Tuesday, January 20, 2015

372 hari tak update blog... owh....

alhamdulillah.... teringat kepada blog ini yang banyak memberi pendedahan kepada ilmu, rakan, sahabat dan juga perhubungan dengan ramai orang... alhamdulillah.... setahun tidak menulis... hibernate... berbahagialah orang yang menyukainya... moga Allah rahmati anda... ;)

sejak setahun lalu, aku banyak membuat satu projek mega yang tidak dapat ku uraikan... projek yang bermula daripada scratch... daripada kosong kepada satu benda yang kini makin mekar berjenama di Malaysia... syukran kepada Allah... daripada orang biasa hinggalah personaliti tv, ia sudah di jajah... dalam google, ia telah monopoli no 1 di carta carian... 

dugaan, cabaran dan juga tangisan air mata tidak dapat diuraikan dengan kata2... pernah projek ini dikatakan tidak boleh dilakukan... im frustrated... but its ok... ada yg penah reject untuk tidak membantu proposal projek ini ke bank... ia cakap, akan kena reject... so dia reject awal2... Allahuakbar... terlalu banyak kos, terlalu banyak masa dan juga tenaga untuk projek ini.. dari sekecil2 hal, sehinggalah hal yang besar... adakala bermalam di site untuk tengok kerja.... ada kala tido di site kerana terpaksa cover pekerja yang cuti.... tahun lepas, 1st time dalam hidup ini tak balik raya.... sedih tak yah cakap.... tak ada kata2 yg boleh cakap.... speechless beb... tapi itu lah pengorbanan... walaupun projek belum siap sepenuhnya, ia sudah berjalan dengan baik.... alhamdulillah....

bila buat dari scratch, banyak benda yang kita belajar... banyak sgt2.... dari sekecil2 batu bata, pintu, pasir, jenis tiles, tempat nak beli, murah ke mahal, proses negotation, how to get cheap price... semua itu amat berharga sgt2... setahun jugak agak suffer... semua tenaga ke arah projek itu sahaja... sekrang baru boleh bernafas dengan baik....

setahun berlalu.... skarang projek tu boleh perlahan2 release kat orang lain... skrang, aku kembali ke hartanah sepenuhnya... bila kembali, rasa mcm buat dari mula... but its ok, ia mengajarku bagaimana untuk start dari bawah... belajar perlahan2... in syaa Allah, akan berlari nanti... 

apabila kita bekerja sendiri, percayalah kepada Allah sahaja kita berharap... percayalah kepada Allah kita sentiasa mengadu dan percayalah kita akan menjaga perwatakan kita agar tidak dimurkai oleh Allah kerana kita tahu Allah sahaja yang akan memberi rezeki kepada kita... aku respect org yg buat bisnez full time.... aku tabik... korang memang hebat... hebat kerana kebergantungan kepada Allah tidak berbelah bahagi... hebat kepada korang sentiasa ingt Allah... bukan aku nak cakap makan gaji itu tidak ingat Allah, tapi ia tidak sehebat kita bekerja sendiri... ada ke org makan gaji berdoa, ya Allah, bulan ni nak gaji 5000, wahal gaji 2000 je... unless org keje sendiri, dia berdoa agar Allah berikannya rezeki.. tidak tahu berapa rezeki dia... mungkin dapat byk, mungkin dapat sikit... so, dia byk2 berdoa... cuba perhatikan org bisnes berdoa, lain beb.... cuba tengok org makan gaji berdoa... lain jugak beb.... Allah ya Allah... walau kita makan gaji atau bisnes, tujuan kita sama... sama untuk masuk Jannah di akhirat nanti... moga Allah lindungi kita daripada api neraka, in syaa Allah.... 

moga bermanfaat.... ;) 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

1 comment: