Tuesday, March 23, 2010

Sakit Hati tapii Gumbira....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu lepas banyak betul aktiviti aku... menarik dan juga hiba serta terkilan... bab terkilan ni, aku rasa dalam dunia real estate ni mmg kena terima... aku masih setahun jagung dan masih lagi perlu banyak belajar... minggu lepas, aku ada bawak tenant nak sewa rumah... bila aku sampai di condo tu, pak guard yang baik dengan aku tu cakap..'Farhan, nak gi rumah tu ke?" aku cakap, betul la tu... pak cik ni tahan aku.."Farhan, sekejap.." "Kenapa"... pakcik tu cakap kalau tak silap rumah tu dah ada org masuk pagi tadi... ye ker... aku pun tengok dari luar... ye la pakcik, dah ada org... tu aku tak kisah lagi.. yang aku tak tahan, banner aku.... aku gantung baik nyer banner aku, tapi aku tengok kesan tali kena potong... then ada banner cha ya nun alif kat balkoni... banner aku dia potong, then letak banner dia... siutttttttttt... mmg aku geram nak mampus.. dan aku rasa agent ni, agent haram sbb dia tak der nak letak nama company ke apa.. just letak no tepon... itu aku rasa la... sbb tu la sejak 2 3 hari lepas tak der org call aku pasal rumah nie... tak per, nak main kotor... kita boleh je nak buat jahat... tapi kalau pk, berbaloi ke nak buat mcm tu jugak? org jadi jahat kita pun ikut sama jadi jahat... kita as org Islam kena faham, biar la di dunia ni kita sabar, tapi akhirat kita bahagia... insyaAllah... mmg bila aku balik dari rumah tu, aku terpk dalam kepala aku...kenapa la jadi gini... aku menung diri aku sendiri..tak per la, aku pk ini salah satu pengajaran lepas ni.. so kalau lepas ni tahu la cara nak counter benda ni..so kena la cegah awal2... sejak beberapa tahun ni, ni la kali pertama terjadi pada aku... sebelum ni, aku baca org lain kena, tapi skarang aku plak yang kena... huhuhu.. mungkin ada sbb.. mmg aku akui, aku terlepas 2 3 ribu, tapi sabar la... mungkin rezeki aku bukan kat situ... aku pujuk diri aku.. time balik tu aku teringt ada kupon utk basuh keta yang belum aku redeem, so aku ke pusat cucian keta utk basuh keta...then time duk tengok2 org basuh keta, dapat sms... "Farhan, can u sell my prop? aku pun jawab la, "sure, no prob..."... mmg aku terkejut betul tengok alamat prop nie... kalau la terjual, mmg aku achive target aku tahun nie...hehehhe.... tapi, aku kena check MV dulu mcm mana pun... rasa terkilan tukar jadi rasa hepi ptg tu...alhamdulillah....

minggu lepas jugak aku ada beberapa appointment yang berkaitan dengan hartanah dan juga tidak... sorg ni dari 3 minggu lepas lagi nak jumpa aku... salah sebuah rumah yang aku nak jual dah terjual, cuma belum aku delete listing dalam web... so, dia ingt masih lagi ada, tapi dah tak der.... so dia nak jumpa jugak aku... sbb hujung minggu hari tu aku ke Terengganu dan Kelantan, so hari jumaat lepas aku jumpa dia... first ayat dia, "Tak ramai Malay buat Real Estate".... dalam hati aku, mmg ada sebenarnya tapi tak ramai.... banyak benda yang di sembang... walaupun dia tak dapat rumah tu, dia masih berharap nak rumah di kawasan tersebut... mamat ni humble giler... mmg rumah yang dia nak tu harga dekat 300k... walaupun dia dah ada dah 5 biji rumah di kawasan yang sama, tapi nak tambah lagi dan nak kasi kat kawan2 dia... mamat ni bukan sahaja freelance investor, malah ada beberapa syarikat... aku pun tanya la, mcm mana nak buat bisness... mcm mana nk mula... dia ada bg tips, antaranya jgn mulakan bisnes dengan wang banyak... cara dia bercakap mmg best dan respect aku walaupun 1st aku jumpa dia... di antara hartanah yang dia ada.... baru beli Mont Kiara bernilai 550k beli 2 bijik... kat KLCC ada sebiji dengan sewaan RM4500 kontrak selama 2 tahun... giler best....... walaupun bercakap ttg hartanah, pasal network juga di tekankan... aku suka betul bila di rekomen dgn beberapa org yang 'kuat' di bank... bukan calang2... time aku nak jumpa dia ni pun aku takut jugak sbb level aku mana je... takut jugak la... tapi aku nak jugak jumpa sbb bila lagi nak cuba... then aku dapat la beberapa benda yang aku rasa berbaloi... banyak menda yg aku dapat pk, dapat kaji dan dapat buat kesimpulan........BERANI............

hari ahad smlm ada beberapa appointment sampai la malam... ptg tu aku g pecah rumah di bangi... mmg mencabar habis... walaupun 4 org pegi sana, ambik masa jugak utk pecakkan pintu grill... sbb grill dia pad lock dari dalam... dan bukan sebarangan pad lock... pakai cutter pun tak berapa nak jalan.... dan plan C la.... hahahahhaa.... sampai dalam kul 5.15 then kul 6 baru dapat masuk rumah... mmg rumah cantik... sampah tu biasa la... free gift - fridge...ekekeke.... cuma minor repair je... kawasan ni sewa mmg best... aku pun teringin nak ambik.... sehari siap la rumah ni kalau di bersihkan... nanti layan la gambar kat bawah tu k... lama gak tak der gambar dalam post aku nie... heheheheh... rumah ni baru je menang hari sabtu hari tu dengan RP.... terkejut jugak aku, RP ke nie... hahahaha... best best... mmg kena cari rumah mcm ni... org yg tak ramai tahu... tapi utk investment meletupppppppp.... hehehehe...

Setiap pencapaian kejayaan sentiasa bermula daripada salah satu pendapat atau idea yang melintas di dalam otak... manusia tanpa idea selalu menunggu pendapat org lain... jika anda tenang dan dapat berfikir dengan baik, pastilah idea2 baru akan berkembangg...setiap org yang ingin berjaya, yang ingin mengubah hidup tidak semestinya datang dari keluarga yang kaya2... anda juga boleh menjadi org yang berjaya jika anda ada semangat dan juga kemahuan dalam hati.... satu cerita.... Sir James Horlick telah memulakan penghidupan sebagai seorg penjual barang2 umum... tiba2 beliau mendapat satu idea baru untuk membuat minuman baik yang mengandungi vitamin.. minuman itu boleh menggantikan makanan lain.. beliau membuat percubaan dengan susu kering, tepung gandum dan barli... apabila beliau cuba menjual kepada org ramai dan org jual ubat, beliau gagal mendapat perhatian...satu hari, beliau berbual dengan seorg rakan karibnya yang bekerja sebagai ahli kimia..beliau mendapat tahu bahawa seorg pesakit tidak lalu makan... Horlick menberi keterangan dengan minuman yang dibuatnya... akhirnya ahli kimia tersebut menyuruh pesakit tersebut minum minuman tersebut sebagai ganti makanan... selepas seminggu, kesihatan pesakit tersebut semakin pulih.. perlahan2 minuman Horlick menjadi perhatian... hari ini, nama Horlick terkenal di merata dunia... untuk berjaya, mmg kita tak boleh lari dari gagal, tidak mendapat perhatian dan di tolak... itulah di antara dugaan dan juga cabaran dalam dunia perniagaan... tetapi, tetapkan azam dan bulatkan tekad, insyaAllah kita akan berjaya... ingt lelong, jom2lelong...okeh...



















p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


5 comments:

sourplum said...

klu da rezeki tu ade nye..
xyh dngki2

Jom2Lelong said...

re sourplum : insyaAllah, kalau dah rezeki tak ke mana...

Anonymous said...

haha.. macam tikus membaiki labooo... sorang mandur dok peratikan kuli buat kejer... yea yea..!!

Jom2Lelong said...

re Anonymous : mcm aku kenal je sapa yg menaip tu... hahahahaha..

Anonymous said...

haha.