Saturday, October 24, 2009

Lelongan PAH - 23.10

Salam sejahtera buat pembaca yang setia lagi budiman,

hari ini aku hadiri lelongan di PAH... hanya satu property yang aku bid untuk client aku... perjalanan aku ke PAH hari ni bermula dengan baik serta cuaca yang agak panas... lepas je solat jumaat, aku terus balik rumah utk tukar pakaian dan ambil dokuman ke lelongan... dari semalam lagi aku bercadang untuk naik LRT ke PAH... bukan apa, aku rasa mcm best je guna perkhidmatan awam... lagipun ia jimat dan juga cepat serta kita cool je... kul 2 aku gerak dari rumah ke LRT... sesampai di Masjid Jamek, aku tgk jam ia masih awal... baru pukul 2.50... tetiba, aku terpandang seorang berkerusi roda yang menjual keropok... sekali aku pandang..dua kali aku pandang terus aku ke org ni.... 'awak ni abg mi kan... awak dulu belaja kat sana kan...' dia angguk... aku cakap, kenal tak kita nie... dia masih blur... abg mi, ini sayalah Farhan.... abg mi dah lupa saya ke? ingt tak dulu kita sama2 duk di rumah tu.... lama dia pk dan baru dia ingt... Allah Maha Besar... sudah 9 tahun aku tak jumpa abg mi nie... walau pun dia OKU, dia amat baik pada aku... dulu aku penah bersama2 dia... sebelum ini aku penah jugak terasa nk jumpa abg mi ni... tp aku tak tahu kemana nak jumpa... tp sekarang, Allah dah makbulkan doa aku untuk bertemu dengan dia..alhamdulillah... kalau korang terjumpa dgn dia nama dia Azmi.... mmg dari dulu berkerusi roda...

selepas tu tgk jam, aku terpaksa pegi ke PAH untuk lelongan.... sayu jugak la jumpa kawan lama... terkenang kisah lama...huhuhu.... kemudian sampai di PAH, aku tgk2 org, then aku register.... untuk lot aku ada 8 org bidder... adoiiii... aku msg client aku, harapan untuk menang amat tipis... kalau ada rezeki, insyaALLAH tak kemana... dia reply, tak pe kalau menang itu kira bonus... then bermula dengan dengan low-cost sg besi... murah giler menang org nie.. yang open menang @ 56k, manakala yang bumi lot 50k... murah kan.... kalau fiesta hari tu, harga sampai 80k lebih... ni mmg dah kira murah... mv dalam 75k... ni mmg aku dah buat research... hehehe... kalau investor aku tahu, mesti dia rasa menyesal tak masuk nie... hahahah... sabar yea, nak buat mcm mana bukan rezeki la tu... sampai je di lot aku, aku mmg tak nak angkat bidder card sbb ramai kan... so mesti la harga naik banyak... harga dari 39k, terus auctioner naikkan ke 45k... aduh, aku ckap masak la kali nie... budget client aku ngam2 50k.... so aku pun relax je la... sampai la ke 48k.. di 48k ni, tak der org plak nk bid... aku terpk, kalau aku angkat kang, aku jadi 49, then kalau ada org angkat kalah la aku... so aku tunggu la kot2 ada org angkat... tak der jugak... calling once 48k, calling twice 48k...aduh, so aku angkat je la... then, aku rasa mmg kalah la kan... calling once 49k, calling twise 49k, then tak der org angkat jugak... sekali aku menanggggggg la.... hahahha.... sekali angkat je aku hari nie.... kui kui.... inilah yang dikatakan rezeki... mmg aku tak expect langsung menang hari nie... dengan 8 bidder plak tu... tapi congrat to MrN... lepas ni boleh la nk pecah rumah... hehehe...

balik je dari lelongan, sempat jugak aku dengar pasal budget 2010... untuk sektor hartanah, ada cukai yang akan di kenakan untuk pelupusan hartanah...

"Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010. Walau bagaimanapun, pengecualian cukai sedia ada dikekalkan seperti pemberian hadiah bagi pelupusan hartanah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, antara datuk, nenek dan cucu. Pengecualian cukai juga diberi ke atas pelupusan sebuah rumah kediaman sekali sepanjang hayat"

adoiii... penat jugak la tu... nak jual kene plak charge.. tambah plak dengan penalty bank kalau kurang 5 tahun.... banyak jugak tu... terpk2 aku kene let go a few property dalam tahun ni untuk dapat max margin keuntungan... tak per, mungkin akan ada idea lain yang akan dapat nanti... insyaALLAH....

actually aku nak bercerita sikit pasal kehidupan. selepas aku jumpa kawan aku tu, aku mula terfikir tentang kehidupan ini... setiap rezeki Allah dah tentukan buat hambaNya... tidak kiralah siapa dia tu... org miskin atau kaya, sihat atau sakit mahupun orang bukan Islam kerana sifat al-Rahman Allah untuk semua orang...hanya sifat al-Rahim untuk orang mukmim... dalam perniagaan, mmg akan ada persaingan yang sihat dan juga kurang sihat... walau bagaimana sengit sekali pun persaingan itu, insyaALLAH jika rezeki Allah dah tentukan kepada kita, ia akan juga sampai kepada kita... dan sebolehnya kita bersyukur akan rezeki yang diberikan... jika kita memandang org yang lebih dari kita, selagi itu kita akan berlumba untuk mendapatkan yang lebih...tapi jika kita memandang org yang lebih memerlukan dari kita, kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang di berikan berbanding dengan orang yang tidak dapat nikmat tersebut... jika kita naik motor, kita akan sentiasa pandang orang yang naik kereta... dalam hati selalu berkata, kalau la aku ada kereta kan best... kalau panas ada air-cond, kalau hujan ada bumbung.... tapi bila kita berjumpa dengan pejalan kaki, alangkah bertuahnya kita ada motor.... tengok org jalan kaki, dia lagi penat untuk berjalan dan berhujan lagi berpanas... maka, kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada... insyaALLAH....okeh...

" Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” - Surah Ibrahim ;ayat 7



- inilah Azmi, kawan aku....



FARHAN

019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

3 comments:

Jom2Lelong said...

re http://www.faraidh.blogspot.com/ : betul. saya mmg ngaji di sana dulu. alhamdulillah, banyak benda saya belajar dari sana..

keepitreal said...

berapa upah mahu baiki bumbung bocor..

Jom2Lelong said...

re wan : sori wan lambat aku reply...