Wednesday, March 3, 2010

Lawyer bank yang amat 'laju'...........

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari ni dapat la jugak aku settlekan beberapa kerja yang penting bagi aku dan juga bagi client. pagi ni aku ke serdang utk buat dokumentation pasal TA... selesai di serdang aku ke pejabat lawyer... mmg smlm aku dah buat appoitment utk jumpa lawyer... tapi mungkin bukan rezki aku, lawyer tak sihat dan aku jumpa anak buahnya... aku nk jumpa lawyer sbb aku nak tahu status rumah aku yg beli auction..apa nak buat bila claim yang dah bertahun tak dapat??? apa nak buat ekk...

apa yang aku buat? sbb menda ni dah lama dan amount boleh tahan jugakk la... amount ni adalah payment maintenance yang dibayar dan di claim balik kat bank... so bank tak bagi2 lagi duit tu... apa yang aku buat, aku ambik reference number file, no tepon lawyer bank dan juga no tepon personal incharge bank. aku personally call.. bila call apa lagi, aku kasi la ayat2 'cinta' sikit... baru la tergagap2 cakap.. aku bagi tempoh.. benda ni kita boleh cakap je, then kita tgk action lepas ni... oleh sbb dah masuk tahun ke 2... mana la tak geram... sakit hati aku... tadi mmg 2 lawyer kena belasah dengan aku... next week, kita tengok mcm mana, kalau belum ada action, lagi best la ayat2 'cinta' aku keluar...hehehe... yang aku rasa menyampah sangat call lawyer bank ni ialah bermacam2 alasan dia kasi... geram betul... cuma tadi aku dapat call person in-charge kat bank, aku cakap no fail then dia cakap dah bg 2 feb lagi... aku cakap lawyer cakap tak dapat pun... terus dia call lawyer tu, then call aku balik... siap cakap lagi, kalau lawyer tu tak bagi paling lambat hari isnin, call dia balik... baik nyer kaw-tim... puas hati aku... geram giler rasa...

tambah geram aku hari ni si tenant.. wahai tenant, ko nk masuk rumah ke tak nak... duit deposit dah kasi, kenapa la aku tepon ko tak nak angkat.. ko tak nak ambik kunci ke... aduhaiii, aku plak yang susah hati... dari pagi sampai la mlm ni aku try call tak angkat2... bg msg tak balas2.. tak tahu apa nak buat dah... tunggu je la dia call... kalau tak call jugak, aku akan pk kemudian... harap2 dia ok la... tenant bangi aku plak aku ucap terima kasih la sbb bersabar dengan kerosakan bangunan tu... akhirnya kontraktor PKNS dah baiki bangunan... alhamdulillah... aku mmg kesian kat dia.. bulan2 tak miss bayar sewa... syukur aku dapat tenant mcm dia nie... apa2 pun terima kasih En Is... boleh di katakan hari2 aku dapat call...call masuk utk sewa rumah, beli rumah lelong, beli rumah sub-sale dan sebagainya... cuma hari ni ada satu call pasal TA... direct cakap dgn aku nak tempelete TA... aduh,.. aku cakap la, TA aku utk client aku sahaja... kalau nak, kena sedikit bayaran... terus dia cakap, tak membantu langsung.. geram nyer aku... kalau mamat ni baca blog ni aku nk cakap... TA yang aku buat bukan copy mana2 TA di dunia nie... aku tak der nak copy then buat TA tu... TA aku buat, aku ambik dari beberapa sumber malah aku compresskan TA tu menjadi lengkap dan seimbang di antara tenant dan tuan punya... aku dapatkan advise lawyer utk TA tu... bukan sehari dua aku buat, malah minggu... untuk client yg aku hanlde utk sewa rumah, mmg aku bg free je TA ni sbb dah masuk dalam sebulan sewa... tapi, aku akan tanya apa syarat yang tuan rumah nak masukkan... bukan semua TA sama... sama sekali tak sama sbb tuan rumah ada yang nak syarat yang berlainan... malah aku akan bagi kepada tuan rumah utk baca dulu sebelum aku finalizekan TA tersebut... jgn ingt aku buat main2 je dengan benda tu... sorry, aku mmg particular about this... dan kepada org tu, aku siap bg cadangan lagi suh cari kat internet, berlambak TA yang free... so, edit je la... tak adil kepada client2 aku sbb diorg dapat benda yg sama kalau aku bagi cam tu je... huhuhu.... rasa panas je dengar org cakap gitu... tapi biasa la org kita, semua nak senang... tapi tak semua mcm tu.. segelintir je la...meh aku citer skit pasal 'Usaha Tangga Kejayaan'....

bagaimana usaha dapat memberi bekas atau kesan atau kejayaan? 'Kegemaran saya adalah berusaha gigih' - kata2 Lord Lever pengasas syarikat Lever Brothers yang terkenal sebagai satu badan perniagaan terbesar di dunia... William Morris telah memulakan perniagaan dengan membuka sebuah kedai basikal yang kecil.. oleh kerana dia rajin berusaha dan mahir, beliau mula membuat basikal secara sendirian... lama ke lamaan, beliau membaiki kereta2 dan akhirnya membuat sebuah kereta di bawah nama Morris...Henry Royce ketika berusia 13 tahun mula bekerja sebagai penghantar surat khabar di Syarikat W.H Smith..kemudian beliau mendapat kerja sebagai seorg penghantar telegram di pejabat pos.. tidak lama kemudian beliau menjadi pelatih di gudang bengkel keretapi.. di situ Royce belajar cara2 membaiki jentera2 keretapi... tidak lama selepas itu beliau membuka sebuah kedai kecil dan membuat kereta kecil yang di beri nama Rolls Royce.. hari ni kita tengok, jenama ini menjadi salah satu jenama mewah di dunia... apa persamaan ketiga2 kisah ini? Usaha Tangga Kejayaan.. bukan senang kita nak berjaya dan bukan senang kita nak pertahankannya... bukan senang nak senang dan bukan susah nk susah... setiap org berjaya akan ada liku2 keperitan yang dihadapi dan mereka melaluinya dengan tabah dan cekal... insyaAllah aku tahu, kita semua ada keyakinan utk berusaha dan berjaya.. tapi mungkin belum capai tahap yang maximum... mungkin satu hari nanti akan menampakkan kejayaan atas usaha kita...mungkin juga kita belum diberi kesempatan untuk mengecapi kejayaan tersebut.. bagi aku, tiada yang mustahil... insyaAllah... Usaha Tangga Kejayaan...ingt lelong, jom2lelong...okeh...


p/s : ingin jual/sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..




2 comments:

Azman said...

Salam Farhan,

Kau punya pengalaman dengan lawyer & bank sama la cam aku punya. Aku beli condo melalui auction tahun lepas bulan 5. Settle cash bulan 8. O/s maintenance ada la dekat RM40k. Bulan 12 lepas bayar outstanding cukai pintu jek dah RM5k. Semalam call lawyer bank (client dia AmBank) tanya pasal kenapa masih tak dapat bayaran lagi setelah lawyer aku & aku sendiri hantar surat reminder..aku mintak no. PIC kat bank...dia tak bagi..cuma bagi general line jek..nasib baik dapat cari & cakap kat PIC kat bank tu..apa lagi aku pun basuh dia cukup2..pastu aku cakap kalau by 10 Mac ni tak keluar check aku akan suruh lawyer aku hantar surat utk imposed interest and claim damages atas tunggakkan tu...marah dia..siap tanya camna aku dapat nombor dia...pendekkan cite...apa yg kau perlu buat ialah mintak lawyer kau utk hantar surat utk bagi deadline..kalu tak interest & damages claims akan dia buat..kalau lambat jugak aku plan nak report kat tribunal penguna & buat aduan kat Bank Negara. Kalau kau nak ikut sekali nanti pun boleh jugak..selain dari property ni..aku ada 3 lagi property yg sama kes camni..Yg aku bengang..semua prop tu aku bayar cash..ni la bank kalau kita pinjam duit dia..cepat jek nak charge interest..YAHUDI betul!!!

Jom2Lelong said...

re Azman : mmg, kalau kita tak tepon tak bergerak la file tu... alhamdulillah hari ni, satu file dah sampai kat lawyer aku... cepat la plak... tapi ada lagi yg tak der action... mmg kita boleh sabar, tapi sampai bila... betul kata ko man, bank kalau nak duit kita bukan main lagi interest...cuba kita kasi interest jugak... ada mahu??? inilah yg buat bank tak adil... aku pun kasi deadline minggu depan..kalau tak der gak, leh je join ke tribunal... sbb file aku tu tahun 2008... huh..geram giler...