Thursday, March 25, 2010

Cerita Membeli Rumah Lelong

Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, skrang ni rumah lelong banyak mendapat sambutan... tak kira la dari peringkat rendah mahupun yang dah berpangkat... bergantung kepada budget mereka... ada yang beli landed, ada yang beli low cost dan ada juga beli resort... smlm aku berjumpa dengan banker.. ada satu kes ni mmg rasa kesian... aku dengar pun rasa sedih... makcik ni keje nyer jual goreng pisang.. kalau nak pi putrajaya, boleh la singgah kalau nk beli goreng pisang tu kat uniten... makcik ni jual kat sana... makcik ni beli auction property yg berharga 190k... time nak masuk ni, aku tak tahu la mcm mana mak cik ni boleh masuk... agent yg menguruskan auction makcik ni org tuttttt... then bila makcik ni menang dengan 190k, makcik ni nak buat la loan... tapi nama makcik ni je dalam kontrak tu... agent tu cakap boleh buat tak der masalah.. bg kontrak je kat bank then bank proceed... then, bila sampai bank, mmg bank tolak bulat2 la permohonan makcik ni... last sekali sampai kat banker aku... ni kira bank yg ke berapa makcik tu pegi aku tak tahu la... banker aku cuba tolong dengan membuat pinjaman dengan menggunakan sedara yang terdekat... ingt, kalau kita nak buat loan, hanya ibu @ bapa @ suami @ isteri @ abang @ adik sahaja yang dibenarkan... ipar2 mmg tak leh... so makcik cuba mendapatkan ipar dia... mmg tak leh... so, kena jugak cari saudara terdekat... so loan application pending kat sini.... yg aku kesalkan, agent tersebut... di mana agent tersebut???? dah dapat duit komisyen terus blahhhhhh.... then dapat lagi duit dgn pembida.... bila ada masalah mcm ni agent dah hilang mana dah... call pun tak angkat, sms pun tak balas... ye la sbb dah dapat komisyen... aduhhh.... so hati2 la rakan2, pembaca blog aku, investor2 dan sesiapa sahaja yg ingin membeli rumah lelong dengan agent... kalau ada sedara mara yg nak beli dgn agent, tolong la bgtau menda mcm ni ok... jgn sebelum auction cakap boleh2, tapi lepas auction jadi lain plak... bahaya mcm tu... makcik tu kalau tak dapat bayar cash, dia rugi dalam rm9500... nasib baik 5% je auction.. kalau 10%??? tu belum tambah bayar agent tu... tak yah la aku cakap berapa dia bayar... tapi banker aku ada cakap berapa dia kena.... kesian betul aku rasa....

aku as agent rasa kesian betul kat makcik nie... kalau aku, aku akan suruh client aku utk check dulu komitmen kat bank.. berapa dia boleh pegi... kalau ada prepare cash, lagi bagus la.... jgn simply2 nak masuk auction... ke 2, budget... berapa budget... kalau MV dah takat tu, bid takat MV je.. jgn lebih sbb kalau lebih nanti kena kuar cash lagi... so beware benda2 mcm nie... aku doakan makcik tu dapat settlekan loan application atau dengan cara lain... insyaAllah....

awal minggu ni jugak rakan perniagaan aku dah move selangkah lagi... berani mengambil risiko... walaupun dia salah sorg BOD yang boleh di kira gaji yg best, tapi dia akan bukak perniagaan sendiri.... ye la, sampai bila nk keje bawah org... walaupun BOD, company tu bukan dia punya... sampai bila? minggu ni dia dah mula merangkak.. merangkak mencari sesuatu yg selama ini dia idamkan... aku doakan dia berjaya dengan perniagaan yang akan di buka tak lama lagi... insyaAllah... dan hari ni, aku dapat mail yang menyatakan tempat perniagaan tersebut telah dapat dengan kadar sewaan yang agak murah...alhamdulillah... selagi kita boleh tolong, kita tolong sedara sesama Islam kita.. kita bersaudara... tahniah aku ucapkan... aku tahu, kadang2 dia baca jugak blog aku yg tak seberapa ni... kalau dia baca, aku harapkan dia teruskan perjalanan yang masih panjang ini... dalam perniagaan biasa la, ada turun dan naik.. modal, marketing, strategi dan sebagainya... network amat penting... insyaAllah, aku rasa kawan aku ni banyak network dan dia boleh... yakin ok... kesabaran dan ketabahan serta ketenangan amat penting dalam perniagaan... cabaran yang datang mmg tidak pernah kita duga... sama juga dengan rezeki yg kita dapat, tidak terfikir dek akal kita... kadang2 kita di atas, kadang2 kita di bawah... waktu kita di atas jgn di lupakan daratan yang luas tempat kita berlari dan melompat, time kita di bawah jgn dilupakan langit yang tinggi yang sentiasa memayungi kita siang dan malam...anugerah Allah yang sentiasa buat kita berfikir dan terus berfikir.. ingt lelong, jom2lelong...okeh....


p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578



FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


5 comments:

Anonymous said...

farhan : orang meniaga pisang goreng ni lagi kencang pendapatan dia!!
contoh macam kat seksyen 4 bangi ni... pergh.... masyuuk-masyuukk... kepada makcik tu, bawa-bawa laah besabar..
suka dengar ada kawan-kawan yang berani ambil risiko untuk memperolehi kebebasan kewangan..!

sourplum said...

sian mak cik tuh

Jom2Lelong said...

re Anonymous : mmg kencang pendapatan dia...mmg aku akui... tapi tak tahu la di mana silap dia sampai bank susah bg loan....

Nusin Bin Ahap said...

memang makcik tu mampu.. tu pasal dia nak bid. cuma orang yang urus tu jer masalah. memang kesian makcik tu. tapi kalu sebelum tu bank statement dia duit kuar masuk banyak mesti bank layan kan.. apa pendapat kau farhan? biasanya macam tu kan..

Jom2Lelong said...

re syen : aku tak sure la duit kuar masuk dia banyak ke tidak.. kalau byk, sure bank layan tu...