Thursday, January 22, 2015

Cara Bayar Booking Fee Rumah dengan SELAMAT.

alhamdulillah, ramai dikalangan kita telah merancang untuk membeli rumah sama ada rumah baru mahupun rumah sekunder atau 2nd hand. Perlu di ingatkan bahawa, bayaran booking rumah hendaklah diberikan kepada pihak yang betul. tersilap langkah, melayang duit simpanan yang kita simpan bertahun-tahun dengan begitu sahaja. Untuk pembeli rumah yang pertama, anda WAJIB membuat kajian atau research berkenaan dengan prosedur membeli rumah. Paling tidak, anda WAJIB bertanya kepada kawan-kawan mahukan saudara mara yang pernah membeli rumah sebelum ini. 

Untuk pembelian rumah sekunder, anda dikehendaki membayar 3% daripada harga rumah sebagai wang booking. Kepada siapa nak bayar 3% ini? soalan ini selalu berlegar didalam fikiran pembeli rumah yang pertama dan jika ada orang yang pertama ingin membeli rumah, saya amat gembira untuk memberitahu anda bahawa terdapat beberapa cara untuk wang booking anda SELAMAT daripada mangsa penipuan. 

Terdapat 2 cara yang menjadi amalan dalam pembayaran wang booking atau wang deposit ini :

i - pembayaran menggunakan cek kepada agensi ejen hartanah yang berdaftar dengan LPPEH (Lembaga Penilaian, Pentaksiran dan Ejen Hartanah - www.lppeh.gov.my). PASTIKAN agensi tersebut berdaftar dengan LPPEH dengan melayari website tersebut. 

ii - pembayaran menggunakan cash terus ke dalam account agensi hartanah tersebut. Pastikan ia merupakan 'Client Account' agensi hartanah tersebut. Setelah anda melakukan cash deposit, slip deposit tersebut hendaklah diberikan kepada ejen hartanah sebagai bukti pembayaran telah dibuat. 

Kebanyakan kes duit deposit hilang atau kes penipuan wang deposit, pembeli membuat bayaran kepada account individu. JANGAN JANGAN dan JANGAN membuat sebarang pembayaran kepada account individu kerana risiko amat TINGGI. 

Justeru, semak dahulu agensi tersebut dan lakukan sedikit kajian bagi mengelakkan perkara yang tidak ingini terjadi.

So this is check list :

1 - Adakah ejen tersebut berdaftar dengan LPPEH ? - boleh semak di web lppeh.
2 - Adakah ejen tersebut berikan name card yang tertera nama agensi?
3 - Adakah agensi tersebut berdaftar dengan lppeh ? - boleh semak di web lppeh.
3 - Adakah ejen tersebut memberikan no account agensi hartanah tersebut ?

Jika semua di atas -YA-, teruskan untuk lakukan booking untuk mendapatkan rumah yang anda impikan... bayar booking cepat2, kang takut terlepas plak rumah tu. Jangan lupa, SLIP BAYARAN bagi kat ejen hartanah tu sebagai bukti bayaran, okeyyy.... 

Nota :

# 1
Perlukan Ejen Hartanah?
Hubungi saya untuk khidmat nasihat PERCUMA atau layari www.hartanahkita.com

FARHAN MOHAMAD 
(Cert. in Estate Agency, Dip. Comp Science, Bac. in Comp Science, Master in Property Investment)
Penulis adalah Ejen Hartanah Rescom Realty dan telah mendaftar sebagai Ejen Hartanah Percubaan (PEA) dengan Lembaga Penilai Penaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

No comments: