Thursday, January 27, 2011

Saya Nak Jadi Kaya.......

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword : Kaya, Zakat, Penerima Anugerah Nobel
Alhamdulillah, minggu ni banyak topik yg aku dapat utarakan dalam blog ini... dan semalam aku ada ambik beberapa keping gambar rumah kontroversi di bandar tasik selatan... mungkin nanti la aku paparkan gambar nyer... hari ni aku ingin berceritakan pasal motovasi... dalam membelek beberapa blog dan juga website, aku suka baca satu artikel ni... penulis nyer ialah Saudari Amiratul Nadiah Hasan adalah seorang pelajar yang sedang menuntut di Temple University, Philadelphia, USA dalam jurusan Sains Aktuari dan aktif menulis di laman sesawang beliau, aireensamirah.wordpress.com. kdang2 kita kena jugak baca pasal motivasi ini supaya diri kita sentiasa refresh dan mekar....

Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya;

Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" - Attarmidzi

Saya bukan materialistik, saya bukan mata duitan, tapi saya suka jadi kaya, saya suka ada wang, saya tidak suka miskin. Agama saya suruh saya jadi kaya, agama saya tak pernah suruh saya jadi miskin dan tidak berusaha.
Sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menjadi kaya bertambah-tambah kuat. Saya semakin semangat untuk belajar sebab saya nak jadi kaya. Saya nak ada wang. Saya nak buat itu, saya nak buat ini.Tapi tahu tak apa yang membuatkan saya bersemangat? Cuma satu ayat sahaja, "Islam suruh kita jadi kaya" kata ustazah subjek Islamic Studies yang wajib diambil untuk ke oversea. Saya tersentak waktu itu. Saya rasa, " Aah kan, Islam tak suruh kita jadi miskin,"..

TETAPI..


Islam suruh kita jadi kaya bukan sebab nak bermegah, bukan sebab nak kahwin dekat Hotel Palace of Golden Horses, bukan sebab nak ada rumah 30 bilik, kereta 13 buah, tapi sebab nak suruh kita mampu bayar zakat, sebab nak suruh kita menolong orang lain, supaya kita tidak meminta-minta,supaya kita tidak berhutang keliling pingggang, mengharap belas ihsan dari orang. Islam suruh kita usaha. Ini yang Islam terapkan dalam diri kita. Berusaha untuk mencapai keinginan dan impian kita.Harta tak kan jatuh berdebuk dari langit, dan makanan tak kan datang sekadar dengan membuka mulut kita. Dalam dunia sekarang ini, semua perlukan wang. Bak kata orang, "Nak masuk toilet pun kene bayar!"

Dulu saya tak ada impian, saya cuma ada angan-angan. Saya bukan seorang yang determination, saya akan membuat keputusan dan pilihan pada waktu yang diperlukan. Saya biarkan impian saya itu umum supaya saya tidak tertekan dengan impian saya. Tetapi sekarang saya mula memasang impian supaya saya ada hala tuju hidup, supaya saya jadi kaya bersebab. Saya mahu jadi orang yang menerima untuk memberi. Saya mahu menolong orang, membuat kebajikan. Adakah saya ingin berbangga diri dan dipuji dengan menyatakan ia disini?? Tidak sama sekali. Saya tahu pembaca blog saya kebanyakan adalah rakan-rakan saya dan orang yang hampir sebaya dengan saya.Pasti dari kalangan mereka ini adalah bakal-bakal doktor, jurutera, arkitek, pengkaji, aktuari, akauntan, dan bermacam-macam lagi pekerjaan yang pendek katanya akan memberikan hasil yang lumayan, yang akan melayakkan mereka memberi zakat. Oleh itu, di sini saya menyeru agar bakal-bakal pemberi zakat ini supaya menunaikan tanggungjawab mereka apabila sudah mampu nanti, dan memberikan sesuatu lebih dari zakat, iaitu sedekah.

Saya suka melihat kerja kebajikan yang dilakukan Oprah Winfrey dan juga orang-orang yang melakukan kebajikan yang ditampilkan dalam talk show nya. Ya, saya tahu dia adalah Kristian dan pengkritik Islam, tapi saya rasa tidak salahkan saya mengagumi kebajikan yang dibuatnya? Tidak salah untuk saya mencontohi kebajikan yang dibuatnya.
Ayah saya selalu kata, "Sayang, dia bukan Islam. Sia-sia sahaja kebajikan yang dia buat," Kebajikan yang dibuat olah orang-orang kafir ini hanyalah bagai debu-debu yang berterbangan.

Firman Allah Taala: "Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" - Allail:8-11

Saya sungguh kagum melihat orang-orang yang kreatif dalam melakukan kebajikan, bukan hanya sekadar memberi cek palang dalam konsert-konsert amal, tetapi membina dan mengubah kehidupan dan masa depan seseorang.
Dari sumbangan yang sedikit, mampu mengubah hidup ramai orang.

Saya ambil contoh Dr. Muhammad Yunus, penerima anugerah Noble, pengasas Grameen Bank di Bangladesh.
Formula yang digunakan sungguh mudah, iaitu dengan memberikan pinjaman mikro tanpa bunga bagi golongan ibu-ibu untuk memulakan perniagaan ini adalah keran dia sedar masalah kemiskinan di Bangladesh adalah akibat pinjaman mengenakan bunga yang tinggi. Pinjaman yang diberikan sungguh kecil, cuma sebagai modal perniagaan, bukan untuk menyara hidup. Pada permulaannya, dia hanya memberikan US$27 dari poketnya sendiri kepada 42 orang wanita. Apabila perniagaan mereka sudah membuahkan hasil, mereka perlu memulangkan pinjaman mereka. Anak-anak mereka juga dipastikan mendapat pendidikan formal.

Seorang lagi lelaki yang membuatkan saya kagum ialah John Wood, mengasaskan program Room To Read.
Lelaki ini sanggup meninggalkan pendapatan 6 angka di Microsoft semata-mata untuk menolong anak-anak Nepal yang tiada kaitan dengannya. Semuanya bermula dengan pengembaraannya ke kawasan pedalaman Nepal. Apabila melihat anak-anak kecil di sini bersekolah tanpa buku, dia berjanji akan kembali dengan buku-buku. Dia pulang ke US dan mula mengumpulkan buku-buku untuk menunaikan janjinya. Dia kemudian kembali ke Nepal dengan buku untuk anak-anak ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti dari Microsoft bagi menumpukan kepada kerja kebajikannya dan menubuhkan Room to Read. Mungkin bagi orang ramai keputusannya adalah gila, tetapi katanya, "I'm feel great". Kini mereka sudah membina 5600 perpustakaan di negara-negara membangun seperti Nepal, Kemboja, India dan Vietnam.

Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda:
"Tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." - AlBukhari dan Muslim

Saya sungguh kagum dengan orang-orang seperti mereka ini dan saya ingin menjadi seperti mereka. Saya tidak mahu hidup menjadi seseorang yang tidak memberikan sumbangan kepada orang lain.
Saya merasakan kita masih kekurangan dermawan yang kreatif di Malaysia khususnya dan dalam agama Islam amnya. Namun begitu, jika direnung kembali, semua ini sudah ada dalam konsep zakat, takaful iaitu konsep tolong menolong sesama kita. Alangkah baiknya seandainya kita menjadi seperti sewaktu pemerintahan khalifah Umar dulu, semua yang mampu mengeluarkan zakat sehingga tiada orang yang layak menerima zakat. Penerima zakat pula seharusnya sedar bahawa zakat diberikan supaya mereka dapat memperbaiki hidup mereka, bukan hanya untuk dituntut setiap bulan di pusat zakat.

Sebagai konklusi, saya ingin mengajak semua supaya menjadi kaya. Bukan sekadar kaya harta sahaja, kaya pahala juga.
Jadilah orang kaya yang sedar bahawa harta itu hanyalah pinjaman, bukan hak milik kita yang mutlak. Dunia ini adalah ladang untuk akhirat, maka sedaya upayalah kita menanam pelbagai pohon agar kita dapat merasai nikmatnya di akhirat kelak.Kini saya punya impian untuk mengubah nasib orang, sama ada yang saya kenal atau tidak. Saya telah mula menyusun strategi untuk melakukan sesuatu buat bangsa saya, terutama sekali untuk agama saya. Saya cuma mahu melakukan sesuatu yang memberi impak kepada seseorang atau sesebuah keluarga sebelum saya menutup mata.

Semoga Allah sentiasa bersama kita dan sama2 kita memasang niat untuk menjadi kaya.... ingt lelong, jom2lelong..okeh...




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, January 26, 2011

Greater KL

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword : Kota Damansara, Greater KL, Kesabaran, Berundur

alhamdulillah, rajin plak nak update blog sehari dua ni... mungkin sbb ada masa terluang dan juga semangat dan motivasi dalam diri.... rakan2 belajar banyak membantu meningkatkan pengetahuan aku dalam bidang hartanah ni... yang penting network... tu mmg penting.. dan kawan2 belajar aku amat berpotensi menjadi org yg terbaik pernah aku jumpa... baru umur 23 dah buat master... mmg aku respect habis... mature diorg tu mcm dah umur 28, 29... bagus la diorg ni...

korang tahu tak kat mana pusat bandar sungai buloh???? angkat tangannnnnn..... ni nak bongkar cite lama2... ni adalah pasal branding.... yurp, brand is one of the major important to attract people buy the house... if people say, that house is sime build... of coz they can imagine of quality, establish and well known developer... same as location.. kalau org cakap, rumah kat damasara... so boleh la imagine dengan unsur mewah, tempat org kaya2... sama la jugak dengan PKNS yg bina pusat bandar sungai buloh... dulu nama tempat ini ialah pusat bandar sungai buloh.. oleh kerana sale yg terlalu perlahan, PKNS cari new idea to make sale booom... soo diorg pun tukar nama pusat bandar sungai buloh ni kepada KOTA DAMANSARA..... terus boomm... sbb apa? sbb ada nama DAMANSARA... baru ku tahu sejarah nyer.... so, brand mmg memainkan peranan yg penting... sama la jugak kalau nak beli rumah... kalau nama developer yg penah dengar mcm Sime Darby, LBS, I&P, PKNS, NAZA, SP Setia, Mah Sing, dan mcm2 lagi la so org dah tahu developer ni kukuh... so tak worried nak beli.. ye la, takut jugak kalau terbengkalai ke, rumah tak ikut spec ke, so mcm2 la terpk...

Greater KL??? penah dengar.... ada yang penah dan ada jugak belum penah... benda ni ada dalam ETP kerajaan yg di utarakan oleh idris jala.. boleh seach kat google utk tahu lebih lanjut... Greater KL ialah menggabungkan 9 majlis perbandaran menjadikan 10 termasuk dbkl... ia termasuk kawasan2 di selangor... greater kL ni nk buat mcm Greater London... so nak jadikan KL ni pusat serantau dalam bidang IT, ekonomi serantau dan menarik seberapa banyak syarikat2 asing untuk menjadikan KL sebagai pusat diorg... ye lah nak buat mcm London kan... benda ni dah confirm dan akan di umumkan nanti... dari segi hartanah plak, mmg banyak menda akan berlaku... seronok jugak greater kl ni jadi... persaingan merebut hartanah2 di KL akan menjadi satu persaingan yang sengit... harga2 hartanah akan meningkat naik dan demand untuk rumah2 baru akan terus meningkat dan makin mahal... tapi sejauh mana ia akan menjadi realiti??? adakah KL mampu untuk menarik minat syarikat2 asing??? apa yg ada di KL sampai semua org nak datang??? lain la London... nama pun dah menunjukkan pusat tumpuan dunia tak kira dari segi ekonomi mahupun bidang kepakaran... bidang pendidikan, fesyen semua ada kat London... so, kalau KL nak jadi mcm tu, banyak benda perlu di gerakkan dulu.. sebagi contoh, menjadikan local people can survive tak kalau kita jadikan ia Greater KL... kos hidup yg tinggi skrang ni pun telah menghimpit beribu2 org yg kerja di KL.. terutama org gomen... mana tak nyer, gaji 3k, duk KL, anak 5 bersekolah... so, makan apa??? belum pk pegawal2 keselamatan yg bergaji bawah paras kemiskinan... entah la, bila pk masalah ni, org atas yg buat keputusan... aku harap, keputusan strategik yg bernas harus di lakukan agar nasib2 org bawahan ni terbela... hopefully....

hari ni, tghari jumpa client nk jual rumah.... mlm pun ada appointment gak... ingt nak rest skit sbb dah 2 malam balik tgh malam... letih gak ler.. huhuhuhu... kadang2 dalam hidup ni, kesabaran merupakan elemen yg amat kritikal.... tahap kesabaran org masing2 ada batasan nyer... bila kesabaran itu hilang, tiada lagi apa yg boleh di halang... setiap tindakan akan menjadikan pengajaran... bila ia meletup, ia tidak lagi sempurna mcm mana ia seperti semula jadi... bila ia terjadi, apa yg akan terjadi akan di lalui walaupun cara itu amat getir untuk di lalui mahupun ia berliku... bila tekad itu menjelma, tiada lagi istilah berundur atau menyesal...ingt lelong, jom2lelong..okeh...

p/s : teringat teki-teki berbunyi - bila ia hidup kita nyanyi dan bila ia mati kita tepuk tangan.....hehehe...



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, January 25, 2011

Portugal, habis la Ronaldo.......

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keywords : Greece, Portugal, kesatuan EU, sakit hati

alhamdulillah, kemakmuran negara kita kecapi skrang ni hendaklah kita syukuri.... mmg kita kena bersyukur kerana negara kita begitu makmur dan juga stabil dari segi politik, ekonomi dan juga masyarakat berbilang kaum... cuba kita tengok Greece... kesian kat negara tu sbb hampir bankrap... kerana apa apa? sbb tadbir urus negara yang kurang cekap di mana, bond kerajaan tidak dapat di bayar atau recover dengan hasil yang mereka dapat... Greece negara yang mana mengharapkan kepada tourism untuk mendapatkan hasil negara... Greece adalah termasuk dalam kesatuan eropah - EU yg mana menggunakan mata wang euro... central bank EU telah menyalurkan wang untuk menyelamatkan Greece dari bankrap... tapi sampai bila??? inilah salah satu contoh kawasan yang menggunakan satu jenis matawang sahaja bg menghadapi situasi yang getir dalam menyelamatkan keadaan... banyak negara dalam EU dan bukan semua negara itu kaya... so, negara yg kaya terpaksa menyelamatkan negara yang tak kaya mcm Greece tu... dan tahun ini, Portugal plak mungkin akan mengalami krisis mcm Greece... masalah akan berulang dan berulang...

ada negara anggota EU berpendapat untuk mengeluarkan sahaja Portugal dari EU... so tak kacau la sistem ekonomi diorg... tapi kalau dah masuk, payah la plak nak keluar... so, nanti EU akan menyelamatkan plak Greece... ala, Ronaldo kena la derma skit duit tu utk menyelamatkan Portugal... hehehehe... inilah di antara akibat menggunakan satu matawang dalam sebuah negara... dari sektor hartanah plak, ia akan mendorong merancakkan industri hartanah di negara yang kurang mampu... mcm EU, Sepanyol dah mula menampakkan kerancakkan dalam industri hartanah bila join EU... sbb negara lain membantu Sepanyol...

jadi, adakah ASEAN akan menggunakan 1 matawang???? dan adakah polisi negara akan berubah??? aku pelik dan juga heran... malaysia yg ku cintai ini... memperkenalkan MM2H la, pegi overseas marketing suh beli hartanah kat sini la... cuba tengok kat thailand... polisi tanah mereka tidak sesekali tak boleh jual atau di beli org org asing walau nilai berapa juta sekali pun.... so, tanah mereka, mereka yg punya.... sama la jugak dengan singapura.... mereka hanya benarkan org asing membeli rumah yg baru nak buat dan harga yg mahal.... dan setiap permohonan kena rujuk dulu dengan Controller of Residential Property Land Dealings..... diorg akan putuskan untuk jual property... diorg ada badan yg khas untuk pantau.... mcm negara kita, kita juga boleh pantau dengan menjadikan setiap PTG menjadi controller... kalau tak, habis la tanah, rumah di jual kepada org asing... huhuhu... mmg la had utk org asing beli RM500k ke atas, tapi org malaysia dah ramai yg mampu beli dengan harga tu sekarang... tengok rumah teres alam impian kat shah alam tu, teres pun dah 400k++... tinggal hanya beberapa unit je lagi... kalau siap tu, mahu tak pegi 500k lebih... so, kerajaan kena la pertimbangkan cara lain untuk merancakkan lagi industri hartanah di negara kita... kan ramai pegawai2 yg duk di MOF tu boleh pk menda2 gini... kita ramai pakar di universiti2 yg boleh bg cadangan... berapa ramai lecturer dan juga player dalam indutri hartanah yg boleh bg cadangan??? ambik cadangan dan nilai balik utk gerakkan potensi hartanah untuk anak tempatan dalam memberi keuntungan ke atas industri hartanah ini...

smlm ada satu kes yg aku sakit hati... memendam rasa je rasa.... satu rumah ni nak jual... so aku willing la utk jual... dah setuju semua... oleh kerana rumah ni dah 5 bulan tak bayar installment dan akan di lelong nanti, aku advise utk rumah ni di jual dengan harga bawah market value.... so aku iklan la dengan harga yg sedikit rendah dari market value... dan smlm wife org ni call aku tanya ada org nak tengok tak... aku cakap la, ada sorg nk tengok sabtu ni... dan aku cakap la harga yg aku letak... terus cakap rendah nyer... geram nyer aku... bukan rendah sangat pun, dalam 5k dari market value je pun... lepas tu merayu dengan aku, nk suruh company aku bayar dulu installment rumah dia yg tertunggak tu... hello, soriii la... dah ada masalah, nak demand lg.. rumah tu dah lebih 5 tahun, so tak yah nk berkira nak dapat duit banyak sangat... lepaskan diri yg tersepit tu cukup la... dah la kawasan tu mmg banyak lelong... harga pun lebih 40% kurang dari MV... so aku just kurangkan dalam 5k pun berkira gak ke??? huhuhu... benda2 mcm ni la mematangkan aku... deal dengan pelbagai jenis ragam manusia... seronok kan... bermain dengan emosi, perasaan dan juga tindakan... jangan marah owner sekali2... sbb customer always rite... kita just bg advise sebetul2nya dan terpulang la pada owner nak decide... itu dah jadi kerja kita... so nak ke tak nak, kita cakap selebihnya terpulang la... yg penting cakap dulu....

hari ni ada beberapa kerja berkenaan rumah nk settle... lawyer nk update... huhuhu... ada gak la keje... sbb minggu depan tak der kat sini... byk kena siapkan kerja dalam minggu ni... so selamat bekerja pembaca2 blog jom2lelong.. semoga Allah mempermudahkan kerja anda... insyaAllah... ingt lelong, jom2lelong...okeh...



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578


p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, January 24, 2011

Pinjaman Kerajaan Beli Rumah

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword : loan government, pinjaman perumahan, loan gomen

alhamdulillah, smlm sempat ke rumah sepupu yg baru naik rumah yg baru di beli... bagus sangat2 sbb muda2 dah beli rumah sendiri... oleh kerana sepupu aku ni penjawat awam, maka semalam duk berbahas la dengan aku pasal gomen ni bagi 100% loan... aku mmg argue la pasal menda ni... ada ke yg bagi 100% loan... kesimpulan yg aku nak ceritakan di sini ialah, kerajaan akan berikan pinjaman perumahan bergantung kepada kelayakan... sebagai contoh, kalau kelayakan seseorang tu 200k, tapi harga rumah 190k, so dia akan dapat 100% loan... yang penting dalam snp tu, tulis kurang dari 200k still lagi dapat 100% loan... yg menjadi persoalan sebenarnya ialah, wang deposit 10% untuk di bayar mula2 beli rumah tu... wang 10% akan dapat balik nanti... ramai yg kurang faham, ia mmg 100% loan, tapi kita kena dahulukan duit kita 10% tu dulu kemudian akan dapat la balik.... meh aku bagi satu contoh yg mudah....

Harga rumah : RM 200k
Deposit 10% : 20k
Pinjaman : RM 200k...

1st, kita kena la bayar deposit 10% kan bersamaan 20k... lepas tu kita dapat loan yang di berikan oleh kerajaan sebanyak 200k... so, duit 20k tu akan diberikan kepada lawyer dan lawyer akan berikan kembali kepada kita sbb 20k tu kita dah bayar mula2 dulu... so, di sini kira 100% loan la... ramai tak perasan kot...

yang bukan jadi 100% loan plak mcm ni... sebagai contoh kelayakan kita 200k, tapi rumah yg kita beli 220k... so pinjaman kerajaan hanya bagi 200k je, lagi 22k kita kena bayar sendiri... tu baru bukan 100% loan... di sini juga aku letak senarai kelayakan yang terbaru di keluarkan oleh BPP... korang boleh rujuk sana... banyak kes yg aku kendalikan berkenaan dengan pinjaman kerajaan ni... mmg agak leceh dan pembeli mahupun penjual kena sabar sikit... proses tak rumit, sama je mcm pinjaman bank, cuma BPP ada satu additional prosedure... ini yg mengambil masa sikit... tapi walau bagaimanapun, ia tetap akan settle jugak... alhamdulillah, setakat ini penjual dan pembeli rumah menggunakan loan kerajaan berjaya walaupun ambik masa sedikit lama...

sabtu dan ahad lepas, weekend bekerja bg aku... sabtu pagi2 lg ke Linggi, N9.. ada kerja yg tak boleh tak pegi... then balik ke Pantai Dalam sbb rumah client ada masalah kebocoran paip yg kronik sampai mengganggu jiran2.... so terpaksa take action dengan segera... kemudian ke Gombak plak membetulkan paiping bilik air yg mana telah tertangguh sampai 10bulan... penyewa asyik ke London, Paris, Jakarta...berjalan aje... sampai hari satu tu pun aku terpaksa buat appoitment 2 minggu awal... tu pun, dia terpaksa rushing balik dari Penang semata2 nak tunggu aku datang buat paiping tu...

ahad plak, pagi2 lagi ke N9 jugak sbb ambik langsir client... sbb client aku duk jauh2, so aku kena la buat on behalf diorg... pagi beli langsir then singgah makan umah sepupu aku tu... then ptg aku beli peti sejuk plak.. semua untuk client aku... sempat gak aku ke sebuah pangsapuri nk jual di vista impiana seri kembangan... kat bukit serdang tu... then balik rumah lembik... weekend mmg memenatkan... tp inilah kerja aku, inilah motivasi aku dan inilah kerjaya aku... kepuasan yang aku dapat, tak dapat nak cakap dengan kata2.. hehehe... minggu depan, nk pi jalan2 di pantai timur dan juga utara... nak pi makan angin skit... nk relaxkan diri, nk cari idea2 yg bagus dan juga nak plan benda2 yg di luar kotak... kadang2 idea tu nampak remeh, tapi bila ia jadi...boommmm.... hehehe... minggu lepas, aku sibuk dengan presentation kelas.. alhamdulillah, dpat buat yg terbaik.. tq rakan2 dari sime darby kerana banyak membantu... minggu ni plak, dapat relax skit kerana minggu depan ada lagi presentation... insyaAllah bulan 3 ni, aku bykkkkkk sangat masa free... dan dan mencongak dalam kepala nk buat apa, nk pi mana dan mcm2 la...

by da way, aku dpat byk email dari rakan2 nk tahu pasal sub sales, pasal lelong dan sebagainya... mmg aku jarang update blog skrang, tapi email still aku bukak 24 jam, 7 hari seminggu, 365 setahun... so, email je... nanti aku reply..insyaAllah... dannn sapa2 nak jual rumah, boleh la hire aku untuk jual rumah yea... special rate aku kasi.. kepada yg rekomen pun, dapat la skit buat2 minum kopi... nak isi borang kat atas tu pun boleh, nk call terus aku pun boleh... mana2 je... ingt lelong, jom2lelong...okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, January 12, 2011

Barangan Tinggal, Barangan Dapat......

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword : inovasi, rumah tragis, teori

alhamdulillah, cabaran demi cabaran di tempuhi aku kali ni... seronok menghadapi cabaran2 yang sukar yg peluang hanya tipis... tapi selagi berdaya, tak salah kalau mencuba... menjadikan ia pengalaman amat berharga buat diri kita dan kepuasan usaha tanpa putus asa... FB @ facebook @ mukabuku... satu fenomena yang amat luar biasa terjadi... aku menyelidik benda ni... fb merupakan satu inovasi dari sistem yang sedia ada kepada sistem yang lebih baik.. walaupun ia mencuri idea org lain... peluang yang ada terus di manfaatkan... begitu juga Windows @ Bill Gates.... membuat inovasi dengan sistem yg juga sedia ada... ia bermula dengan kecil kecilan hinggalah ia berjaya hingga sekarang... kalau fb tu dulu bermula dengan puluhan server, sekarang sudah ada berpuluh ribu server.... betul pepatah, berjalan seribu batu itu bermula dengan langkah yang pertama... begitu juga dengan perniagaan dalam hartanah... tak mustahil ada org beli terus 2 3 property sekali gus - yg berduit ok... tapi yg sedang2 mcm aku, bermula dengan 1 dan 1 dan 1.... sedikit dan sedikit...

kisah tragis rumah lelong.. tragis ke? bg aku mmg teruk giler.... apa jenis manusia pun aku tak tahu la... kisah nyer begini, 2 3 bulan lepas client aku menang auction di FD.. so aku pegi la tengok rumah tu... mmg rumah tu cun habis... dan ada tenant yg duduk dalam rumah tu... so tenant nak keluar hujung bulan 12.. then sewa bulan 12 dia dah bayar kat client aku... so on 3rd jan, aku call la dia untuk dapatkan kunci rumah... katanyer, dia dah kasi kunci rumah kat owner lama sbb owner lama nak ambik pintu rumah tu... terkejut beruk aku... aku pun dah rasa lain... apa lagi, aku dah agak mesti grill dia cabut... so tak kisah la kalau grill di cabut... tapi bila aku pegi sana, bukan setakat grill je cabut, habis lampu, kipas, tombol semua di pecahkan... tak cukup dgn itu, tingkap kat toilet pun dia ambik.... aku geram giler rasa... aku plak yg naik angin... huhuhu.... kat box kat dapur tu siap grader lagi tu.... aku kategorikan org ni sebagai pencuri, perompak dan juga psyko... dia dah tahu rumah dah di lelong... dan dia sepatutnya tahu, segala hak dalam rumah tu ialah hak org lain.... dan apa yg dia ambik tu adalah hak orang... ini di namakan mencuri dan merompak barang orang.... aku cuba dapatkan advice lawyer untuk try buat legal action ke atas orang ini... aku try je la... tp client aku ni seorg yg cool beb... siap cakap dgn aku, tak yah panjangkan cerita Farhan... proceed je baiki... geram sungguh aku rasa...ni kisah barang2 kena rompak...

ini pulak kisah barang2 yg di tinggalkan oleh penyewa... baru2 ni, salah sorg client aku beli rumah sub sales... tenant rumah ni mmg liat betul nak bayar sewa... sampai aku berbulan2 duk kutip duit sewa... tapi tak penah bayar... dah akhirnya, client aku ugut dia untuk report polis sbb menceroboh rumah tu... client aku bagi tempoh 3 hari untuk clear rumah tu... dengan serta merta, hujung minggu tersebut kunci rumah tu sampai di tangan aku... dan aku masuklah check rumah tu... terkejut jugak la aku tengok rumah tu... banyak barang di tinggalkan... dengan katil queen, dengan wardrobe, dengan meja study dan pelbagai barangan.... aku mcm tak sampai hati plak.. then aku call la tenant tu, suruh dia ambik barang2 tu... then dia cakap, dia sedekah je la barang2 tu... sbb dia pun tak tahu dapat balik ke tidak di kL memandangkan dia berada di JB.... untung la si pemilik rumah tu... so, owner dah datang dari kedah untuk bersihkan rumah tu serta cat rumah tu... ok la mcm tu... so lepas ni ada beberapa benda yg kena baiki then masuk la
penyewa...

universiti dah bukak dan kelas pun dah berjalan.... kali ni, subject2 lebih tuff dan juga memberi tekanan yang amat kepada aku....honestly... banyak menda yg kena pk.... just nk sharing dengan semua pembaca, semester berikut nyer akan start pada bulan september nanti... so bila habis je sem ni bulan 4, student akan bercuti sakan.... mmg dalam sejarah malaysia ni cuti ipta selama 5 bulan.... dekat 1 sem daaa.... ni mmg confirm...... penyelarasan ini di buat bg mengikuti jadual di overseas.. so, as a student kena ikut je la... huhuhuhu...

apa itu strategic decision making??? membuat keputusan yang bijak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada orang lain dan diri sendiri... mmg sesiapa yg menjadi decision maker ini org yg berjawatan tinggi... kalau sesebuah syarikat tu, mesti at least MD or CEO yg buat keputusan.... contoh strategic decision making - kalau duk overseas, nak beli kereta ke atau nak sewa kereta??? kalau beli kereta baru, nak bayar installment bulan2 mahal.... kalau sewa kereta mcm mana? mungkin penyelesaiannya dengan sewa kereta... kerana boleh pakai baru selalu dengan bayaran sewa tak lah semahal bayar installment kereta baru... tapi kereta yang kita pakai tu adalah kereta baru.... mungkin benda ni ada di sesetengah negara sahaja bukan semua... mungkin di australia lain, di uk lain, europe lain.... tapi, pilihan ini adalah untuk menjimatkan kos dan juga mendapat keselesaan dengan max....

Teori

Sebut pasal teori ni, banyak benda yang boleh di persoalkan... kat sini aku nak cakap pasal satu teori yang mana mungkin satu kebetulan atau mmg betul.... cuba kita lihat, kat Mesia skrang ni kita ada ECER, NCER, Iskandar - ni untuk semenanjung.. ada jugak la Central Region... tapi dah establish so tak der la banyak di beri tumpuan... dalam 4 tempat ini mana yang lebih membangun???? Iskandar yang lebih membangun berbanding dengan yang lain... pelaburan yang masuk ke Iskandar adalah banyak dan kian bertambah.... teori ini mengatakan bahawa, seseuatu pembangunan akan berlaku dari utara dan turun ke selatan... sbb itu kita tengok di utara kurang memberangsangkan berbanding dengan selatan... kita boleh juga tengok conurbations di klang valley... cuba kita tengok di bukit beruntung berbanding dengan selatan seperti sepang or nilai... bukit beruntung mmg menampakkan kemajuan tetapi amat perlahan berbanding dengan sepang yang kian pesat membangun... kenapa aku cakap teori ni??? ini adalah salah satu teknik utk predict atau menjangkakan sesuatu yang berlaku pada 5 - 10 tahun akan datang... sapa boleh jangkan cyberjaya 10 tahun dulu dengan pokok2 kelapa sawit, kini kian berkembang pesat??? hartanah amat mahal dan kian mahal... bukankah ia berada di selatan conurbation klang valley??? ini just teori yang mungkin boleh di gunakan untuk membuat investment.... aku just sekadar berkongsi apa yang aku tengah belajar... insyaAllah kita berkongsi bersama...ingt lelong, jom2lelong..okeh...

Barangan Yang Di Tinggalkan






Rumah Di Kosongkan oleh 'Bekas Owner'

- time survey rumah dulu....

- skrang dgn besi2 di potong jual kot....

- tingkap pun di kebas.....

- semua kosong... mcm baru plak rumah ni...

- semua tombol kena tukar sbb di hancurkan....


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, January 4, 2011

Jangan Beli Terburu-buru

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword: jangan terburu-buru, kita adalah diri kita

alhamdulillah, smlm aku dah mulakan pengajian aku kembali... mcm budak darjah satu masuk sekolah... tapi kali ni lain skit rasa nyer sbb rasa mcm dah senior skit... hahaha... tapi still mcm budak2 lagi... smlm gak jumpa member2 yg sudah ada kerjaya sendiri... best bersembang dgn budak2 ni... luas pemandangan aku dalam bidang hartanah ni... one of my click tu cakap, skrang ni dah masuk 2nd stage property sector alami down.... yg byk effect ialah high end property and property yg berharga 'tinggi'.... margin 70% mmg memberi kesan yg agak ketara kepada pembeli rumah yg berharga tinggi ni... rumah teres tak banyak effect sangat... dan di awal 3rd quater mungkin akan menampakkan kepada kesan yg lebih ketara...kata member aku ni yg salah sorg org kuat kat GLC.... yg lawak lagi lucu, lecturer aku di lantik sebagai wakil perunding kepada PKNS... nak jadikan cerita, lecturer aku ni present projek kepada member aku nih.... hahaha... terbalik plak... nasib baik markah ok, kalau tak reject projek tu...hehehehe...

dont too confident.... yes, jangan terlalu confident dalam proses membeli rumah.... kes terbaru aku jugak pasal rumah yg org buat keputusan terburu2... aku mmg seorg ejen hartanah tapi aku juga seboleh2 nyer nk elakkan dari pembeli kerugian... sebagai mana biasa, aku akan advise pembeli supaya check loan dulu sebelum buat pembayaran deposit rumah... kerana apa? kerana kalau bayar deposit dan loan tak lepas, secara tak langsung akan burn deposit.... kalau tak pun, 50% akan burn... so, pembeli rugi... so, aku syorkan jangan la terburu2 nak bayar deposit... mmg la, as ejen aku nak je jual rumah cepat2... ko lepas ke, tak lepas loan ko punya pasal la kan... tapi, tak best la jual rumah mcm tu... nanti pun, kita jugak akan di refer... so, cakap awal2... berjaga2 sebelum kena... sbb dalam kes2 yg aku kendalikan, ada yg dah kena sampai 15k depsoit should be burn... but, lawyer dan juga owner bermurah hati untuk pulangkan deposit...tp ada gak yg burn dalam 4k... tu mmg kos2 yg tak dpat di elakkan... spt fee lawyer, liquidator dan sebagainya... so, minta tolong jangan terburu2 ok....

tahun ni perlu cargas dalam industri hartanah... bg aku, peluang kena rebut..tp ada jugak sekatan dan juga batasan... jangan melampau batas.. tahun 2011 sudah menjelma.... cepat sungguh masa berlalu...masa itu begitu cepat berlari, andainya kita hanya berpusing di atas paksi yang sama, berkitar dalam orbit yang serupa. Jika dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan kita lakukan perkara yang sama secara berulang-ulang, maka kita sudah jadi umpama robot. Begitulah kita, bila kehidupan sudah di canang oleh suasana di sekeliling.

Rutin kita seharian bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja, makan tengahari, sambung kerja, pulang ke rumah, makan malam, menonton TV dan kemudian tidur akan dilakukan setiap hari. Kita lalui ia tanpa jemu-jemu. Tanpa sedar kita lakonkan skrip perulangan ini dengan rela hati kerana kita berasa selamat di dalam acuan yang kita cipta sendiri. Zon selesa sudah menjadi kepompong kehidupan diri...

Berubahlah. Berubah dengan menambah. Apakah bahasa baharu, buku baharu, hobi baharu atau surah baru yang akan dihafal pada tahun ini? Apakah kita boleh menerima teknologi baru, jika bukan sebagai penciptanya, sekurang-kurangnya sebagai penggunanya?

Kalau kita menutup buku sebaik sahaja kita menyimpan skrol ijazah, kalau kita menutup hati sebaik sahaja kita melipat sejadah, maka kita akan jadi sama seperti orang lain di luar sana. Mereka di luar akan bercakap ~ bukan bertutur, mengagak ~ bukan mentafsir, mengira ~ bukan mencongak, kasihan ~ bukan prihatin dan pandai bertanya tetapi tidak reti menyoal. Kita jadi orang biasa di kalangan orang yang biasa.

Kreatifnya Allah Al-Mussawir, membentuk wajah-wajah manusia yang berbeza. Meskipun kita semua mempunyai dua mata, dua telinga, satu hidung dan satu mulut. Tidak ada satu pun wajah kita di antara berbilion manusia yang lain mempunyai yang serupa. Sehinggakan pasangan kembar pun ada perbezaan raut wajahnya. (Yang punyai wajah yang serupa hanyalah pelanduk!)

Oleh kerana tidak ada satu pun manusia yang sama seperti kita, sewajarnyalah kita menjadi insan unik. Punyai identiti, hasrat, impian, iltizam mahupun istiqamah yang lain daripada orang lain. Kita patut begitu kerana bukan orang lain. Kita adalah diri kita....ingt lelong, jom2lelong...okeh...

- nak jual rumah? - borang @ SELL YOUR PROPERTY di atas page ini.....

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..