Wednesday, August 11, 2010

Strata Title Act

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sempat jugak kita bertemu dengan bulan ramadan... sempat lagi kita bersama2 menunaikan ibadat puasa tahun ini... semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. insyaAllah....sebelum puasa smlm, banyak benda yg aku settlekan... dan ada jugak perkara yang buat aku gembira... seronok sangat... bukan apa, claim kat bank sejak tahun 2008 smlm baru dapat... imagine la bertahun tunggu, akhirnya.... boleh la buat bayar deposit rumah baru nak beli nanti...hehehee... dah letih nak follow up dah, tapi bila dah settle..puas la rasa...

kebanyakan dari kita termasuk aku banyak membeli rumah atas... maksud aku rumah apartment, condo dan sebagainya... kat sini aku nak kongsi sikit pasal yg aku tahu tentang rumah jenis ni... aku ceritakan di sini pasal pembelian rumah baru... yg baru nak buat atau dalam construction.... apabila kita beli rumah tu, jangka masa nak siap mungkin dalam 2 atau 3 tahun.. bergantung la kepada pemaju... once siap je rumah tu, pihak2 berkenaan akan memeriksa rumah tersebut... tapi bukan diorg ni bukan memeriksa semua rumah, hanya rumah yg di tunjukkan oleh pemaju sahaja yang di tengok... so ada la isu yg mengatakan kualiti rumah yg rendah... sbb nyer apa? sbb nyer pihak pemaju hanya tunjuk rumah yg dah diorg buat cantik2 untuk para pemeriksa ni... cuba kalau pemeriksa ni datang dan pick random nak check rumah mana2... baru la pemaju akan prepare all out... tapi hakikat nyer bukan mcm tu.... bila dah siap semua check itu ini, keluar la CCC...dulu panggil CF... ok kat sini pihak pembeli boleh start monitor... monitor apa? monitor untuk dapatkan strata title... 6 bulan pertama selepas keluar CCC, pembeli boleh follow up dengan pemaju sama ada diorg dah apply ke belum untuk strata title... kena follow up... then dalam tempoh 12 bulan dari tarikh CCC keluar, pihak pemaju hendaklah memanggil untuk JMB meeting... kalau pemaju tak buat, pembeli boleh saman pemaju... tapi, kena tengok jugak kalau nak saman..mungkin ada masalah lain yg menyebabkan tak leh di adakan meeting... mungkin pihak pemaju dah panggil meeting tapi tak der respon ke, tengok la apa isu yg keluar... pihak pemaju tak ada alasan langsung kalau tak buat menda ni... korang boleh rujuk kepada Act 318- Strata title Act, 1985 / Act A1290 Amendments 2007.... walaupun rumah tersebut hanya terjual dalam satu blok tu 1 rumah sekali pun... diorg kena buat gak permohonan untuk dapatkan strata title... so selepas keluar strata title, dalam tempah 12 bulan selepas itu, pihak pemaju hendaklah pindah milik kepada pihak pembeli... so pihak pembeli under JMB akan menguruskan apartment atau condo tersebut... tapi, ada gak timbul masalah bila pembeli tak nak uruskan... tak cukup corum bila buat meeting... so JMB tak leh nak tubuh... selalunyer pihak pemaju akan menguruskan selagi JMB belum ditubuhkan.. di sini aku ada slide untuk korang baca... lebih kurang 80 slide... tapi very informative...boleh nak download dalam PDF ke, ppt ke...
DI SINI ... kat sini gak ada terangkan pasal singking fund, maintenane charges, JMB, BMA, BMF, DISSOLUTION OF JOINT MANAGEMENT BODY dan ada lagi... so boleh la baca... nanti kalau dalam meeting JMB, korang tahu pasal ni... so kalau nak memperbaiki pihak pengurusan, boleh la rujuk kepada act yg ada dalam slide tu k... insyaAllah, ia boleh membantu... ia di tulis oleh Lee Swee Seng seorg peguam dalam undang2..

skrang ni kat malaysia kita tahu, kalau strata title je, mesti rumah atas kan... kalau rumah bawah mesti individual title... betul tak?.. aku pun sama gak.. tapi amendments terbaru on strata title act menunjukkan bahawa, kalau rumah tu gated, so boleh keluarkan landed strata title... sebab apa? sebab rumah tu gated mcm condo gak then ada maintenance fee... so pihak pembeli kena bayar maintenance fee lagi, cukai taksiran lagi.. so kat sini, pihak pemaju boleh mintak kurangkan bayaran kepada pihak PBT untuk cukai taksiran bg pembeli... sejak akta ni di ubah, di WP terdapat 2 buah projek yg di berikan land strata title dan selangor belum ada... yg dalam proses pula WP - 9, selangor 2... salah satu nyer yg dah dapat ialah kota villa, bukit ledang KL... tapi kebanyakan yg mintak ni rumah yg harga juta2... hari ni posting main akta.. sbb aku rasa kita kena paham betul2 pasal akta ni untuk kita tak mudah di tipu dan kita tahu segala prosedur... sbb kebanyakan kita tak tahu... aku sendiri pun sebelum ni tak tahu... dan aku masih belajar untuk tahu semua ni... mmg kita tak boleh faham dalam sehari, tapi kita cuba la untuk tahu...


ada org tanya, berapa kali kita perlu cuba untuk mencapai sesuatu ekk... soklan ni mcm soklan kebiasaan org tanya kan... budak2 pun tanya, org dewasa.. kalau kita fikir, usaha ni bergantung kepada masa yg kita ada...faktor kewangan, keagamaan, sosial dan mungkin faktor2 lain... tapi sebenarnya TIDAK ADA HAD bagi kita untuk terus mencuba untuk berjaya... cuba kita lihat, semasa kita bayi, berapa kali kita memberi peluang untuk diri kita belaja berjalan? sekali, 2 kali, 5kali, 10 kali, 100? 1000? 5000? tak ingt dah... mmg kita tak ingt... tapi kita boleh mencongak kalau sehari tu jatuh lebih kurang 50 kali, kalau dah berbulan2 berapa? jawapan nyer tak der had kan... bila bayi jatuh, dia belajar kesilapan dan bangkit semula... bila dia sakit, dia menangis dan di pujuk... dia behenti seketika... tapi dia terus mencuba dan mencuba... dari memegang dinding dia berdiri, kemudian berjangkit ke kerusi.. perlahan2 dia berjalan dan jatuh... bangkit lagi pegang kerusi... jalan lagi... bila mak ayah sedara tengok, semua hepi... sedikit demi sedikit kemudian kita boleh berjalan tanpa memegang apa2... kita tak pernah putus asa kan... tidak pernah ada bayi yg berputus ada di atas di dunia ni... betul tak? bersetujukah kita dengan ayat ini? nampak nyer kita dari kecik lagi tidak pernah putus asa... dalam diri kita dah ada dah sifat tu.. kita sudah memendam lama dah sikap tak penah putus asa... dalam diri kita sifat itu ada, tapi mungkin kita lupa... mungkin kita sudah alpa sbb itu dah lama berlaku... tapi walau bila, walau masa sudah berzaman sekalipun, sifat itu tetap ada dalam dirii kita... insyaAllah...


segala apa yg aku tulis di atas tu, jika ada salah silap boleh la comment atau email kepada aku... aku pun masih lagi belajar untuk memahami semua ini.. selamat berpuasa....ingt lelong, jom2lelong..okeh...





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

3 comments:

kambingselam said...

salam...
aku try bukak PDF file yg kt atas tu x bleh laa...yg hg ckp pasal singking fund, maintenane charges, JMB, BMA, BMF, DISSOLUTION OF JOINT MANAGEMENT BODY.. bleh bg document tu tak..email kt aku pun bleh..kambingselam@yahoo.com.

Thanks ;)

Jom2Lelong said...

re kambingselam : boleh je beb... tu bukan pdf, tapi ppt.. nanti nak convert ke pdf pun bolehh...

khairi said...

Terima kasih. sangat informatif..aku memang tengah carik maklumat pasal JMB nie sebab apartment aku beli lelong takde JMB..maintainance tak terjaga