Friday, June 15, 2012

Benda baru - present 'bout auction

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, dipagi jumaat ini yang mulia lagi diberkati,diharapkan semua pembaca khususnya dan juga umat Islam diseluruh dunia diberi nikmat dan kasih sayang berpanjangan dari Allah Yang Maha Besar... aku bersyukur hari ni dapat lagi menghirup udara yang segar, diberi kesihatan dan juga kebahagiaan di dunia ini.. syukran ya Allah... 

diminggu ini, ada benda baru dan pertama kali aku lakukakan... hari rabu lepas, first time aku buat presentation berkenaan lelong di office tempat aku bernaung... kalau sapa2 perasan kat facebook tu ada aku tempek sekeping gambar...thanks to mr hamdan for the photo... itulah pertama kali aku present pasal auction... sebelum ni aku ada bagi talk, tapi bukan pasal auction malah lebih kepada how to invest, kenapa perlu invest sini, kenapa tidak sana dan byk lagi...  personally, tajuk mcm mana nk invest tu lagi la mencabar... maklumat2 yg aku sampaikan base on pengalaman dan juga pembelajaran aku di dalam kelas dan juga luar kelas... so kalau nak tahu mcm mana nk invest, boleh la dengar talk pada 17hb ni di Kajang... boleh hubungi Puan Junny - 016-5903515 untuk reserved tempat... selain aku, pie dan juga junny akan bagi talk, insyaAllah... 

back to pasal present auction... dah lama aku menyimpan perasaan untuk buat presentation... lama giler.. ada dah dekat 2 tahun kot memendam rasa untuk bgtau orang lain yang auction ni senangggg je nak buat... dan kenapa perlu beli rumah auction ni dan mcm mana nk dapat duit dari rumah auction ni... dan as agent, how we want to get money... byk giler menda boleh diceritakan... tapi hari tu masa sejam je, so content pun sejam je... but, alhamdulillah aku sampaikan apa yg selama ini aku buat... pengalaman dari 4 5 tahun lepas disertakan dengan gambar persendirian yang tak penah aku lekatkan di blog jom2lelong ini aku kongsikan dengan rakan2 seperjuangan... terasa puas sbb keinginanku terlaksana... kalau boleh, nak sampaikan kepada lagi ramai orang... insyaAllah, kalau berkesempatan nanti dan diberi peluang oleh orang lain sama2 aku kongsikan...

smlm mmg agak penat tapi terhibur... pagi2 lagi aku ke UIA sbb ada janji untuk interview sorg officer berkenaan dengan thesis aku... tunggu sejam then tak sampai2, so aku kena balik sbb ada hal plak kat subang jaya... then balik pegi subang jaya plak... dari subang jaya balik rumah plak sbb ada benda nak kena email..pukul 4 mcm tu patah balik ke subang jaya balik... settle je, balik rumah sampai dalam pukul 5.30ptg...penat2... then aku ada appointment kat mentari court jam 7 ptg.. so pukul 6.15 aku cabut plak pegi sana... then lepas magrib sampai rumah... tu la keje smlm.. tapi enjoyyyyy... alhamdulillah... 

dalam balik ke rumah aku jam 5.15ptg tu, aku dengar radio IKIM... aku amat tertarik dengan satu benda yg brother Lim - mualaf ni cakap sbb ada caller or dj baca dari fb aku tak sure... kenapa perlu solat?? jawapan yg best - apabila kita dibekalkan dengan peta dan basikal untuk ke kubang kerian ikut jalan lama, kita mesti tengok peta kan... sama la jugak mcm solat... solat diibaratkan seperti peta... lagi banyak kali kita solat, lagi minima kita akan tersesat... solat adalah penghubung antara kita dengan Allah... bila kita solat, kita akan ingat Allah... kita akan mengagumi kebesaran Allah, kita akan merasa betapa rendahnya kita di sisi Allah... sbb itu, orang yang berjaya ialah orang yang solat... aku ingt lagi, ada sorg ustaz ni cakap, kalau ada org mengajar berkenaan solat, pegi la dengar... sbb belajar ini tidak akan habis... kadang2 kita alpa dan juga kita tersasar... tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh balik kepada jalan yang tersedia... masing2 ada kekurangan dan kelebihan.. kekurangan boleh ditampung dengan daya usaha dan ikhtiar..insyaAllah, jika dalam hati kita ada azam untuk bertekad untuk berubah, kita sama2 boleh berubah..tidak ada orang lain yang boleh merubah diri kita, kecuali kita sendiri... yang ada kelebihan, boleh membantu orang lain yang serba kekurangan... insyaAllah, dengan bantuan itu akan bertambah lagi kelebihan dan nikmat kepada kita... insyaAllah... semoga ia bermanfaat untuk semua... okeh.. 

- aku.... 

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

No comments: