Monday, September 6, 2010

iDea and make it happen...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, tinggal 4 hari je lagi ramadhan akan meninggalkan kita... cepat betul masa berlalu tanpa kita sedar... masa berjalan, kita walau sesaat pun tidak dapat untuk mendapatkan masa yang sudah berlalu... ramai di antara kita sudah berada dalam mood raya... ada juga yang dah balik kampung dan ada juga yang kena kerja... tetapi, hari raya tetap akan di sambut jua walau dengan apa cara sekalipun, walau berada di mana2 pun...

minggu lepas aku ke lelongan di Ng Chan Mau dan juga ke CIMB carnival di Hotel Istana... best sangat2... walaupun kalah, dapat berjumpa rakan2 satu perjuangan dan berkongsi idea mmg menarik... dapat hadiah, dapat beg dari CIMB... mcm2 boleh dapat..so datang la auction untuk tengok2 k... di samping tu ada jugak permainan, ada cabutan bertuah untuk pengunjung dan mcm2 la lagi... pukul 10 aku kat ng chan mau untuk lelongan satu rumah di kuala lumpur... oleh kerana aku kalah, terus ambik bank draft aku ke hotel istana plak.. kat sana ada lagi lelongan yang mana member aku handle... mana la sempat nak pegi ke dua2 tempat dalam satu masa.. sbb itu la kita perlukan network... alhamdulillah dah selamat register.... walaupun kalah jugak, tapi tak pe... kita cuba lain kali plak... kat cimb ni mmg meriah giler... pagi tu ada talk pasal feng shui... so ramai sangat org datang untuk dengar talk ni... aku tak sempat la nak dengar..aku sampai2 je dah habis.. lelongan pun baru nk mula... so boleh tengok gambar kat bawah tu.. kat ng chan mu harga 166k terus auctioner naikkan jadi 200k.. habis budget client aku... then naik la sampai 280k... MV dalam 300k.. sampai kat hotel istana, ambik sekeping 2 gambar, camera aku plak habis bateri.. dah sebulan tak charge... padan la habis bateri... huhuhu.. then ambik la pakai hp... kita ok la gambar tu...hehehe.. condo bukit oug dari 75k naik sampai 90k... tu studio.. kalau 3 bed aku tak tahu la naik sampai berapa... mungkin inilah lelongan terakhir sebelum raya ni kot... hehehe...

pernah tak kita terfikir waktu kita kecik2 dulu... waktu kita kecik2 dulu kita selalu bermain tak kira la lain layang2, panjat pokok, jadi ultramen, superman dan macam2 lagi permainan yang kita main... kita bermain apabila ia terlintas je kat fikiran kita... hari ni nak main superman... terus kita ambik kain buat jadi superman... benda yang ad-hoc terus kita buat... sama jugak, bila kita nak tengok satu pemandangan, terus je kita pegi cari pokok, kita panjat... kita tak pk dah sama ada kita akan jatuh ke, ada kerengga ke... yang penting kita nak panjat nak tengok pemandangan yang cantik... nak jadi tinggi... betul kan... mcm kita budak2 dulu.. kita panjat poko sbb kita rasa kita boleh panjat... kita boleh sampai tempat kita nak... kita usaha jugak... kita tak pk langsung soal jatuh ke, so sakit ke nanti.. nak turun tak boleh ke... tak penah kita pk... kita buat jeeee....tapiiii.... bila kita dah besar ni kan... semua sudah berbeza... banyak yang berbeza.. sbb kita dah boleh pk benda yang elok dan tak... mcm kita kurang cemerlang dalam exam, so kita pk mmg kita tak leh buat... sebenarnya, kita boleh... kita boleh usaha lagi kuat... kalau kita nak, mesti ada cara... sama jugak mcm nak mulakan bisnes, semua org cakap jangan buat high risk... kalau tak berjaya mcm mana, kalau gagal mcm mana, nak makan apa nanti? makan pasir? makan daun?... so, hati kita dah down... tul tak? tapi kenapa KALAU? kalau kita ubah jadi mmg berjaya nanti mcm mana? kalau kita tak cuba kita tak tahu... usaha dulu, baru kita tengok hasil... sama jugak dengan kalau kita ada idea yang ckup bernas, tapi kita tak tahu mcm mana nak mula... kita tak tahu mcm mana nak buat... but kita yakin idea kita ni mmg terbaik.. tapi kita hanya pendam dan pendam dan tersimpan rapi... bila ada org lain yang membuat satu idea yang lebih kurang mcm kita, baru la kita sedar... kenapa la aku tak buat dulu? kenapa la aku start mcm dia dulu? dan dalam fikiran kita bertanya kenapa, kenapa dan kenapa... apa membezakan idea yang kita ada dengan org lain? berbeza dalam ACTION... org lain take action tapi kita hanya memendam... itu beza nyer... cuba kita time tu kita jadi budak2... kita ada je idea, terus je kita buat... mesti kita jadi org yang take action kan... sbb kita yakin kita boleh... walaupun kita dewasa, kita pernah jadi budak2 yang mana kita pernah buat benda ad-hoc je.. tapi kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama skrang? keyakinan kita ada pada diri kita.. we have strongly believe... tak terlambat untuk kita mulakan sesuatu yang kita percaya... we just need to have an idea and make it happen...

insyaAllah, dengan usaha dan tawakal tiada yang mustahil dalam segala perkara..ingt lelong, jom2lelong..okeh..





- pemenang ke depan



- duit tu..banyak betullll

- ramai betul org kat hotel istana



- gift from CIMB

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

2 comments:

en_me said...

kamera handphone pown chantek bro.. ehehe

selamat menyambut aidilfitri..

Jom2Lelong said...

re en_me : terima kasih.. selamat hari raya...