Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... lama aku tak menulis di sini... kerinduan tidak dapat kubendung lagi... akhirnya, aku gagahkan diri untuk menulis walaupun aku tahu masa aku amat terhad beberapa ketika ini... hari ni 6 june, jam 12 tghari aku ada appointment di UTM, KL... even satu hape pun belum prepare in paper lagi..semua ada dalam kepala... berhabuk tebal blog ini.. 3 minggu lepas, aku terbang ke beijing dan juga shanghai berkenaan lawatan kerja.. alhamdulillah, mengenali negara orang membuatkan aku sentiasa berfikir betapa besarnya anugerah Allah dimuka bumi ini... seronok dapat ke beijing dan makanan halal senang la nak dapat... tapi shanghai, aduh susah nyer nak makan makanan halal... tapi nasib baik geng2 'org kuat' kat sana bawa makann ke tempat2 yang best...ingt nak update blog kat sana, hampeh betul blog tak leh access..facebook pun sama... china tak benarkan benda ni...
balik dari lawatan, aku ada kerja selama beberapa hari untuk settlekan beberapa hal sebelum aku balik ke kampung adikku nikah...sblm balik sempat aku interview pegawai di UPM berkenaan dengan thesis aku... alhamdulillah... to date, aku dah interview upm + uitm dan hari ni utm...esok upnm dan lusa um... next week dah ada satu organisasi yg aku set appoitnment dgn diorg... adik aku selamat sudah bernikah... settle... semoga Allah memberkati dan merahmati mereka berdua... amin.. bila kenduri stendet tido jam 2 3 pagi then bagun sewal pagi... 2 hari lepas aku balik kL memakan masa 10 jam... hahahha.. tak penah2 aku buat 10 jam balik.. bukan sbb jem, tapi aku berhenti tido... tak larat mata aku nih... 3 kali behenti... gua musang, merapoh dan tido paling lama kat kuala lipis... hahhaa.... then baru la aku segar skit balik kL.. JANGAN MEMANDU JIKA MENGANTUK - papan tanda jkr... hehehe
balik kL, banyak benda dalam pikiran aku... tambahan pula skrang ni byk kerja perlu disiapkan... tapi, bila kita enjoy buat kerja, insyaAllah, ia memudahkan kita... tak kira dah penah ke, letih ke, kita akan buat... tak gitu kan... hehehe... pembaca yang budiman, aku ingin menjemput kalian untuk ke seminar WIPV... boleh rujuk https://www.facebook.com/SmartPropertyJV... boleh la kalau korang nak tambah2 kan ilmu... insyaAllah, pengisian yang boleh menambah nilai (value added)...
jom kita jawab soklan plak post kali ni :
Soklan dari comment :
salam bro, saya nak mintak pandangan tulus bro.
saya ada bagi sewa rumah dekat satu family ni(kontrak selama setahun)
dalam kontrak tue dah ada clause2 yang mengatakan bahawa deposit x boleh diusik as payment,sewa mesti bayar sebelum 7th setiap bulan,mesti tamatkan kontrak 2 tahun,dan sekiranya sewa x berbayar dalam tempoh 14 hari dari 7th pada sesuatu bulan itu, maka saya selaku owner boleh masuk kedalam rumah,keluarkan semua barang n halau penyewa.
masalah saya sekarang nie, penyewa ni baru duduk 2 bulan pastu dah nak keluar, n nak guna deposit 2 bulan sebagai payment untuk 2 bulan akan datang.
so macam mana ni bro?
ni dah breach of agreement.
tolong advise.
Jawapan :
strictly duit deposit tidak boleh dijadikan duit bayaran sewa rumah. kenapa? sebagai contoh sewa 200, deposit 2 bulan = 400.. so kalau 2 bulan terakhir tu duit deposit digunakan untuk membayar sewa, di mana deposit nya??? tak der kan... ok, jikalau tenant meninggalkan rumah dengan keadaan yang menyedihkan termasuk ada rosak sana sini, sapa yg akan ganti?? tuan rumah kan... so, disitu tidak ada security bagi pihak tuan rumah bagi menjamin rumah tersebut tiada kerosakan apabila tenant keluar... tetapi, jika tenant tu keluar dengan baik dengan meninggal rumah seperti mereka masuk sebelum ini, itu tidak menjadi masalah... cuma, adakah kita akan mengambil risiko untuk menunggu sehingga akhir tempoh sewaan dan melihat keadaan rumah dulu baru kita hendak bertindak??? so Mr Aidil Ahmad, saya advise, kena kutip jugak sewa rumah tersebut... explain betul2 sbb dah state dalam perjanjian kepada tenant... gunakan budi bicara untuk berbincang... saya harap TA tersebut di stamp untuk memudahkan jika terpaksa mengambil tindakan mahkamah... selalunya, saya akan menekan pasal deposit ini seawal waktu tenant nak masuk menyewa... saya suruh dia ingt betul2 dan memahami pasal clause tersebut...
saya harap penjelasan tersebut jelas dan jika rakan2 pembaca ada idea, boleh comment yea.. sangat dialu-alukan... jumpa lagi... okeh...
p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578
FARHAN
019.362 3578
No comments:
Post a Comment