Thursday, August 12, 2010

Mana duit selenggara?

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, aku nak mencoret lagi.... hehehe... smlm aku ada post pasal JMB tu kan... so hari ni ada kes di kepong, suria magna ni... so dalam slide tu ada la sebut pasal COB... so, JMB dlm bi @ BPB dlm bm bertindak dengan betul mengadu kepada COB... COB mmg berkuasa penuh dalam penyelesaian berkaitan pemaju dan juga penduduk...boleh la baca slide tu... ingt lelong, jom2lelong..okeh...

Harian Metro 12/08/2010
Mana duit selenggara?

KUALA LUMPUR: Setahun berlalu selepas penyerahan kuasa mengurus bangunan dari pemaju kepada Badan Pengurusan Bersama (BPB) Flat Pelangi Magna dan Suria Magna, di sini, namun ia tidak banyak membantu mengurangkan masalah dihadapi penduduk. Terbaru, lebih 200 penduduk terpaksa berdepan isu sama, antaranya masalah lif sering rosak, kebersihan dan paling utama bekalan air serta elektrik kerap tergendala. Pengerusi BPB Flat Pelangi Magna, N Arjunan, berkata kegagalan pemaju melangsaikan tunggakan terdahulu kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyebabkan mereka terpaksa menanggung akibatnya. “Ketika penyerahan kuasa pada 1 Oktober tahun lalu, sudah dinyatakan dengan jelas pemaju tidak akan menyerahkan liabiliti kepada BPB termasuklah tunggakan bil air pada Syabas dan lain-lain, sebaliknya mereka perlu memulangkan kutipan deposit yuran penyelenggaraan berjumlah lebih RM100,000.

“Bagaimanapun, kita tidak memperolehnya. Malah, pada 19 Jun lalu, penduduk terputus bekalan air dua hari selepas Syabas menjalankan operasi memotong bekalan kerana tidak menerima bayaran, sedangkan penduduk menjelaskan yuran penyelenggaraan seperti biasa.“Apabila perkara ini dilaporkan kepada Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, barulah pemaju menjelaskan hutangnya kepada Syabas bernilai RM32,000 bagi Flat Pelangi Magna tapi dia masih berhutang kepada kita sejumlah kira-kira RM40,000 (caj penyelenggaraan keseluruhan). “Itupun, bagi Flat Suria Magna kita terpaksa mengumpul dana sendiri dan mengutip yuran penyelenggaraan daripada penduduk untuk membayar RM11,000 kepada Syabas. Selepas itu barulah bekalan dikembalikan,” katanya ditemui di sini, semalam.

Arjunan berkata, pihaknya sangat berharap pemaju menyegerakan pembayaran penyelenggaraan yang dijanjikan selain bayaran caj pembaikan lif dengan segera bagi membolehkan BPB menjalankan tugas dengan baik, khususnya mengelak berdepan masalah serupa berulang kali. “Kita pernah utarakan perkara ini kepada pemaju, tapi alasan diberi mereka ramai penduduk tidak membayar yuran penyelenggaraan menyebabkan mereka terpaksa ‘menukarnya’ dengan tidak menjelaskan hutang RM40,000 itu kepada pihak BPB.

“Kalau terus begini akan lebih memburukkan keadaan kerana kita tak mahu masalah sama berulang, apatah lagi dana pembiayaan tidak mencukupi dengan penduduk semakin enggan membayar yuran penyelenggaraan,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kepong yang juga Penasihat kepada BPB dua flat berkenaan, Lau Hoi Keong, berkata beliau percaya masalah itu mampu diselesaikan jika pemaju menjelaskan lebihan bayaran mengikut apa yang dipersetujui kedua-dua pihak.


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

No comments: