Friday, December 5, 2008

Pendapat aku on Recession is Back

alhamdulillah, smlm aku terperap dalam rumah seharian. Actually, aku sakit kepala, sakit tekak dan demam. Dari kul 5 pagi sakit betul kepala aku.. tapi tak per la, tak der benda yg urgent sangat nak buat ari ni. boleh la rest kat rumah.. tp bosan betul, duk terperap je... huhu.. aku kene jugak buat something.. aku pun terfikir tentang satu email, tajuknya Recession is Back!!

dalam email ni ia menjangkakan bahawa, tahun 2009 akan berlaku satu malapetaka ekonomi yang teruk dan langkah2 pencegahan daripada menjadi mangsa kemelesetan ekonomi perlu dilakukan tahun ni.(sapa nak email ni email aku k) dalam email ini mengatakan juga pasaran hartanah akan teruk di landa kemelesetan... ye ke? aku dah 2 3 hari berfikir tentang benda nie.. bila aku fikir balik, pasaran hartanah MUNGKIN akan merosot tapi bukan kepada semua hartanah. bagi aku, high-end properties seperti bungalow, condo, service apartment dan shop lot akan terasa bahang nie.. ini kerana, JIKA ekonomi merosot orang ramai akan mengurangkan perbelanjaan terhadap kehidupan diorang. terutamannya jika perbelanjaan tersebut melibatkan wang yang banyak seperti shooping, hartanah dan kereta. orang ramai akan membeli barang yang perlu sahaja. dalam hartanah pula, orang ramai akan berpindah ke rumah yang lebih murah dalam perbelanjaan. jika sebelum ni mereka tinggal di condo yang sewa dalam rm2k sebulan + maintenence fee rm300, mereka akan beralih ke apartment yang sewa rm800 + maintenance fee rm120.. so mereka dan jimat rm1380 sebulan.. begitu juga mereka yang tinggal di bungalow yang sewa dalam rm5-8k sebulan mereka akan beralih ke rumah semi-D yang lebih murah atau teres yang lebih berpatutan.. tapi untuk rumah apartment, flat, dan teres aku rasa tidak terkene tempias ekonomi ni.. orang ramai tidak kira bergaji 1k-3k berkemampuan untuk menyewa atau membeli rumah apartment, teres ataupun flat.. cuba kita fikir, sewa apartment dalam rm600-1500, sewa flat dalam rm350-600 dan teres dalam rm600-2000 so ramai lagi orang mampu untuk sewa atau hartanah ni.. ramai my click mengatakan email ni mengarut dan tak leh pakai... kalau fikir sekali mmg leh pakai, just take positive side.. kesimpulannya, orang akan lebih berjimat dan beralih kepada perbelanjaan yang lebih murah... berhati2 dalam membuat pelaburan. Mcm beli rumah ni, bukan harganya seratus dua ratus, malah berpuluh ribu dan ansuran selama berpuluh tahun.. so, sebelum buat keputusan, kene lah bicang dan tanya pada yang pakar dulu k.. aku sedia membantu.. tq kepada syaif kerana call aku untuk tanya pasal loan smlm.. syaif, bagi aku MUSTAHIL pembelian+tukar nama harta+loan siap dalam masa 3 bulan.. MUSTAHIL... untuk jual sub sale, paling cepat nak tukar nama pun 4-10 bulan.. kalau 4 bulan tu pun dah cepat giler, tp setakat ni paling cepat pun yg pernah aku handle 6 bulan, malah aku sendiri dah kene sampai setahun.. arrrgghhhh... apapun, aku harap, syaif dapat buat keputusan dengan bijak k...

Selamat Hari Raya Aidiladha... Esok aku balik kg raye... wowww..... apapun hati2 di jalan raye..okeh

No comments: