Monday, August 10, 2009

Lelongan Jumaat

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

Dah beberapa minggu aku tak karang blog ini. Rasa gatal giler tangan nak menaip. Tapi apa boleh buat, ada benda yang kene diuruskan dan kesihatan tak berapa baik sejak dua menjak nie. Ada banyak menda nk ceritakan, pasal H1N1, pasal survey rumah, pasal rumah kawan aku yang ada masalah dan banyakkkk laa... tp aku tak sempat nak bercerita semua itu. Aku nak ceritakan tentang lelongan hari jumaat lepas je kali ni.

En Hizam telah hire aku untuk ke lelongan di TanCorp. Bila aku chek balik kat internet, mmg TanCorp. Aku rasa mcm kurang senang sikit. Korang paham2 la kan, kalau dah TanCorp sah sah la ulat2 banyak berkeliaran kat sana. Aku sampai sana pun dah lambat sikit sbb aku bertolak lambat dari Seri Kembangan. Kat sana, client aku Ibrahim pun ada. Dia pun masuk Mentari Court. Aku pun nk register la kan, ulat2 ni duk tempik2 tepi aku. Aku dengan selamba register la. Then, apa lagi ulat2 ni datang la nk deal dengan aku. Aku tak layan. Aku pun pegi duduk kat bawah tempat lelongan tu. Ulat tu datang lagi, dia cakap nak deal. Aku cakap tak nk, aku nk lawan jugak. Aku cakap la budget client aku kecik je. So, kalau ko budget besar, ko boleh menang. Nk jugak deal dgn aku..Tak paham bahasa betul. Nk bg aku 500. Aku cakap tak pe la. Dia naik lg cakap nk bg 700. aku cakap tak pe. Ulat ni cakap ada budak ni merayu kat dia supaya jgn masuk bid sbb dia nak bayar. Aku cakap, aku nk lawan. keras giler hati aku nih.... client punya pasal... aku pun jadi la keras beb.... lelongan ari ni mmg tak byk property.. si ulat ni cakap lagi, ko ambik je la 700 tu then ko cakap la kalah kat client ko... ohh pandai suh aku menipu.. aku ckap la balik, kita ni kalau sekali buat taik, sampai bila org tak percaya... sebijikk aku bg... senyap terussss... hahahaha... geram jugak la aku pun... dah aku cakap lawan, lawan je la... huhuhuhu...

bila lelongan di mulakan, sempat lagi tu si ulat ni offer lagi... ko ambik la 1k.. aku cakp tak nak... then aku pun bid...bid.. aku menang at 99k alhamdulillah.... ceh... td cakap budget tinggi... habis je lawan ulat ni cakap "ni la Melayu bla bla bla........." siut betull... ko dah kalah ko cakap aku Melayu bla bla bla... panas giler hati aku time tu... sbb dia tak dapat duit, so salahkan aku... dia bukannya nk sgt pun mentari tu, tp nk duit deal..kalau sekali dapat 500, cuba bayangkan berapa kali auction seminggu? kalau 4 kali dan 2000... geram giler aku dgn ulat 2 ekor nie... aku sebenarnya dah ada pengalaman dengan ulat 2 ekor nie... waktu lelongan di Ehsan tempoh ari, ulat ni menipu. Dia cakap kat member aku,bg dia 2k then dia tarik diri. Padahal korang tahu tak, si ulat ni tak masuk bid tu... mangkuk hanyun betul... nasib baik time tu member aku duk tepi aku.. aku cakap, ko bid je.. so, that's y la aku tak percaya ulat 2 ekor nie.. kalau org lain mungkin aku boleh consider.. kalau korang nk tahu citer pasal Mentari Court ni, sila ke web Hizam....

oklah, tu je untuk pagi ni. aku ada kerja untuk disiapkan... minggu ni sibuk sikit dgn lelong dan juga subsale... opppsss... nanti aku ceritakan pasal subsales... hehehe...okeh






FARHAN

019.362 3578
jom2lelong@yahoo.com.my
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

4 comments:

Hizam said...

Bro...thanks for the tribute entry!!

Unknown said...

tahniah menang mentari court!
ulat? hahahaha wat dek jer...

Anonymous said...

klau kena dekat kawe mcm tu jenis ulat yg mendesak ni, kawe ajak ulat tu gi toilet pahtu sembam dia kat mangkuk tu ckp jgn keluar selagi tak cukup sejam...

-zaidi-

Jom2Lelong said...

re zaidi : ganah demo zaidi.. kawe keno ajok demo la lepah nie.. hehehe... tq for commnet zaidi..