Thursday, February 12, 2015

TIPS PELABURAN DALAM HARTANAH

Apabila kita hendak membeli rumah untuk pelaburan, kita perlu tetapkan apa yang kita mahu.. jangan kita terikut2 kalau ada orang beli, kita pun nak beli sama tanpa ada kita tetapkan apa objektif kita... terdapat 3 objektif yang kita tetapkan iaitu :
i - capital appreaciation / capital gain
ii - cash flow
iii - flipping

apa itu capital appreciation / capital gain
- capital appreciation ialah peningkatan harga bagi hartanah pada masa depan. sebagai contoh, kita beli rumah teres pada tahun 2008 dengan harga 200k dan kita jual pada tahun 2014 dengan harga 500k... peningkatan harga sebanyak 300k itu ada capital appreciation / capital gain.
- kebanyakan pelabur yang membuat pelaburan berobjektifkan capital appreciation ialah dengan membuat pelaburan ke atas hartanah jenis komersial kerana ia amat berbaloi dengan kenaikan at least 8% per annum.
- jika anda ingin membuat pelaburan jenis ini, anda mestilah perlu capital power yang mencukupi.. ini kerana, anda perlu menunggu beberapa tahun untuk jual.. justeru, pada waktu menunggu itu anda perlu stand by jika hartanah itu tidak disewakan mahupun kadar sewa tidak mencukupi untuk anda bayar installment bank...
- kisah benar, rumah kedai yang dibeli pada tahun 2008 dengan harga 8.5juta, kini 2015 telah berharga 14juta.. dalam tempoh 2008 hingga 2012 rumah kedai ini kosong. justeru, owner hanya membayar saja2 cukai tanah dan cukai pintu kepada PBT. tapi, ia berbaloi jika di jual dengan peningkatan sebanyak itu...
- justeru, kalau nak beli then nak tunggu beberapa tahun lepas tu baru nak jual, itu adalah berobjektifkan capital appreciation.
========================================
apa itu cash flow
- cash flow ialah aliran kewangan kita setiap bulan terhadap hartanah tersebut. adakah hartanah tersebut memberi kita lebihan wang, atau kita kena top up. Lebihan wang kita panggil positive cash flow yang mana kita setelah wang sewa tolak installment bank, maintenance, utilies dan semua berkaitan kita ada lagi lebihan duit. manakala, negative cash flow adalah sebaliknya
- kebanyakan pelabur yang membuat pelaburan jenis ini ialah dengan membuat pelaburan terhadap rumah strata iaitu rumah apartment, condo mahupun flat.
- jika buat pelaburan untuk tujuan ini, anda perlu fikir beberapa perkara untuk jadikan positive cash flow setiap bulan.. sebagai contoh, anda boleh jadikan rumah tersebut sebagai sublet, mencari penyewa yang bekerja tetap dan make up rumah tersebut untuk jadikan sewa lebih tinggi.
- kisah benar, sebuah rumah flat pada tahun 2008 dengan installment rm280 di sewakan sebanyak rm400 dan sekrang ia masih lagi berada pada kadar 450 - 500 sebulan... lebihan jika sebulan rm120, setahun rm1440...
========================================
apa itu flipping?
- flipping pula ialah membeli rumah dengan tiada tujuan lain selain daripada ingin jual terus once rumah siap.
- kebanyakan pelabur yang membuat pelaburan berobjektifkan flipping ialah dengan membeli rumah undercon.
- jadi, tempoh selama 2 tahun tersebut, pelabur hanya membayar interest bank.
- jika dev bagi byk2 diskaun, pelabur yang buat flipping lagiiii la suka...
- tapi, keuntungan untuk flipping adalah tidak sebanyak jika kita tunggu beberapa tahun baru jual.
- selalu nyer, kenaikan once rumah siap ialah dalam 10-15% daripada harga rumah atau may be less...
Jadi, apa objektif yang kita nak, kita kena tetapkan.

Moga bermanfaat. -just share, if u care-

Nak jual rumah anda? Hubungi saya.

Pertanyaan @ Temujanji sila hubungi :
. FARHAN MOHAMAD (PEA1113)
. 019.362.3578 (WhatApps / SMS)
. Rescom Property Consultant
. farhan.ejenhartanah@gmail.com
. Ejen Hartanah FULL TIME.

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong