Monday, October 12, 2009

Auction 10.10.09 -sabtu-

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

apa khabar semua? harap2 semua di beri kesihatan yang baik dan juga berbahagia walau di mana jua anda berada... sebelum aku coretkan apa yang terjadi pada sabtu lepas, aku nk ucapkan terima kasih kepada RHB ni... oleh kerana auction sabtu lepas la, aku dapat mengeratkan silaturrahim yang terputus sejak berbelas tahun lalu... lama betul tu kan... lepas je UPSR, aku dengan member aku ni masing2 membawa haluan... dia ke Alam Shah manakala aku ke sekolah kampung... aku bukan budak yang pandai kecik2 dulu... yang aku tahu, duk atas padang berlari2... sampai 2 hari nak UPSR pun duk berlatih main bola baling lagi...hahahha... aku tak leh lupa sampai mak aku sendiri marah aku... sbb tu la result UPSR aku terbaikkkk... wakakkaka... apa2 pun, Azfi ko mmg tak berubah...hahahha... mana la aku tak cam ko... dulu time UPSR aku ingta lagi, cikgu kelas ko tu nama apa ntah tanya aku, kenapa aku tak tiru ko? aku cakap la balik, mana aku nak tiru, meja ko pun aku tak nampak... yg aku nampak belakang ko je.... hahaha....satu kerusi tu mmg ngam2 je ko duduk. hahahha... mcm jahat je ayat aku nie... sori la Azfi, mcm aku kutuk plak...tp mmg nak kutuk pun.. hahahha...lupa plak aku nk snap gambar ko hari tu.. nanti kalau jumpa ko lagi, aku nk snap gambar ko nak letak kat web nie...hehehhe....apa2 pun, sori yea aku kutuk nie...ampunnnn....

auction sabtu lepas ni, mmg mcm biasa la... bila dah nama Fiesta RHB, banyak property yang menarik dan deposit hanya 5% sahaja so ramaiiiiii sangat2 org... ada yang bertuah dan ada juga yang tak bernasib baik... client aku pun antara yang tak bernasib baik.. tak per la, kita cuba lain kali ok... 4 lelongan yang berlangsung di 4 bilik yang berasingan.... ng chan mau mcm biasa cepat habis.... dan yang paling aku rasa mcm lemau tu TanCorp... adoiiii, sakit pinggang aku duk dalam bilik tu.... kul 1 lebih baru habis.... org lain semua dah habis, tp TanCorp mcm tu la... kalau pegi ofis dia pun mcm tu jugak... kalau time kat pamplet tu pukul 3, mesti start lewat... paling awal pun 3.15... kalau tak, mesti 3.30.... kat ng chan mau ada beberapa lelongan yang unexpected yang berlaku... rumah di seksyen 7 tu mcm biasa mcm pisang goreng la kan... dan satu lagi di pantai dalam... harga mmg naik menggila.... korang tgk la kat gambar kat bawah tu k... di TanCorp pun ada gak di seksyen 7, mcm pisang goreng gak naik sampai 96k... adoiii, tak paham aku... kalau buat loan mmg tak lepas sbb MV dalam 75... mungkin diorg ni bayar cash kot... tp harga mmg hebat2... tp ada juga yang lucky, bertuah tu aku tengok kat skyvilla tu, sorg je yang bid.. bertuah betul.. kalau tak sebelum ni, ramai yang masuk... ada lagi 2 3 tempat...

by da way, aku nak ucap terima kasih kepada rakan sahabat yang datang sabtu lepas... insyaALLAH aku akan berTT dengan korang.. cuma masa tu akan di arrage kemudian ok... tp yang pasti akan ada dalam masa yang terdekat nie... banyak idea dan pandangan korang yang aku harus belajar dengan korang... aku pun masih belajar lagi... baru nak bertatih dalam dunia hartanah nie... korang mungkin ada idea dan juga pandangan yang lebih baik dari aku... actually, mmg ramai yang suh aku berTT, tp sbb masa yang membataskan, so aku tak dapat nak make it... tp tak per, lepas ni aku cuba untuk rakan2 yang menyokong aku nie... insyaALLAH..... smlm aku gi auction, hari ni plak aku ada org nak tgk rumah dan ada kenduri... penat jugak la rasa nyer... sakit belakang tunggu TanCorp habis smlm pun tak habis lagi... huhuhu... tp tak per, aku cuba curi masa untuk berTT dengan korang okeh... apa2 pun, korang layan dulu gambar2 di bawah nie okeh..... layannnnn.............







- dalam bilik ng chan mau




- lelongan sek 7, shah alam


- utk shah alam ada 23 bidders, huhh..


- lelongan di Bangi












p/s: jom2jual update. Juta Mines Condo For Sale.


FARHAN

019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

2 comments:

Unknown said...

InsyaAllah cuba lagi sampai berjaya...:)

sourplum said...

gbr aku xde la