Wednesday, September 22, 2010

Kadar pembiayaan rumah kekal 90%

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Bagi memastikan golongan muda dan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri, kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan pembiayaan rumah kepada 90 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pembiayaan rumah itu kekal untuk pembelian bagi rumah pertama dan kedua sahaja.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak berhasrat mengurangkan kadar pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus pada masa ini.

"Bagi pembeli yang sudah memiliki beberapa buah rumah dan berhasrat untuk membeli rumah lagi, kemungkinan jumlah pinjaman akan dikurangkan kepada 80 peratus sebagaimana dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan BNM yang mahu mengkaji semula cadangan supaya bank-bank tempatan mengurangkan pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus.

Namun, cadangan itu mendapat bantahan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat ia akan menjejaskan peluang golongan muda untuk memiliki rumah.

Malah, ada gesaan supaya BNM menangguhkan cadangan menurunkan nisbah pinjaman berbanding nilai (LVR) pajakan sesuatu hartanah kepada 80 peratus.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil sikap terbuka berkenaan cadangan untuk membenarkan ringgit diniagakan di luar pesisir, 12 tahun selepas ia dihentikan. Ringgit kini diniagakan pada paras tinggi dalam tempoh 13 tahun pada RM3.10 berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Ringgit kita mengukuh seiring dengan asas-asas ekonomi yang menggalakkan dan ini tidak menyebabkan sebarang kesan teruk pada perdagangan dan pelaburan ke Malaysia," kata Najib.

Beliau berkata, kerajaan akan mengambil beberapa langkah serta mengkaji secara mendalam sebelum rancangan ringgit diniagakan.Katanya, kerajaan sentiasa berhati-hati dengan langkah tersebut agar kesan krisis kewangan 1997 tidak berulang di samping menjejaskan nilai ringgit yang dilihat begitu kukuh ketika ini.

sumber : Utusan ; 22 Sept 2010

sama la mcm aku cakap post sblm ni... hehehe... ingt lelong, jom2lelong.okeh..


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

1 comment:

ibr said...

bila EFFECTIVE ni bro...