Sunday, January 22, 2012

Sem 3 sudah berakhir...........

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, tanggal 20hb lepas berakhirlah kelas aku di uitm untuk sem 3... tup tup dah sem 3 dah yg mana sem akhir sepatutnya, tp aku tangguh thesis ke sem depan.. kawan2 yg lain dah selamat viva 16hb lepas... seronok giler diorg lulus n dapat Msc in Property Investment... bersemangat aku nk habiskan thesis aku nih...chaiyok chaiyok... honestly, aku amat berbangga dengan rakan2 kelas aku nih... even degree pun aku tak se'closed' mcm skrang satu kelas... satu kelas boleh bersama2 buat study sekali, assg bersama2, projek paper sama2... giler, mmg 'apa yg penting - kerjasama'... syok sungguh kelas tu..... aku harap, subjek sem ni tak der la aku sangkut... takut gak, takut fail... huhuhu... aku berdoa agar semua subjek sem ni aku lulus... amin...

mmg course aku ni tak der exam, tapi kena buat research assg... every subjeck at least 2 research assg dan ada gak kena buat lawatan ke site mcm subjek land planning.. kena la melawat site... tp ia pengalaman yg amat menyeronokkan dan juga pendedahan yg amat bernilai... kira mcm apply terus ke dalam industri... tu yg rasa apa yg belajar ingt je... sbb ia base on practical... by da way, aku nk ucapkan kat kawan2 sekelas, thanks a lot atas kerjasama korang... jasa dan pengorbanan korang mmg akan aku ingt sampai bile2... even korang dari pelbagai bidang dan juga pangkat korang tetap sporting... ada yg keje sime darby, arb, valuer, qs, gomen, banker,architect,mpsj,mcd, dan sebagainya... idea korang mmg awesome dan juga boleh di apply dalam field aku... thank rakan.. so, kat blog aku ni aku nk coret nama korang k...hehhee...

mat,bad,yan,noor,razi,nazmi,afiq-bank,seha,soley,cha,hasnul,cc,juraida,nadira,fiza,dd,azuin,faizal,suhaila,kakzie,nini,ain,maznah, afiq-big dan zul... korang mmg terbaik... so, 20hb lepas aku present 2 reseach assg berkenaan dengan real estate finance tp more on islamic finance... habis je present, rasa ringan kat kepala... hahaha.. kira habis la satu benda... ada lagi kelas kat inspen yg belum settle.. insyaAllah tahun ni habis... harap2 jgn ada g sangkut...aminn....

so, ada la masa free skit aku lepas ni... nk start apa yg dah plan... nk sangat2 buat... so skrang, tgh mencari sesuatu yg boleh membantu org lain... apa yg belajar kat kelas ni aku harap dapat disumbangkan kepada org lain @ masyarakat... kat kelas jugak aku belajar dgn kawan2 agar jgn pentingkan diri sendiri... diorg sanggup bantu sama lain agar jgn ada yg fail each subjek... kalau degree dulu, lantak la kan... ko fail ko punya pasal...sapa suruh tak study... tp dalam kelas ni, lain betul aku rasa... tu yg buat rasa best dgn rakan2 lain.. mungkin sbb diorg nk dah lama keje, dah berpengalaman... so, ada la beberapa plan nk buat.... salah satu nyer aku cadang nk buat seminar mcm ramai org buat... tp aku kena study dgn partner aku apa yg boleh bezakan aku dengan org lain... aku tak nak, org datang dengar tp tak worth dgn apa yg disampaikan... so, skrang aku duk study apa yg aku belajar dgn kesesuaian dalam seminar yg aku nk buat nanti... nanti join ekkk... hehehhe...

sebulan lebih tak update blog ni.... sedih je bila bukak blog ni... bukan tak nak update, tp masa nak menulis too short... aku tak leh nak menulis kalau tak der hati... hehehe... maksudnya, kena ada ketenangan la skit... so far, alhamdulillah ramai yg call bertanyakan beberapa info dalam blog ni... aku harap, info2 ni dapat la memberi sedikit sebanyak pertolongan kepada mereka yg memerlukan.. tak kira la utk individu ataupun syarikat... harap ia dapat membantu anda semua yg membaca...

Allah tidak membebani seseorang di luar batas kemampuannya. Sebagaimana dikatakan Al-Qur’an,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

ayat ni aku ingt sangat2 sejak 6 tahun lepas... ayat ni aku mengingatkan aku time 6 tahun aku yg lepas... kita kena yakin apa yg Allah firman... walau apa pun keadaan, kena kena redha dan juga kena pasrah... jika kita susah, kesusahan kita itu Allah tidak akan bebankan melebihi kemampuan kita... kita boleh hadapi nyer lagi.. cuma kita kena berusaha dan juga jgn berfikiran negative... salah satu perkara penting kalau kita dalam kesusahan, ingtlah Allah selalu dan prasangka baik @ +ve thinking atas apa yg kita hadapi... jgn mudah menyerah kalah... dont give up and fed up... kehidupan ini mcm roda... kejap kita senang, kejap kita datang susah... ia silih berganti dan apa yg berlaku itu menjadi pengalaman yg berharga dalam hidup kita... kita kena sabar dan selalu tabah dalam mengadapi nyer...

maaf la, kali ni aku update byk bercerita pasal aku je... maklum la riang gembira habis sem... hehehe... insyaAllah lepas ni kita update pasal hartanah plak k... thanks a lot kepada mereka yg call, yg email dan juga yg sms... kalau tak balas tu, cuba sekali lagi k... kadang2 aku terlepas pandang... maaf yea... okeh..

p/s: Hepi Chines New Year...






p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578


p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, December 19, 2011

Perjuangan yang berterusan.............

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sempat jugak menjenguk blog ni... sebulan lebih tak masuk sini... kesempatan amat terbatas untuk menaip..tambahan pula, skrang ni tengah finalize thesis aku.. aku terpaksa siapkan separuh thesis untuk dapatkan status TL bagi extend next sem... penat dan letih belajar di 2 tempat berbeza dan 2 peringkat pengajian yang berbeza... ini amat memberi cabaran yang besar kepada aku... semoga Allah kuatkan semangat aku... insyaAllah...

minggu lepas minggu ujian... dari awal minggu hingga la ke hujung minggu, banyak benda yang berlaku... masih aku ingt, sebelum puasa hari tu, aku bersama2 nyer bergurau senda, saling mengata.... dialah sepupu paling rapat dengan aku... even umurnya dah 40-an, tp still muda remaja... hari selasa malam, aku balik je kelas pukul 9 malam.. makan2 dan 10.30mlm mata dah rasa amat mengantuk dan badan rasa amat letih sbb dari pagi lagi aku keluar... jam 11.15malam, aku dikejutkan dengan berita kematian arwah di hospital serdang... kepenatan yang aku rasai tadi, sudah tiada lagi... terus aku ke hospital... sedih nyer aku... arwah meninggalkan 5 anak yang berusia 10-20 tahun... wife nyer tak bekerja... oleh kerana, aku di antara yang waris yg terdekat, berbincang untuk bawak balik jenazah ke kampung... setelah wife nyer sampai jam 3 pagi, then suasana terus hiba dengan tangisan yang bergema... tak ada patah kata yang dapat digambarkan bila org yg tempat berteduh, berpegang meninggalkan dunia yang fana ini... perancangan Allah siapa tahu..itulah yang terbaik.. ingtlah, Allah tidak akan menguji setiap hambanya melainkan kesanggupan hambanya berhadapan dengan ujian tersebut...

pagi2 lagi, aku bersiap untuk balik kampung... aku dah lupa segala apa yg aku dah rancangkan untuk hari esok... kereta ada prob bila nak balik... terus ke bengkel jam 8.30 pagi.. nasib bukak.. then tukar paiping minyak then terus aku balik.. jenazah time ni berada di kem sungai besi..tentera siapkan jenazah selepas forensik discharge body... aku mendahului jenazah sbb takut lambat... bawak budak2 tau2 la kan... kang sekejap nak gi toilet la, nak makan la... tetiba fon aku berdering, aku lupa aku kena sign letter offer dari bank hari tu... aku minta maaf sgt2 kat member aku tu.. sbb emergency... so postponed ke hari lain... then aku ingt, hari jumaat petang aku jugak ada appointment.... tak pe, nanti arrage balik... then aku sampai kampung jam 4.30... mendahului jenazah.. jenazah sampai jam 6.00ptg... sampai je solat then bagi sedara mara lihat then terus masuk liang lahat... selesai sudah pengubumian arwah.. semoga arwah di tempatkan di kalangan2 orang yang beriman.. insyaAllah... balu dan anak2 akan berpindah balik ke kampung dalam masa terdekat...

aku dengar, arwah sebelum ni dah tahu dia akan pergi... mungkin dalam sedar ke tidak, kita tak perasan.. anak yg sulung belajar di terengganu.. arwah cakap kat anak dia, ambik la duit ni, ni last ayah kasi tau.... dia jugak cakap kat ibu dia, kalau tak datang rumah kali ni, tak leh datang dah la... ingtkan gurauan yang biasa je.. tetapi itulah tanda2 yang mungkin tak perasan atau berkebetulan... arwah amat rapat dengan aku dan juga family aku... setiap kali balik kampung, mesti datang rumah aku... raya dah wajib datang... alhamdulillah, arwah byk memberi pertolongan kepada orang lain utk meningkatkan kualiti hidup.. semoga arwah mendapat ganjaran dari Allah atas usahanya... insyaAllah... Al-Fatihah....

sedih mmg sedih, tapi yg hidup kena teruskan hidup... balik je dari kampung hari jumaat, terus aku ke ukm bangi ambik kunci dan terus ke pj untuk org tengok rumah... alhamdulillah.. skrang tengah tunggu snp dari seller untuk buyer test loan dulu... hari jumaat gak ada appointment kat Sepang, tapi aku amat tak larat... so, tunda ke hari ni - Isnin... insyaAllah, hari ni ke sepang untuk berbincangan dengan buyer... insyaAllah...

sejak sebulan lepas, banyak perkara baru yang aku belajar... banyak benda yang nak kongsi...tp tak sempat... kadang2 idea itu hilang..ohh sayang betul.. cuma nk kongsi di sini satu benda... sekarang ni, harga rumah dah melambung-lambung... sebagai contoh skrang ni, teres 2 tingkat pun harga 400k... wow... mmg mahal la kan... meh kita kira stamp duty.. kalau la kita beli rumah 500k, stamp duty 9000 kan... rujuk : http://www.jpph.gov.my/V1/kira_dutisetem.php?versi=1...tapi mcm mana kita nak kurangkan bayaran stamp duty ni??? boleh ker?? jawapan nyer : BOLEH.... kalau rumah kita 500k, jadi suruh lawyer submit 5x borang stamp duty... so, setiap satu borang, LHDN akan charge RM1000.. kenapa 1k, sbb stamp duty, setiap 100k, LHDN akan charge 1% = 1k... so 5 borang, 5k... jimat 4k... banyak jugak tu 4k... ni adalah cara yang smart untuk jimatkan stamp duty fee...

sekarang ni ada 3 biji rumah sedang siap sedia untuk disewakan... 1 di putra perdana, 1 di taman mas puchong dan 1 di vista pinggiran... insyaAllah semua rumah ni akan di publish di mudah.my/farhan dalam masa terdekat...

perjuangan dalam kehidupan ni banyak cabaran dan dugaan... tetapi, kita terpaksa juga lalui dengan penuh iltizam dan juga keazaman... ada satu cerita untuk di kongsi bersama... enjoy reading...

Satu hari ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan sebuah kepompong. Di dalam kepompong itu ada seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong itu. Kelihatan begitu sukar. Anak lelaki tersebut merasa kasihan pada rama-rama itu dan berfikir bagaimana caranya untuk membantu si rama-rama agar boleh keluar dengan mudah. Akhirnya kanak-kanak tadi mendapat idea dan mengambil gunting dan memotong kepompong supaya rama-rama tadi boleh dapat keluar dari kepompong. Alangkah leganya kanak-kanak itu setelah si rama-rama berhasil dikeluarkannya dari kepompong.

Tetapi apa yang terjadi?

Rama-rama tadi memang boleh keluar dari sana. Tetapi rama-rama tersebut tidak dapat terbang, hanya dapat merayap. Apa sebabnya? Kerana bagi seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk keluar dari kepompongnya tersebut, semasa dia mengerahkan seluruh tenaganya, ada suatu cairan didalam tubuhnya yang mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya yang membuat sayapnya boleh mengembang sehingga ia dapat terbang, tetapi kerana tidak ada lagi perjuangan tersebut kerana dibantu oleh kanak-kanak tadi, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga jadilah ia seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Kadangkala niat baik kita (good intention) belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik. Sama seperti pada semasa kita mengajar anak kita. Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tapi sebenarnya malah membuat mereka tidak berdikari. Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang, memandulkan kreativitinya, kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesukaran, yang sebenarnya jika mereka berhasil melepasinya, mereka akan menjadi KUAT.

Demikian juga pada semasa kita sedang harus berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuanmu. Hidup penuh dengan perjuangan yang boleh membuat “SAYAP” kita boleh berkembang dengan sempurna, untuk kita gunakan “TERBANG” melepasi masalah kita. Okeh...





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha + Lawyer Lagiii...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, di kesempatan ni aku nak rakamkan selamat menyambut hari raya aidil adha.. esok sunat puasa wukuf... anyway blog ni pun jarang aku update sejak kebelakangan ni... honestly, aku amat tak sempat... oleh kerana bulan depan dah nak viva aku punyer sekolah, so bulan ni mmg kena struggle habis... sbb byk menda aku tak cover lagi... aku harap aku sempat siap... insyaAllah...

cerita panas, ada sorg lawyer menggelapkan duit client... kerugian more than 50K di songlap oleh lawyer tersebut... skrang lawyer tersebut dah lari mana tak dapat di kesan... ada client yang bank in terus atas account personal lawyer ni... so, kepada pembeli rumah, dont ever n never bank in what ever payment into personal account..doesnt matter he/she is lawyer, negotiator or what not.. so please spead this info to other k... byk kali aku ulang tentang perkara ni sebelum ni... aku sendiri akan akan cakap kepada aku punya client pasal ni... aku sendiri advise client aku utk bank in dalam account company.. apa2 jadi senang.. boleh je sue company tu... kalau dalam account personal.. habis la... mcm kes skrang ni... JGN TANYA AKU SAPA DIA, JGN TANYA AKU FIRM MANA... nama dia ni penah blog lain state sbb lembab buat keje...

kalau boleh nak cari lawyer ni, biar dapat referral baru la boleh percaya.. org yg bg referral tu plak biar ada byk fail dengan lawyer tersebut...kalau setakat 1, kena pk lagi... sbb aku ada kes jugak... sorg ni buyer... aku explain secara kasar pasal bayaran legal fee kat dia... then aku cakap terpulang kalau dia ada lawyer nak pakai, sila kan.. aku tak paksa pakai lawyer aku.. so dia cakap dia ada lawyer.. lawyer dia ni kasi 50% kurang dari apa yg aku cakap... aku terkejut giler.. then aku advise, check dulu betul2... sbb dia cakap, kawan dia dah biasa dengan lawyer ni... selepas sign snp semua, aku tanya dia mcm mana bill lawyer, baru la dia cakap... betul la cakap en farhan... kawan dia beli rumah dgn lawyer tu dulu...satu transaksi je pun... huhuu... dia amat berhati2 takut aku tipu dia... hohoho... korang pun kena la jadi mcm dia ni jugak... kena berhati2, tp kena ubah cara skit.. minta dulu quotation dari lawyer tu k... baru la betul... hehehe...

anyway, selamat hari raya aidil adha, kepada yg balik kg, hati2 memandu... baca doa naik kenderaan... biar lambat asal selamat... dont rush k... aku esok ada kelas lagi... hohoho.. so, habis kelas baru balik kampung.. hopefully tak jem la balik malam raye haji...insyaAllah... semoga selamat semua dalam perjalanan.. aminn... okeh..





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, October 19, 2011

Hotel Istana, EPF + Pic...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu lepas selesai org tengok rumah di pj, kajang dan juga kerja di putrajaya...kali ni nk tulis pendek je... just 2 news... sapa penah ke istana hotel??? bangunan yg berusia 30 tahun tu... tahun ni, ialah tahun terakhir korang boleh tengok istana hotel... sbb tahun ni jugak hotel ni akan demolish... pengalaman aku bersama istana hotel mmg byk... auction byk kali giler kat situ... mmg byk kenangan... Sumber : Btimes

dulu aku penah tulis pasal epf ni -> artikel ni.... kalau bykkan syarikat epf ni kat mesia mcm kat uk or us kan lagi bagus persaingan... nampak nyer, apa yg aku tulis dulu menjadi kenyataan... akhirnya, insyaAllah kerajaan akan wujudkan lebih byk syarikat mcm epf ni..alhamdulillah.. so nanti korang boleh la pilih syarikat mana yg korang nk mencarum... bad record je, switch ke syarikat lain.. yeahhh...

pendek je kali ni... sbb setiap kali post, asyik menulis panjang2 je kan... so, kali ni sedikit kelainan... kasi gambar2 motivasi la plak... at least, segar skit mata memandang.... have a nice view.. okeh...



















p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, October 12, 2011

Sebulan Bercerita..........

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah... dapat jugak aku mencuri masa untuk menaip coretan di laman blog ini... terima kasih, terima kasih kepada mereka yang sudi baca blog ini even lama tak update... ya, skrang mmg aku tak berapa free... sekrang ini ialah semester akhir aku kat uitm, thesis tak buat apa lagi+rangka pun masih tak tahu my supervisor terima ke tak... sbb esok baru nak present kat dia... pada masa yang sama, aku bersama kawan2 di RESCOM sambung belajar kat INSPEN.....kelas setiap hari sabtu.... lepas ni, setiap sabtu duk dalam kelas la... hehehe... tak pe la, utk masa depan...best jugak tu... but, alhamdulillah la sbb dapat... sbb dekat 100 org lebih mintak, tp terpilih hanya 50 org aje... syukur kepada Allah...

dekat sebulan dah aku tak update blog ini... banyak kejadian yang telah aku lalui sepanjang sebulan ini dan ia mencabar minda aku, mencabar kewangan aku dan mencabar iltizam aku.... bulan lepas, perkara yang paling aku ingt ialah my sis... aku masih ingt lagi, satu hari ahad bulan lepas sempat la aku melawat my sis kat rumah dia... time ni dia sakit perut... adoyaiii.... dah sebulan lebih dah duk sakit perut je... pegi 3 klinik dah, semua cakap tak der apa2... sakit biasa... hari isnin esok nyer, aku dapat msg dari abg ipar aku... kakak aku selamat menjalani pembedahan da~~.... terkejut beruk aku... terus aku call, dia cakap apa ntah... terus aku ke hospital... baru je dia sedar... biasa la, sakit pun rancak gak la bercerita apa yg berlaku... 3 klinik yg check ni tak leh bg satu apa jadah pun dia ni sakit yg kritikal... pompuan mesti tau ni... ECTOPIC PREGNANCY... pagi isnin tu, dia pengsan... my brother in law papah pun terlepas... mcm layu giler... very lucky my brother in law skrang ni tak keje... dapat cuti belajar... so duk rumah... nasib baik betul... nak tak nak angkat gak masuk dalam keta terus ke hospital kat balakong... masuk je emergency, terus dr buat diagnosis, then bgtau ada beberapa kemungkinan... then dalam masa sejam je doctor decide kena buat pembedahan segera... perggghhhh... then my sis decide... do it... so bedah belah petang... alhamdulillah.. lepas tu ok... alhamdulillah umur my sis panjang.. kalau la benda lama sikit je lagi... mmg habis la... ni kata doctor la... sbb my sis ni dah sakit perut sejak raya tu lagi... apo la minah ni... yg aku heran tu, klinik tu tak dapat detect tu... bila pecah, mmg tak dpat nak di selamatkan lagi dah... mungkin ada hikmah bila Allah bagi ujian mcm ni... kena la fikir... aku cakap selamba je dgn kakak aku ni... mesti ko ada buat salah kan... cuba ko fikir... ni antara ayat2 aku cakap pada dia time malam tu kat hospital... aku close dgn kakak aku ni.. aku penah tinggal dgn dia dulu lepas dia kawin... byk la benda yg berlaku susah senang... ohh satu lagi... kat hospital ni mmg best giler... patient tak ramai... tapi bill mmg fuhhh... insuran plak tak cover di hospital ni... huhuhu..tak pe la, duit boleh cari... kesihatan, mana boleh beli... kan kan kan....

cerita pasal ejen cha ya nun alif... kejadian ni berlaku minggu lepas di salah sebuah rumah aku nak jual.... aku tgh tunggu buyer datang tgk rumah... so, aku sampai awal, duk je la dalam keta...ada sekor cha ya nun alif ni gi depan rumah tu... dengan selamba nyer, buang ikatan banner aku... celaka betul.. aku pun keluar la... apa lagi, bertekak la kat situ... owner ada kat dalam rumah, terus owner jerit... tahu pun kecut... aku siap ambik no plate kete lagi.. nasib aku tak ambik gambar muke dia... banggang giler... kotor giler buat keje... dah la rumah tu aku dapat exclusive... rasa tak puas hati lagi ni... huhuhu... geram giler... kalau la aku tak der time tu, ada la banner aku tu dia buang campak kot... ni la biler buat bisness main kotor..nasib ko bukan islam...

ni just knowledge utk kita sama2 kongsi... mesti korang perasan kan yang Hong Leong dah bergabung dengan EON... tahu kan... tapi korang tahu tak, penggabungan ke dua bank ini adalah yang bersejarah dalam malaysia.. bukan sbb isu masuk court yg EON bank tak nak jual tapi entiti dalam ke 2 buah bank ini... inilah penggabungan 2 buah bank ISLAMIK yang pertama berlaku di Malaysia... sebelum2 ini, tak der lagi islamik bank yang bergabung... so penggabungan ini dapat menentukan benchmark atau cara penentuan penggabungan 2 buah bank islam ini... ramai penganalisis dan juga org industri nak tahu mcmmana diorg buat penggabungan bank islamik ini kerana kita tahu, ia amat berbeza dengan cara konvensional..

bulan lepas, banyak deal berlaku dan alhamdulillah syukur atas nikmat Allah berikan kepada aku dan keluarga... alhamdulillah... bulan lepas gak aku bergaduh dengan buyer... tapi settle dengan baik.... pengakhiran itu lebih baik dari permulaan... ye la, orang nak marah kan... aku biarkan apa dia nak cakap.... then habis dia cakap, aku solve... at least kita akan jadi pendengar yang baik... biar dia lepaskan apa yg terbuku, biar dia releasekan semua.. then baru la kita bercakap... aku tak benda mcm ni berlaku... secara psikologi nyer tak bagus beb... tapi alhamdulillah, buyer tersebut redha.. kalau ada rezeki dia, ada lah aku cakap... so, bersabar yea... kesilapan dia lakukan ialah, dia cancelkan loan dia dengan bsn... wahal, dia tak perlu pun nak cancel... biar je, selagi tak sign offer letter, tak der effect apa pun... benda dah separuh jalan dia sendiri yg cancel... so, aku tak leh cakap apa2 la... at least, dapat la nasihat aku dulu... dia rahsiakan benda ni dari wife dia.. huhuhu... tak baik mcm tu bro... insyaAllah, kalau ada rezeki tak kemana...

sapa ada rumah @ penaga mas angkat tangan... satu..dua...tiga...tiga org je?? heheehe... ok, kes penaga mas sekarang ni dah masuk tahap tepu kot... aku pun tak berapa sure... aku ada satu rumah yg dalam proses jual kat sana... dah masuk tahun ke 2 kot... tak settle2 lagi... kenapa tak settle yea??? smlm aku dah find out kenapa ia tak settle.. sekarang ni ada 3 pihak...1-pemaju, 2-JMB dan 3-Jones .... pada disember 2009, pihak 3 telah menyerahkan segala kutipan maintenance kepada pihak 2... masalah timbul bila, time selepas disember 2009... sebagai contoh, januari 2010 pihak 2 yg dah take over kan, dan aku bayar segala tunggakan aku kat pihak 2... pada masa yg sama pihak 3 claim yg tunggakan sebelum disember 2009 tu kena bayar kat pihak dia (3)... so sekarang bila aku dah bayar kat pihak 2, pihak 2 tak nak kasi kat pihak 3 kerana pihak 3 main cakap mulut tanpa ada hitam putih dan account yg di audit... so, pihak 2 meragui la amount yg di minta oleh pihak 3.. pada masa yg sama, pihak PTG telah mengenakan denda kepada pihak 2 kerana tak keluarkan lagi strata title.. mcm mana nk keluar sbb pihak 1 nak jugak pihak 2 membayar kepada pihak 3... sekarang ni pihak 2 telah menyaman pihak 3... ponin jugak la aku duk tengok masalah ni... yg jadi mangsa, aku dan juga buyer... geram nyer... bila tanya bila nak settle agak2 nyer, the answers is -DONT KNOW-... kesian giler my buyer...tiap2 bulan bayar sewa dan bayar interest bank... huhuhu...

hujung bulan 9 ada berita yg tak sedap aku terima... tak yah la aku cakap apa berita nya, tapi ia melibatkan kerjaya aku jugak... masih lagi aku ingt kata2 seorg kawan, kalau lah benda ni jadi, adakah ko boleh maintain mcm diri ko skrang??? betul kata nyer... kalau lah aku dapat benda tu, mungkin aku tak jadi mcm sekarang kot... lgpun aku tak berharap pun pasal tu... tp kalau ada rezeki ada la kot... kalau tak der, tak pe sbb rezeki tu Allah yg kasi... tp sedikit sebanyak ada jugak la perasaan keciwa dlm diri ni... itu lumrah kita as seorang manusia biasa..tp hendaklah kita cepat sedar dan yakin bahawa rezeki itu Allah tentukan... sabar ok...

sapa kat sini 1st time nak beli rumah???? angkat tangan tinggi-tinggi... ok2, turun tangannnn.... hahahhahaha... mcm budak2 plak... main angkat tangan.. teringat zaman sekolah... nak jawab soklan angkat tangan... kalau nak kena soal tu, tunduk jee... hahaha.. ok, 1st time buyer... beware ok... berhati2 beli rumah skrang ni... banyak sangat penipuan dan juga diorg ni licik berselindung di sebalik nama company.... honestly kalau beli dengan ejen hartanah mcm aku nih :

1- better check dulu betul ke mamat ni ejen hartanah...
2 - kalau tengok rumah dengan ejen, minta bisness card
3 - dalam bisness card ada no tepon ofis, so call ofis dia dan tanya status ejen ni... ..kot2 ofis tu dah bungkus ker...
4 - nak lagi sahih, check kat BOVEA - board of valuer and estate agent sama ada company tu berdaftar ataupun company haram...

meh aku bagi contoh aku la... aku kan ejen hartanah.... meh kita create situasi...

"nama saya farhan,ejen dari rescom" ye ke mamat ni... check kat www.rescom.my... - oh betul la....
"ini card saya, no ofis ada di card tu" hidup lagi ke syarikat ni dan tanya ejen ni masih aktif atau sebaliknya... call - 03-89254654 - oh ada lagi....
check kat bovea... http://www.lppeh.gov.my/list.php?page=6&regNo=&companyName=R&address=&status=&orderBy=companyName - oh betul2 wujud....

so boleh la teruskan deal.... ingt dan sentiasa beringat, jangan sekali-kali bayar deposit secara cash kepada ejen... bank in ke akaun company diorang.... sbb aku ada 3 kes ejen makan duit deposit buyer... so berhati2 la yea... at least, kalau ke akaun company, nk buat report ke atau terjadi apa2 senang... boleh cari company atau report ke bovea... tapi kalau kat orang, hilang la...

hopefully, benda ni berguna kepada sesapa pertama kali nak beli rumah ok... ataupun kepada first time beli rumah or kali pertama nak beli rumah or buy first home or beli rumah pertama or apa lagi maksud yang sama k... sebar2kan lah... lepas bayar deposit, nanti jumpa ejen untuk dapatkan resit dan juga LOF - letter of purchase... kalau boleh, dapatkan secepat mungkin... sbb kalau lagi cepat, lagi cepat la boleh buat loan.. sbb dengan LOF ni dah boleh buat loan.. tak payah nak tunggu S&P... orait... hopefully benda ni berguna... insyaAllah... sharing is caring....

persoalan commentar :

salam nk tanya ..saya ingin beli rumah arwah ayah saya tetapi rumah tu masih belum memiliki geran sebelum ni pernah dapat surat dari pemaju tetapi tiada maklum balas dari kami untuk dapatkan geran tersebut..jadi apakah proses utk saya membeli rumah tersebut.mohon bantuan

- geran tersebut mungkin berada dalam simpanan lawyer pemaju dan mungkin pihak ayah encik belum membayar bayaran tentang geran tersebut kalau ada... cuba follow up dengan pemaju ataupun dengan lawyer ayah encik buat s&p dulu.... jika pemaju dah bangkrap, hendaklah hubungi liquidator yg take over pemaju tersebut... kalau nak tahu siapa liquidator ni kena ke pejabat insolvensi..maklumat tersebut ada di sana... so skrang ni, better call pemaju dan lawyer dahulu.... harap ia dapat membantu Mad Maddock....

bulan ni aku terkejut dengan kematian abang angkat aku.... huhuhu.... tak tahu nak cakap... tapi dia dah banyak bagi motivasi kat aku... aku rasa korang pun penah tengok muke dia kat tv mahupun internet... abang angkat aku ni femes jugak la.... nama dia... Steve Job... hehehehhe.... jangan mere... dia banyak memberi inspirasi kepada usahawan untuk terus berusaha dan berjaya... berkorban tidak boleh lari dari salah satu benda yang mesti di tempuhi... lakukan benda yang kita suka... do what u love.. do what u passion.. dan sentiasa belajar dan belajar... ramai org yg berjaya tak belajar tinggi2.. bukan kerana tak nak belajar, tapi tak der kesempatan nak belajar... mungkin di himpit kesusahan, terpaksa berkorban demi keluarga dan mcm2 lagi... mereka ini bijak dan berjaya dalam perniagaan melalui pengalaman diorg.... semangat yang kental juga memainkan peranan yang penting... so, motivasi dalam diri kena sentiasa di cambah hari ke hari... ada satu buku, the power of positive thinking... aku tak sure sapa author buku ni... ia amat menarik.... mmg betul, kalau kita selalu berfikiran +ve, ia akan memberi kita power atau semangat yang lebih... kita akan ada confident dan kita yakin dengan tindakan kita... hopefully, kita akan selalu berfikiran +ve setiap hari... insyaAllah.... okeh...




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..