Thursday, March 25, 2010

Cerita Membeli Rumah Lelong

Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, skrang ni rumah lelong banyak mendapat sambutan... tak kira la dari peringkat rendah mahupun yang dah berpangkat... bergantung kepada budget mereka... ada yang beli landed, ada yang beli low cost dan ada juga beli resort... smlm aku berjumpa dengan banker.. ada satu kes ni mmg rasa kesian... aku dengar pun rasa sedih... makcik ni keje nyer jual goreng pisang.. kalau nak pi putrajaya, boleh la singgah kalau nk beli goreng pisang tu kat uniten... makcik ni jual kat sana... makcik ni beli auction property yg berharga 190k... time nak masuk ni, aku tak tahu la mcm mana mak cik ni boleh masuk... agent yg menguruskan auction makcik ni org tuttttt... then bila makcik ni menang dengan 190k, makcik ni nak buat la loan... tapi nama makcik ni je dalam kontrak tu... agent tu cakap boleh buat tak der masalah.. bg kontrak je kat bank then bank proceed... then, bila sampai bank, mmg bank tolak bulat2 la permohonan makcik ni... last sekali sampai kat banker aku... ni kira bank yg ke berapa makcik tu pegi aku tak tahu la... banker aku cuba tolong dengan membuat pinjaman dengan menggunakan sedara yang terdekat... ingt, kalau kita nak buat loan, hanya ibu @ bapa @ suami @ isteri @ abang @ adik sahaja yang dibenarkan... ipar2 mmg tak leh... so makcik cuba mendapatkan ipar dia... mmg tak leh... so, kena jugak cari saudara terdekat... so loan application pending kat sini.... yg aku kesalkan, agent tersebut... di mana agent tersebut???? dah dapat duit komisyen terus blahhhhhh.... then dapat lagi duit dgn pembida.... bila ada masalah mcm ni agent dah hilang mana dah... call pun tak angkat, sms pun tak balas... ye la sbb dah dapat komisyen... aduhhh.... so hati2 la rakan2, pembaca blog aku, investor2 dan sesiapa sahaja yg ingin membeli rumah lelong dengan agent... kalau ada sedara mara yg nak beli dgn agent, tolong la bgtau menda mcm ni ok... jgn sebelum auction cakap boleh2, tapi lepas auction jadi lain plak... bahaya mcm tu... makcik tu kalau tak dapat bayar cash, dia rugi dalam rm9500... nasib baik 5% je auction.. kalau 10%??? tu belum tambah bayar agent tu... tak yah la aku cakap berapa dia bayar... tapi banker aku ada cakap berapa dia kena.... kesian betul aku rasa....

aku as agent rasa kesian betul kat makcik nie... kalau aku, aku akan suruh client aku utk check dulu komitmen kat bank.. berapa dia boleh pegi... kalau ada prepare cash, lagi bagus la.... jgn simply2 nak masuk auction... ke 2, budget... berapa budget... kalau MV dah takat tu, bid takat MV je.. jgn lebih sbb kalau lebih nanti kena kuar cash lagi... so beware benda2 mcm nie... aku doakan makcik tu dapat settlekan loan application atau dengan cara lain... insyaAllah....

awal minggu ni jugak rakan perniagaan aku dah move selangkah lagi... berani mengambil risiko... walaupun dia salah sorg BOD yang boleh di kira gaji yg best, tapi dia akan bukak perniagaan sendiri.... ye la, sampai bila nk keje bawah org... walaupun BOD, company tu bukan dia punya... sampai bila? minggu ni dia dah mula merangkak.. merangkak mencari sesuatu yg selama ini dia idamkan... aku doakan dia berjaya dengan perniagaan yang akan di buka tak lama lagi... insyaAllah... dan hari ni, aku dapat mail yang menyatakan tempat perniagaan tersebut telah dapat dengan kadar sewaan yang agak murah...alhamdulillah... selagi kita boleh tolong, kita tolong sedara sesama Islam kita.. kita bersaudara... tahniah aku ucapkan... aku tahu, kadang2 dia baca jugak blog aku yg tak seberapa ni... kalau dia baca, aku harapkan dia teruskan perjalanan yang masih panjang ini... dalam perniagaan biasa la, ada turun dan naik.. modal, marketing, strategi dan sebagainya... network amat penting... insyaAllah, aku rasa kawan aku ni banyak network dan dia boleh... yakin ok... kesabaran dan ketabahan serta ketenangan amat penting dalam perniagaan... cabaran yang datang mmg tidak pernah kita duga... sama juga dengan rezeki yg kita dapat, tidak terfikir dek akal kita... kadang2 kita di atas, kadang2 kita di bawah... waktu kita di atas jgn di lupakan daratan yang luas tempat kita berlari dan melompat, time kita di bawah jgn dilupakan langit yang tinggi yang sentiasa memayungi kita siang dan malam...anugerah Allah yang sentiasa buat kita berfikir dan terus berfikir.. ingt lelong, jom2lelong...okeh....


p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578



FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Tuesday, March 23, 2010

Sakit Hati tapii Gumbira....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu lepas banyak betul aktiviti aku... menarik dan juga hiba serta terkilan... bab terkilan ni, aku rasa dalam dunia real estate ni mmg kena terima... aku masih setahun jagung dan masih lagi perlu banyak belajar... minggu lepas, aku ada bawak tenant nak sewa rumah... bila aku sampai di condo tu, pak guard yang baik dengan aku tu cakap..'Farhan, nak gi rumah tu ke?" aku cakap, betul la tu... pak cik ni tahan aku.."Farhan, sekejap.." "Kenapa"... pakcik tu cakap kalau tak silap rumah tu dah ada org masuk pagi tadi... ye ker... aku pun tengok dari luar... ye la pakcik, dah ada org... tu aku tak kisah lagi.. yang aku tak tahan, banner aku.... aku gantung baik nyer banner aku, tapi aku tengok kesan tali kena potong... then ada banner cha ya nun alif kat balkoni... banner aku dia potong, then letak banner dia... siutttttttttt... mmg aku geram nak mampus.. dan aku rasa agent ni, agent haram sbb dia tak der nak letak nama company ke apa.. just letak no tepon... itu aku rasa la... sbb tu la sejak 2 3 hari lepas tak der org call aku pasal rumah nie... tak per, nak main kotor... kita boleh je nak buat jahat... tapi kalau pk, berbaloi ke nak buat mcm tu jugak? org jadi jahat kita pun ikut sama jadi jahat... kita as org Islam kena faham, biar la di dunia ni kita sabar, tapi akhirat kita bahagia... insyaAllah... mmg bila aku balik dari rumah tu, aku terpk dalam kepala aku...kenapa la jadi gini... aku menung diri aku sendiri..tak per la, aku pk ini salah satu pengajaran lepas ni.. so kalau lepas ni tahu la cara nak counter benda ni..so kena la cegah awal2... sejak beberapa tahun ni, ni la kali pertama terjadi pada aku... sebelum ni, aku baca org lain kena, tapi skarang aku plak yang kena... huhuhu.. mungkin ada sbb.. mmg aku akui, aku terlepas 2 3 ribu, tapi sabar la... mungkin rezeki aku bukan kat situ... aku pujuk diri aku.. time balik tu aku teringt ada kupon utk basuh keta yang belum aku redeem, so aku ke pusat cucian keta utk basuh keta...then time duk tengok2 org basuh keta, dapat sms... "Farhan, can u sell my prop? aku pun jawab la, "sure, no prob..."... mmg aku terkejut betul tengok alamat prop nie... kalau la terjual, mmg aku achive target aku tahun nie...hehehhe.... tapi, aku kena check MV dulu mcm mana pun... rasa terkilan tukar jadi rasa hepi ptg tu...alhamdulillah....

minggu lepas jugak aku ada beberapa appointment yang berkaitan dengan hartanah dan juga tidak... sorg ni dari 3 minggu lepas lagi nak jumpa aku... salah sebuah rumah yang aku nak jual dah terjual, cuma belum aku delete listing dalam web... so, dia ingt masih lagi ada, tapi dah tak der.... so dia nak jumpa jugak aku... sbb hujung minggu hari tu aku ke Terengganu dan Kelantan, so hari jumaat lepas aku jumpa dia... first ayat dia, "Tak ramai Malay buat Real Estate".... dalam hati aku, mmg ada sebenarnya tapi tak ramai.... banyak benda yang di sembang... walaupun dia tak dapat rumah tu, dia masih berharap nak rumah di kawasan tersebut... mamat ni humble giler... mmg rumah yang dia nak tu harga dekat 300k... walaupun dia dah ada dah 5 biji rumah di kawasan yang sama, tapi nak tambah lagi dan nak kasi kat kawan2 dia... mamat ni bukan sahaja freelance investor, malah ada beberapa syarikat... aku pun tanya la, mcm mana nak buat bisness... mcm mana nk mula... dia ada bg tips, antaranya jgn mulakan bisnes dengan wang banyak... cara dia bercakap mmg best dan respect aku walaupun 1st aku jumpa dia... di antara hartanah yang dia ada.... baru beli Mont Kiara bernilai 550k beli 2 bijik... kat KLCC ada sebiji dengan sewaan RM4500 kontrak selama 2 tahun... giler best....... walaupun bercakap ttg hartanah, pasal network juga di tekankan... aku suka betul bila di rekomen dgn beberapa org yang 'kuat' di bank... bukan calang2... time aku nak jumpa dia ni pun aku takut jugak sbb level aku mana je... takut jugak la... tapi aku nak jugak jumpa sbb bila lagi nak cuba... then aku dapat la beberapa benda yang aku rasa berbaloi... banyak menda yg aku dapat pk, dapat kaji dan dapat buat kesimpulan........BERANI............

hari ahad smlm ada beberapa appointment sampai la malam... ptg tu aku g pecah rumah di bangi... mmg mencabar habis... walaupun 4 org pegi sana, ambik masa jugak utk pecakkan pintu grill... sbb grill dia pad lock dari dalam... dan bukan sebarangan pad lock... pakai cutter pun tak berapa nak jalan.... dan plan C la.... hahahahhaa.... sampai dalam kul 5.15 then kul 6 baru dapat masuk rumah... mmg rumah cantik... sampah tu biasa la... free gift - fridge...ekekeke.... cuma minor repair je... kawasan ni sewa mmg best... aku pun teringin nak ambik.... sehari siap la rumah ni kalau di bersihkan... nanti layan la gambar kat bawah tu k... lama gak tak der gambar dalam post aku nie... heheheheh... rumah ni baru je menang hari sabtu hari tu dengan RP.... terkejut jugak aku, RP ke nie... hahahaha... best best... mmg kena cari rumah mcm ni... org yg tak ramai tahu... tapi utk investment meletupppppppp.... hehehehe...

Setiap pencapaian kejayaan sentiasa bermula daripada salah satu pendapat atau idea yang melintas di dalam otak... manusia tanpa idea selalu menunggu pendapat org lain... jika anda tenang dan dapat berfikir dengan baik, pastilah idea2 baru akan berkembangg...setiap org yang ingin berjaya, yang ingin mengubah hidup tidak semestinya datang dari keluarga yang kaya2... anda juga boleh menjadi org yang berjaya jika anda ada semangat dan juga kemahuan dalam hati.... satu cerita.... Sir James Horlick telah memulakan penghidupan sebagai seorg penjual barang2 umum... tiba2 beliau mendapat satu idea baru untuk membuat minuman baik yang mengandungi vitamin.. minuman itu boleh menggantikan makanan lain.. beliau membuat percubaan dengan susu kering, tepung gandum dan barli... apabila beliau cuba menjual kepada org ramai dan org jual ubat, beliau gagal mendapat perhatian...satu hari, beliau berbual dengan seorg rakan karibnya yang bekerja sebagai ahli kimia..beliau mendapat tahu bahawa seorg pesakit tidak lalu makan... Horlick menberi keterangan dengan minuman yang dibuatnya... akhirnya ahli kimia tersebut menyuruh pesakit tersebut minum minuman tersebut sebagai ganti makanan... selepas seminggu, kesihatan pesakit tersebut semakin pulih.. perlahan2 minuman Horlick menjadi perhatian... hari ini, nama Horlick terkenal di merata dunia... untuk berjaya, mmg kita tak boleh lari dari gagal, tidak mendapat perhatian dan di tolak... itulah di antara dugaan dan juga cabaran dalam dunia perniagaan... tetapi, tetapkan azam dan bulatkan tekad, insyaAllah kita akan berjaya... ingt lelong, jom2lelong...okeh...



















p/s : Ingin Jual/Sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Monday, March 15, 2010

Comment @ jom2lelong.blogspot

Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, aku baru balik dari terengganu dan kelantan... jalan2 cari idea...hhahaha.. bukan, jalan2 sbb ada kerja... kali ni nak cita sikit pasal blog ini... bukan apa, blog ini aku mmg buat utk kongsi idea, pengalaman aku seperti tag "Blog ini aku coretkan khas untuk berkongsi idea, pengetahuan dan aplikasi ilmu pelaburan dalam hartanah. Aku ingin berkongsi pengalaman aku bersama mereka yang sedang dan masih mencari peluang dalam pelaburan hartanah, insyaAllah..." dari dulu aku tak penah rasa nak ubah... tak per la, aku masih lagi belajar dan usia pun baru setahun jagung dalam dunia hartanah ni... aku tahu, ramai pembaca yang silent reader..sbb apa ada call aku cakap dah ikuti blog ni sejak tahun lepas lagiii.. aku amat berterima kasih atas sokongan pembaca.... kalau ada penambahbaikan ke, ada idea yang boleh di kembangkan ke, boleh la email kat jom2lelong.. mana tahu lepas ni lagi cantik blog nie... hehehe... walaupun korang tak comment, aku paham... aku paham sbb aku jumpa silent reader aku yg mmg tak nak state langsung nama kat blog aku walaupun dia dah jadi client aku.. aku hormati privacy korang... sbb tu ada nama Mr A, En K... post kali ni more mcm user manual skit mcm mana nk comment kat blog jom2lelong.. kalau yg dah tahu tu at least sebagai ulangkaji...mcm sekolah la plak...hehehe....

1.
Tekan button Read User Comment





2. Kemudian, pop-up ni akan keluar... So tulis komen kat ruang yang di sediakan DAN taip perkataan yang di tunjukkan. Itu mcm security elak spam. kemudian choose identity, kalau ada akaun google pilih Google Account, tapi kalau tak der, pakai je Name/URL tu.. bila pilih radio button Name/URL tu dia minta letak nama..so letak nama dan kosongkan URL pun tak pe.. sbb URL just optional...then tekan PUBLISH YOUR COMMENT



3. So dah jadi dah.. Keluarlah comment... senang je kan... so lepas ni boleh la comment kat blog jom2lelong..hehehhee...



Setakat tu je dulu utk post kali ni... mmg ada citer yg geram nk citer... tapi dah post kat facebook... huhuhuhu... nanti elaborate kat sini nanti... insyaAllah next post... ingt lelong, jom2lelong...okeh..

p/s : ingin jual/sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Saturday, March 13, 2010

Al-Fatihah

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

Pagi2 lagi aku di kejutkan dengan panggilan telefon. Kawan, officemate dan juga follower jom2lelong di Facebook, Pn Diana Rahman telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi...Al-Fatihah buat beliau dan semoga beliau dicucuri rahmat dari yang Allah Yang Maha Esa... Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali.. Benarlah firman Allah, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tidak lambat walau sesaat dan tidak cepat walau sesaat. Tidak kira berapa usia muda ataupun tua... Segala ujian dan dugaan yang diberikan Allah ada hikmah yang tersembunyi untuk mereka yang masih bernyawa... Di harapkan keluarga Pn Diana Rahman bersabar, cekal dan redha dengan ketetapan Ilahi...


Al-Fatihah....


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Tuesday, March 9, 2010

Ikhlas

Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu ni sempat jugak aku postkan sesuatu kat blog yang tak seberapa ini... mungkin sebab bizi minggu ni dan minggu depan, so aku kurang masa untuk mencoretkan aktiviti aku... tapi, mungkin ada sumber lain yang korang boleh cari aku... jeng jeng jeng.... seminggu ni aku banyak uruskan perihal rumah sub-sale dan auction yang menang dan akan masuk hujung minggu ni... pegi survey tengok rumah itu ini... so, masa banyak atas kenderaan... bila balik, dah penat tengok blog pun gitu2 je.... utk auction minggu ni, aku tak leh attand sbb aku travel ke terengganu dan juga kelantan start hari khamis, jumaat, sabtu dan ahad.... makan kopok lekorrr...ohh sedapppp nyer... hahahha... mcm lama je tak makan...

smlm aku berjumpa dengan agent cha ya nun alif... sbb aku ambik dokuman rumah yang client aku beli... sebelum ni time gi view rumah aku tak penah cite aku ni agent jugak... smlm, bila aku duk dengan dia, dia tanya aku " whats ur job Farhan?".. aku cakap "Why?"..dia cakap just want to know... then aku bg kad aku... u agent ka?.. aku senyum je... aku saje tak nak cakap sbb nak tahu kerja dia buat ni betul ke tidak.. tapi, ada yg dia tahu dan pernah buat dan tak pernah buat... aku spend masa dekat 1 hour bercakap dengan dia ni bukan pasal dokuman client aku... aku cuba utk dapatkan rahsia mcm mana dia buat real estate... bila aku check nama dia kat internet, mmg berlambak listing.. aku mmg kagum giler... dia citer kat aku dia dah buat hampir 7 tahun.. no wonder la listing banyak.. aku tanya mcm mana dapat listing banyak2?... dia cakap mmg permulaan u masuk dalam bidang ni susah nak dapat kan.... aku cakap mmg betul... aku mmg berhempas pulas nak dapatkan listing time mula2 dalam bidang nie... tapi dia cakap kat aku, Farhan..u mesti ikhlas buat kerja ini... u Farhan, jangan main tipu2, kalau itu rumah ada bocor u cakap sama buyer ada bocor.. kita Farhan buat menda ni kena cakap benar..pergghh... itu salah satu sedutan ayat dia... nak balik tu pun cakap lagi kat aku, Farhan u kena ikhlas buat menda ni... aduhaiii... pesan aje kat aku... dia cakap bidang ni mmg bagus... banyak kata2 semangat dia bg kat aku walaupun dia cha ya nun alif... bg dia, 10k per month tu mmg kacang.. terkejut aku... skrang ni, dia jual at least 400k ke atas harga rumah..cuma kalau ada 100k yang senang2 tu dia ambik...senang2 tu maksudnya senang nak jual... cuma dia cakap, dalam bidang ni kena buat secara proper... jgn dengan cakap saje... kena ada black & white... mmg banyak jugak dia berpesan itu ini kepada aku... aku mmg repect dia nie.. dia tak kedekut ilmu.. mmg la dalam sejam tak sempat nak bersembang banyak menda... tapi at least aku dapat apa yg aku tahu sblm nie... ada beberapa perkara yg aku tak buat, dia buat... then aku boleh apply apa yg dia buat dalam kerjaya aku yang setahun jagung ni... banyak lagi aku perlu belajar.. insyaAllah, aku akan cuba improve aku nyer knowledge step by step... alhamdulillah skrang ni aku nyer sale utk sub sale and auction sampai awal bulan 3 semakin meningkat...aku harap ia akan terus berterusan dan meningkat dari hari ke hari....syukur pada Allah.... kawan2 blog banyak menyokong dari moral dan juga pandangan yang bernas2... aku amat berterima kasih kepada sokongan semua....

smlm time aku tgk buletin utama, ada tulisan bawah tu tulis maybank naikan BLR.. dalam hati aku, ni sah sah la sbb kes OPR nie... ye la, OPR di naikkan so BLR dan BFR di naikkan... hari ni aku jumpa dengan banker... sembang2 then aku tanya la pasal BLR ni... dia pun cakp kat aku... ko tak tahu ke, CIMB pun naikkan BLR hari ni... ye ker... cuma yg paling rendah skrang ni Affin je... ye ker.. errrm, makin tinggi la installment bulanan lepas nie... tak per, naik sikit jer... hehehe... masih lagi bawah 6.0... sejak kebelakangan ni, aku banyak dapat client utk buat gov loan... so, diorg still dapat 4%... kira ok la tu kan... aku pun kalau dapat gov loan mmg aku apply.. murah tu... hari ni, mmg banyak menda aku nak citer, tapi rasa geram utk bercerita... salah satu nyer kisah lawyer... betapa naif nyer lawyer C ni... ni layer cha ya nun aliff... my client jual rumah pakai lawyer malay then pembeli pakai lawyer C ni... lawyer ni aku tak tahu la lawyer baru belaja ke, lawyer yg tak reti bahasa SnP ke apa, bila dah SnP dah pair maksudnya kedua2 lawyer dah bersetuju, so pembeli dah sign kat SnP di pejabat lawyer C... lawyer ni tak nak bagi SnP tu kepada lawyer malay unless lawyer malay ni bg kat dia statement akaun penjual... lawyer C ni nak tahu berapa lagi hutang yg ada.... tadi sbb benda ni dekat sebulan duk main ting tong... aku call lawyer C ni.. aku tanya buat apa u nk tahu? itu masalah vendor.. dia kena top up, dia kena hutang ke... apa masalah u nak tahu semua tu? u as perchaser lawyer siapkan SnP then pass to our lawyer... itu hutang tak der efffect pada u punya customer pun.... mmg aku geram giler... aku tengah cakap dia putuskan talian... bila aku call lagi tak angkat dah... padan muke... bukan sekali dua aku uruskan benda gini.. malah lawyer aku pun cakap, ni 1st time dia dapat lawyer gini... alasan nak protect client...apa kesan nyer kalau penjual hutang banyak2 pun... kalau dia kena top up, mmg tak der kaitan pun dengan pembeli.. pembeli just bayar duit yang di beli dan penjual akan settlekan hutang dengan bank... so apa masalah nyer? aku tak tahu la lawyer ni, mmg aku geram... ingt kita ni apa, senang2 je nak main2... dia yg melambatkan proses... benda yg senang jadi susah... luah perasaan plak aku...ekekekeke... ingt lelong, jom2lelong....okeh...

p/s : ingin jual/sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Wednesday, March 3, 2010

Lawyer bank yang amat 'laju'...........

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari ni dapat la jugak aku settlekan beberapa kerja yang penting bagi aku dan juga bagi client. pagi ni aku ke serdang utk buat dokumentation pasal TA... selesai di serdang aku ke pejabat lawyer... mmg smlm aku dah buat appoitment utk jumpa lawyer... tapi mungkin bukan rezki aku, lawyer tak sihat dan aku jumpa anak buahnya... aku nk jumpa lawyer sbb aku nak tahu status rumah aku yg beli auction..apa nak buat bila claim yang dah bertahun tak dapat??? apa nak buat ekk...

apa yang aku buat? sbb menda ni dah lama dan amount boleh tahan jugakk la... amount ni adalah payment maintenance yang dibayar dan di claim balik kat bank... so bank tak bagi2 lagi duit tu... apa yang aku buat, aku ambik reference number file, no tepon lawyer bank dan juga no tepon personal incharge bank. aku personally call.. bila call apa lagi, aku kasi la ayat2 'cinta' sikit... baru la tergagap2 cakap.. aku bagi tempoh.. benda ni kita boleh cakap je, then kita tgk action lepas ni... oleh sbb dah masuk tahun ke 2... mana la tak geram... sakit hati aku... tadi mmg 2 lawyer kena belasah dengan aku... next week, kita tengok mcm mana, kalau belum ada action, lagi best la ayat2 'cinta' aku keluar...hehehe... yang aku rasa menyampah sangat call lawyer bank ni ialah bermacam2 alasan dia kasi... geram betul... cuma tadi aku dapat call person in-charge kat bank, aku cakap no fail then dia cakap dah bg 2 feb lagi... aku cakap lawyer cakap tak dapat pun... terus dia call lawyer tu, then call aku balik... siap cakap lagi, kalau lawyer tu tak bagi paling lambat hari isnin, call dia balik... baik nyer kaw-tim... puas hati aku... geram giler rasa...

tambah geram aku hari ni si tenant.. wahai tenant, ko nk masuk rumah ke tak nak... duit deposit dah kasi, kenapa la aku tepon ko tak nak angkat.. ko tak nak ambik kunci ke... aduhaiii, aku plak yang susah hati... dari pagi sampai la mlm ni aku try call tak angkat2... bg msg tak balas2.. tak tahu apa nak buat dah... tunggu je la dia call... kalau tak call jugak, aku akan pk kemudian... harap2 dia ok la... tenant bangi aku plak aku ucap terima kasih la sbb bersabar dengan kerosakan bangunan tu... akhirnya kontraktor PKNS dah baiki bangunan... alhamdulillah... aku mmg kesian kat dia.. bulan2 tak miss bayar sewa... syukur aku dapat tenant mcm dia nie... apa2 pun terima kasih En Is... boleh di katakan hari2 aku dapat call...call masuk utk sewa rumah, beli rumah lelong, beli rumah sub-sale dan sebagainya... cuma hari ni ada satu call pasal TA... direct cakap dgn aku nak tempelete TA... aduh,.. aku cakap la, TA aku utk client aku sahaja... kalau nak, kena sedikit bayaran... terus dia cakap, tak membantu langsung.. geram nyer aku... kalau mamat ni baca blog ni aku nk cakap... TA yang aku buat bukan copy mana2 TA di dunia nie... aku tak der nak copy then buat TA tu... TA aku buat, aku ambik dari beberapa sumber malah aku compresskan TA tu menjadi lengkap dan seimbang di antara tenant dan tuan punya... aku dapatkan advise lawyer utk TA tu... bukan sehari dua aku buat, malah minggu... untuk client yg aku hanlde utk sewa rumah, mmg aku bg free je TA ni sbb dah masuk dalam sebulan sewa... tapi, aku akan tanya apa syarat yang tuan rumah nak masukkan... bukan semua TA sama... sama sekali tak sama sbb tuan rumah ada yang nak syarat yang berlainan... malah aku akan bagi kepada tuan rumah utk baca dulu sebelum aku finalizekan TA tersebut... jgn ingt aku buat main2 je dengan benda tu... sorry, aku mmg particular about this... dan kepada org tu, aku siap bg cadangan lagi suh cari kat internet, berlambak TA yang free... so, edit je la... tak adil kepada client2 aku sbb diorg dapat benda yg sama kalau aku bagi cam tu je... huhuhu.... rasa panas je dengar org cakap gitu... tapi biasa la org kita, semua nak senang... tapi tak semua mcm tu.. segelintir je la...meh aku citer skit pasal 'Usaha Tangga Kejayaan'....

bagaimana usaha dapat memberi bekas atau kesan atau kejayaan? 'Kegemaran saya adalah berusaha gigih' - kata2 Lord Lever pengasas syarikat Lever Brothers yang terkenal sebagai satu badan perniagaan terbesar di dunia... William Morris telah memulakan perniagaan dengan membuka sebuah kedai basikal yang kecil.. oleh kerana dia rajin berusaha dan mahir, beliau mula membuat basikal secara sendirian... lama ke lamaan, beliau membaiki kereta2 dan akhirnya membuat sebuah kereta di bawah nama Morris...Henry Royce ketika berusia 13 tahun mula bekerja sebagai penghantar surat khabar di Syarikat W.H Smith..kemudian beliau mendapat kerja sebagai seorg penghantar telegram di pejabat pos.. tidak lama kemudian beliau menjadi pelatih di gudang bengkel keretapi.. di situ Royce belajar cara2 membaiki jentera2 keretapi... tidak lama selepas itu beliau membuka sebuah kedai kecil dan membuat kereta kecil yang di beri nama Rolls Royce.. hari ni kita tengok, jenama ini menjadi salah satu jenama mewah di dunia... apa persamaan ketiga2 kisah ini? Usaha Tangga Kejayaan.. bukan senang kita nak berjaya dan bukan senang kita nak pertahankannya... bukan senang nak senang dan bukan susah nk susah... setiap org berjaya akan ada liku2 keperitan yang dihadapi dan mereka melaluinya dengan tabah dan cekal... insyaAllah aku tahu, kita semua ada keyakinan utk berusaha dan berjaya.. tapi mungkin belum capai tahap yang maximum... mungkin satu hari nanti akan menampakkan kejayaan atas usaha kita...mungkin juga kita belum diberi kesempatan untuk mengecapi kejayaan tersebut.. bagi aku, tiada yang mustahil... insyaAllah... Usaha Tangga Kejayaan...ingt lelong, jom2lelong...okeh...


p/s : ingin jual/sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..




Monday, March 1, 2010

FACTORY/SHOP/OFFICE

SHOP
UNIT NO.49A, BLOCK 4, WORLDWIDE BUSINESS CENTRE, JLN KARATE 13/47, SEKS 13, SHAH ALAM
372 sqft
RM100,000.00
11-Mar-10
5%

OFFICE UNIT
UNIT NO.42A-C, 2ND FLOOR, JLN 6/2, TMN KOMERSIAL PANDAN INDAH, AMPANG
640 sqft
RM45,000.00
11-Mar-10
5%

OFFICE UNIT
UNIT NO.B2-04, BLOCKB, JLN 15/144A, TMN BKT CHERAS
785 sqft
RM54,000.00
11-Mar-10
5%

RETAIL UNIT
UNIT NO.568-3-59, KOMPLEKS MUTIARA, NO.568, JLN IPOH, KL
172 sqft
RM48,000.00
11-Mar-10
10%

SHOP LOT
UNIT NO.G-13, GROUND FLOOR, GALAXY AMPANG SHOPPING CENTRE, JLN DAGANG 5, TMN DAGANG
273 sqft
RM120,000.00
13-Mar-10
5%

CORNER SHOP UNIT
UNIT NO.F-G-01, GROUND FLOOR, BLOCK F, PUSAT DAGANGAN NXZ, JLN PJU 1A/41B, ARA JAYA
1,688 sqft
RM895,000.00
13-Mar-10
5%

CORNER OFFICE UNIT
UNIT NO.F-1-01, 1ST FLOOR, BLOCK F, PUSAT DAGANGAN NZX, JLN PJU 1A/41B, ARA JAYA
2,433 sqft
RM600,000.00
13-Mar-10
5%

CORNER OFFICE UNIT
UNIT NO.F-2-01, 2ND FLOOR, BLOCK F, PUSAT DAGANGAN NZX, JLN PJU 1A/41B, ARA JAYA
2,433sqft
RM510,000.00
13-Mar-10
5%

RETAIL LOT
UNIT NO.P-G71, TROPICS SHOPPING CENTRE, NO.15, JLN PJU 8/1, BDR DAMANSARA PERDANA
193 SQ MTR
RM52,500.00
13-Mar-10
5%

SHOP OFFICE UNIT
UNIT NO.1-19A, JLN PUTRA PERDANA 5C/2, TMN PUTRA PERDANA, PUCHONG 943sqft
RM37,300.00
13-Mar-10
5%

OFFICE UNIT
UNIT NO.24-3-2, 3RD FLOOR, JLN 4/50, DIAMOND SQUARE, OFF JLN GOMBAK, KL
893sqft
RM118,000.00
13-Mar-10
5%

SHOPLOT
UNIT NO.0-15, BLOCK B, JLN TBP 2, TMN BKT PELANGI, OFF JLN BKT LAMA BATU 3, SUBANG JAYA
936 sqft
RM142,155.00
16-Mar-10
10%

OFFICE LOT
UNIT NO.1-15, BLOCK SURIA B, JLN TBP 2, OFF JLN BATU 3 LAMA, TMN BKT PELANGI, SUBANG JAYA
1,205 sqft
RM94,770.00
16-Mar-10
10%

SHOPLOT
UNIT NO.0-16, BLOCK B, JLN TBP 2, TMN BKT PELANGI, OFF JLN BKT LAMA BATU 3, SUBANG JAYA
947 sqft
RM138,510.00
16-Mar-10
10%

OFFICE LOT
UNIT NO.1-16, BLOCK SURIAN B, JLN TBP 2, OFF JLN BATU 3 LAMA, TMN BKT PELANGI
1,216sqft
RM94,770.00
16-Mar-10
10%

STARTIFIED SHOP LOT
UNIT NO.A-0-15, TERATAK MUHIBBAH SATU, JLN DESA BAHAGIA, TMN DESA, KL
577sqft
RM99,000.00
18-Mar-10
10%

STARTIFIED SHOP LOT
UNIT NO.A-0-16, TERATAK MUHIBBAH SATU, JLN DESA BAHAGIA, TMN DESA, KL
581 sqft
RM99,000.00
18-Mar-10
10%

SHOP/OFFICE
UNIT NO.K-B1-07, BLOCK D'AMAN KASIH, NO.1, JLN PJU 1A/41, ARA JAYA 2,250 sqft
RM546,800.00
18-Mar-10
10%

SHOPLOT
UNIT NO.31-G, JLN PS 5, TMN PRIMA SELAYANG
1,423 sqft
RM207,900.00
18-Mar-10
10%

SHOP
UNIT NO.E-008, GROUND FLOOR, BLOCK E, VISTA SHOP, JLN PJU 10/3D, PJU 10, DAMANSARA DAMAI
1,170 sqft
RM405,000.00
20-Mar-10
5%

FLATTED FACTORY
UNIT NO.A5-17, 5TH FLOOR, BLOCK A, ANZEN BUSINESS PARK, JLN 4/37A, KWSAN PERINDUSTRIANL BKT MALURI, KL
1,091 sqft
RM162,000.00
20-Mar-10
5%

OFFICE UNIT UNIT NO.3-45D, FRONT PORTION, 2ND FLOOR, JLN DESA 2/4, DESA AMAN PURI, KEPONG
735sqft
RM60,800.00
20-Mar-10
5%

OFFICE LOT
UNIT NO.25C, 3RD FLOOR, BLOCK 2, WORLDWIDE BUSINESS PARK, JLN TINJU 13/50, SEKS 13, SHAH ALAM
1,112sqft
RM162,000.00
20-Mar-10
5%

OFFICE UNIT
UNIT NO.706, 7TH FLOOR, BLOCK B, JLN PJS 8/5, MENTARI BUSINESS PARK, DATARAN MENTARI, PJ
500sqft
RM80,200.00
20-Mar-10
5%

FLATTED FACTORY
UNIT NO.D3A-01, 4TH FLOOR, BLOCK D, ANZEN BUSINESS PARK, NO.3-9, JLN 4/37A, KWSAN INDUSTRI, TMN BKT MALURI, KEPONG
1,649 sqft
RM200,600.00
20-Mar-10
5%

SHOPLOT
UNIT NO.B-G-13, BLOCK B, DESA TEMENGGUNG, BATU CAVES
825sqft
RM105,100.00
20-Mar-10
5%

RETAIL SHOPLOT UNIT NO.206, 2ND FLOOR, WISMA MPL, JLN RAJA CHULAN 428
sqft
RM126,000.00
20-Mar-10
5%

SHOPLOT
UNIT NO.A-007, VISTA SHOP, JLN PJU 10/3D, PJU 10, DAMANSARA DAMAI 1,170
sqft
RM341,200.00
20-Mar-10
5%

OFFICE UNIT
UNIT NO.24-03, PUSAT NIAGA METRO PRIMA, JLN PRIMA 2, METRO PRIMA, KL 1,428
sqft
RM145,800.00
20-Mar-10
5%

RETAIL SHOPLOT UNIT NO.208, 2ND FLOOR, WISMA MPL, JLN RAJA CHULAN 420
sqft
RM95,300.00
20-Mar-10
5%

SHOP UNIT
UNIT NO.A-002, VISTA SHOP, JLN PJU 10/3D, PJU 10, DAMANSARA DAMAI 1,170
sqft
RM341,200.00
20-Mar-10
5%

OFFICE UNIT
UNIT NO.22-03, PUSAT NIAGA METRO PRIMA, 3RD FLOOR, JLN PRIMA 2, METRO PRIMA, KEPONG
1,428
sqft
RM145,800.00
20-Mar-10
5%

CORNER 1 1/2 STOREY TERRACE FACTORY
NO.1, JLB PSB 14/8, TMN PERINDUSTRIAN BKT SERDANG
5,360
sqft
RM650,000.00
20-Mar-10
10%

1 1/2 STOREY TERRACE FACTORY
NO.6, JLN TIB 3/5, TMN INDUSTRI BOLTON, BATU CAVES
2,002
sqft
RM550,000.00
20-Mar-10
10%

1 1/2 STOREY TERRACE FACTORY
NO.25, JLN JEMUJU 16/13C, SEKS 16, SHAH ALAM
3,900
sqft
RM430,000.00
20-Mar-10
10%

OFFICE LOT
UNIT NO.34-A, 1ST FLOOR, BLOCK 4, PUSAT PERNIAGAAN WOLRDWIDE, JLN WUSYU 13/49, SEKS 13, SHAH ALAM
440
sqft
RM72,900.00
20-Mar-10
10%

RETAIL LOT
UNIT NO.20A, 1ST FLOOR, BLOCK 4, WORLDWIDE BUSINESS PARK, JLN KARATE 13/47, SEKS 13, SHAH ALAM
367
sqft
RM80,190.00
20-Mar-10
10%

OFFICE UNIT
UNIT NO.36A, 1ST FLOOR, BLOCK 4, WORLDWIDE BUSINESS PARK, JLN KARATE 13/47, SEKS 13, SHAH ALAM
371
sqft
RM63,000.00
20-Mar-10
10%



FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


LAND

PARCEL OF BUNGALOW LOT
NO.75, JLN AMBANG SURIA 17/1/4, SEKS 17, BDR PUNCAK ALAM
1,315 sqft
RM124,659.00
16-Mar-10
10%

VACANT PLOT DETACHED LAND
PLOT 25, JLN TC 2B/2, TMN CEMERLANG, GOMBAK
8,459 sqft
RM440,000.00
18-Mar-10
10%


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..


Cerita Minggu Lepas.......

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu lepas punya citer ada la aku bersama rakan ke lelongan Ehsan... rumah kat PD then aku ingt mmg boleh menang dengan selesa la kan sbb jauh dan hari bekerja plak tu... sekali pegi register ada 3 org pembida la... aduhhh... member aku dah set target, dia rasa mcm tak lepas je nie.. tak per, kita cuba dulu aku cakap... then bila tiba masa nyer, mmg betul la kurang bernasib baik.. tak per la, byk lagi property lain kan... then kitaorg minum kat kedai mamak kat bawah tu... banyak kitaorg bercerita... cerita pasal lelong, pasal hartanah, pasal projek dan sebagainya... sampai aku pun lupa hari tu apa yg dibincangkan..hehehe... actually, member aku dah ada 2 resort yang akan dibuka untuk sesapa nak holiday on weekend or weekdays or anytime laaa.... hehehe... aku tak sempat nak melawat ke resort beliau sbb kekangan masa... insyaAllah dalam masa yang terdekat, aku akan ke sana, insyaAllah...

minggu lepas jugak aku dah berjaya sewakan sebuah rumah kedai di tingkat 3 - atas sekali di kajang... aku mmg rasa susah nak sewakan tapi aku cuba dan berjaya...hehehe... syukur pada Allah... mmg penat jugak aku berulang alik ke rumah tersebut, tapi ada la cara mcm mana nk buat marketing...ala, mudah.my kan ada...salah satu cara la kan... dan tuan punya rumah pun hepi pasal sewaan tu... tu la yg aku suka... bila owner gembira, puas hati aku sbb selama aku bekerja utk cari tenant, akhirnye berjaya... syukur...

minggu lepas jugak ada satu kes rumah sub sales... ini bagi aku kes yang sama utk kali ke 2...kisah nyer begini, ada owner ni nk jual rumah.. mmg harga dia letak agak tinggi jugak tapi aku tak kisah...aku cuba jugak untuk jual... then ada buyer beli rumah tersebut... siap dah bayar deposit dan buyer ni pun dah push lawyer dia utk buat draf SnP... thennn... owner call me, farhan, i need ur advice... kenapa? saya nak cancel jual rumah tu pada si A kerana ada offer lebih baik dari si B... whaatt??? aku pun cakap la kat dia, cuba tengok Letter of Purchase yang dah tanda tangan tu... kalau owner cancel, owner kena bayar 2x ganda kepda pembeli... let say kalau dah bayar Rm1k, owner kena bayar balik Rm2k.. kalau rumah tu harga 300k, deposit 10k, owner kena bayar balik 20k...woww...banyak tu... then aku advise owner tu dgn sebaik mungkin... bila aku cakap itu ini, then dia faham... aku bukan cakap apa pun, apa yg si B offer tu mmg la tinggi, tapi bila tolak tambah, lebih kurang je kalau dia terima si A tu... kalau dia terima si B, masa dah confirm akan ambik masa panjang, dan banyak lagi la... so aku just nak advice, fikir betul2 dulu sebelum nk jual rumah... perkaran paling penting kalau nak jual rumah ialah price... ini yang perlu di tekankan... dan fikir betul2 kalau nak jual k....

hari sabtu lepas, aku full appointment... dari pagi sampai la malam... kul 10 pagi aku di gombak sbb repair pam toilet... habis je repair, pam toilet satu lagi plak rosak... aduhai... hari tu tak de la rosak.. mmg aku tak sempat nak repair sbb aku kena ke puchong plak.. sebelum tu, sempat jugak la aku borak2 dgn tenant tu... at least kita kena gak sembang2... citer selain dari apa yg kita buat... hehe... gelak tawa jugak la aku sembang dgn dia nie.. muke je nampak serius... tapi boleh tahan gak la... PRO-peg perhubungan awam la katakan... then kul 12 aku sampai di puchong... kali ni member aku dari jauhhhhhh datang utk beli rumah ni... kawan aku ni dari pahang... aku mmg dah janji kul 12 kat sana... kitaorg akan jumpa sorg agent ni.. dia akan tunjukkan rumah yg member aku nak beli tu... sblm tu aku siap2 cakap kat member aku tu, jgn ckap aku ni agent jugak... bila dah tunjuk rumah tu, kitaorg minum kat bawah condo tu... sembang2 dan member aku ni dah nak bayar dah deposit, tapiiiii bila check dokuman tak der SnP... mana boleh bagi deposit... SnP tu wajib ada... yg ada cuma DMC je... aku advice, mana boleh... so, deposit tak bagi hari tu... tapi, member aku dah tengok rumah dan dia berpuas hati... lepas ni, insyaAllah kalau dah ada SnP proses seterusnya akan berjalan dengan lancar... kat puchong sampai kul 1.45ptg... aku dah janji dgn banker aku kul 2 kat sungai long... aduh, aku tepon siap2 sbb aku tak sempat sampai kul 2... aku pecut, sampai di sg long kul 2.25 ptg... ada rumah bungalow untuk dijual di sana... so, aku sampai sana mintak sori kat semua then baru la aku masuk rumah tu utk ambik gambar... aku ada upload kat jom2jual... kemudian kul 5 ptg aku dah janji dgn owner kat shah alam... ini bukan apa, utk ambik kunci rumah utk di sewa.. ingt nak jumpa kejap je, tapi berlanjutan sampai 30 minit... bukan apa, dia mintak pandangan dan juga cara2 nak masuk lelong... aku tahu bukan semua info boleh bagi dalam masa tersebut, cuma at least aku dah beri sedikit info yang mana penting.. apa2 pun, boleh email aku untuk maklumat lanjut... then aku balik rest kat jalann kuching... kemudian kul 8 mlm, aku ada TT kat sri gombak... ni lagi sorg, org dari t'ganu tu... jauhhh tu... sembang2 pasal lelong, pasal negara, pasal peniaga ...ceewahhh... dia ni very humble.. nampak je mcm tu, tapi tauke tu beb... aku suka kata2 dia ni, kita tak boleh nak copy org lain, be urself... bukan apa, tengok org buat bisnes internet, beribu seminggu...seminggu bukan sebulan... so, itu mungkin rezeki dia... kalau kita copy buat mcm dia, kita dapat benda yg sama ke? entah la, bagi aku..kalau aku tak suka, aku tak minat, mungkin ia kurang berkesan... itu aku, mungkin org lain, lain plak caranya... sampai rumah kul 11.15mlm... mmg rasa amat penat tapi puas hati sbb aku suka buat keje gini...hehehehe...

hari ahad gi condo en k, tapi ada padlock plak... en k tak bagi kunci padlock... aduhai, tak dapat masuk rumah en k... tenant lain kali plak kena datang... biasala org keje kan.. masa agak terbatas...insyaAllah lain kali k... last cerita aku utk kali ni.... cerita ini untuk aku khasnya, but aku kongsi untuk pembaca jom2lelong...aku coretkan kerana aku selalu alpa dan sama2 utk saling mengingati...'Kemahiran Datang Dari Usaha Yang Gigih'..Kata seorg falsafah, "Utk memulakan, itulah yang sukar","Perjalanan yang beratus-ratus batu itu mulanya dari langkah pertama."... di sini kita faham bahawa tidak ada manusia yang lahir2 je terus pandai, mahir dalam sesuatu bidang tetapi ia datang dari kerajinan mengetahui dan ketekunan bekerja. cita2 yang tidak dilaksanakan dengan usaha samalah dengan berangan2.. utk mencapai cita2, seseorg itu perlulah berusaha gigih dan jiwa mesti tenang.. kesunyian dan kedamaian tidak akan membantu 100% sekiranya ketenangan dalam diri tak der..utk ketenangan diri adalah dengan membersihkan diri terlebih dulu.. pembersihan diri adalah dengan menyucikan hati. sucikan hati dengan berbuat baik, buangkan sangkaan2 buruk dan tenangkan diri dengan memandang pada kebaikan.. selain itu, diri mesti rajin mengerjakan ibadat kepada Tuhan kerana jiwa akan menjadi tenang, lapang, bersih apabila kita menyembah Tuhan dan mengingatiNya.. Setelah kita berusaha, mohonlah keizinan Tuhan supaya di beri kejayaan dan bertawakallah. hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya..ingt lelong, jom2lelong....okeh...


Puchong Intan For Sale







Bungalow @ Sg Long For sale





p/s : ingin jual/sewa rumah....hubungi Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..