Salam sejahtera buat pembaca budiman,
Elak ejen hartanah haram
persoalan sekarang, mcm mana kita nak tahu ejen tu haram ke tidak, berdaftar ke tak kan... senang je.. first sekali - korang pegi ke website ni... http://www.lppeh.gov.my/... kat sebelah kiri bawah tu boleh search nama dan juga agensi orang yang terlibat..
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578
Elak ejen hartanah haram
Jika silap perhitungan, orang ramai mungkin akan ditipu oleh ejen hartanah yang tidak bertauliah.
MEMBELI rumah hakikatnya bukanlah seperti membeli ikan di pasar. Banyak perkara remeh yang perlu diberi penelitian. Malah, pemilihan ejen hartanah adalah antara perkara penting yang sering diambil mudah oleh ramai orang.
Pastikan anda menyiasat terlebih dahulu setiap ejen yang ditemui bagi mengelak sebarang risiko penipuan. Walaupun dijanjikan kadar bayaran yang lebih murah, mengambil khidmat ejen tidak berdaftar ibarat anda mengundang petaka dalam urusan pembelian aset anda.
Ini kerana banyak kes penipuan mengenai pembelian hartanah berlaku seperti yang dilaporkan kepada Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).
Secara teknikal, ejen hartanah bertanggungjawab untuk menjual atau menyewa sebarang hartanah kepada pembeli pada kadar tertentu.
Ini meliputi sama ada tanah kosong untuk pertanian atau pembangunan, rumah, bangunan pejabat, kilang serta gudang. Di samping itu, mereka juga berperanan mencari hartanah dengan spesifikasi tertentu yang dikehendaki oleh pembeli sama ada individu atau korporat.
Menurut Pendaftar LPPEH, R. Mahaletchumi, pihaknya telah banyak menerima laporan berkenaan kes penipuan yang berlaku pada individu yang mahu membeli hartanah seperti rumah dan lot kedai.
"Berdasarkan statistik kami, sehingga tahun 2006 sahaja terdapat 103 kes penipuan telah dikemukakan kepada pihak LPPH. Daripada jumlah itu, hampir semuanya mendakwa ditipu ejen yang mengendalikan urusan untuk pembelian hartanah tersebut.
"Antara risiko yang dihadapi adalah kehilangan wang pendahuluan untuk pembelian itu setelah ia dibawa lari oleh ejen 'palsu' yang ditemui. Apabila ini berlaku, ia tentu mengecewakan individu yang berhasrat untuk memiliki aset atau hartanah.
"Justeru, kami hanya boleh membantu melaporkan kes tersebut pada pihak berkuasa dan berharap ia dapat diselesaikan. Namun, secara jujurnya sukar untuk mendapatkan kembali wang yang telah diberikan kepada ejen tidak berdaftar seperti itu," jelas Mahaletchumi ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya baru-baru ini.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pembeli yang mahu berurus niaga dengan broker atau ejen haram kerana menganggap caj yang dikenakan lebih rendah berbanding caj ejen bertauliah.
Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa risiko urus niaga amat tinggi. Contohnya ejen tidak berdaftar ini boleh mengambil komisen serentak daripada pembeli dan penjual sedangkan mengikut Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (Akta 242), setiap ejen hanya boleh mengambil komisen daripada salah seorang sama ada pembeli atau penjual.
LPPEH yang ditubuhkan pada tahun 1981 merupakan satu agensi di bawah Kementerian Kewangan yang berfungsi untuk mengawal selia ejen hartanah di Malaysia berdasarkan Akta 242.
Sekiranya terdapat aduan mengenai salah laku seseorang ejen hartanah, mereka akan segera mengambil tindakan tatatertib terhadap individu tersebut.
Selain itu, tambah Mahaletchumi lagi, orang ramai perlu lebih bijak dalam mengenali ejen sama ada ia berdaftar dengan lembaga atau sebaliknya. Ini penting untuk mengelak daripada berlakunya penipuan.
"Contohnya, apabila didatangi ejen yang mahu membantu anda memiliki hartanah tertentu, orang ramai boleh memeriksa profil mereka di laman web www.lppeh.gov.my. Jika ejen tersebut berdaftar, nama mereka akan berada dalam senarai yang ditetapkan dan pembeli boleh mempercayai ejen tersebut.
"Tetapi jika nama ejen atau firma mereka tidak ditemui, bermakna orang ramai perlu berwaspada dan seboleh-bolehnya cari khidmat ejen lain. Mungkin mereka merupakan ejen haram yang tidak berdaftar dengan pihak LPPEH dan mengaut keuntungan hasil tipu helah mereka," ujar Mahaletchumi.
Sehingga kini, ujar beliau, terdapat 2,000 ejen hartanah dan 700 firma hartanah yang telah berdaftar dengan LPPEH bagi menjalankan perniagaan masing-masing.
"Setiap ejen pula boleh mempunyai sekurang-kurangnya 20 perunding yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk individu atau syarikat korporat yang berminat memiliki hartanah tertentu," katanya.
Bagi memastikan ejen tersebut bertauliah, kad nama yang dikeluarkan mereka haruslah mempunyai dua nombor pendaftaran iaitu untuk individu dan juga firma.
"Biasanya orang ramai boleh melihat kad nama seseorang ejen dan dari situ mereka akan dapati ada logo LPPEH dan nombor pendaftaran seperti E777 untuk individu dan E (3) 0211 untuk firma hartanah.
"Namun, pada zaman yang serba canggih ini, tidak mustahil untuk melakukan apa sahaja terutama meniru logo dan nombor siri pendaftaran LPPEH. Oleh itu, langkah terbaik adalah menyemak nama ejen dalam senarai yang disediakan lembaga menerusi laman web kami," nasihat Mahaletchumi.
artikel ni dari KOSMO!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------artikel ni dari KOSMO!
persoalan sekarang, mcm mana kita nak tahu ejen tu haram ke tidak, berdaftar ke tak kan... senang je.. first sekali - korang pegi ke website ni... http://www.lppeh.gov.my/... kat sebelah kiri bawah tu boleh search nama dan juga agensi orang yang terlibat..
klik je kat company name tu, then search company orang tu... sebagai contoh, search "rescom"... berdaftar tak company ni... mcm aku plak, ada tak nama si farhan ni... hehehe... kalau ada, berdaftar la tu... kalau tak der, sah la aku tak daftar... insyaAllah, nama aku ada... cuba la korang saje2 main search tu.. mana tahu, ada kawan2 yg deal dgn agent yg selama ni tak daftar ke... kita beringat la kan... happy searching... okeh...
just bought this book @ Alamanda... nice book... koleksi bulan ni... hehe...
edisi bahasa melayu. RM27 sahaja... Jom sama2 kita membaca...
edisi bahasa melayu. RM27 sahaja... Jom sama2 kita membaca...
FARHAN
Senior Property Negotiator
RESCOM REALTY
Senior Property Negotiator
RESCOM REALTY
019.362 3578
2 comments:
Good sharing bro...:-)
gud info.. tq
Post a Comment