, report dan karang ayat sendiri kali ni... di samping tu, aku curi2 jugak buat appointment.. ye la, tu kan gaji aku... huhuhu... so kena pandai adjust masa... mmg bulan ni utk submit assg, presentation dan sebagainya... insyaAllah, awal bulan 5, ada presentation utk PHB... aku dan group buat satu penilaian dan cadangan kepada PHB terhadap satu property milik PHB...

smlm mmg betul2 penat... dan jadi insomia dah... smlm aku siapkan satu assg berkaitan dengan international property market... kena submit sblm kul 2... aku sampai uitm, pukul 1.30... lecterer nak kuar dah... nasib sempat aku hantar... alhamdulillah... kemudian ada discussion dengan lecterer pasal beberapa isu... then aku ke seri kembangan... ohh baru perasan perut belum di isi... buat assg punya pasal, lupa nak makan... then aku ada appointment di seri kembangan jugak... settle semua then balik rumah... lepas magrib jugak la baru sampai... penat....

pagi hari ni aku ada appointment... kali ni kat Banting... dengar je Banting, rasa sikit gerun... hehehe... tapi so far aku pegi utk dapatkan undertaking letter bagi jual property... jumpa kat Tesco Banting... hopefully tak der apa la... then ptg ni pegi airport jemput family, malam plak ada discussion kat shah alam... atas kereta je la utk sebulan dua ni... aku suka dengan kerja aku...

hari ni hari jumaat... hari ni aku nak berkongsi dengan pembaca blog ni pasal sebuah buku yg aku baru beli... best seller in 1930.... lama kan buku ni... smlm aku beli, sesambil tunggu client sampai, aku belek2 la buku ni... tajuk : How to Win Friends & Influence People, karangan Dale Carnege... buku ni ada edisi utk bahasa melayu.... dan aku suggest untuk korang beli buku ni.... ada byk cerita dalam buku ni... aku just pick up satu cerita untuk sama2 kita belajar dan berkongsi pengalaman atau situasi ini dengan semua orang agar kita juga boleh lakukan...

Bob Hoover, juruterbang ujian terkenal yang sering terlibat dalam pertunjukan udara, pulang ke rumahnya di Los Angeles selepas pertunjukan udara di San Diego. Seperti di paparkan dalam majalah Flight Operations, pada ketinggian 300 kaki di udara, kedua-dua mesinnya terhenti secara mendadak. Dengan pemanduan yang cekap, beliau berjaya mendaratkan pesawatnya dengan selamat walaupun pesawat itu rosak teruk, tetapi tidak ada sesiapa pun yang cedera. Tindakan pertama Hoover sesudah membuat pendaratan cemas adalah memeriksa bahan bakar pesawat. Seperti yang disyaki, pesawat berkipas zaman Perang Dunia Kedua yang diterbangkan diisi dengan minyak jet dan bukanya gasolin.

Ketika kembali ke lapangan terbang, beliau berjumpa dengan mekanik yang membaiki pesawatnya. Lelaki muda itu jatuh sakit kerana ketakutan atas kesilapannya. Air mata bercucuran di pipinya ketika Hoover mendekatinya. Dia hampir menyebabkan pesawat yang mahal itu terbabas dan nyaris menyebabkan 3 nyawa melayang. Kita tentu dapat membayangkan tahap kemarahan Hoover. Setiap orang pastinya menyangka kata2 cacian yang keluar daripada mulut juruterbang itu atas kecuaian mekaniknya. Namun, Hoover tidak memarahi mekanik itu bahkan dia juga tidak mengkritiknya. Sebaliknya beliau memeluk bahu mekanik itu dan berkata "Bagi menunjukkan yang saya yakin awak tidak melakukannya lagi, saya mahu awak membaiki P-51 saya esok"....

pergghhh... kalau la aku, mmg kena la budak ni... tapi adakah dengan marah, mengkritik itu memberi perubahan yang berkekalan... adakah dengan marah org itu akan terus berubah??? tapi dengan cara psikologi begini, budak ini akan merasa kesan yang amat mendalam dan mungkin dia akan ingat sampai mati peristiwa ini... bukan senang utk kita nak memaafkan orang, tapi jika kita berada dalam situasi mekanik tersebut, kita akan berasa yang amat bersalah... dan mungkin dalam kepala mekanik tersebut "kalau la pilot tu mati mcm mana tadi", kalau la...kalau la.... semua nyer kalau... tapi bila dia di maafkan dan diberi tugas yang sama utk memperbaiki diri, dia berasa amat terharu.... inilah salah satu teknik yang berkesan dalam menegur kesalahan orang lain....

salah satu ayat dalam buku ini " Setiap orang tidak terlepas daripada mengkritik, mencerca dan merungut dan hampir semua orang melakukannya. Namun, ia memerlukan ketabahan diri dan keperibadian yang tinggi bagi memahami dan memaafkan orang lain"

mungkin cerita ini dapat menjadi pedoman kepada kita agar lebih memahami, memaafkan orang lain... insyaAllah... salam hari jumaat buat semua.... okeh...


-sekadar ingatan bersama-

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, April 19, 2011

Pelaburan Hartanah....+ve cash flow....How???

salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sehari dua ni tangan mmg rajin menulis... kali ni nak menulis pasal +ve cash flow... kenapa la org duk cakap, penting nyer positive cash flow ni... tapi kenapa???

1 - Bayaran Installment
- ramai org yang menyewakan rumah... beli rumah sebiji dan sewa... tapi adakah bulan2 tu bayar dengan duit sewa? atau pun kena lagi top up ataupun yang paling best bayar pakai duit sewa then ada lagi lebih buat isi minyakk... so mana satu?? itu bergantung kepada owner rumah tersebut dan sejauh mana hartanah tersebut di beri sewa... kalau sewa tu siap boleh buat isi minyak keta, itu di namakan positif cash flow... maksudnya, setiap bulan installment kat bank rm200, tapi sewaan hartanah tersebut rm280... so lagi rm80 tu ialah positive cash flow... lebihan.... tapi kalau bulan2 bayar installment rm300, tapi sewaan hartanah tu rm250, kena lagi top up rm50..ni negative cash flow... so, kalau boleh, cari hartanah yg boleh kasi kita positive cash flow... untungggg....

2- Refinance Selepas 5 tahun
oleh kerana tiap2 bulan duk bayar installment pakai duit sewa je, bermaksud anda tidak menggunakan duit anda untuk membayar installment rumah tu.. perasan tak... mesti perasan ni... so, selepas 5 tahun, anda boleh refinance rumah anda tu... apa maksud refinance? maksudnya, anda boleh membuat pembiayaan semula rumah tersebut...kalau time beli rumah tu dulu, mv-market value dalam 100k...selepas 5 tahun, mungkin mv dah jadi rm120k dan baki loan anda munkin dah tinggal 75k... ini just anggaran je... so kalau anda refinance ke 120k, berapa anda dapat??? 120-75=45k.... alamak, banyak bebenor... duit ni boleh la jadi bekal kalau ada emergency, nk pi jalan2 or nk buat apa2... tapi, tiap2 bulan still ada penyewa bayarkan installment rumah anda... nampak tak???... untung tak??

3-Rumah Milik Kita
best kan, ada rumah tapi org lain bayar...kita pun mmg bayar pada mula2 bayar deposit... tapi, lama2 dah penyewa bayar so rumah tu jadi rumah kita... ada org tu, sampai rumah tu habis bayar hanya tenant je yg bayar... aduhai, best nyer... tu nama nyer investment...

apabila kita bercakap pasal investment, ia adalah berkenaan second value sale... apa nilai selepas tu... itu nama investment.. ini apa yg aku belajar la... mmg betul pun, kalau kita buat investment, adakah kita nak rugi??? sapa2 pun tak nak kan... so, value selepas kita beli tu mesti naik ataupun ada added value dari segi yg lain..depends...


4 - pembiayaan rumah lain
ada org call aku...serius org ni... bertanyakan, kenapa org yg bergaji 2 3 ribu dapat beli rumah sampai 3 4 biji??? saya ni beli rumah sebiji, nak beli kali ke dua dah tak boleh.. commitment dah tinggi... habis tu, mcm mana org lain tu?? ni biasa aku dapat even call or email... mmg betul, kita beli je satu rumah, commitment kita kat bank terus tinggi kan... so, mcm mana nak kurang commitment??? banyak cara nak kurangkan commitment... banyak cara... kat sini aku sebutkan salah satu cara..salah satu... kalau kita beli rumah tu, then kita sewakan... so kita kena ada tenancy agreement.. WAJIB la ada... then kalau nak beli rumah lain, kepilkan TA tersebut bersama2 dengan salinan duit masuk dalam bank... sbb bank nak bukti yg rumah ni di sewakan... so, kalau selari apa yg kita sewakan dan duit masuk dalam akaun kita, so betul la tu rumah di sewakan, then commitment dapatlah di kurangkan... bukan terus turun, tapi di kurangkan sikit...

5-Pembiayaan ke 3
bukan semua best2... ada jugak kekurangan... sebelum tahun ni, mmg best..tapi tahun ni dah tak berapa best... tapi ada cara...pembiayaan rumah ke 3 kan dah LTV 70%... so mmg tak best la... nk kena keluar 30% cash... mmg byk la tu... time ni, aku ingt lagi... aku baru je seminggu sign utk beli rumah... then terus apply LTV 70% ni... lega giler... kalau tak, kena benda ni masak la.. ada gak member2 yg kena... tu tak leh nk kata apa... ada sbb menda ni bank negara buat... nk elakkan house bubble...

jom kita buat calculation......

House Price : 73k
Rental : 420
M/fee : 40 - anggaran

installment : 380... kalau ikut housing calculator, 73k + interest blr-1.6 = 4.7% + 30 tahun

so rumah ni ngam2 je boleh bayar installment kat bank dan maintenance fee... tak rugi apa2 pun.. tapi kena beringat jugak sbb kalau2 tenant keluar then nak cari tenant baru...kalau lambat, kena la bayar sendiri kat bank... tapi utk long term, mmg ia berbaloi... mungkin kita boleh reno skit rumah ni..ohh by da way, ni rumah basic... kalau kita masukkan partial furnish, mungkin harga sewa boleh naik lagi... tak pun, kita masukkan terus harga maintenance dalam harga sewa... mmg itu pun yg aku selalu buat..hehehe.. sbb tenant yg duduk, so dia la kena bayar... tapi, kita juga kena pk pasal cukai taksiran dan juga cukai tanah... kalau rumah apt mcm ni, dalam maintenance fee nanti akan ada cukai utk cukai tanah... cuma cukai taksiran je kena bayar sendiri...

nak rumah mcm di atas ni??? klik sini..

ada lagi benda yg kurang... maksud aku boleh di persoalkan... cth, kalau blr naik, selepas kita refinance installment tinggi dan sebagainya... benda tu mmg berlaku... tapi, kita ada cara utk back-up... tapi, kalau anda rasa ada cadangan, anda boleh comment.. saya amat mengalu-alukan pandangan dan pendapat anda... saya juga masih belajar dan terus belajar... insyaAllah, bersama2 kita kongsi...okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Sunday, April 17, 2011

Budak & Ais krim

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hujung minggu ni dilalui dengan penuh keceriaan dan berita yang baik2.. korang plak mcm mana? mesti hepi hepi horey jugak kan.. hehe... time weekend ni la byk appointment jumpa client...kalau sempat, ke pasar beli barang rumah, tak pun cuci2 mata kat shopping complex... hehee... buat sementara waktu ni, weekend mmg masa utk bekerja...huhuu... tak pe, berkorban dulu, nanti kutip hasil kemudian... insyaAllah...

selalu nyer hujung minggu ni ramai yg ke shopping compleks, beli barang2 dapur sesambil bawak anak2 jalan... time jalan2 ni budak2 suka la... leh main kejar2 dengan adik beradik lain.. tambahan plak, byk menda boleh beli.. ye la, merengek skit nk tu, mak ayah beli...tapiii tak semua la... al-kisah nyer, sorg budak ni nk aiskrim.. ye la, dah nk sangat2, mak dia pun beli la.. duk makan2 aiskrim, tetiba aiskrim tu terjatuh... bukan main marah lagi mak dia ni... budak ni di pukul2 nyer... kesian gak la siapa yg tengok budak ni... kes nyer, aiskrim jatuh... aduhaiii... kat sini, kalau kita pk secara logik nyer, kalau la budak tu nak sangat2 ais krim dan dia dapat, bukankah itu benda yg dia sayang.... takkan la benda yg dia sayang dia nak buang?? logik tak?? mungkin dia tak sengaja, mungkin dia terlanggar or dilanggar org lain... jangan la pukul budak2 mcm tu... dari segi psikologi nyer tak bagus untuk budak tersebut... tambahan plak pukul depan org ramai... kesian budak tu... kalau boleh nasihat lah elok2... 'abg jatuhkan ais krim? tak pe, nanti kita beli yg lain. Kali ni pegang baik2 ok. Sayang ais krim di bazir mcm tu'...contoh ayat... bagi la kata2 psikologi kepada budak tu... dah nama budak kan, bukan dia tahu apa2... so, kena la cakap baik2... dari kita cakap elok2, lama2 dia akan paham la.. tu la kisah ais krim yg terjadi...

kepada pembaca, pelawat yg datang...blog ni saya campur adukkan pelaburan hartanah dengan cerita2 sekeliling saya... untuk mendapatkan info2 pelaburan hartanah, boleh la view post2 yang terdahulu... cerita yg saya tulis dalam blog ini adalah dari pengalaman saya sebagai ejen hartanah berdaftar... pengalaman ini juga saya dapati dari pergaulan saya dengan kawan2 dari bidang hartanah ini khususnya dan persekitaran amnya... have a happy surfing in my blog... feel free to leave a comment..okehh..


- sekadar gambar hiasan -

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Friday, April 15, 2011

Biasa la, Janji Melayu - Jom Berubah...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, kali ni nak bercakap ttg org melayu kita.... sedih aku mmg sedih.... semua org penah dengar, ala biasa la janji melayu.... bila berjanji je, biasa la janji melayu... ia di kaitkan dengan tidak menepati masa... kalau janji kul 9, belum tentu kul 9.15 sampai... biasa la janji melayu.... honestly kita kena berubah.. berubah menjadi janji Islam... kalau pukul 7, pukul 7 tu dah ada... bukan pukul 7 on da way... pakai baju pun on da way... baru mandi pun on da way... banyak menda kan on da way.... biasa la, tektik...

minggu lepas, hari sabtu...aku mmg ada kerja di bukit jelutong dekat shah alam... dari pagi aku duk sana... duk brain storming pasal satu tanah... solution to this land...the model that can be built...and etc... ptg tu ada org nak jumpa tengok rumah... so aku ok... satu kat seri kembangan dan aku ada kerja di kL... janji tengok rumah pukul 6 ptg... so dekat bukit jelutong pukul 5.15 ptg aku keluar... nk sampai ke seri kembangan pukul 6.. aku rasa mcm sempat.. then 10 minit kul 6 aku dah sampai... pecut pegi sana tak yah cakap la... huhuhu.. buyer punya pasal la kan... so 5 minit kul 6, aku call la buyer nak tengok rumah... tak angkat... aduh... then aku sms... tak balas jugakk... tak sedap dah hati aku.... kul 6 aku call lagi... tak angkat jugak... alamak... jadi ke tak ni... tak pe, aku relax je... kul 6.10 aku call lagi... tak angkat lagi... msg pun tak reply lagi... aku pk, tunggu la lagi 5 minit... kalau tak der gak, go to kL... so 6.13, buyer sms on da way... so, aku balas la, cepat skit sbb ada appointment lain... 6.18 buyer msg lagi... dalam 15minit lagi kot baru sampai... then aku cancel appointment ptg tu... 1st time aku buat... huhuhu... 6.18 + 15 minit yg belum tentu sampai dah jadi 6.33... janji pukul 6... so dah setengah jam di bazirkan begitu sahaja... bila aku cancel kan appointment ptg tu, buyer ni cakap bukan2... cakap aku ni berlagak dan lebih baik deal dgn cha ya nun alif dari org malayu.... mmg aku agak geram... bukan apa, at least kalau tak dapat nk datang awal, bgtau...senang nk arrange dgn org lain... ini, call 2 3 kali tak angkat, sms 13 minit baru balas... mana tak geram... kalau aku ni tak der benda lain ptg tu, sampai mlm aku boleh tunggu.... penah aku tunggu org sampai 2 jam... ok je... sbb dia bgtahu... so kita boleh arrange masa kita... mmg amat sakit hati.... so PUAN L, saya pun tak ingin deal dgn org yg tak tepati masa dan membuang masa org lain... then aku terus ke kL...

inilah kerjaya sebagai ejen hartanah... menunggu dan menunggu... bukan sekali 2 aku dapat or mengalami benda ni.. dah byk kali sangat... tp so far, kalau lambat buyer akan sms... aku pun selalu nyer akan call buyer for reminder at least 5 minutes before the time... time management mmg penting... even aku kalau lambat pun akan bgtau buyer... tak nak diorg tertunggu2... so, sikap org kita yg 'janji melayu' ni perlu di ubah... berubah untuk kebaikan apa la salah nyer... so far dalam real estate, mcm2 org aku penah buat appointment... yg aku paling heran org melayu kita ni, kalau janji dgn cha ya nun alif, boleh plak tepati... kenapa??? sbb org cha ya nun alif ni tepati masa dan org kita tak tepati masa??? so ada double standard kat situ... tapi kenapa??? tak pe la, masing2 boleh jawab dengan diri sendiri... tak kira lah dengan siapa, kita mesti firm... even dari soal masa, keputusan mahupun standard... apa yg kita cakap dgn org A, sama jugaklah dengan org B... jgn kalau dengan A cakap lain, dengan B pun cakap lain... jom berubah lah... janji lah dengan janji Islam.. tepat...

kira ni mcm luahan hati la kot... hahahhaa... bukan apa, kadang2 rasa gak down bila org cakap gitu... even kita tak salah pun, kita akan rasa negatif... sorg member cakap, sakit hati ni 5 minit je..lepas tu kena buang, kena lupakan... kalau tak melarat nanti... inilah kerjayaku sebagai ejen hartanah... kena sabar byk2 dan kena menjaga hati semua pihak...kalau janji dengan buyer dan ada owner or tenant plak rumah, ada 2 pihak kena jaga.. so kenalah berhati2... but, saya suka kerja saya... itu yg penting... okeh...

p/s : jika ayat2 dalam post ini memberi kesan kepada emosi pembaca, saya memohon maaf atas tulisan saya. tulisan ini hanyalah untuk ingatan kepada diri saya sendiri agar lebih bermotivasi, memberi kesedaran, keinsafan kepada saya agar lebih bersabar di masa hadapan...











p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, April 13, 2011

Lawatan ke Singapore 6-7-8 April

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, smlm dapat menyelesaikan beberapa urusan di KL... smlm, spt dalam status FB aku ke menara UOA.. register untuk exam ejen hartanah... hopefully, kali ke 2 aku ambik ni, akan beri lebih semangat untuk aku dan kawan2 agar lebih bermotivasi untuk mendapatkan kejayaan...insyaAllah... so, untuk ambik exam ni masih lagi di buka sehingga 2 Mei.. so kalau sapa2 nak register untuk ambik exam ni sempat lagi... part 1 ada 6 paper...1 paper rm50 dan prosessing fee rm50... jom kita meramaikan bumiputra dalam mendapatkan lesen ejen hartanah ni... mana tahu nanti kita boleh buat satu konsortium... smlm gak aku menyelesaikan cukai taksiran sebuah rumah di selayang...ini kes rumah auction... so, dapat la sikit pengurangan bayaran... lega... hehehe...

minggu lepas, 6-7-8 aku ke singapura..kota singa... mmg banyak nk cerita pengalaman di singapore ni...aku ke sana bersama2 kawan2 kelas untuk memenuhi satu subjek kitaorg ni... kat singapore aku melawat URA, HDB, Marina Sand Bay, Universal Studio dan etc.... URA - urban redevelopment autority...satu badan yg di pertanggungjawab untuk membangunkan seluruh singapore... mmg idea diorg superb... banyak tempat diorg demolish untuk beri laluan kepada pembangunan yang lebih strategik tanpa mengabaikan org yg sedia ada... tp banyak jugak yg diorg restructure balik pembangunan agar kehidupan warga singapore bercampur...sebagai contoh Geylang... tu kan tempat melayu, tp dah di campur aduk kan agar semua kaum berada di sana...

di HDB - housing development board... kat sini mmg di khaskan untuk pembangunan rumah subsidi...kalau kat mesia ni mcm rumah kos rendah... kat singapore di panggil rumah HDB... kat sini, rumah HDB ada beberapa kategori... ada utk pasangan baru kawin, yg dah ada anak dan juga warga tua.... kalau gaji kurang dari SGD2000 sebulan, pemerintah sana akan membantu untuk pembelian rumah HDB ni sebanyak 60%... mmg kos hidup sana mahal... rumah HDB ni org asing mmg tak leh beli... ini di khaskan untuk warga singapore yg tak berkemampuan... 85% warga singapore dah ada rumah... 35% daripada land di singapore adalah transportation area... pembelian kereta di sana amatlah mahal... kalau gaji less than SGD5000 mmg tak leh nak pakai keta... sbb nak beli mcm sijil pembelian kereta tu pun dah mahal... dan beli kereta lagi... mmg mahal... so, kalau yg pakai keta besau2, mmg org kaya kat sana...

begitu juga rumah... kat sana selain rumah HDB, ada gak rumah private yg mana pihak swasta bangunkan... apartment dalam SGD700k... apartment tu...kalau rumah bawah, tak kurang SGD1.5M... ye la, tanah tak berapa ada kan, so itu lah harga rumah nyer... mmg mahal giler... pegi ke Marina Sand Bay tu, aku rasa mcm duk di US plak... ramai giler org putih.. tak rasa tu singapore... mmg singapore banyak open menyebabkan kebanjiran ramai warga asing yg bekerja di sana.. pertumbuhan ekonomi diorg cepat di sebabkan tak banyak sekatan yg diorg buat... mcm kita sebagai contoh, Bursa Malaysia kalau nk listed mesti ada pemilikan sebanyak 30% local... tp kat sana, pemerintah singapore open to anybody to list in their exchange...

kat sana, selepas indonesia, warga malaysia di tempat kedua banyak mempuyai aset di sana... even dalam property or bisness... org mesia ni kaya2 ruper nyer... hehehe... pegi sana mmg banyak menda belajar...penguatkuasaan kat sana mmg la amat2 responsive... misalnyer, kalau autopass tak der duit or tak dapat baca, nk keluar dari singapore mmg ada la surat cinta... bayar then baru dapat kuar singapore... huhuhu..

kat marina bay sand mmg awesome... naik lif dari GF ke tingkat 57 dalam masa kurang 30 saat... mmg giler betul.. terbaik lah... kat atas tu pemandangan mmg menakjubkan... kat kolam mandi, dah mcm kat us dah... mmg amat takjub... huhuhu.. cuci mata betul... marina bay sand ni Las Vages punya... kat bawah ada casino... nak masuk kalau biasa $20, tp sbb aku gi group tour dapat $16... ok la mcm tu... pembinaan marina bay sand ni ada di tunjukkan dalam discovery channel kalau tak silap... sistem pengudaraan, pantulan cahaya dan haba... mmg teknologi yg digunakan di antara yang terbaik...

kat universal studio mmg main je la... masuk kul 10 pagi, kuar pukul 4.... thenn terus balik malaysia... globe kat depan universal tu tgh reno...hampeh tul..tak dapat nk bergambar kat situ... 11 mei ni baru la globe tu siap... so ambik je la gambar dgn watak2 citer....by da way, show kat jurasic park pukul 12.30 tu mmg real habis... mmg org putih ni tak takut mati betul... mungkin dah praktis lama kot... kat action with Steven Spielberg tu mmg amat real... kalaulahh teknologi gini ada kat mesiaku kan best...mesti citer2 kat tv jadi lebih berkualiti...

balik dari singapore, hari sabtu tu ada kejadian buyer tengok rumah... 1time dalam aku jadi ejen ni, aku terpaksa batalkan appointment sbb buyer lambat lebih 30 minit...dan buyer ni siap salahkan aku lagi... nanti aku bg special post siap dgn pic msg yg di hantar... mmg aku sakit hati betul dgn pompuan ni... huhuhu.. tp nanti la aku bercerita panjang.... layan dulu gambar kat bawah...okeh...


borang exam

subject exam




gambar master plan 20years singapore...

keadaan singapore sekarang



tayangan video mcm dalam panggung....

sekarang ni ramai yg bercakap pasal sustainability...apa tu???
















sistem penyejukan... mungkin la...tp mmg cantik sbb air turun dari atas..

marina bay sand dari bawah




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..