Tuesday, December 30, 2008

Alahai Ulat Lelong......

skrang ni bermacam2 org mencari duit...ada dengan jalan halal dan ada juga dengan jalan HARAM... sempena dengan Maal Hijrah ni, sama2 la kita berhijrah ke arah yg lebih baik.. Oleh kerana aku ni bermain dengan bidang hartanah, aku selalu pegi lelong, aku selalu pergi servey hartanah, dan aku juga selalu berdepan dengan ulat2 lelong... kalau yg biasa pegi lelong, mesti akan jumpe dengan ulat2 nie.. kalau sapa2 pegi TanCorp, mesti akan tengok ulat2 berkeliaran kat kaunter tu... cari mangsa... aku kalau lepas register, cepat2 aku kuar then sorok paddle... kalau tak, cepat je ulat2 ni nk datang deal...meh aku ceritakan satu kisah... penting2 untuk sesiapa pun...

cerita nya begini, salah seorg kawan dalam blog Faris ke lelong, aku namakan B... then, B berjumpa dengan kawan yg pernah dia minum bersama bernama C... C adalah seorang ejen hartanah... C pun bertanya pada B rumah mana yg B bid... oleh kerana kawan yg pernah minum sekali, B pun ceritakan pada C rumah tersebut... tidak semena2, C cakap dia pun bid jugak rumah tersebut untuk client dia...oleh kerana nak deal, C pun mintak 2k... B terkejut la, 2k banyak tu.. B cakap dia bleh bagi rm500 je... C pun deal dgn rm500... B pun berfkir betul ke si C ni nk bid jugak rumah nie.. B pun tukar fikiran dia cakap kat C, dia tak jadi deal sbb rumah tu abg dia yg punya... C cakap dia dah cakap kat client dia yg rumah tu dah call off, so mana boleh mcm tu... B pun cakap dia tak leh buat apa sbb rumah tu abg dia yg punya... lepas tu ada la babak2 yg bodoh... boleh ke seorg agen hartanah tak tahu penalty fee, legal fee??? kalau rumah nk jual dalam masa lock in, kene penalty 3%.. tu tak tahu.. eeee... aku plak yg geram... kemudian si B masuk auction hall...pendek cerita, B menang RP rumah tu...B sorang je yg bid rumah tu... kemudian lepas menang, B kuar nk jumpe si C.. tp batang hidung pun tak nampak... betapa jahatnya si C, dia ni tak masuk bid pun.. cakap atas angin utk untung atas angin je... nasib la si B bijak dengan tindakannya... kalau tak, habis rm500...

moral of the story, kalau ada agen yg nak datang deal, make sure diorg tu register kat kaunter tu dulu.. suh dia tunjuk dulu paddle bid... jgn nk main atas angin je... kalau aku, lepas je aku register, terus aku sorok masuk beg paddle tu... yg kedua, kita kene ada ilmu utk berbuat sesuatu perkara dalam masa terdesak... cari pilihan yg terbaik utk kebaikan diri kita dulu.... jgn nk untungkan org lain tambah2 lagi org ca ya nun alif... sbb diorg main kotor... yg ketiga, cari ilmu yg mendalam pasal bidang yg kita ceburi... kalau tak tahu kene bertanya pada yg pakar, selalu buat kajian dan sebagainya... aku bukan la berpengetahuan sangat, malah aku pun still belajar lagi tentang ilmu hartanah nie... aku suka utk bantu org kita sbb org kita diberi kelebihan akal dan fikiran utk terus berjaya... semoga semua terus berjaya... Salam Maal Hijrah.... c yaa.. okeh

Friday, December 26, 2008

Berhati2 dan Selidik Rumah Lelong !!!

cuti smlm aku pergi la servey2 rumah untuk dilelong sekitar puchong, bukit antarabangsa, selayang dan putrajaya.. alang2 aku balik kL, singgah rumah mertua aku sekali, tp diorg tak der la pegi Solo... best je org pegi melancong ni kan... geram jugak aku, tp aku sabar dulu sbb nak settle beberapa benda dan aku pun nak pegi melancong jugak... hehehe... Hati2 dengan rumah lelong.. mmg kene hati2 sangat.. actually aku ke bukit antarabangsa pegi tengok rumah condo yg dilelong dengan dengan runtuhan tu... aku ingtkan dilelong sbb runtuhan tp sbb lain... guard jaga condo ni mmg baik dan sopan... aku nk masuk kene 2 3 lapisan.. jumpe guard, pegi admin, jumpe brader tu then baru la bleh masuk... sblm aku masuk, aku sembang dulu dengan brader tu, aku tanya kenapa sampai 14biji kene lelong kat sini... banyak tu rumah kene lelong... dia pun terkejut... kisah nyer gini...rumah tu company beli dengan pemaju, then company tu jual balik rumah tu kat individu... tp individu yang beli rumah tu dah bayar habis pun kat company tu... sah sah la individu tu tak kan kuar dari rumah tu sbb dia dah bayar habis... siap dah reno rumah tu lagi...yg jadi masalah nyer skrang, mcm mana company tu tak bayar loan... sampai rumah tu kene lelong.. mcm kes bawak lari duit la nie... huhuhu... mostly rumah tu aku tengok ada org... huhuhu.. aku nak rekomen rumah ni kat customer aku, tp aku cancel utk dia then aku kene cari rumah lain.. kalau la aku rekomen rumah ni, then individu tu tak nak kuar mcm mana?? aku tak nak la customer aku susah, biar customer aku puas hati... at least aku bg rumah tu dengan senang hati... kawasan tu mmg best kat bukit antabangsa tu, mmg privasi giler... hijau je pemandangan... sayang betul....

then aku ke selayang, ada rumah kedai nk jual.. aku jd mcm potential buyer la kunun... hehehe... mmg rumah kedai tu ok lagi.. siap ada penyewa dah... kalau loan lepas, mmg sedap betul dapat rumah kedai nie... hehehe... tp ada 2 3 benda aku kene review lagi... nk buat keputusan kenelah betul, kalau tak menyesal tak sudah nanti... sbb benda yg kita nak beli bukan seratus dua ratus, tp beratus ribu... insyaALLAH kalau jadi, ada la rezki nanti tu... rumah kedai ni plak tepi jalan plak tu, waaa, best nyer...
last sekali aku ke putrajaya, ni dah mmg tempat aku, dah 5 tahun aku kat sini kira dah expert la tempat nie... ada satu rumah nak lelong kat presint 11, 3 Januari nie... nk lelong rm75k... kalau kita kira kan, kalau buat loan 90%=67500, bulan2 dalam 400... sewa kat sini paling murah rm600... tgk cash flow yg dapat rm200 sebulan... kalau setahun??? rm2400!!!!!!!! best giler kan... aku tak bid rumah ni, aku just cari customer utk rumah ni je.. so, sapa2 nk bid rumah ni, biar aku uruskan... loan+legal arragement semua aku uruskan... korang just duduk rumah just sign je... aku charge murah je.. aku nak tolong orang...

perkhidmatan aku dari pegi survey rumah(klu korang nk gi survey pun boleh),pegi bid, buat loan, pegi pejabat lawyer dan uruskan semua tu dgn customer... aku bagi consultation percuma apa yg perlu buat next, bila perlu bayar itu, bgaimana nk claim itu ini, dan sebagainya... semua nyer aku charge atas satu harga je... aku rasa, org lain tak buat semurah mcm aku kot, aku bukan apa nk tolong org... semua ilmu yg aku ada ni, aku nak bantu org yg memerlukan... pengalaman aku ada ni juga aku nk share dengan org lain supaya mereka tak tertipu dgn agen2 yg lain...kalau korang nak pandangan,nk rumah2 yg best, just call atau email aku, insyaALLAH aku balas...c yaaa... okeh

Tuesday, December 16, 2008

Freehold Vs Leasehold

penat betul raya nie.. raya korban kalau kat kg aku mmg sembelih+lapah+bahagi daging bergotong royong.. so time tu la mana yang tak penah nampak bertahun2 boleh nampak, mana budak2 kg yg baru meningkat naik boleh kenal.. seronok betul aku rasa... bukan senang nak jumpe budak2 kg yg hijrah nie.. setahun sekali je boleh jumpe... best nyerrr.... sebelum balik raya hari tu, kereta mmg aku akan service dulu... then baru la balik raya... ye la, kalau keta tip top baru la sedap nak jalan... so, smlm aku service lagi.. huh, banyak tul jalan.. 2 hari lepas pegi johor, jauh benar rasa nya... nun jauh dekat atas kota tinggi, belungkor nama nya... member bini aku kawin... so smlm aku service keta kat tempat biasa aku service, keta semua keta mercedes, aku je keta buatan mesia.. hehehe... bersyukur dulu...nanti tukar keta besar skit... so smlm aku jumpe dengan seorang pakcik ni... very very nice person... bila org tanya aku tak keje ke? aku jawab je keje sendiri.. dia tanya lagi keje apa? aku cakap la keje jual rumah... dia tanya lagi agen hartanah ke? aku cakap la a'ah.. so dia kenalkan diri dia, dia dulu bekas perancang bandar... so dia tanya aku market mcm mana, kat mana rumah banyak.. aku pun cakap la mana yg aku tahu... ni antara benda yg dia cakap kat aku... banyak lagi dia cakap, tp ni antara terpenting sbb ramai kurang tahu pasal ni...
.
pasal freehold vs leashold.. freehold mmg rumah ni jadi milik kita lepas habis byar..tp leashold macam mana? so dia terang kat aku pasal leasehold.. dalam bandaraya ni, kebanyakan rumah adalah leasehold... sbb dalam bandar pembangunan di rancang utk jangkasa masa panjang... so aku cakap la ramai customer aku nk rumah freehold... pakcik ni cakap, suruh customer awak balik kg... hahahaha... gelak aku, tp pakcik ni serius.. leasehold ni rumah yg dipajak utk 99tahun tp yg dulu2 ada pajakan 66tahun je..tp skarang mostly 99tahun... so ramai customer aku cakap, kalau leasehold,nanti anak cucu mana nak duk sbb nanti kerajaan ambik balik tanah tu... betul, mmg lepas 99tahun kerajaan akan pertimbang akan ambik tanah tu, tp kalau kerajaan tiada projek pembangunan ditanah tersebut, maka pajakan itu akan diteruskan utk 66tahun lagi.. tp jika kerajaan ambik tanah tu, kerajaan akan memberi pampasan kepada pemilik rumah tersebut... so, at least nanti anak cucu kita akan dapat pampasan... dulu aku pk mcm ni jugak, time tu aku nak beli rumah 1st...kalau rumah leasehold, mana anak cucu aku nak duk yea.. tp bila aku pk, kalau anak 3 la katakan, takkan diorg nak duk dalam sebuah apartment? takkan diorg tak nak beli rumah? tak keje ke diorng nie? ni contoh kalau pajakan 99tahun.. loan 30 tahun.. umor kita 30tahun ..99-30..69 tahun.. so, bila umor kita 69 tahun, dah habis byar rumah dan pajakan ada lagi 69 tahun, agak2 berapa nilai rumah tu kalau jual ??? sekali ganda kita beli ada tak? atau paling kurang untung separuh dari kita beli? ada tak? korang pk la yea... aku just nk buka minda kita semua... okeh.....

Friday, December 5, 2008

Pendapat aku on Recession is Back

alhamdulillah, smlm aku terperap dalam rumah seharian. Actually, aku sakit kepala, sakit tekak dan demam. Dari kul 5 pagi sakit betul kepala aku.. tapi tak per la, tak der benda yg urgent sangat nak buat ari ni. boleh la rest kat rumah.. tp bosan betul, duk terperap je... huhu.. aku kene jugak buat something.. aku pun terfikir tentang satu email, tajuknya Recession is Back!!

dalam email ni ia menjangkakan bahawa, tahun 2009 akan berlaku satu malapetaka ekonomi yang teruk dan langkah2 pencegahan daripada menjadi mangsa kemelesetan ekonomi perlu dilakukan tahun ni.(sapa nak email ni email aku k) dalam email ini mengatakan juga pasaran hartanah akan teruk di landa kemelesetan... ye ke? aku dah 2 3 hari berfikir tentang benda nie.. bila aku fikir balik, pasaran hartanah MUNGKIN akan merosot tapi bukan kepada semua hartanah. bagi aku, high-end properties seperti bungalow, condo, service apartment dan shop lot akan terasa bahang nie.. ini kerana, JIKA ekonomi merosot orang ramai akan mengurangkan perbelanjaan terhadap kehidupan diorang. terutamannya jika perbelanjaan tersebut melibatkan wang yang banyak seperti shooping, hartanah dan kereta. orang ramai akan membeli barang yang perlu sahaja. dalam hartanah pula, orang ramai akan berpindah ke rumah yang lebih murah dalam perbelanjaan. jika sebelum ni mereka tinggal di condo yang sewa dalam rm2k sebulan + maintenence fee rm300, mereka akan beralih ke apartment yang sewa rm800 + maintenance fee rm120.. so mereka dan jimat rm1380 sebulan.. begitu juga mereka yang tinggal di bungalow yang sewa dalam rm5-8k sebulan mereka akan beralih ke rumah semi-D yang lebih murah atau teres yang lebih berpatutan.. tapi untuk rumah apartment, flat, dan teres aku rasa tidak terkene tempias ekonomi ni.. orang ramai tidak kira bergaji 1k-3k berkemampuan untuk menyewa atau membeli rumah apartment, teres ataupun flat.. cuba kita fikir, sewa apartment dalam rm600-1500, sewa flat dalam rm350-600 dan teres dalam rm600-2000 so ramai lagi orang mampu untuk sewa atau hartanah ni.. ramai my click mengatakan email ni mengarut dan tak leh pakai... kalau fikir sekali mmg leh pakai, just take positive side.. kesimpulannya, orang akan lebih berjimat dan beralih kepada perbelanjaan yang lebih murah... berhati2 dalam membuat pelaburan. Mcm beli rumah ni, bukan harganya seratus dua ratus, malah berpuluh ribu dan ansuran selama berpuluh tahun.. so, sebelum buat keputusan, kene lah bicang dan tanya pada yang pakar dulu k.. aku sedia membantu.. tq kepada syaif kerana call aku untuk tanya pasal loan smlm.. syaif, bagi aku MUSTAHIL pembelian+tukar nama harta+loan siap dalam masa 3 bulan.. MUSTAHIL... untuk jual sub sale, paling cepat nak tukar nama pun 4-10 bulan.. kalau 4 bulan tu pun dah cepat giler, tp setakat ni paling cepat pun yg pernah aku handle 6 bulan, malah aku sendiri dah kene sampai setahun.. arrrgghhhh... apapun, aku harap, syaif dapat buat keputusan dengan bijak k...

Selamat Hari Raya Aidiladha... Esok aku balik kg raye... wowww..... apapun hati2 di jalan raye..okeh

Tuesday, December 2, 2008

Rumah Untuk Dijual - SOLD







ari tu aku ke penaga mas.. so ni la rumah yg client aku menang ari tu.. berbaloi kan.. rumah baru giler tak penah ada org duduk... so rumah ni skrang di buka kepada semua pembli rumah yg nak beli rumah... apartment penaga mas ni condo facilities... ada swimming pool, ada gym, ada squash, nanti aku upload gambar2 lagi kat fotopages jom2lelong.. aku tak sempat skrang ni kerana ada beberapa kerja yg nak dibereskan.. so kalau ada sesiapa kawan2, sanak saudara nak beli rumah, boleh la kalau nak view rumah nie... just call aku buat appoinment nak gi tengok bila.. so tengok2 la dulu yea... okeh...